Bab 3

Cintaku di Kota London

Chul Moo

Sambil menuggu sarapan yang Kak Haneul sedang sediakan, aku pun menyambung projek stalk Kai yang tergendala semalam disebabkan sehari-suntuk jalan-jalan di London. Aku perlu jalankan rancangan aku untuk mendekati Kai secepat yang mungkin sebab minggu hadapan kelas dah mula. Aku lihat instagram Kai, nampaknya malam semalam dia ada post gambar. Gambar selfie dia di dalam hospital dengan caption "The place where I will be living in 2 weeks". Kenapa dengan dia ?  

"Chul Moo, breakfast dah siap." Kak Haneul memanggilku sambil menuju ke arah ku. Belum sempat dia bertanya apa-apa. Aku terus menunjukkan telefon bimbitku kepadanya.

"Sebab apa dia masuk hospital ?"

"Entah." Balasku

"Ha akak ada idea."

"Idea apa ?"

"Karang lah akak bagi tahu. Kalau akak bagi tahu sekarang, ada juga yang tak selera nak makan. Kita breakfast dulu ye."

Tak perlu cakap pun aku dah tak berselera. Apa yang Kak Haneul fikirkan. Apa idea dia sebenarnya ? Jangan-jangan..

 

++++++++++

 

KAI

Hampir semua game popular di apps store aku dah puas main. Balutan di kaki aku pun dah penuh dengan hasil lukisan doodle aku. Ada kawan pun bukannya tahu nak teman aku dekat sini. Mummy mesti tak datang hari ini sebab merajuk pasal kejadian semalam. Aduh stress ! Tinggal di hospital ni bukan bertambah sihat, bertambah sakit adalah.

"Hello Jihee.. eh.." Seorang perempuan masuk ke bilikku. Rambutnya ditocang kemas dan memakai blaus berwarna hijau muda dikenakan dengan skirt bercorak bunga. Comel ! Dari mukanya aku pasti dia ni Korean. Dia memandangku dan kemudian memandang pintu bilikku.

"Dah lama awak duduk sini ?" Tanyanya.

"Saya baru duduk sini malam semalam. Kenapa ?" 

"Sebelum ni ada seorang budak perempuan duduk dalam wad ni. Jadi saya datang ni mahu melawat dia. Tapi saya tidak tahu pula dia dah keluar."

"Dia tak beritahu awak ke yang dia dah keluar wad."

Perempuan tu hanya mengelengkan kepalanya tanda tidak tahu. Aku memandang ke arah bekal makanan yang dibawanya.

"Awak nak makan ayam goreng tak ? Sayang pula tak ada orang nak makan." Belum sempat aku membalasnya. Dia telah mengeluarkan ayam goreng dari bekal makanan tersebut. 

"Err.. awak tak kisah ke saya makan ayam ni ? Ye lah awak belikan untuk orang lain tapi orang lain pula yang makan." Aku menyusun kata-kataku supaya tidak kelihatan yang aku mahu sangat ayam goreng itu. Tetapi sebenarnya aku  memang nak makan ayam goreng yang memang menjadi kegemaran aku.

"Eh tak apa, awak makan je lah. Saya ikhlas"

"Betul ini ?" Belum sempat dia membalas, aku terus mencapai paha ayam goreng itu dan ngap. Hish tak senonoh betul perangai aku sekarang ni.

"Kai." Dia membaca nama di katilku. Alamak ! Macam mana aku boleh terlupa nak tanya nama dia. 

"Maaf. Siapa nama awak ?" 

"Chul Moo." 

"Oh jadi awak ni Korean lah. Awak sejak lahir tinggal sini ?" Soalku sambil mengunyah ayam goreng perlahan-lahan. Aku sengaja makan perlahan-lahan jadi aku boleh berbual lama dengan Chul Moo dan ada lah orang yang teman aku hari ni. 

"Tak lah saya baru je datang sini untuk sambung belajar. Awak pula ?"

"Saya memang orang sini. Mak saya kacukan Korean dengan British."

"Kai. Saya kena pergi sekarang. Ini kad saya. Kalau ada apa-apa awak contact saya ye ?" 

"Oh o-okay. Boleh tak awak te.. tema.. Eh tak ada apa-apalah. Terima kasih sebab bagi ayam goreng itu. Sedap, pandai awak masak."

"Bukan saya, tapi kakak saya yang masak. Kalau awak suka, nanti saya boleh bawakan lagi."

Aku melihat kelibatnya yang berlalu pergi. Kalau boleh aku mahu dia temankan aku lama lagi. Nasib baik dia ada tinggalkan kad dia jadi adalah peluang untuk aku jumpa dia lagi. 

++++++++++

 

Chul Moo

Apa yang berlaku antara aku dan Kai tadi adalah rancangan Kak Haneul. Kesian Kai yang mati-mati percaya bahawa semuanya adalah kebetulan. Kalau bukan Kak Haneul yang paksa aku berlakon depan Kai tadi jangan harap aku hendak buat kerja gila tu. Tetapi kerja gila tu lah yang sedikit sebanyak membantu aku dalam usaha untuk berkawan dengan Kai. Sebenarnya dia tak adalah teruk macam yang aku sangkakan. Baik lagi adalah. Muka dia makan ayam goreng tu tadi alahai comelnya ! Aku dapat tahu yang dia suka ayam goreng dari biodata instagramnya. Tetapi nak ke dia jumpa aku lagi. Entah-entah kad aku tadi pun dia dah hilangkan. 

Selepas makan malam, aku terus masuk ke bilikku untuk membaca novel. Sedang asyik aku membaca novel, tiba-tiba aku diganggu oleh bunyi mesej di telefonku. Aku pantang betul kalau ada yang mengganggu ketika aku sedang membaca. Aku membuka mesej dari nombor yang tidak ku kenali.

Daripada: 020 xxxx xxxx

Hai Chul Moo. Ini saya Kai :)

Aku seperti mahu melompat apabila membaca mesej tersebut. Maksudnya Kai mahu berkawan dengan aku lah ni. Kalau tak, tak adalah dia mesej aku pada waktu malam macam ni. Ataupun dia mesej aku sebab dia bosan. Tak apalah, janji dia ingat dekat aku.

Kepada: Kai

Hai Kai. Awak tengah buat apa tu ?

Daripada: Kai

Tak ada buat apa-apa. Lifeless tinggal dekat sini. Esok kalau awak ada masa awak datanglah melawat saya. Ada juga kawan saya nak berbual.

Tak sia-sia aku ikut rancangan Kak Haneul. Sekarang ni bolehlah aku tarik nafas lega dan tidur dengan nyenyak selepas ni.

Kepada: Kai

Saya free je esok. Nanti saya datang ye. Good night.

Aku tidur awal pada malam itu kerana aku tidak sabar untuk menantikan hari esok yang mungkin menjadi hari yang indah dalam hidupku.

++++++++++

 

Perbualan Kai dalam cerita ni adalah dalam Bahasa Inggeris sebab Kai kurang mahir berbahasa Korea. 

Korang cuba bayangkan perbualan antara Kai dengan Chul Moo dalam bahasa Inggeris ok.

Kalau aku tulis dalam bahasa Inggeris, alamatnya bukan fanfic Malay lah nampaknya.

Terima kasih sebab sudi baca   

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!