Bab 7

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

Selepas waktu sekolah, Luhan mengajak Krystal pergi ke belakang sekolah untuk meluahkan perasaan yang dipendamnya. Eli, AJ dan Kiseop mengekori Luhan dari belakang untuk melihat sendiri pengakuan perasaan Luhan. Luhan menghadap ke arah Krystal. Krystal berasa pelik.

 

"Kenapa ni, Luhan?" soal Krystal.

 

Luhan mengumpulkan keberanian untuk bercakap dan menarik nafas perlahan-perlahan. "Saya sukakan awak!" kata Luhan.

 

Krystal terkejut mendengar luahan Luhan tadi. Krystal menundukkan kepalanya. Luhan berasa pelik dengan tindakan Krystal.

 

"Kenapa ni, Krystal? Awak tak suka pada saya ke?" tanya Luhan. Krystal menggelengkan kepalanya.

 

"Tak, saya sukakan awak juga tapi saya tak layak bersama dengan awak." kata Krystal, perlahan. Suaranya kedengaran sedih. Hujan mula menitis membasahi bumi. Kai berada jauh dari situ ternampak Luhan dan Krystal berdiri dalam hujan. Kai menguncikan pandangannya kepada mereka. AJ yang ternampak Kai yang berdiri jauh dari situ sedang memandang ke arah Luhan dan Krystal mula berasa tidak sedap hati.

 

'Masalah ni.' bisik AJ dalam hati.

 

Luhan memegang bahu Krystal. "Apa maksud awak yang awak tak layak?" tanya Luhan, tidak puas hati. Krystal mengalihkan tangan Luhan dari bahunya. Krystal mendiamkan diri.

 

"Kenapa, Krystal?"

 

Luhan cuba memegang muka Krystal dan Krystal menepis tangan Luhan.

 

"Saya dah tak suci lagi. Saya pernah menjalini hubungan sulit dengan Kai!" jerit Krystal.

 

Krystal menutup mukanya. AJ, Eli dan Kiseop terkejut. Luhan memegang bahu Krystal dengan kuat. Luhan tidak mempedulikan hujan yang terus membasahi bajunya.

 

"Saya tak kisah pasal itu. Saya cintakan awak, Krystal!" kata Luhan dengan bersungguh-sungguh.

 

Krystal mengalihkan tangannya. Air mata Krystal sudah bercampur dengan air hujan. Luhan cuba untuk mencium Krystal tetapi Krystal memaling ke tepi.

 

"Tak, Luhan. Saya tak boleh..." kata Krystal, perlahan.

 

Luhan memegang pipi Krystal dan mencium Krystal. AJ, Eli dan Kiseop tersenyum gembira dan Eli ternampak Tiffany memegang kamera menangkap gambar Luhan dan Krystal bercumbu. Tiffany terus melarikan diri dan Eli mengejar dari belakang. Kai yang melihat Luhan mencium Krystal menjadi panas.

 

"Siaplah kau, Luhan." kata Kai dan mengenggam tangannya dengan kuat.

 

Luhan membawa Krystal ke blok sekolah. Luhan memandang Krystal yang basah kuyup. "Maaf la sebab saya, kita berdua basah kuyup." kata Luhan, mengibas bajunya yang basah.

 

Krystal membalas, "Takpe, terima kasih kerana sudi menerima saya." kata Krystal. Krystal mengigil kesejukan. Luhan memeluk Krystal.

 

"Jom, kita pergi cari baju spare." kata Luhan dengan lembut. Krystal mengangguk.

 

"Ya."


Eli berlari dan menangkap Tiffany dari belakang. Tiffany jatuh tersungkur. Tiffany cuba meronta-ronta tetapi pelukan Eli sangat kuat.

 

"Lepaskan aku la! Lepaskan!!" jerit Tiffany. Eli memanggil Kiseop.

 

"Kiseop, kau pergi ambil kamera dia cepat!" kata Eli sambil cuba menahan rontaan Eli. Kiseop mengambil kamera Tiffany yang terjatuh tadi.

 

"Eli, kamera dia dah pecah sikit." kata Kiseop.

 

AJ mengambil kamera dari tangan Kiseop. AJ membuka bahagian kad memori kamera tersebut dan mengambil kad memori tersebut. Eli mengikat tangan Tiffany dengan tali lehernya. Eli mengikat tangan Tiffany dengan kuat. Tiffany menjerit kesakitan.

 

"Argh! Tangan aku!!" Eli mengangkat Tiffany dan menuju ke satu bilik.

 

"Woi, lepaskan aku! Lepaskan!" Tiffany meronta-ronta. Eli tidak mempedulikan rontaan Tiffany. Sampai sahaja di bilik itu, Kiseop mengikat Tiffany pada kerusi.

 

"Woi, apasal korang ikat aku ni? Lepaskan aku!" jerit Krystal.

 

Eli menampar muka Krystal dengan kuat. Darah terpercik dari mulut Tiffany. Kiseop dan AJ terkejut.

 

"Woi, Eli! Apa kau buat ni?" soal AJ. Eli memandang muka AJ dengan tajam.

 

"Kalau kau nak tau, dia ni lah yang menyebabkan Luhan jadi trauma seumur hidup dan juga menyebabkan Kai dan Krystal berpisah!"

 

AJ dan Kiseop memandang Eli dengan perasaan terkejut. Tiffany juga terkedu mendengar kata-kata Eli tadi.

 

‘Macam mana dia tau?’ getus Tiffany dalam hati. Tiffany mengigit bibirnya.

 

"E…Eli, kau biar betul...takkan la Tiffany yang buat semua benda tu?" kata AJ seakan-akan tidak percaya dengan kata-kata Eli tadi.

 

"Kau tak percaya cakap aku? Tengok ni, lambang yang membuatkan Luhan trauma. Lambang ni serupa dengan lambang pada rantai si pembunuh." kata Eli menunjukkan gelang Tiffany di tangannya. Tiffany terkejut melihat gelang tangannya pada tangan Eli. Tiffany meronta-ronta.

 

"Bagi balik gelang aku! Bagi balik!!" jerit Tiffany. Eli menampar muka Tiffany dengan gelangnya. Bibir Tiffany berdarah kembali. Eli merenung AJ dengan tajam.

 

"Kalau kau nak tahu sangat, bapa Tiffany..."

 

"Ya!! Ayah aku yang bunuh mak Luhan dan aku lah yang menyebarkan gambar Kai yang tidak senonoh itu!!!" jerit Tiffany. AJ dan Kiseop terkejut mendengar kata-kata Tiffany.

 

Eli tersenyum sinis. "Tengok, kan aku dah kata, dia yang buat." kata Eli dengan sinis. AJ seperti tidak percaya dengan kata-kata Tiffany tadi.

 

"Tiffany, betul ke…kau buat semua ni?" tanya AJ, memegang bahu Tiffany.

 

"Ya…aku yang buat dan aku mahu melihat mereka sengsara." kata Tiffany dengan sinis.

 

"Ta-tapi kenapa kau perlu buat semua ni?" tanya AJ lagi. Tiffany memaling mukanya ke tepi.

 

"Aku tak suka tengok muka Krystal bahagia. Dia patut merana kerana hidupnya..." ayat Tiffany tergantung.

 

"Tapi macam mana kau tau Luhan trauma dengan lambang kepala harimau tu?" tanya Kiseop.

 

Tiffany memandang ke arah Kiseop. "Aku tak tau, aku cuma pakai gelang itu." kata Tiffany, acuh tidak acuh.

 

"Habis macam mana dengan ayah kau? Mana dia pergi?" soal Eli.

 

"Ayah aku digantung  sampai mati." jawab Tiffany. Suaranya bertukar sedih. Kiseop memandang Tiffany dengan perasaan simpati.

 

"Eli, baik kita lepaskan dia. Kesian dia..." kata Kiseop. Eli hanya memandang sahaja dan terus keluar dari bilik itu. Kiseop membuka ikatan tali pada tangan Tiffany. AJ menahan Tiffany sebelum dia keluar.

 

"Sebelum tu, aku nak kau minta maaf kepada Luhan dan Kai." kata AJ dengan serius. Tiffany memandang AJ sekilas.

 

"Bukan senang nak minta maaf dengan Kai. Kai pasti tengah marah sekarang ini." kata Tiffany. AJ dan Kiseop memandang Tiffany yang berlalu pergi. Eli yang bersandar pada dinding. Mukanya kelihatan runsing.

 

"Kenapa ni?" soal Kiseop.

 

"Matilah Luhan kali ni. Kai nampak Luhan bercumbu dengan Krystal tadi dan aku pasti Luhan takkan selamat." jawab Eli dan menyebabkan darah AJ dan Kiseop berderau.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............