Bab 6

Cintaku di Kota London

Chul Moo

Hari ini aku bercadang untuk melawat Kai pada waktu pagi kerana aku ingin tahu kenapa dia tak balas mesej aku malam semalam. Penat aku tunggu dia balas mesej aku tetapi dia tidak balas. Semasa aku berada di pintu utama hospital, aku telah disapa oleh seorang wanita dalam lingkungan 40an. Tetapi dia masih kelihatan cantik. Wajahnya yang pan asian itu seperti pernah aku lihat. Aku boleh meneka siapa wanita yang menyapa aku ini. Ini tentu mummy Kai disebabkan wajahnya yang ada iras-iras Kai.

"Hai. Saya Puan Yoon, mummy kepada Kai. Saya ada nampak awak dengan Kai semalam. Boleh saya tahu nama awak ?" Sapanya mesra.

"Hai Puan Yoon. Saya Chul Moo." Jawabku sopan.

"Chul Moo, boleh tak saya nak jumpa awak sekejap ?"

Haa kenapa tiba-tiba nak jumpa aku pula ? Belum sempat aku membalas dia terus membawa aku ke taman di hospital itu.

"Chul Moo, awak rakyat sini ke ?

"Eh taklah. Saya cuma belajar di sini. Itu pun tak lama. Dalam 6 bulan macam tu."

"Baguslah. Sebab saya tak mahu awak melawat Kai lagi dan saya tak nak awak ada apa-apa hubungan dengan Kai lagi." Dia menyatakan dengan tenang seperti tiada apa-apa yang berlaku padahal sangat pedih aku mendengarnya.

"Saya minta maaf kalau awak rasa tindakan saya ni melampau. Tetapi saya berhak buat macam ini untuk masa depan Kai. Saya harap awak faham."

"Saya faham. Puan Yoon jangan risau sebab saya baru je kenal Kai dan saya dengan dia tiada apa-apa hubungan yang seperti Puan Yoon bayangkan. Saya janji hari ni hari terakhir saya jumpa Kai."

"Err saya tak awak jumpa dia mulai hari ni."

"Kalau macam tu, boleh Puan Yoon berikan bekal ini kepada Kai ?"

"Chul Moo, saya tak nak awak ada apa-apa hubungan dengan dia. Jadi saya tak boleh beri bekal itu kepada dia."

Puan Yoon pergi meninggalkan aku seorang diri di taman itu. Aku cuba untuk bangun tetapi terasa badan aku amat berat dan seperti sesuatu telah hilang dalam diriku. Patutlah Kai tak balas mesej aku malam semalam. Aku faham yang Puan Yoon masih trauma tentang sejarah silamnya tetapi tak akan sampai sanggup menghukum anak dia macam tu sekali. Kai pun satu, ikutkan sangat mummy dia tu. Hish anak emak betul ! Nampaknya aku kena angkat bendera putih untuk Encik Kim.

 

+++++++++++

 

Kai

Sudah masuk waktu petang. Aku pasti yang Chul Moo tidak akan datang melawat aku hari ni. Tak akan sebab aku tak balas mesej dia, dia tidak mahu jumpa aku dah ? Nampak sangat yang dia mengaggap perkenalannya dengan aku hanya perkenalan biasa. Kalau tak mesti dia akan melawat aku atau paling kurang dia menelefon aku. Tetapi dalam hal ini aku pun salah juga. Tetapi mummy lah paling bersalah dalam hal ini. Semasa mummy melawat aku tadi, aku sengaja mengambil pil malam yang boleh buat aku mengantuk. Jadi aku akan terlepas daripada mummy dan rancangan gilanya yang mahu aku dipindahkan ke hospital lain. Ini mungkin kali pertama aku berdegil dan tak ikut cakap mummy. Aku rasa marah tetapi aku tidak pasti pada siapa marahku ini. Aku juga rasa kecewa sebab aku tidak dapat berhubung dengan Chul Moo lagi.

 

++++++++++

 

Chul Moo

"Akak tak benarkan ! Chul Moo jangan sesekali nak mengalah dalam hal ini."

"Chul Moo sanggup balik Korea dan hidup seperti biasa. Chul Moo dah tak boleh jalankan amanah Encik Kim ni."

"Chul Moo jangan cepat give up boleh tak ? Kita usahalah cara lain."

"Usaha apa lagi. Kai dah confirm tak nak tengok muka Chul Moo lagi. Senang cerita, akak lah pergi mengorat Kai tu."

"Hish budak ni ke situ pula dia. Sekarang ni Chul Moo pergi rehatkan diri sebab minggu depan kelas awak dah mula. Pasal Kai nanti akak fikirkan."

Aku masuk ke bilik dengan lemah. Sumpah aku rasa macam nak balik Korea malam ini juga. Aku malu diperlakukan sebegitu oleh Puan Yoon walaupun dia melayanku dengan baik dan tidak menyakiti aku dari segi fizikal tetapi mental aku sakit ! Aku yakin apa cara sekalipun, amanah Encik Kim ini tidak dapat aku tunaikan.

 

++++++++++

 

Sebenarnya aku tak plan nak buat scene drama dalam fanfic ni. Tapi nak buat macam mana kan, dah terbuat lah pula hehe.

Sekali lagi terima kasih kepada yang baca ^^ 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!