.18

He 's Not My Perfect 10
Please Subscribe to read the full chapter

Hyuna memegang buku lalinya yang lebam itu. Dia termenung lama. Kata-kata lelaki itu masih terngiang-ngiang di telinganya. Senyuman hambar terpamer sedikit di wajahnya. "Cik? Ni air yang cik minta tadi." Wanita berusia separuh abad itu meletakkan secawan air kopi ditepi sofa tempat gadis itu sedang duduk. "Terima kasih . Ahjumma. .''Hyuna menarik wanita itu untuk duduk di sebelahnya. " Rindu ." gadis itu segera memeluk tubuh tua itu. Tangannya yang berkedut mengelus perlahan rambut perang milik Hyuna. Kepalanya dibaringkan di atas paha miliknya. 

 

"Kamu mesti ada masalah kan?" Hyuna menganguk perlahan. Matanya dipejamkan , mahu menahan air mata nya dari tertumpah. "Saya dah buat salah paling besar , kesalahan yang orang tak mampu maafkan saya." Jari halusnya menggenggam erat tapak tangan wanita tua itu. "Apa yang kamu dah buat ?"Tanya wanita itu perlahan. "Hmm , entahlah. Tapi , saya dah mengaku yang saya buat silap , walaupun saya tahu diorang takkan maafkan saya. " terang Hyuna. " Mesti kamu buat ni ada sebab kan?" Hyuna mengangguk.

 

"Jeon Jungkook? Your Mr.Perfect 10?"

 

. .

 

Jimin mengesat air mata di pipi nya . Mindanya bercelaru , perasaannya bercampur baur.Marah,kecewa dan sedih. Poster yang memaparkan imej isteri yang tidak sepatutnya ditayangkan direnyuk. Dengan pengaruhnya , semua poster di kolej telah dibuang. Namun , dia tahu , sebesar mana pengaruhnya , mulut orang tetap tak mampu ditutup. Dia sudah gagal menjadi seorang suami yang terbaik untuk Ahri. Maruah lelakinya tergadai kerana gagal menjaga maruah seorang wanita yang dicintai. Dia mengeluh perlahan. Batu kerikil dikuis-kuis dengan jarinya. 

 

Satu demi satu , batu kecil dilempar ke dalam tasik di hadapanya. Wajah Ahri yang menangis tak berhenti sejak pulang dari kolej tadi masih bermain-main di hadapannya. Puas dipujuk , namun tangis gadis itu langsung tidak redha. Ego lelakinya hilang sama sekali apabila melihat air mata gadis itu. Setelah dihantar pulang , dia segera memandu ke tasik ini , tempat dia menenangkan diri sekarang. Dia tak mahu maruah nya sebagai lelaki dipijak lagi apabila tak mampu mengawal air matanya. Tiba-tiba seorang kanak-kanak lelaki datang berlari ke hadapanya sambil memegang belon di tangan kiri , dan gula kapas di tangan kanannya. 

 

"Hyung nak? " dia menyuakan gula kapas ke arah Jimin. Jimin menggeleng. Dia membelai rambut kanak-kanak itu lalu menyuruhnya untuk duduk di sebelah nya. "Nama kamu siapa? Mana ibu bapa kamu? Kenapa main seorang diri?" bertubi-tubi soalan yang keluar dari mulut Jimin. Kanak-kanak itu tersenyum. "Park Ji-Min. Hyung saya ada dekat sana , tengah beli ais krim." Terkejut Jimin apabila mendengar nama kanak-kanak kecil itu. Pipi tembamnya ditekup dengan kedua tapak tangan Jimin. ''Jadi , kamu ni Jimin Jr lah? Nama hyung pun

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
kookssi #1
Chapter 26: sedihnyaaa
harryniel
#2
Chapter 25: Omgggggggg sambung2 ~~~
hollyeu
#3
Chapter 25: Omg saya sukalah cerita ni, sweet jeee.. tapiiiiiii kenapa makin sedih je ni aha XD JIMIN WHY T^T
hannis
#4
Chapter 25: Jimin...
hannis
#5
Chapter 24: apa jdi ngan Jimin??
author-nim dah lama x update tpi bila update buat pembaca rasa sungguh hmm
its okay keep update
kookssi #6
Chapter 24: wahh akhirnya update jugak T.T
saekook #7
Chapter 23: Please update , Jebal
HanaNaNa23 #8
Chapter 23: Serious talk ak suka dgn cita ni wehhh T_T update soon k. Sbb minggu ni cuti, update ~ update ~ ^^
ynhaerajjg #9
Chapter 23: Apani apani mesti taehyung an ;-; birthday boyyyyyy xD Update soon authornim! tak sabaq nak tau apa jadi kat budak yg suga cakap tu ._.
pikahbajet #10
Chapter 23: apa yg jadi nihh????? update soon...