Bab 2

Cintaku di Kota London

Chul Moo

 

Sampai sahaja di London, aku terus mengambil teksi untuk ke apartment yang Encik Kim telah sediakan untuk ku. Niat di hati mahu jalan-jalan  di sekitar London yang sememangnya aku impi-impikan selama ini. Tetapi memikirkan tentang amanah Encik Kim yang tak masuk akal terus mematikan mood aku.

Tiba di apartment, aku disambut oleh seorang wanita yang usianya mungkin dalam lingkungan 30an. Dia kelihatan cantik dengan wajahnya yang tenang dan rambutnya yang hitam disanggul.

"Hai Chul Moo. Saya Yoon Haneul. Awak boleh panggil saya Kak Haneul. Mulai hari ini saya akan menemani awak di sini dan kerja-kerja rumah ini juga Encik Kim telah tugaskan kepada saya. Jadi awak jangan risau nak masak ke nak kemas rumah ke sebab segalanya saya yang handle."

"Ini semua Encik Kim sediakan untuk saya ?" Mataku melihat sekeliling apartment yang mewah ini. Kalau Encik Kim ada di depan mata aku sekarang ni mahu aku  peluk dia hihihi

"Ya dia yang sediakan semua ini tanda terima kasih dia terhadap awak sebab awak sudi bantu dia."

"Kak Haneul tahu pasal apa yang Encik Kim amanahkan pada saya ?"

"Ya sayangku. Kakak tahu semuanya. Kakak tahu tentang hidup awak dan tentang hidup Encik Kim."

"Oh jadi Kak Haneul mesti tahu tentang hidup Kai juga kan ?" Tanyaku cuba mencungkil rahsia. Mana tahu Kak Haneul dapat memudahkan urusanku untuk mengorat si Kai tu.

"Ooops maaf itu kakak tak tahu sangat. Tapi awak jangan risau, kakak akan bantu awak. Chul Moo kalau awak ada apa-apa masalah jangan simpan di dalam hati awak tu ye. Awak cerita pada kakak. Anggap je kakak ni macam kakak kandung awak atau personal assistant awak okay ?

Aku terus membalas kata-katanya tadi dengan satu pelukan yang menggambarkan betapa aku bahagia dengan adanya Kak Haneul.

 

++++++++++

 

Kai

"Kai, cepatlah lepas ni giliran kau"

"Okay kejap." 

"Mummy, giliran Kai dah nak nak mula. Bye Mummy. Love you."

"Good luck son."

Mummy, satu-satunya wanita yang aku sayang di dunia ni. Mummy lah yang mendorong aku untuk terus berjaya dalam bidang tarian ni. Mummy lah ibu kepada aku, dan juga ayah kepada aku. Ayah ? Tak pernah seumur hidup aku memanggil seseorang dengan panggilan ayah. Apatah lagi merasai kasih sayang seorang ayah. Itulah sebab aku gunakan nama 'Kai'. Aku benci nama depanku yang ku pinjam daripada lelaki itu. Aku benci darahnya yang mengalir dalam badanku. Aku benci !

"Kai. Kai. Kai ! Kau ni dah ready ke belum ? Tahu lah rindu pada mummy kau tapi tak payahlah sampai angau haha !"  

Malas aku nak melayan Alex yang kuat menyakat ni. 

"Dance battle yang kita nanti-nantikan antara dua penari terbaik UK akan dimulakan. Dipersilakan Kai vs Spin !"

Ini merupakan kali pertama dance battle aku dengan Spin. Sebelum ni Alex pernah tercedera semasa dance battle dengan dia. Memang ramai yang cakap si Spin ni suka main kotor. Nak main kotor sangat kan, kau tengoklah Spin.

"Kai ! Kai ! Kai ! Kai ! Kai !"

Aku memulakan dengan gerak tari yang menjadi trademark aku. Asyik aku sedang menari, tiba-tiba kakiku seperti dihentak oleh sesuatu. 

"Aduh !" Aku mengerang kesakitan.

"Kai ! Kai ! Bangun Kai !" Alex cuba menyedarkan aku. Kelihatan orang ramai mula mengeremuniku. Aku sempat memandang ke arah Spin yang hanya tersenyum melihatku. Aku cuba untuk bangun tapi pemandanganku kelihatan kabur..

 

++++++++++

 

Kai

"Kecederaan di kaki awak ni tak adalah serius mana. Tapi masih perlu dirawat dan buat masa ni awak akan duduk di hospital ni."

Ini semuanya angkara si Spin. Tak pasal2 aku kena duduk dekat hospital ini. 

"Awak jangan risau. Tak lama pun awak tinggal di sini. Mungkin dalam 2 minggu." Doktor tersebut seperti dapat membaca fikiranku.

Aduh bosan lah kalau 2 minggu macam ni. Mummy ni mana, tadi kata dalam perjalanan.

"Kai !" Mummy terus memelukku.

"Macam mana dengan anak mummy ni ?"

"Macam mana apanya mummy. Tengoklah kaki tu." Balasku sambil menjuihkan bibir ke arah kakiku yang berbalut. 

"Kai rindu sangat dekat mummy. Masa menari asyik terbayang-bayang muka mummy. Itu yang sampai berbalut-balut kaki ni." Usikku.

"Amboi. Mummy pula yang salah. Itu lah awak manja sangat siapa suruh. Alah sikit je kaki ini."

"Mummy temankan Kai malam ni boleh ?"

"Haish awak ni dah besar panjang pun nak mengada-ngada. Esok mummy datang lagi okay ?"

"Alah tak best lah mummy ni."

"Tu lah jual mahal sangat dengan perempuan. Kalau ada girlfriend, tak ada lah sunyi macam ni."

"Mana ada Kai jual mahal. Kalau boleh Kai nak cari yang version superwoman macam mummy."

"Sudah. Telinga mummy dah tak boleh tampung pujian awak tu."

"Pelik betul macam mana lah lelaki tu boleh tinggalkan perempuan sebaik.." Aku tidak meneruskan kata-kataku selepas sedar apa yang aku telah cakapkan. Mummy hanya diam.

"Maaf Puan. Waktu melawat sudah tamat." Pesanan jururawat tersebut telah menyelamatkan keadaan kami berdua.

"Kai. Mummy balik dulu. Selamat malam."

Aku hanya menggangguk. Aku masih tak percaya apa yang aku baru cakapkan tadi. Mummy mesti sedih. Ish aku ni pun satu. Tak fikir dahulu sebelum bercakap. Tapi betul apa aku cakap. Lelaki tu memang tak guna !

 

+++++++++

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!