Bab 2

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

AJ mula membuka cerita, "Kalau kau nak tahu, Kai tu petinju sekolah ini dan merupakan pelajar yang paling menakutkan kat sekolah ini."  kata AJ.

"Betul tu, pandangan matanya sangat tajam. Cikgu semua takut dengan Kai. Tiada siapa yang berani melawan cakap Kai kecuali ada seorang..." ayat Kiseop tergantung.

"Seorang?" tanya Luhan dengan penuh perasaan curiga. Eli cepat-cepat mengalihkan topik.

"Sudahlah, jom kita pergi kantin. Aku sudah lapar. Perut aku dah berlagu ni" kata Eli sambil melawak kepada mereka dan berjalan menuju ke arah kantin.

‘Kai…pandangan matanya sangat tajam dan menakutkan...’ getus Luhan dalam hati sambil mengelamun. Kiseop yang ternampak Luhan yang sedang mengelamun segera menyergahnya.

"Warghhh!"

Luhan terkejut sampai tersedak dibuatnya. Kiseop juga terkejut beruk dan segera menepuk belakang Luhan. Habis merah muka Luhan dibuatnya dek disergah oleh Kiseop. Kiseop segera meminta maaf kepada Luhan.

"Sorry, Luhan, sorry! Tak sangka kau boleh tersedak camni sekali." kata Kiseop sambil  menepuk belakang Luhan. Luhan memandang ke arah Kiseop dan cuba untuk menenangkan Kiseop.

"Tak apalah, cuma tersedak air sahaja." kata Luhan sambil menunjukkan air kotaknya. Kiseop mula berasa lega dan Eli yang ternampak mereka daripada jauh segera memanggil mereka.

"Kiseop! Luhan! Jom kita duduk dekat sini." panggil Eli sambil menunjukkan tempat rehat mereka dengan Krystal dan Tiffany. Tiffany melambai tangannya ke arah Luhan.

"Marilah duduk dengan kami." kata Tiffany sambil melambai. Luhan yang ternampak gelang tangan Tiffany terus menjadi kaku. Gelang tangan Tiffany mengingatkannya kepada sesuatu. Air kotak yang dipegang oleh Luhan terlepas dan jatuh. Kiseop yang terkejut melihat Luhan kaku, segera memegang bahu Luhan. Bahu Luhan menggeletar dan membuatkan Kiseop semakin risau.

"Luhan, kenapa ni?" tanya Kiseop, yang semakin risau.

Eli segera bangun dan menuju ke arah Luhan. "Luhan, kau okey tak ni?" Saat Eli melihat muka Luhan, air mata Luhan berlinangan di pipinya. "Luhan, kenapa ni?!" tanya Eli, dengan nada yang agak tinggi. Apa yang Eli dengar hanyalah perkataan ‘omma’ dari mulut Luhan dan Luhan terus jatuh pengsan.

"Luhan pengsan!!" jerit Kiseop.

Semua orang berkerumun ke arah Luhan yang tidak sedarkan diri. Eli menepis pelajar lain agar tidak memenuhi ruang dan Kiseop segera menerpa ke arah Luhan yang terbujur kaku di atas lantai.

"Ke tepi semua! Jangan berkerumun di sini. Bagi ruang untuk Luhan bernafas!" kata Eli. Kiseop memangku kepala Luhan.

"Luhan! Luhan! Bangun, Luhan! Bangun!" kata Kiseop. Kiseop diserang perasaan risau tahap mega. Cikgu yang ternampak kejadian itu segera menghampiri Kiseop.

"Kita perlu bawa Luhan ke bilik kesihatan sekarang." kata cikgu. Eli yang mendengar kata-kata cikgu tadi terus mengangkat Luhan dan membawanya ke bilik kesihatan. Kai yang ternampak Eli mengangkat Luhan dan Krystal serta lain-lain berlari dari belakang Eli mula berasa pelik. Kai terfikir. ‘Pengsan ke budak ni? Baru sehari masuk sekolah dah buat hal...’ getus Kai dalam hati. Kai hanya memandang sahaja dan langsung tidak mempedulikan kejadian itu.

"Cepat, letak dia atas katil ni!" kata Krystal, dengan kelam-kabut. Eli mengangguk tanda faham dan meletakkan Luhan di atas katil itu. Eli membuka tali leher Luhan dan membuka kasutnya. Eli mula berasa lemas dengan orang ramai yang menghimpitnya menjadi panas dan tempik ke arah mereka.

"Kamu semua, jangan berkerumun di sini. Nanti susah Luhan nak bernafas!" marah Eli. Krystal mengambil kipas untuk mengipas Luhan. Muka Luhan sangat pucat. Air matanya masih mengalir. Krystal mengambil sehelai tisu untuk mengelap air mata Luhan.

"Kenapa dengan Luhan ni? Dia masih tidak berhenti menangis." kata Krystal, perlahan. Kiseop yang dapat menangkap butir kata Krystal tadi terus berkata.

"Aku pun pelik juga. Kenapa dia menangis? Apa yang dia nampak kat tangan Tiffany tadi?"

Eli menyampuk, "Entahlah, aku cuma nampak gelang je." Krystal memandang sekeliling.

"Eh, mana Tiffany?" tanya Krystal. AJ memandang sekeliling.

"Aku pun perasan. Lepas Luhan pengsan, Tiffany terus lesap." kata AJ. Eli mula berasa sangsi. Apa yang Tiffany buat kepada Luhan sampai Luhan jadi macam ni? Eli tidak mahu fikir semua itu, yang penting sekarang ini adalah Luhan. Eli memandang ke arah Krystal yang sedang mengusap rambut Luhan.


Tiffany terus berlari di koridor. Tiffany terus berlari dan berlari tanap menghiraukan pandangan sekeliling dan tiba-tiba, dia berlanggar dengan Kai. Kai terjatuh sekali dengan Tiffany dan Tiffany jatuh dan menghempap ke atas badan Kai. Tiffany mengangkat kepalanya dan jarak mukanya dengan Kai tersangat dekat. Tiffany terus bingkas bangun dan Kai memegang pergelangan tangannya.

"Lepaskan aku la! Lepaskan!!" jerit Tiffany. Kai langsung tidak mengendahkan jeritan Tiffany sebaliknya menarik Tiffany ke satu sudut dinding. Kai menghadap mukanya dengan muka Tiffany. Tiffany mengigil ketakutan. Muka Kai semakin dekat dengan muka Tiffany seseolah mahu menciumnya. Tiffany terus memaling ke tepi. Tiffany dapat rasakan nafas Kai di lehernya. Tiffany mula memberontak.

"Lepaskan aku la. Jangan..."

Kai memotong percakapan Tiffany. "Apa kau buat kepada Luhan tadi?" soal Kai. Tiffany memandang tepat pada muka Kai.

"Ma...mana ada saya buat apa-apa kepada dia." kata Tiffany, tergagap-gagap, cuba mempertahankan dirinya. Kai mengenggam pergelangan Tiffany dengan kuat dan menunjukkan gelang di tangannya.

"Ini apa?" soal Kai lagi.

Tiffany terus menjawab. "Ini gelang keturunan keluarga saya lah. Lepaskan saya!" tepis Tiffany dengan kuat dan terus berlari dari situ. Kai memandang ke arah Tiffany yang sedang berlari. ‘Gelang yang ada lambang kepala harimau.’ getus Kai dalam hati.


Krystal terus mengusap rambut Luhan sambil merenung ke arah muka Luhan yang bersih seperti patung porcelain. Perlahan-lahan Luhan membuka matanya, Krystal terkejut melihat Luhan yang sudah sedarkan diri.

"Ah, Eli, Kiseop, AJ!! Luhan dah bangun!" jerit Krystal. Eli terus mengadap ke arah Luhan.

"Luhan, kau okey ke? Kau buat kami semua risau la." kata Eli, dengan perasaan risau.

Luhan tersenyum pahit. Riak muka Luhan jelas menunjukkan yang dia terlihat sesuatu yang menyayat hatinya. Kiseop memegang bahu Luhan dan bahu Luhan terhinjut-hinjut.

"Luhan..." Kiseop memanggil nama Luhan. Krystal melihat Luhan begitu terus berkata,

"Korang pergilah masuk kelas dulu. Biar saya teman Luhan di sini." kata Krystal dengan lembut. Eli memandang ke arah Krystal.

"Kau pasti nak teman Luhan di sini?" tanya Eli sebagai tanda kepastian. Krystal mengangguk kepalanya dan tersenyum nipis. "Hm...kalau itu yang kau nak, baiklah. Jom, AJ, Kiseop, kita balik ke kelas." kata Eli sebagai kata putus. Kiseop sempat memandang ke arah Luhan sebelum dia keluar dari bilik kesihatan itu.

‘Aku harap kau okey.’ kata Kiseop dalam hati dan menutup pintu bilik kesihatan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............