Episod 3 - Song Junhee Bertemu Lee Donghae

Lee Donghae's Wifey

 Masuk kali ini sudah lebih 10 kali Junhee berdiri di hadapan cermin. Dia harus pastikan tiada cacat cela pada pakaiannya. Walaupun dia masih belum tahu siapa bakal suaminya, Junhee perlu menjaga penampilannya. Sekurang-kurangnya dia tak mahu memalukan orang tuanya.

 

Dia duduk di birai katil. Dia masih ada masa sebelum makan malam dengan keluarga Puan Lee sekali gus berjumpa dengan bakal suaminya. Sampai sekarang Junhee tak habis fikir tentang bakal suaminya. Macam manalah agaknya rupanya? Kacak ke dia? Bergaya atau tidak? Macam mana pula dengan kerjayanya?

 

Apa yang dia tahu bakal suaminya itu sudah pun menginjak 30 tahun. Menurut ibunya lagi, bakal suaminya itu ingin mendirikan rumah tangga cuma tiada calon. Nampaknya dia adalah gadis bertuah yang akan menjadi isteri lelaki misteri itu.

 

Entahlah, Junhee sendiri malas untuk serabutkan kepalanya dengan perkara-perkara seperti ini. Dia cuma berharap yang semuanya akan berjalan dengan lancar.

 

Saat keluarga Song tiba di restoran, keluarga Lee masih lagi belum tiba. Mereka menanti kehadiran keluarga Lee dengan penuh sabar.

 

“Minhee-ah, maaf lambat.”

Junhee berdiri saat seorang wanita berusia dalam lewat 50-an menyapa ibunya. Dia pasti wanita di hadapannya sekarang ialah Puan Lee, bakal ibu mertuanya. Dia hanya memerhati Puan Lee berpelukan dengan ibunya sebelum wanita itu mengalihkan pandangan ke arahnya.

 

“Kamu mesti Junhee?” soal Puan Lee.

 

“Ya, saya.” Junhee memberi tunduk hormat kepada Puan Lee.

 

Wanita itu kemudiannya mengambil tempat di sebelah Puan Song.

 

“Mana Donghae?” soal Encik Song.

 

“Dia ada kat luar. Sekejap lagi dia masuk,” balas Puan Lee sambil memandang Junhee.

 

Puan Song dan Encik Song juga mengalihkan pandangan ke arah anak mereka. Mereka telah pun memberi tahu nama bakal suami Junhee, tetapi nampaknya gadis itu berada dalam dunianya sendiri sehingga tidak sedar bahawa ibu bapanya baru saja memberitahu petunjuk tentang bakal suaminya.

 

“Minta maaf, saya lambat.” suara seorang lelaki menyapa halwa telinga Junhee.

 

Dia yang masih menunduk itu tidak berani mengangkat kepala untuk memandang bakal suaminya. Tetapi kenapa suaranya tidak asing dalam dalam hidupnya? Seolah-olah dia pernah dengar suara itu sebelum ini.

 

“Junhee, kenapa tunduk aje? Berkenalanlah dengan bakal suami kamu,” ujar Puan Song.

 

Gadis itu akur. Dia menarik nafas sedalam mungkin sebelum memandang wajah bakal suaminya.

 

Eh? Ini kan... Takkanlah.. Bibir Junhee bergerak-gerak ingin mengatakan sesuatu. Namun tiada satu patah perkataan pun yang keluar. Junhee terus bangun dari kerusi. Masih tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

 

“Hai, saya Lee Donghae.” Donghae memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangannya.

 

Dengan teragak-agak Junhee menyambut salam dari Donghae. “Saya Song Junhee.”

 

Junhee langsung tidak mampu bergerak walau sedikit pun. Terasa seluruh tubuhnya sudah lumpuh. Nak makan pun begitu susah sekali. Semua seleranya mati begitu sahaja. Dia hanya membatu apabila ibu bapanya berborak dengan Puan Lee dan juga Donghae.

 

Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah Donghae yang duduk di sebelahnya. Dia harus akui lelaki itu memang kacak. Tengok dalam tv pun dah cukup buat dia gila apatahlagi bila berjumpa depan mata seperti ini.

 

Takkanlah aku kahwin dengan Lee Donghae. Lee Donghae dari kumpulan Super Junior? Biar betik. Takkanlah aku kahwin dengan dia? Aku.. Song Junhee akan jadi ister Lee Donghae, ahli kumpulan Super Junior yang terkenal tu?

 

Lamunan Junhee terhenti apabila namanya dipanggil. Dia terpinga-pinga apabila empat pasang mata memandang tepat ke arahnya.

 

“Ya?”

 

“Kenapa senyap aje ni?” soal Puan Lee seolah-olah dapat mengesan riak wajah Junhee yang kelihatan resah.

 

“Errr... Saya kena kahwin dengan Donghae ke? Lee Donghae? Super Junior Lee Donghae?” soal Junhee.

 

Dia inginkan kepastian. Semua ini terlalu mustahil baginya.

 

“Kenapa? Awak tak nak kahwin dengan saya?” Donghae tiba-tiba bersuara.

 

Junhee kehilangan kata-kata apabila suara Donghae menusuk masuk ke halwa telinganya dan turun ke jantungnya yang berdegup laju.

 

“Tak.. Bukan macam tu.. Saya..”

 

Dia terdiam apabila Donghae menggenggam tangan kanannya yang diletakkan dia atas paha.

 

“Izinkan saya bercakap dengan Junhee sekejap,” ujar Donghae.

 

Junhee terasa dunia sekelilingnya berhenti bergerak saat tangan Donghae mencapai tangannya. Tahu-tahu saja dia sudah berada di luar restoran dengan lelaki itu.

 

“Awak okey ke?” lembut saja Donghae bertanya.

 

“Huh? Err.. Okay.. Okay.. Saya okay.” Junhee mengangguk laju.

 

Donghae tersenyum. Saat itu Junhee rasakan yang dia akan cair pada bila-bila masa sahaja.

 

“Tapi, Donghae-ssi..”

 

“Oppa,” sampuk Donghae.

 

“Huh?”

 

“Panggil saya oppa.”

 

Jantung Junhee berdegup kencang. Aish, time ni jugaklah jantung aku nak buat hal. Relaks Junhee. Relaks.

 

“Tapi oppa. Betul ke oppa nak kahwin dengan saya?” soal Junhee.

 

Dia tunduk memandang tanah. Dia betul-betul malu untuk memandang tepat ke wajah Donghae yang kacak itu. Silap haribulan, dia akan betul-betul mencair.

 

“Kenapa awak tak nak kahwin dengan saya?” soal Donghae.

 

Junhee memandang wajah Donghae. Oh my God! Oh my God! Oh my God! Gila kau tak nak kahwin dengan dia? Lee Donghae kot!

 

“Bukan macam tu... Maksud saya.. Yalah kita ni baru aje kenal. Saya tak tahu apa- apa pasal oppa. Dan oppa pun tak tahu apa-apa pasal saya. Lagi satu....” ayat Junhee tergantung di situ.

 

Dia menggigit bibir. Patut ke dia cakap benda ni?

 

“Awak tak cintakan saya. Macam mana kita nak kahwin kalau kita..”

 

“Perasaan cinta tukan boleh dipupuk,” sampuk Donghae.

 

Junhee terkedu. Donghae meletakkan tangannya di atas bahu gadis itu.

 

“Memang kita ni tak kenal antara satu sama lain. Apatahlagi cinta. Tapi kita boleh saling mengenali bila dah kahwin nanti. Saya boleh belajar banyak benda pasal awak dan pun boleh belajar banyak benda pasal saya. Dan pasal cinta. Saya yakin satu hari nanti perasaan tu akan datang.”

 

Apatahlagi bila saya rasa saya dah mula sukakan awak, ujar Donghae sekadar dalam hati. Seandainya dia boleh luahkannya. Dia tersenyum. Tak mengapa, suatu hari nanti dia pasti akan meluahkannya. Apa yang penting, ibunya telah memilih calon isteri yang tepat untuknya.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 11: TOO SWEET OMFG
GreenDecember #2
Updatelah lagi bestlah citer ni....
rayyrahieymah #3
Chapter 11: update lgi please..
StarPeace
#4
Chapter 11: Ingatkan Junhee mengandung tadi. Hehe xD
GreenDecember #5
Chapter 10: kenapa cerita ni terlalu cute dan comel...updatelah lagi author nim!!! ^^ (panjang2 sikit tau)
rayyrahieymah #6
Chapter 9: waaaaa best sgt.. deabak.. pallli update :)
GreenDecember #7
Chapter 8: Donghae sampai hati kau tampar Junhee ... T_T
anyway i like this story...^^
StarPeace
#8
Chapter 7: Your story is so good. Update soon ^ ^
ArmyGirls #9
update soon ^^
Dragneel09 #10
Chapter 4: Oh my gosh, donghae must be a sweet husband...keke