Bab 7

Cintaku di Kota London

Chul Moo

Hari ini sudah masuk hari ke 3 aku belajar di University of East London. Aku mengambil kursus jangka pendek dalam jurusan Literature in English. Di dalam kelas, aku tak adalah rasa kekok sangat disebabkan pelbagai bangsa dan kaum ada dalam kelas aku. Setakat ini aku ada dua tiga orang kawan baru. Suasana belajar di sini sangat selesa dan aku sudah mula jatuh cinta. Aku harap aku dapat tamatkan pembelajaran aku di sini selama 6 bulan. Aku juga harap yang Encik Kim tak kisah kalau aku tak dapat jalankan amanah dia. Tetapi mustahil dia tak kisah. Dia mesti kisah sebab dia bagi aku belajar di London ni bukannya percuma. Aku juga sudah nekad kalau dalam masa 2 bulan ini aku masih tak dapat jumpa Kai, aku nak lari balik ke Korea. 

"Chul Moo, jom !" Suara Midori menghentikan lamunanku. Midori ialah antara kawan rapat aku di sini dan dia juga boleh berbahasa Korea sebab dia merupakan kacukan Jepun dan Korea.

"Jom pergi mana ?" Aku melihat jam tanganku. Lambat lagi kelas nak habis.

"Hish pelupa betul lah kau ni. Hari ini kelas separuh hari je sebab ada sambutan ulangtahun fakulti Performing Arts.

"Alah wajib pergi ke ? Aku malas lah." Aku menjawab. 

"Jomlah. Rugi tak pergi sebab student performing arts dekat sini semuanya hebat. Ada yang sampai wakil negara lagi tau."

"Yelah aku pergi." Jawabku yang malas mahu bertekak dengan Midori.

 

++++++++++

 

Chul Moo

Suasana di auditorium yang sesak merimaskan aku. Ini lah sebabnya aku tak suka pergi tempat yang ramai orang.

"Woi depannya !" Aku memarahi Midori apabila dia memilih tempat duduk yang agak depan.

"Duduk depanlah baru best." Jawabnya sambil menarik aku untuk duduk. Dah lah kena paksa datang sini lepas tu tak pasal-pasal kena duduk depan. Nasib baik semua persembahan best. 

"Kau nangis eh ?" Usik Midori apabila melihat mataku berair semasa persembahan lakonan.

"Mana ada." Jawabku yang sememangnya jenis cepat 'leleh" bila tengok babak sedih.

Selepas persembahan lakonan tamat, persembahan diteruskan dengan persembahan ballet. Melihat kepada penari ballet tersebut mengingatkan aku pada Kai. Aku pernah tengok Kai menari ballet di Youtube. Hish kenapa tiba-tiba teringat dekat Kai pula ni ! Tak ada orang lain ke aku nak ingat. Aku melihat jam tanganku yang menunjukkan pukul 2 petang. Lambat lagi ke persembahan ni nak habis. Perutku sudah mula berbunyi bila terbayangkan makanan yang Kak Haneul bekalkan kepada aku hari ni. Aku jarang makan di kantin disebabkan Kak Haneul sentiasa bekalkan makanan tengah hari untuk aku. 

"Kita sudah pun sampai ke penghujung acara. Jadi persembahan yang dinanti-nantikan oleh anda semua, dipersilakan Diversity !" Fuhh akhirnya ! Pengacara ini macam dengar je perut aku berkeroncong dekat sini.

"Woo Diversity !" Midori menjerit sambil berdiri. Patutlah beriya-iya ajak aku datang sini. Eh kejap. Diversity ? Aku rasa aku macam pernah dengar nama tu sebelum ni. Itu bukan ke kumpulan yang...

Beberapa orang penari mengambil tempat masing-masing di atas pentas. Seorang daripadanya sangat aku kenali. Aku tak sangka yang aku akan jumpa Kai dekat sini. Maksudnya Kai juga belajar dekat sini. Aduh, aku masih tak bersedia nak jumpa Kai sejak kejadian hari itu. Tetapi Kai mesti tak nak jumpa aku juga. Aku memandang ke arah Kai yang sedang menari dan pada masa yang sama dia juga memandang ke arah aku.

 

+++++++++

 

Kai

Selepas sahaja tamat persembahan, aku cepat-cepat pergi ke belakang pentas sebab aku mahu berjumpa dengan Chul Moo. Tetapi aku batalkan niat aku tu. Segan lah pula sebab nampak sangat yang aku macam terdesak nak jumpa dia. Tetapi memang terdesak pun sebab aku nak minta maaf pada dia kerana hilang macam tu je. Ini semua sebab mummy lah. Tetapi tak apalah yang penting aku dapat jumpa Chul Moo lagi lepas ini. Memang sudah takdir aku dapat jumpa Chul Moo lagi. Biarlah mummy tak suka. Tak akan dengan siapa aku nak berkawan pun mummy nak masuk campur. Hak berkawan hak aku !

 

++++++++++

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!