Bab 4

Cintaku di Kota London

Chul Moo

Rutin harian aku pada pagi ini adalah seperti biasa. Bangun tidur, mandi dan bersarapan. Cuma pagi ini seperti ada sesuatu yang lain. Seperti ada sesuatu spirit dalam diriku. Mungkin sebab aku akan melawat Kai hari ini. Aku suka Kai tapi bukanlah hingga ke tahap cinta pandang pertama. Aku mana ada kawan di sini. Kak Haneul seorang sahaja kawan aku di sini. Jadi aku gembira bila dapat berkawan dengan Kai. Semasa di Korea, aku tidak ada ramai kawan lelaki. Ada lah dalam 5 orang kawan lelaki yang aku kenal. Mungkin kerana aku bersekoah perempuan jadi aku tidak biasa bergaul dengan lelaki. Semalam semasa bersama dengan Kai, aku tidak menunjukkan perangai sebenar aku yang membosankan. Aku cuba untuk menjadi seorang yang ceria dan peramah supaya aku dapat berkawan dengan Kai. Kalau aku tunjuk perangai sebenar aku, sudah tentu pandang aku pun Kai tak nak.

Aku mengetuk pintu bilik Kai sebelum masuk. Tiada sebarang responds daripada Kai. Mungkin dia tidur. Jadi aku terus masuk ke biliknya. Tetapi katilnya kosong. Aku dengar bunyi bilik air seperti sedang digunakan. Kai kelihatan sedikit terkejut apabila melihat aku berdiri terpacak di depan pintu bilik air kemudian melemparkan senyuman kepada aku. Aku menjarakkan sedikit diri aku dan Kai yang agak rapat. Hish aku ni pun satu yang pergi berdiri depan pintu bilik air tu kenapa ?

"Selamat pagi Kai. Eh awak ni boleh jalan ke ? Mari sini saya tolong." Aku terus mencapai lengan Kai dan membantunya berjalan ke katil.

"Eh tak apa. Saya boleh jalan sendiri." Pipinya merona merah. Walaupun dia berkata begitu, dia hanya membiarkan tanganku di lengannya.

"Kai saya ada bawakan nasi goreng kimchi. Awak makan nasi tak ? Kimchi awak makan ?" Tanyaku. Kak Haneul ada juga sediakan roti tortilla jika tekak Kai ni tak boleh terima makanan korea.

"Sebenarnya semua benda saya boleh makan. Cuma di sini saya jarang makan makanan korea. Tapi saya pernah pergi ke restoran makanan korea."

"Tak apalah kalau awak.." Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku, Kai menarik bekal makanan yang berada di tanganku.

"Mana boleh saya lepaskan nasi goreng kimchi ni. Tentu sedap macam ayam goreng yang awak bawa semalam. Tapi boleh tak awak teman saya bersiar-siar di taman. Dah lama sangat saya memerap dalam bilik ni. Saya teringin juga nak hirup udara luar."

"Tiada masalah. Perkara kecil je tu." Dalam hati tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku bila dapat meluangkan banyak masa bersama Kai.

 

++++++++++

 

Kai

Aku sangaja mahu meluangkan masa lebih bersama Chul Moo. Aku tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti semalam. Sebab itu, aku menyuruhnya menemani aku ke taman. Sebenarnya sudah lama aku tak makan makanan korea. Aku tidak ingat bila kali terakhir aku makan makanan korea. Walaupun mummy aku separuh Korean, dia tidak pernah memasak makanan korea. Begitu juga dengan nenek aku, walaupun dia orang koreadia tidak mengamalkan budaya hidup korea. Mungkin kerana nenek seperti aku juga, dibesarkan di UK dan seumur hidupnya di sini. Begitu juga dengan aku, kalau boleh aku tidak mahu ada kaitan dengan Korea. Ini semuanya angkara lelaki itu. Tetapi Chul Moo juga orang korea. Dia tinggal di London pun sebab belajar. Selepas tamat belajar, tentu dia akan pulang ke Korea semula. Kenapa aku perlu fikir pasal semua ni ? Aku hanya mahu berkawan dengan Chul Moo dan tidak lebih daripada itu.

"Kai awak masih belajar lagi ke ?"

"Saya belajar separuh masa je sebab saya nak fokus dengan kerjaya saya sebagai penari."

"Wah ! Awak pandai menari. Biar saya teka, kaki awak jadi macam ni sebab awak jatuh masa menari ? Betul tak ?" Tekanya.

"Hmmm. Kurang tepat. Saya tercedera semasa menari itu betul. Saya tak jatuh tapi saya dijatuhkan." Balasku dengan maksud tersurat sengaja mahu mengenakannnya.

"Sama lah tu. Orang yang menjatuhkan awak telah buat awak terjatuh. Hish memain tau dia ni. Mesti awak ni hebat menari, sampai ada yang sabotaj." Aku hanya tersengih mendengar apa yang keluar daripada mulutnya.

"Awak boleh tengok saya menari di youtube. Awak search 'Dancer Kai'."

"Oh kira awak ni popular lah sampai masuk youtube."

"Awak ni kira untunglah dapat berkawan dengan saya sebab di luar sana ramai lagi yang nak berkawan dengan saya tapi saya tak layan." Usikku lagi. Dia mencebik apabila mendengar kata-kataku.

"Kai, awak boleh cakap Korea ?"

"Tak. Saya tak tahu apa-apa pun pasal Korea." Jawabku sedikit lemah.

Dia tidak membalas. Dia seperti mengerti yang aku kurang senang apabila bercakap tentang asal-usul aku.

"Kai, saya kena pulang sekarang."

"Alah, sekejapnya. Temanlah saya lama sikit." Pujukku tanpa segan. Aku pun tidak sedar yang aku boleh berperangai sebegini apabila bersamanya.

"Saya janji lain kali saya datang lagi okay ?"

Selepas Chul Moo pulang. Aku kembali bersendirian di dalam bilikku. Tidak lama kemudian, pintuku diketuk menandakan ada orang yang mahu melawatku. Aku sangat berharap bahawa pelawat itu ialah Chul Moo yang tidak jadi pulang kerana mahu menemaniku.

 

++++++++++

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!