Bab 4

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

Keesokkan harinya, Luhan berjalan keluar dari rumah dan menuju ke sekolah seperti biasa. Dari jauh, Luhan terdengar bunyi deruman motor yang sangat kuat dari belakangnya. Dengan sekelip mata, motor itu terus berlalu dengan laju meninggalkan kawasan itu.

 

"Lajunya dia bawa motor." kata Luhan dengan perasaan kagum.

 

Luhan ternampak tatu di tangan kiri dan tengkuknya. ‘Saya macam pernah nampak tatu itu tapi di mana?’ getus Luhan dalam hati. Luhan terus berjalan menuju ke sekolah tanpa memikirkan mengenai tatu itu. Ramai orang menegur Luhan sebaik sahaja Luhan melangkah masuk ke kawasan sekolah. Luhan hanya membalas dengan senyuman apabila pelajar lain menegurnya. Sampai sahaja di bangunan sekolah, Luhan menuju ke lokar kasutnya dan ternampak Kai sedang mengunci lokarnya. Luhan terpandang pada tatu Kai di tangan kiri dan tengkuknya.

 

"Oh, dia yang bawa motor tadi." kata Luhan, perlahan. Kai menjeling tajam ke arah Luhan.

 

"Kau nak apa?" soal Kai dengan tiba-tiba. Luhan terkejut dengan soalan itu tadi menjadi kelu. Kai memandang muka Luhan dengan matanya yang tajam. "Jangan sesekali kau rapat dengan Krystal. Kalau kau rapat dengan dia, siap kau!" kata Kai kepada Luhan. Kai memandang Luhan dengan pandangan membunuh. Luhan memberanikan diri untuk bercakap.

 

"Sa...saya tiada hubungan apa-apa dengan dia." Suara Luhan terketar-ketar. Kai memandang Luhan sekilas dan terus berlalu dari situ. Pelajar lain terus menghampiri Luhan dan memeriksa keadaan Luhan.

 

"Kau okey tak? Dia ada cederakan kau?" kata salah seorang pelajar. Luhan seraya membalas.

 

"Tak, dia tak buat apa-apa pun. Cuma amaran sahaja." kata Luhan dengan tenang. Pelajar yang lain-lain memandang sesama sendiri. Muka mereka kelihatan sangat takut dan risau. Luhan berasa pelik. Adakah Kai itu sangat menakutkan sampai semua orang takut kepadanya? Luhan pelik melihat tangan Kai yang dipenuhi dengan balutan. Luhan teringat yang AJ pernah beritahu yang Kai itu petinju sekolah.

 

‘Hmm…entah la. Malas saya nak fikir.’ bisik Luhan dalam hati. Sampai sahaja di pintu kelas, Eli meluru ke arah Luhan.

 

"Woi, betul ke Kai bagi amaran kat kau?"  kata Eli dengan cemas. Luhan menjawab dengan perasaan gementar.

 

"Y-ya. Kenapa ni?" tanya Luhan pula. Muka Eli menjadi keruh. Semua orang dalam kelas juga begitu.

 

Eli berkata, "Kalau dia bagi amaran lagi, bagitau aku." kata Eli dengan perlahan dan terus menuju ke tempat duduknya. Sepanjang sesi pembelajaran dalam kelas, Luhan langsung tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelasnya. Luhan terasa seperti seseorang sedang memerhatikannya. Luhan memandang ke arah Krystal. Krystal membalas dengan senyuman. ‘Siapa Krystal dalam hidup Kai? Kenapa Kai beria-ia bagi amaran kepada saya?’ Persoalan terus bermain di mindanya.

 

Sewaktu loceng waktu rehat berbunyi, Luhan nampak Kai terus keluar dari kelas. Luhan bingkas bangun untuk mengekori Kai. AJ menarik tangan Luhan.

 

"Kau nak ke mana tu?" soal AJ.

 

"Saya nak ikut Kai." kata Luhan cuba meleraikan pegangan AJ. AJ membulatkan matanya.

 

"Kau gila? Kau nak kena belasah dengan Kai ke?!" kata AJ sedikit menempik dan pegangan AJ pada tangan Luhan semakin kuat.

 

"Tak, lepaskan saya!" kata Luhan, menepis tangan AJ dengan kuat dan terus mengejar Kai. AJ hanya melihat sahaja. ‘Aku harap kau tak apa-apa.’ bisik AJ.

 

Luhan mengekori Kai daripada belakang. Luhan perlu memastikan kehadirannya tidak disedari oleh Kai. Kai menuju ke bilik latihan meninju.

 

‘Oh, dia memang seorang petinju.’ bisik Luhan dalam hati. Luhan memasuki bilik latihan tersebut. Luhan ternampak Kai menumbuk beg berisi pasir dengan bertubi-tubi. Tumbukan Kai sangat kuat sampai berhayun-hayun beg pasir itu. Luhan memuji kekuatan Kai. "Woah, dia sangat kuat!" kata Luhan, perlahan. Tiba-tiba, Luhan terlanggar dengan beberapa batang besi dan menyababkan batang besi itu jatuh dan mencetuskan bunyi bising.

 

*TANG!* *TANG!*

 

"Alamak!" kata Luhan, perlahan. Luhan segera bangun untuk melarikan diri. Sedikit lagi mahu sampai ke pintu, Kai menghempas pintu itu. PANG!! Luhan terkejut dan jatuh terduduk. Kai berjalan menuju ke arah Luhan. Luhan mengundurkan badannya ke belakang. Luhan menggeletar satu badan apabila melihat Kai memegang sebatang besi. Kai berjalan semakin hampir ke arahnya. Luhan mengundur dan undur dan tersandar ke dinding. Kai memegang leher Luhan.

 

"Apa kau buat kat sini?" soal Kai. Luhan berasa sangat takut sampai mulutnya tidak boleh bercakap.

 

"Apa kau buat kat sini? Cakap!!" soal Kai dengan mencekik leher Luhan dengan kuat.

 

"Argh! Sa-saya hanya nak tengok awak berlatih je…" kata Luhan dengan suara tersekat-sekat. Kai melepaskan leher Luhan. Luhan terbatuk-batuk akibat genggaman Kai tadi. Genggamannya sangat kuat.

 

"Pergi dari sini."  kata Kai.

 

"Apa?" tanya Luhan.

 

"Aku kata pergi sekarang!"  Kai membaling batang besi di tangannya. Batang besi tadi hampir mengenai muka Luhan. Satu garis halus di muka Luhan memercikkan darah. Luhan terus bingkas bangun dan lari keluar dari bilik latihan itu. Kai memandang ke arah pintu masuk itu dan kelihatan beberapa lelaki dengan kayu dan besi. Kai tersenyum sinis.

 

"Datang juga korang." kata Kai.


Eli memandang tempat duduk Luhan yang kosong. Luhan langsung tidak masuk ke kelas selepas dia keluar mengekori Kai pada waktu rehat tadi. Perasaan bimbang mula menghurungi fikirannya. Eli dapat mengagak sesuatu yang buruk telah berlaku kepada Luhan. Krystal menegur Eli.

 

"Eli, mana Luhan? Dari tadi, saya tak nampak dia. Dia pergi ke mana?" tanya Krystal.

 

"Entah la, Kai pun tak masuk lagi. Agaknya kat mana diorang sekarang?"  kata Eli pula. Krystal mengerutkan dahinya. Eli perasan dengan perubahan sikap Krsytal segera berkata.

 

"Err…maaf terlepas cakap." kata Eli dengan pantas. Kiseop pula menghampiri Eli.

 

"Takkan kau tak tau. Aku dah risau ni. Jom kita cari Luhan." kata Kiseop dengan perasaan gusar. Tiffany dan AJ mengangguk serentak. Eli mengangguk tanda setuju. Mereka keluar ke kelas dan berpecah mencari Luhan.

 

Ke hulu dan hilir sekolah mereka mencari Luhan tetapi tidak jumpa. Mereka terus mencari di seluruh kawasan sekolah. Kiseop yang berlari-lari anak di koridor sambil memandang sekeliling. Kiseop terpandang kesan darah di koridor sekolah. Kesan darah itu ada di sepanjang koridor. Kiseop mula menjadi takut tetapi Kiseop memberanikan diri untuk mengikut kesan darah tersebut. Kiseop terus berjalan sampai ke sudut dinding yang agak tersembunyi. Kiseop ternampak bayangan seseorang. Kiseop mengagahkan dirinya untuk melihat orang itu. Kiseop memegang tangan orang itu dan orang itu segera memaling. Kiseop terlampau terkejut dan menjerit.

 

"Luhannnnn!!!"

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............