Bab 1

Cintaku di Kota London

Chul Moo

 

"Saya akan tanggung yuran belajar awak dan segala keperluan awak di London nanti tapi dengan satu syarat."

Aku sudah mengagak yang Encik Kim ini ada udang sebalik batu. Mustahil dia nak bagi bagi aku duit dia secara percuma macam tu je.

"Saya ada anak sebaya dengan awak yang tinggal di London. Tapi sudah masuk 19 tahun saya tak jumpa dia. Kali terakhir saya jumpa dia semasa umur dia 2 tahun dan selepas itu dia dilarikan oleh bekas isteri saya ke London. Macam-macam cara saya sudah buat untuk berjumpa dengan anak saya. Tapi semuanya gagal."

"Kenapa Encik Kim tak minta pertolongan peguam ?"

"Saya malas nak cakap pasal isu peguam ni. Saya rasa teraniaya sebab mahkamah di negara ni seperti tidak mahu membantu saya kerana kes ini melibatkan mahkamah di London. Jadi untuk menjaga hubungan di antara dua buah negara, mereka tidak mahu memperbesarkan kes ini. Mereka anggap kes ini macam masalah rumah tangga biasa."

"Besarnya dugaan Encik Kim ni. Tapi kan, apa kena mengena kes ni dengan syarat tadi ?"

"Sebenarnya saya nak awak berkawan dengan anak saya. Lebih bagus kalau awak jadi kekasih dia. Bukan apa, saya tak nak dia lupa akan asal-usulnya dan saya mahu dia berkahwin dengan orang Korea. Saya tak sanggup tengok dia hidup dengan budaya barat di London.

Apa punya syarat ni ? Aku kena jadi kekasih anak dia ? Haish aku pergi London nak belajar, bukannya nak cari cinta.

"Maafkan saya Encik Kim. Syarat ni agak tak masuk akal. Tak apalah kalau Encik Kim..."

"Tolonglah saya. Ini je cara saya untuk jumpa anak saya. Awak tak kasihan ke dekat saya ? Sudah 19 tahun saya tak jumpa dia !

Aduh Encik Kim ni. Aku ni dah lah jenis yang cepat cair bila dengar cerita sedih.

"Saya berharap sangat awak dapat bantu saya dengan menerima tawaran ini."

Alamak Encik Kim ni. Kalau ya pun, tak payahlah melutut dekat aku. Ish depan orang ramai pula tu.

"Errr.. Baiklah saya akan bantu Encik Kim."

"Terima kasih Cik Chul. Awak akan bertolak ke London esok. Jadi awak bolehlah kemas barang-barang awak. Sekali lagi, terima kasih Cik Chul."

 

++++++++++

 

Dapat tinggal dekat London free. Belajar pun free. Boyfriend pun free. Boyfriend ? Aku ni bercinta pun tak pernah. Kawan lelaki pun tak ada. Lepas tu nak kena mengorat anak si Encik Kim tu pula. Entah-entah Kim Jongin tu pandang aku pun tak nak. 

Sampai je rumah lepas jumpa Encik Kim tadi terus aku mulakan projek stalk Kim Jongin. Ya lah aku perlu tahu macam mana rupa dia. Apa dia selalu buat. Paling penting adakah dia menepati ciri lelaki idaman aku ?

Hasil daripada penyiasatan aku, rupanya Kim Jongin atau lebih dikenali dengan nama 'Dancer Kai' ialah seorang penari dan dia dah banyak memenangi pertandingan menari di London. Wah hebat ! Rupa dia handsome macam bapak dia juga. Tapi masalahnya dia ni agak popular. Jadi bertambah susah lah kerja aku nanti. 

'Kerana mulut badan binasa'

Nasi sudah menjadi bubur'

Apa lagi peribahasa yang sesuai untuk situasi aku ni ? Betul ke keputusan yang aku buat ni ? Dapat ke aku pikul amanah Encik Kim ni ?

 

++++++++++

 

"Perhatian. Ini adalah panggilan terakhir untuk Korean Air Flight 5421 ke London. Para penumpang.."

"Chul Moo, jaga diri awak baik-baik dekat sana nanti ya. Kalau ada apa-apa masalah, awak hubungi je saya. Dan pasal anak saya tu, awak cuba lah yang terbaik untuk rapatkan hubungan awak dengan dia."

"Baiklah Encik Kim. Saya banyak terhutang budi dan tak tahu macam mana nak balas semua ini. Terima kasih atas segala-galanya Encik Kim." Aku cuba bertarung dengan air mataku supaya tidak mengalir. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan aku sekarang ni. Rasa sedih sebab aku akan tinggalkan negeri dimana aku dilahirkan dan bertambah sedih lagi bila Encik Kim mengingatkanku tentang anaknya itu.

Selamat tinggal Seoul. Aku pasti akan pulang dengan berbekalkan ilmu di dada, pengalaman yang berwarna-warni bersama seorang teman.. 

 

++++++++++

 

Terima kasih kepada yang baca ^__^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ilirsyana #1
Chapter 9: thanksss author . sekian lama menunggu dan melepaskan geram kat dinding rumah , authorr update jugakk . nnti lps ni comfirm ad scene yg sweet muweet kan kan . hope so >< hee . update soon !!!
amani123
#2
Chapter 7: yahoooooo,chul moo ngan kai sama u hrp la diorang bertemu face to face gitu !!!!!!!!!
amani123
#3
Chapter 5: ish jahatnya mummy kai ni padahal dia yg bawa lari kai ishhhh nak je aku tumbukx2 mummy kai ni
amani123
#4
Chapter 3: huhuhuhu cerita awak memang 100% daebak so update soon ye author.. Author fighting!!!!!!!!!!!!!!!