Bab 5

Cintaku di Kota London

Kai

Aku sedikit kecewa selepas melihat gerangan yang berdiri di depan pintu bilikku. Tanggapan aku jauh meleset. Aku ingatkan Chul Moo tetapi mummy rupanya. Kenapa aku perlu kecewa ? Sepatutnya gembira lah kan sebab mummy datang melawat aku.

"Hai Kai. Macam dah sihat je mummy tengok."

"Okay lah daripada hari tuDoktor yang rawat Kai tu memang terbaik." Jawabku sambil menunjukkan thumbs up.

"Doktor ke atau perempuan tu ?"

"Perempuan ?" Soalku. Aku mana ada kawan perempuan yang melawat aku. Kalau ada pun Chul Moo seorang je. Tapi aku baru kenal dia tak sampai 2 hari. Macam mana mummy boleh tahu ?

"Oh perempuan tu. Kai tak ada apa-apa dengan dia mummy. Kai baru kenal dia, itu pun disebabkan dia tersalah masuk bilik Kai. Apa lagi, Kai suruhlah dia temankan Kai. Mummy bukannya nak temankan Kai pun." Aku cuba yakinkan mummy.

"Baguslah. Mummy pun tak nak Kai ada hubungan dengan perempuan korea tu lagi." Aku tersentap dengan apa yang baru aku dengar. 

"Tapi hari tu mummy juga yang suruh Kai cari girlfriend ?"

"Memanglah mummy suruh Kai cari girlfriend. Tapi bukannya korean girl. Kalau boleh kawan dengan orang korea pun mummy tak nak."

"Kai. Kai ! Kai dengar apa yang mummy cakapkan ni ?" 

"Dengar mummy." Jawabku lemah.

"Doktor ada beritahu bila Kai boleh keluar ?"

"Tak ada pula mummy. Tapi dalam minggu ni."

"Kalau boleh mummy nak Kai keluar cepat. Kalau lambat lagi, mummy ingat nak tukarkan Kai ke hospital lain."

"Kenapa pula mummy ? Kai selesa je tinggal dekat sini." Aku membantah.

"Mummy nak tukarkan Kai ke hospital yang lebih dekat dengan rumah kita. Jadi senanglah mummy nak lawat Kai. Ke Kai memang tak suka mummy lawat Kai ?"

Aku tidak membalas dan hanya mendiamkan diri. Aku dapat rasa yang mummy sengaja mahu menukarkan aku ke hospital lain kerana tidak mahu aku bertemu dengan Chul Moo. Aku tidak suka apabila mummy aturkan aku macam ini. Tak akan aku nak kawan dengan orang korea pun mummy tak izinkan. Ini mesti sebab sejarah hidup mummy. Ini semua angkara lelaki tak guna tu.

 

++++++++++

 

Chul Moo

Sudah masuk satu jam Kai tidak balas mesej aku. Tetapi dia baca mesej aku. Cuma dia tak balas. Atau dia memang sengaja tak balas. Mungkin dia rasa aku ni membosankan. Tak akanlah, dia macam suka je berkawan dengan aku. Atau sekarang ni ada dia tengah layan tetamu yang melawat dia mungkin.

"Chul Moo. Muka tu kenapa ? Masam je dari tadi akak tengok."

"Kai ni tak balas mesej pula. Tapi dia baca."

"Kalau macam tu telefonlah dia."

"Ish tak naklah. Nampak sangat yang Chul Moo ni macam nak mengorat dia." 

"Memang betul pun awak nak mengorat dia. Telefonlah dia baru nampak awak tu ambil berat berat pasal dia."

"No way ! Dia lelaki dia lah patut telefon."

"Chul Moo kena ingat yang kes Chul Moo ni lain sikit. Chul Moo yang kena mulakan dulu. Jadi Chul Moo kenalah buang sikap ego tu.

Aku hanya diam dan memikirkan apa yang baru dikatakan Kak Haneul. Tetapi aku baru 2 hari kenal dengan dia. Ish buat segan je nak telefon dia. Esok je lah aku melawat dia. 

 

++++++++++

Kai

Aku hanya merenung mesej yang dihantar oleh Chul Moo. Aku mahu membalasnya tetapi aku batalkan niat ku apabila teringat akan pesanan mummy. Memang apa yang mummy lakukan itu salah. Tetapi aku sebagai anak perlu patuh kepada mummy aku. Mummy yang besarkan aku selama ini dan banyak berkorban demi aku. Aku tidak mahu gaduh dengan mummy hanya disebabkan seorang perempuan. Perempuan boleh dicari. Lebih baik aku hentikan hubungan aku dengan Chul Moo sebelum keadaan jadi lebih teruk. Aku padam semua mesej antara aku dan Chul Moo dan akhir sekali nombor telefonnya.

 

++++++++++

 

Bab 6 in the making dan akan di post malam ini. Sekali lagi, terima kasih sebab sudi baca :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!