Bab 6

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

Luhan membuka matanya perlahan. Luhan memaling ke tepi katilnya. Luhan ternampak Kiseop yang tertidur tepi katil itu. Luhan memaling ke arah tingkap. Sinaran mentari terus memancar ke arahnya.

 

"Sudah pagi?" kata Luhan, perlahan. Luhan terpandang ke arah Eli yang tertidur di atas kerusi.

 

"Kesian Eli kena tidur atas kerusi." kata Luhan lagi. Luhan cuba mengubah posisinya dan membuatkan Kiseop terjaga dari tidurnya. Kiseop terbangun dan berkata,

 

"Oh, kau dah bangun." kata Kiseop dengan terpisat-pisat matanya. "Korang buat apa kat sini? Mana yang lain-lain?" tanya Luhan.

 

Kiseop menjawab, "Sekolah la, apa lagi." kata Kiseop dengan selamba.

 

"Hah? Sekolah?!" kata Luhan, terburu-buru turun dari katil. Kiseop menahan Luhan dari berdiri.

 

"Wow, wow, relaks, Luhan, relaks. Mak cik kau dah maklumkan kepada pihak sekolah yang kau, aku dan Eli ambil cuti sakit hari ni. Kau tak payah risau lah." kata Kiseop, cuba untuk menenangkan Luhan. Luhan sekadar mengangguk dengan penerangan Kiseop. Eli yang terdengar Kiseop bercakap terus terjaga.

 

"Kau ni, Kiseop, cakap kuat sangat sampai terjaga aku dibuatnya." marah Eli dalam keadaan mamai. Luhan terus ketawa.


Mereka semua berborak-borak tanpa menghiraukan perjalanan masa.

 

"Oh, rupanya Eli ni dari Los Angeles." kata Luhan dengan kagum. Eli tersenyum kambing. Kiseop cuba untuk mengorek rahsia Luhan.

 

"Wei, Luhan. Kenapa kau trauma sangat dengan lambang kepala harimau pada gelang Tiffany?" tanya Kiseop tanpa segan-silu.

 

Eli memukul belakang Kiseop. "Kau ni...jangan tanya soalan tu kepada Luhan la." marah Eli.

 

Kiseop menjawab, "Apa? AJ yang suruh aku tanya Luhan pasal benda tu. Salah ke?" Eli sudah mula geram dengan perangai Kiseop yang tidak malu dan selamba. Luhan mula mencelah.

 

"Takpe, takpe. Betul ke kau nak tahu?" kata Luhan dengan tenang.

 

Kiseop dan Eli saling berpandangan. Luhan sangat tenang berbanding semalam.

 

Eli bertanya kepada Luhan, "Betul ke lambang tu membunuh mak kau?" tanya Eli. Luhan mengangguk perlahan.

 

"Ya, lambang itu yang membunuh ibu saya. Ibu saya dibunuh depan mata saya sendiri. Waktu saya masih kecil, saya tidak mampu menyelamatkan ibu saya." kata Luhan. Suaranya bertukar sayu.

 

"Kau tau tak kenapa mak kau dibunuh?" soal Kiseop. Luhan tersentak mendengar soalan itu. Eli menyiku tangan Kiseop. Kiseop mengadu kesakitan dan mencebik. Luhan cuba menjawab soalan itu.

 

"Saya tak tahu...yang saya tahu ibu saya tak mahu berkahwin dengan lelaki itu." kata Luhan, perlahan.

 

"Kejap, kalau betul kau takut dengan lambang kepala harimau...siapa yang buat muka kau berdarah?" tanya Eli tiba-tiba. Luhan memegang balutan di pipinya.

 

"Oh, ini. Kai yang buat."  kata Luhan.

 

"Apa?!" kata Kiseop dan Eli serentak. Luhan mengangguk.

 

"Apa dia buat kat kau?" tanya Eli dengan perasaan ingin tahu. Luhan mula membuka ceritanya.

 

"Semalam saya mengekori Kai pergi ke bilik latihannya. Saya tengok dia berlatih. Kekuatannya sangat luar biasa. Apabila saya mahu pergi dari situ, saya terlanggar beberapa batang besi..."

 

"Kejap, batang besi?" Kiseop mencelah.

 

Luhan mengangguk. "Ya, batang besi. Habis jatuh semua batang besi itu. Saya segera berlari ke pintu, belum sempat saya membuka pintu, Kai menutup pintu tersebut."

 

"Lepas tu, apa dia buat kat kau?" tanya Eli, dengan penuh perasaan ingin tahu.

 

"Dia tanya saya apa saya buat kat sini, saya tak dapat nak bercakap kerana terlalu takut. Lepas tu, dia cekik saya dengan kuat dan memaksa saya bercakap. Saya kata saya cuma nak tengok dia berlatih." kata Luhan dengan panjang lebar.

 

"Lepas tu?" tanya Kiseop pula.

 

Luhan menjawab, "Lepas tu, dia melepaskan saya dan suruh saya pergi dari situ. Saya tak faham kenapa saya perlu pergi. Apabila saya bertanya, dia marah dan mencampakkan sebatang besi ke arah saya. Batang itu hampir mengenai muka saya." kata Luhan.

 

"Oh…macam tu. Tapi sepatutnya kau tak patut pergi ke situ." kata Eli dengan serius.

 

"Kenapa pula?" soal Luhan.

 

"Kau belum kenal siapa Kai sebenarnya..." kata Kiseop, perlahan.

 

Luhan berasa pelik, "Kai yang sebenar?" Kiseop dan Eli saling berpandangan.

 

"Kalau kau nak tahu, Kai tu ada ramai musuh. Musuhnya selalu datang pada waktu rehat dan waktu balik untuk membalas dendam kepada Kai." kata Eli.

 

"Balas dendam?" kata Luhan.

 

"Ya, balas dendam. Kai selalu memenangi pertandingan bertinju. Sesiapa yang bertanding dalam pertandingan itu pasti akan memusuhi Kai."

 

"Kesiannya..." kata Luhan, perlahan.

 

"Sebenarnya, Kai bukanlah jahat sangat." kata Eli lagi.

 

"Dia tak jahat…apa maksud awak?" soal Luhan.

 

"Kai sebenarnya tak jahat, cuma degil. Dia suka menyendiri dan pandangan matanya sangat tajam. Semua orang takut kepada Kai kecuali..." ayat Eli tergantung.

 

"Kecuali siapa?" tanya Luhan.

 

Kiseop menjawab, "Krystal."

 

Luhan terkejut, "Krystal?"

 

Eli mengangguk. "Ya, hanya Krystal yang tidak takut pada Kai. Krystal selalu pergi ke rumah Kai. Selepas itu, Kai dan Krystal menjalinkan hubungan. Kai nampak sangat bahagia waktu dia bercinta dengan Krystal sampailah satu hari itu hubungan mereka berakhir." jelas Eli.

 

"Kenapa mereka berpisah?" tanya Luhan seperti tidak puas hati.

 

"Ada orang aniaya Kai." kata Kiseop.

 

"Aniaya?" soal Luhan.

 

"Ya, ada orang aniaya Kai. Kami tak tau siapa, tapi kejadian itu sangat memalukan Kai. Pada hari itu, semua murid di sekolah menerima MMS dari nombor misteri. Dalam gambar itu, Kai bersama seorang perempuan berbaring di atas katil tanpa seurat benang." kata Kiseop.

 

Luhan terkejut, "Apa?"

 

Eli dan Kiseop menunduk kepala. "Ya, semua murid dapat gambar itu termasuk cikgu sekolah dan Krystal. Krystal merasakan yang dirinya dikhianati. Krystal ingin menamatkan hubungannya tetapi Kai tidak mahu. Kai cuba menjelaskan pasal gambar itu tetapi Krystal tidak mahu dengar. Di depan semua murid dan kami berdua, Krystal menamatkan hubungannya. Kai menitiskan air mata masa Krystal melepaskan tangannya." jelas Kiseop.

 

"Sampai sekarang, Kai mengharapkan Krystal untuk kembali kepadanya." kata Eli. Luhan menundukkan kepalanya.

 

"Oh..macam tu ke? Patut la dia beria-ia bagi amaran kat saya." kata Luhan, perlahan. Kiseop cuba mengalih topik.

 

"Tapi, kau tau tak yang Krystal sangat sukakan kau!" kata Kiseop dengan kuat. Luhan mengangkat kepalanya.

 

"Betul ke?" tanya Luhan seseolah tidak percaya.

 

"Ya, betul. Krystal sangat sukakan kau. Kau patut luahkan perasaan kau kepada dia." kata Eli pula.

 

"Tapi, macam mana dengan Kai? Nanti kalau dia dapat tahu yang saya couple dengan Krystal, habis nanti." kata Luhan dengan perasaan takut. Eli memaut bahu Luhan.

 

"Ishh, jangan risau lah. Ini, bodyguard kau, akan melindungi kau dari bahaya." kata Eli dengan bangga.

 

"Eleh, perasan lah mamat ni." kata Kiseop, mengejek. Luhan ketawa terbahak-bahak. Kiseop tersenyum.

 

"Luhan, apa kata kau luahkan perasaan kau lepas sekolah esok?" kata Kiseop dengan selamba. Muka Luhan menjadi merah.

 

"Kau rasa saya boleh buat ke?" tanya Luhan kepada Eli dan Kiseop. Eli dan Kiseop mengangguk serentak.

 

"Kau boleh buat, Luhan. Kau kan comel."  kata Eli sambil mencubit pipi Luhan. Luhan mengaduh kesakitan.

 

"Eh, cubit sikit pun dah sakit!" kata Eli, mengejek. Mereka semua ketawa sampailah mak cik Luhan datang.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............