Episod 2 - Song Junhee

Lee Donghae's Wifey

 “Ya! Song Junhee. Sampai bila kau nak duduk dalam perpustakaan ni?” soal Sungyeon, sahabat baik Junhee.

 

Sudah berjam-jam kawannya yang seorang itu bertapa dalam perpustakaan tanpa bergerak sedikit pun. Sungyeon menarik kerusi lalu duduk di hadapan Junhee. Dipandangnya gadis itu yang begitu leka menelaah tanpa terfikir untuk membalas pertanyaannya.

 

“Song. Jun. Hee. Aku tanya kau ni?” rengek Sungyeon seperti budak kecil.

 

Tanpa diduga tindakan itu berjaya menarik perhatian Song Junhee. Dia mengalihkan perhatian ke arah Sungyeon yang muncungnya sudah panjang sejengkal. Dia ketawa kecil.

 

“Kalau kau nak balik dulu balik ajelah. Aku boleh balik sorang-sorang,” ujarnya.

 

“Ini bukan soal aku nak balik dulu atau tidak. Ini soal kau. Sejak kita habis kuliah tadi kau terperap kat sini. Kau tak ingat nak balik rumah ke? Kau tak bosan? Tak mengantuk? Kau belajar apa sampai tak reti nak berhenti ni?” soal Sunyeon bertalu-talu.

 

Tak. Tak. Tak. Belajar Financing.

Sungyeon hanya mampu menggeleng. Macam manalah kawannya yang seorang itu boleh tahan menghadap buku lama-lama? Dahlah perpustakaan ini sejuk mengalahkan kutub selatan? Tak membeku ke si Junhee ni?

 

Junhee meletakkan pensil di atas meja lalu menongkat bahu memandang sahabatnya.

 

“Kau balik ajelah dulu. Kalau nak tunggu aku alamatnya mati kebosananlah kau nanti sebab aku sendiri tak tahu aku balik pukul berapa. Lagipun aku ada banyak lagi topik nak kena buat ulangkaji. Kau tahu aku memang lemah bab-bab mengira ni?”

 

Kawannya itu hanya diam. Dia memandang dah masak sangat dengan Junhee. Sunyeon tak dapat nafikan yang Junhee memang pandai terutamanya kalau subjek yang perlukan mereka banyak membaca. Semua orang memandang Junhee sebagai seorang pelajar cemerlang di universiti mereka.

 

Namun pada hakikatnya hanya Sungyeon sahaja itu bahawa gadis di hadapannya itu tiada keyakinan dalam subjek mengira. Setiap kali peperiksaan, subjek itulah yang buat Junhee kecut perut.

 

“Okeylah, aku balik dulu. Kau jangan balik lewat sangat. Kalau ada apa-apa telefon aku tau.”

 

“Nae..”

 

“Saya dah balik,” ujar Junhee sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Saat itu jam menunjukkan pukul 10.30 malam.

 

“Junhee-ah, dah balik? Lewatnya kamu balik?” Puan Song menyambut anaknya di hadapan rumah.

 

Junhee hanya tersenyum. Dia tahu ibunya sudah sedia maklum dengan rutin hariannya.

 

“Junhee-ah, omma ada benda nak cakap sikit,” ujar Puan Song.

 

Dia yang ingin mendaki anak tangga untuk ke bilik terus mematikan langkahnya. Dia berpaling memandang wajah Puan Song. Dari raut wajah dan nada suara ibunya itu seperti penting saja.

 

“Tak apalah. Kamu pergi mandi dulu. Nanti omma beritahu.”

 

Junhee memandang ibunya dengan pelbagai persoalan sebelum mendaki anak tangga ke biliknya. Apalah agaknya yang ingin dikata oleh ibunya?

 

Setelah selesai membersihkan diri, Junhee turun semula ke ruang tamu. Saat itu, ibu dan ayahnya sudah pun berada di ruang tamu.

“Omma, appa.”

 

“Junhee duduklah.”

 

Gadis itu akur. Dia duduk menghadap ibu bapanya. Dia menanti perkara penting yang ingin disampaikan oleh ibunya tadi. Tetapi baik ibu mahupun ayahnya tiada siapa pun yang bersuara.

 

“Omma nak beritahu apa tadi?” Junhee mula bertanya apabila Puan Song hanya membisu.

 

Dia semakin bingung apabila ibu bapanya seolah-olah teragak-agak untuk bersuara.

 

“Omma, appa.” panggil Junhee.

 

Encik Song lantas menyiku lengan isterinya. Mereka berbalas pandangan sebelum kembali menumpukan perhatian ke arah anak mereka.

 

“Junhee-ah, ibu dengan ayah dah berbincang minggu lepas. Dan kami dah buat keputusan untuk kahwinkan kamu,” ujar Puan Song.

 

Berpinar-pinar kepala Junhee saat dia cuba untuk menghadam setiap bait perkataan yang disampaikan oleh ibunya.

Kahwin? Pada usianya ketika ini? 20 tahun? Dengan orang yang dia sendiri tidak ketahui identitinya?

 

Melihat Junhee yang langsung tidak berkutik. Puan Song bersuara lagi. “Sebenarnya dua minggu lepas omma ada jumpa dengan Puan Lee. Dia kawan baik omma dari kecil lagi. Anak lelaki dia nak kahwin tapi tak ada calon. Kebetulan dia terlihat gambar kamu, dia terus berkenan.”

 

“Kahwin? Omma.. Omma tak rasa yang saya terlalu muda ke untuk kahwin? Lagipun saya bukannya kenal lelaki tu? Macam mana omma boleh terus setuju?” ujar Junhee. Dia cuba sedaya mungkin untuk tidak meninggikan suara terhadap orang tuanya.

 

Semua ni langsung tak masuk akal, gumam Junhee perlahan.

 

“Junhee, kami buat semua ini untuk kebaikan kamu juga. Kamu tu satu-satunya anak yang kami ada. Kami nak ada orang yang boleh jaga kamu kalau satu hari nanti kami tak ada. Lagipun kamu tak payah risau, calon suami tu baik sangat orangnya. Omma dengan appa yakin yang kamu pasti akan suka dengan dia,” pujuk Puan Song.

 

Saat itu Junhee hanya mampu mengeluh. Apalah pilihan yang dia ada. Walaupun macam mana pun dia cuba membantah keputusan ibu bapanya, mereka telah pun bersetuju untuk mengahwinkan dia dengan anak kenalan mereka. Mustahil dia boleh batalkan semuanya.

“Kalau itulah keputusan omma dengan appa, saya setuju.” Dalam terpaksa, dia besetuju.


there you go! first two episodes of the story =) jangan lupa subscribe dan komen =)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke