Bab 8

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

Luhan mengunci lokarnya sebelum balik. Sebaik sahaja Luhan memusingkan badannya ke belakang, Kai sudah berdiri di depannya. Luhan teramat terkejut dan tersandar pada lokarnya. Kai menarik lengan Luhan dan membawanya ke sudut dinding. Luhan mengaduh kesakitan.

 

"Sakit la!" kata Luhan cuba menepis pegangan Kai pada lengannya. Genggaman Kai sungguh kuat dan dia tidak dapat menandingi kekuatannya. Kai memandang Luhan dengan tidak puas hati.

 

"Apa kau buat dengan Krystal tadi?" soal Kai dengan serius.

 

"Mana ada…aku tak buat apa-apa pun tadi!" kata Luhan dalam kesakitan. Kai mengenggam lengan Luhan dengan lebih kuat.

 

"Kau tipu. Jangan nak berpura-pura dengan aku." kata Kai lagi.

 

Luhan jadi tidak keruan. "A…aku cuma cium dia je..." kata Luhan, perlahan. Kai merenung Luhan dengan lama.

 

"Kau memang tak guna!"  kata Kai sambil menghalakan tumbukannya ke arah muka Luhan. Luhan memejamkan matanya.

 

"Berhenti!!!" jerit Eli dan menahan tumbukan Kai tadi.

 

"Kau ni, kenapa hah?? Gila ke nak belasah anak orang?!!" kata Eli dengan berang.

 

Kai menepis tangan Eli. Kai masih mahu menumbuk muka Luhan. Eli menjadi marah dan menendang Kai dari belakang dan menyebabkan Kai tersandar pada badan Luhan. Kai memaling ke belakang dan menendang perut Eli. Eli memuntahkan darahnya. Kai melepaskan lengan Luhan dan berlalu dari situ. Luhan segera mendapatkan Eli. Bibir Eli dipenuhi dengan darah. Luhan menjadi risau.

 

"Eli, awak okey tak? Nak pergi hospital?" tanya Luhan bertubi-tubi.

 

Eli tersenyum dan ketawa. "Hahaha...tak payah risaulah, Luhan. Sikit je ni." kata Eli mengesat bibirnya dengan lengan baju.

 

"Tak sangka si Kai tu semakin kuat. Sakit perut aku ditendangnya." kata Eli lagi sambil memegang perutnya. Luhan memandang Eli lagi. Eli memandang Luhan dengan pelik.

 

"Woi, jangan pandang aku camtu la. Aku okey je." kata Eli cuba menyedapkan hati Luhan. Luhan mengenggam tangannya.

 

"Eli, saya nak cuba berbaik dengan Kai." kata Luhan. Eli membulatkan matanya.

 

“Luhan, kau ni biar betul. Kai tu bagai nak gila nak belasah kau, kau pulak nak berbaik dengan dia." kata Eli seakan tidak percaya dengan kata-kata Luhan tadi. Luhan hanya tersenyum.

 

"Saya akan cuba walaupun dia akan membelasah saya." kata Luhan sebagai kata putus. Eli tidak tahu mahu kata apa.

 

"Terserah la kepada kau. Wei, tolong bangunkan aku jap." kata Eli menghalakan tangannya ke arah Luhan. Luhan menarik tangan Eli.

 

"Ishh, beratnya!' kata Luhan dengan nada bergurau. Eli sengaja memasamkan muka.

 

"Berat ke?" soal Eli.

 

Luhan mengangguk. "Ya, berat sangat." kata Luhan dan ketawa bersama-sama dengan Eli.

 

Malam itu, Kai memasuki kawasan sekolah. Walaupun telah diberi amaran oleh pihak sekolah, Kai langsung tidak mengendahkan amaran tersebut. Kai menuju ke bilik latihannya. Kai membalut tangannya dengan kain dan menumbuk beg pasir. Kai melepaskan amarahnya pada beg pasir itu. Kai menumbuk beg pasir itu dengan kuat. Beg pasir itu tercabut dan tercampak ke belakang. Kai hanya memandang beg pasir itu. Tiba-tiba, Kai terdengar pintu bilik latihannya ditendang dari luar. Kai membuka pintu itu dan, *SHAAAKK*

 

Darah tersebur keluar dari pipinya. Kai sempat mengelak sedikit dari tikaman Sehun.

 

"Tak guna!! Apasal kau lagi pantas dari aku?!!" pekik Sehun.

 

Sehun menghalakan pisau itu ke arah Kai. Kai sempat mengelak dan menendang perut Sehun. Sehun jatuh terduduk dan pisau tercampak ke tepi. Kai mengambil pisau itu dan menghalakannya ke arah Sehun. Sehun mendongak dan terlihat muka Kai yang dipenuhi darah.

 

"Kau buat apa kat sini?" soal Kai, meletakkan pisau itu dekat dengan leher Sehun.

 

Sehun tersengih, "Aku datang sebab nak bunuh kau!!"


Luhan berlari menuju ke bilik latihan Kai. Luhan ternampak orang sedang mencuci bilik itu. Luhan mengintai sedikit ke dalam bilik latihan tersebut dan Luhan ternampak kesan darah yang banyak.

 

‘Apa yang dah berlaku ni?’ soal Luhan dalam hati.

 

Luhan sudah mula risau. Luhan tercari-cari kelibat Kai di kawasan sekolah. Luhan mencari di setiap sudut sekolah tetapi dia masih tidak nampak batang hidung Kai. Luhan sudah mula keliru.

 

"Mana Kai pergi ni?" kata Luhan sambil mengaru kepalanya.

 

"Kamu cari Kai ke?" tanya salah seorang pelajar.

 

Luhan segera mengangguk. "Ya, saya cari Kai. Awak tau di mana?" tanya Luhan pula.

 

"Saya nampak Kai pergi ke tandas tadi." jawab pelajar itu.

 

"Terima kasih ya." kata Luhan dan terus berlalu dari situ. Luhan masuk ke dalam tandas dan tiada sesiapa di situ.

 

"Betul ke dia ada kat sini?" Luhan mula rasa sangsi.

 

Tiba-tiba, *PANGG!!* Pintu tandas itu terhempas dengan kuat. Luhan terkejut dan memaling ke belakang.

 

"Kai!" kata Luhan dengan teruja.

 

Kai berjalan menghampiri Luhan. "Kenapa kau cari aku?" soal Kai. Luhan tidak menjawab pertanyaan Kai. Luhan terpaku melihat pipi Kai yang berbalut. Luhan tersandar pada dinding.

 

"Apa kau nak dari aku?" Saat itu, Luhan sudah mula menggeletar.

 

"Aku cuma nak berbaik dengan kau." kata Luhan, perlahan.

 

Kai memandang muka Luhan. Kai berasa pelik. ‘Nak berbaik dengan aku?’ getus Kai dalam hati.

 

"Kau sedar tak kau tengah cakap dengan siapa?" kata Kai merentap kasar pada kolar baju Luhan. Muka Luhan menjadi pucat.

 

"Sa…saya tau. Tapi…saya tetap mahu berbaik dengan awak. Saya akan tolong awak!" kata Luhan.

 

Kai melepaskan kolar baju Luhan. Kai terdiam mendengar kata-kata Luhan tadi. Luhan melihat Kai yang terdiam. Terdapat kesan lebam pada bibir Kai dan lengannya ada kesan luka. Luhan memberanikan diri untuk menanya Kai.

 

"Awak ada gaduh dengan sesiapa ke?" tanya Luhan. Kai mendiamkan diri. Fikiran Kai melayang jauh. Luhan mula pelik dengan sikap Kai.

 

"Kai, awak okey ke?" tanya Luhan lagi. Tiba-tiba, Kiseop melangkah masuk ke dalam tandas. Kiseop terkejut melihat Luhan dan Kai berdiri di situ. Kai terus keluar dari tandas.

 

"Kai, tunggu!" kata Luhan cuba menarik lengan Kai tetapi tidak berjaya. Kiseop menarik lengan Luhan.

 

"Woi, kau buat apa dengan dia tadi? Dia ada buat sesuatu kat kau? Dia ada bagi amaran tak?" soal Kiseop bertubi-tubi.

 

Luhan menggelengkan kepalanya. "Tak, saya cuma nak berbaik dengan Kai." kata Luhan dan mengejar Kai dari belakang. Kiseop hanya memandang Luhan yang berlari.


*cough* *cough* Krystal terbatuk lagi dalam kelas. Semakin lama semakin teruk. Cikgu mula bimbang dengan keadaan Krystal.

 

"Krystal, saya rasa kamu patut balik ke rumah. Batuk kamu tu dah makin teruk." kata cikgu yang menyuarakan kebimbangan. Krystal tersenyum pahit.

 

"Takpe, cikgu. Batuk biasa je." kata Krystal dan sekali lagi Krystal terbatuk lagi. *cough* *cough* *cough* Krystal memegang dadanya. Kesakitannya semakin terasa. Krystal terasa sesuatu yang hangat di tangannya. Cikgu kelasnya menjerit memanggil namanya.

 

"Krystal!! Kamu patut pergi hospital sekarang!!" Krystal memandang tapak tangannya.

 

"Cikgu, boleh tak saya pergi ke tandas?" kata Krystal, perlahan. Cikgu menggelengkan kepalanya.

 

"Tak boleh. Cikgu nak hubungi ibu bapa kamu untuk bawa kamu pulang." kata cikgu pula.

 

"Tolonglah cikgu, saya nak cuci tangan saya." kata Krystal lagi. Cikgu hanya memandang Krystal sekilas.

 

"Tiffany, kamu teman dia ke tandas." Tiffany mengangguk.

 

"Kenapa ianya semakin teruk?" kata Krystal dengan perlahan dan jatuh pengsan.


Luhan cuba mengejar Kai tetapi Kai telah hilang di pandangannya. Telefon Kai berdering. Kai segera mengangkat panggilan itu. Luhan yang terdengar deringan telefon Kai terus menuju di mana Kai berada. Luhan ternampak Kai yang bercakap dalam telefon. Selepas itu, Kai mencampak telefonnya ke tanah. Hancur berkecai telefon itu. Luhan terkejut. Luhan melihat muka Kai. Mukanya penuh dengan amarah dan dia terus berlari ke luar sekolah. Luhan cuba mengejar Kai tetapi telefonnya tiba-tiba berbunyi. Luhan segera mengangkat panggilan itu. Tentera nama 'Eli' di skrin telefonnya.

 

‘Kenapa pulak ni?’ getus Luhan dalam hati. "Helo."

 

"Wei, kau kat mana ni?" tanya Eli dengan tiba-tiba. Suara Eli jelas kedengaran risau.

 

"Saya kat belakang bangunan sekolah. Kenapa ni? Bukan main risau lagi kau punya suara." kata Luhan, pelik.

 

"Krystal, dia..." ayat Eli tergantung.

 

"Dia kenapa?" tanya Luhan.

 

"Krystal…dia pengsan tadi. Sekarang ni, dia dikejarkan ke hospital!" kata-kata Eli tadi menyebabkan jantung Luhan mahu gugur.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............