Bab 8

Cintaku di Kota London

Chul Moo

Tamat sahaja sambutan ulangtahun tersebut aku terus pulang ke rumah. Aku jarang pulang rumah awal macam ni. Selalunya aku akan ke perpustakaan sehingga lewat petang. Tetapi disebabkan aku tidak mahu terserempak dengan Kai dan aku mahu mengelak daripadanya. Aku masih tak bersedia nak jumpa dia lebih-lebih lagi dalam keadaan aku hari ini. Aku kalau tengah datang bulan memang tak ada mood nak dress up.

"Eh awalnya balik hari ni ?" Soal Kak Haneul hairan.

"Laparlah akak." Jawabku manja. 

"Lapar ? Selalunya bukan ke sanggup tak makan sebab menghadap buku punya pasal !" Usik Kak Haneul. Aku hanya tersengih mendengarnya dan terus ke ruang makan. Kak Haneul menyendukkan makanan untuk aku. Bertambah gemuk aku tinggal di sini sebab goyang kaki je kerja aku.

"Akak, rupanya Kai belajar di universiti yang sama dengan Chul Moo." 

"Tahu." Kak Haneul menjawab perlahan.

"Hah ! Jadi akak memang dah tahu?" Soalku sedikit terkejut.

"Errr.. Mana ada akak cakap akak tahu." Jawab Kak Haneul yang kelihatan seperti mahu merahsiakan sesuatu daripada aku. 

"Lepas tu awak berdua buat apa ?"

"Tak masa itu dia tengah menari atas pentas. Tapi dia nampak Chul Moo."

"Wah ! Sweetnya bertentang mata !"

"Sweet apanya. Muka dia bukan main terkejut lagi. Buat malu je dengan rambut serabai lepas tu duduk depan pula tu." Jawabku bengang. Mungkin disebabkan hormon aku yang tidak stabil semasa haid.

"Chul Moo tak boleh lah lepaskan peluang ini. Esok juga Chul Moo kena jumpa dia."

"Kalau lah dia ada lagi esok. Entah-entah dia pindah universiti lain esok. Mummy dia pun dah warning yang kami berdua tak boleh berjumpa"

"Jangan risau. Nanti akak cuba pujuk mummy Kai seba.." Kata-kata Kak Haneul terhenti. Aku memandang Kak Haneul dengan penuh tanda tanya. Kak Haneul kenal mummy Kai ?

"Chul Moo, nantilah kita sambung lagi. Tadi awak cakap awak laparkan ? Ha makan lah dahulu." Kak Haneul menukar topik. Memandangkan perut aku tengah lapar sekarang ni, aku tidak jadi bersoal jawab dengan Kak Haneul.

 

++++++++++

 

Chul Moo

"Alamak ! Aku tertinggal buku dalam kelas lah. Kau tunggu sini kejap tau, aku nak pergi ambil." 

"Okay. Jangan lama tau." Pesanku kepada Midori.

Hari ni kami berdua bercadang untuk belajar di taman di universiti. Asyik belajar di perpustakaan pun bosan juga. Jadi kami memilih untuk belajar di sini. Cuaca hari ni pun sangat nyaman dan selesa. Aku juga dapat melihat pasukan bola keranjang sedang berlatih di gelanggang yang tidak jauh daripada aku sambil menunggu Midori.

"Shakespeare.. Victor Hugo.." Seseorang duduk di sebelahku sambil membaca buku yang aku pegang. Suaranya macam biasa aku dengar sebelum ni.

"Kai !" Aku terjerit kecil.

"Hai." Sapanya selamba sambil tersenyum. Aku hanya membalas senyumannya.

"Awak ni mesti booknerd kan ?" Soalnya sambil membelek-belek buku yang aku bawa.

"Saya memang suka baca buku. Tapi tak adalah sampai tahap booknerd." 

"Jangan risau. Kalau awak jadi booknerd, awak mesti yang paling comel dalam kalangan booknerd." Aku terasa pipiku panas mendengar apa yang keluar daripada mulut Kai.

"Chul Moo, saya nak minta maaf sebab tak balas mesej awak hari tu."

"Buat apa nak minta maaf ? Saya tak marah pun"

"Ye ke awak tak marah ? Tetapi kenapa awak dah tak datang melawat saya di hospital hari tu ? Penat saya tunggu. Hai nasib baik lah kita belajar satu universiti."

"Woi Kai !" Tegur Midori mengganggu perbualan aku dengan Kai.

"Hish kau ni Midori mengganggu kita orang nak dating je." Kai memarahi Midori.

"Chul Moo. Jumpa esok ye. Bye" Kai melambai ke arahku.

"Oh kau kawan dengan Kai rupanya. Aku ingatkan kau minat dia" Soalku apabila teringat akan sokongan Midori semasa persembahan Diversity semalam.

"Ish tak lah. Aku cuma sokong dia sebagai seorang kawan. Lagi pun dia tu gay. "

"Hah ! Gay ? Ish tak baik fitnah kawan sendiri." 

"Ye lah. Handsome macam tu tak ada girlfriend ? Tak pelik ke ? Kalau ada pun mummy dia lah girlfriend dia sebab dia tu anak emak."

Tiba-tiba fikiranku teringat akan Puan Yoon. Tak akan Kai dah lupa yang mummy dia tak benarkan dia berkawan dengan aku. Aku juga patut sedar yang Puan Yoon juga tak benarkan aku berjumpa dengan anak dia lagi. Alah Puan Yoon siapa nak halang aku. Kau nak suruh anak kau ikut telunjuk kau boleh. Tetapi kalau kau nak suruh aku, jangan harap !

 

+++++++++++

 

Kak Haneul seperti ada merahsiakan sesuatu. Apakah ? Jeng jeng jeng !

Thank you sebab baca.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!