Episod 1 - Lee Donghae

Lee Donghae's Wifey

 Donghae duduk bersandar pada dinding. Terlalu banyak perkara yang bersarang dalam kepalanya saat ini. Memikirkan segala insiden yang pernah berlaku di dalam hidupnya. Mengenangkan segala pahit manis yang pernah dialaminya sepanjang menjadi artis dan menjadi sebahagian daripada kumpulan Super Junior.

 

Namun ada perkara lain yang bermain dalam fikirannya. Kahwin. Sejak akhir-akhir ini dia sering terfikir akan perkataan keramat itu. Apatahlagi tahun ini dia sudah menginjak ke usia 30 tahun, waktu yang sesuai itu dia mula fikir soal perkahwinan. Lagi-lagi apabila baru-baru ini Sungmin mendirikan rumah tangga dengan gadis pilihannya, lagilah dia meronta-ronta untuk mengikut jejak lelaki kawannya itu.

 

Tetapi.... Dia ada satu masalah. Dengan siapa dia hendak berkahwin? Dia tiada calon yang sesuai. Donghae mengeluh lagi.

 

“Fikirkan apa tu?” tegur Leeteuk sambil menepuk lembut bahu Donghae.

 

Dia tersedar dari lamunannya. Donghae menoleh ke arah Leeteuk yang sudah pun duduk bersila di sebelahnya.

 

“Macam ada masalah besar je. Tak nak share ke?” sebagai seorang ketua yang prihatin, Leeteuk sedar ada sesuatu yang bermain dalam fikiran Donghae saat ini.

Donghae sekadar tersenyum. Dia sedikit ragu-ragu untuk meluahkan segala yang terbuku dalam mindanya. Tetapi dia tahu dia boleh percayakan ketua mereka.

 

“Hyung,” dia bersuara.

 

Leeteuk menanti ayat seterusnya yang bakal keluar dari mulut Donghae. Tanpa dia ketahui bahawa kata-kata Donghae nanti boleh buat dia kena serangan jantung.

 

“Saya nak kahwin,” ujar Donghae.

 

Sepi. Donghae memandang Leeteuk yang tidak berkelip memandangnya.

 

“Hyung... Tak salah dengar kan?” soal Leeteuk setelah berjaya kembali berjaya ke alam realiti.

 

Donghae menggeleng. “Saya serius.”

 

“Tahniah,” ujar Leeteuk. “Siapa gadis bertuah tu?” soalnya pula.

 

Dia mengeluh. “Itulah masalahnya. Saya teringin nak kahwin tapi saya tak ada calon,” ujarnya cuba menutup rasa malu.

 

“Kenapa tak minta mak kamu carikan? Manalah tahu kalau dia ada calon yang sesuai.” cadang Leeteuk.

 

Donghae memandang ketua kumpulan mereka dengan pandangan yang bercahaya. Kenapalah dia tak terfikir akan hal ini dari awal lagi? Dia tahu pasti emaknya itu akan tolong dia cari calon yang sesuai memandangkan emaknya yang beria-ia mahu dia berkahwin secepat mungkin.

 

Petang itu Puan Lee dikejutkan dengan kehadiran anak lelakinya.

 

“Huh? Donghae-ah, kenapa datang tak beritahu?” soal Puan Lee sambil memeluk Donghae.

 

Lelaki itu hanya tersenyum sebelum masuk ke dalam rumah. Dia duduk di atas sofa.

 

“Donghae, omma tanya ni. Kenapa datang tak beritahu? Omma tak masak apa-apa lagi,” ujar Puan Lee. Risau kalau anaknya yang seorang itu kelaparan.

 

Donghae menepuk lembut tangan emaknya sebelum dirangkul bahu wanita itu. Sudah lama rasanya dia tidak bermanja dengan ibunya seperti ini.

 

“Omma.”

 

“Hmmm?”

“ Saya nak kahwin.”

 

Terbeliak luas mata Puan Lee. Dia menjatuhkan tangan Donghae dari bahunya sambil memandang anaknya itu dengan pandangan yang tidak percaya.

 

“Kahwin? Omma tak salah dengar ke?”

 

Donghae menggeleng. Segaris senyuman diukir. “Tak. Saya serius.”

 

“Baguslah! Siapa perempuan bertuah tu?” ujar Puan Lee dengan gembira.

 

Donghae hanya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

 

“Errr.. Saya tak ada calon lagi,” ujarnya sambil tersengih mempamerkan giginya yang tersusun rapi.

 

“Hah?! Tak ada calon? Habis tu kamu nak kahwin dengan siapa?”

 

Donghae kembali menggenggam kedua-dua tangan ibunya. “Omma tolong carikan boleh?”

 

Wanita itu memandang anaknya dengan pandangan yang sukar ditafsir. Dalam fikirannya dia memikirkan 1001 persoalan. Dia gembira apabila anak lelakinya itu membuatkan keputusan untuk membina rumah tangga. Tetapi tiada calon? Dan sekarang Donghae mengharapkan dia untuk mencari calon isteri?

 

“Omma, tolonglah. Saya tahu omma akan pilih calon isteri yang terbaik,” pujuk Donghae apabila ibunya langsung tidak memberikan sebarang respon.

 

Puan Lee menghela nafasnya. “Yalah, nanti omma carikan.”

 

Mendengar jawapan ibunya itu, Donghae terus tersenyum hingga ke telinga. Terus tubuh wanita itu dipeluk erat.

 

“Terima kasih, Omma.”

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke