Bab 3

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

Selepas AJ, Eli dan Kiseop keluar, Krystal mengambil segelas air untuk Luhan.

 

"Luhan, minum air sikit. Bagi badan awak tu bertenaga sikit." kata Krystal dengan lemah lembut. Luhan tidak memberi sebarang reaksi kepada Krystal. Krystal terus berusaha untuk memujuk Luhan.

 

"Luhan, minum la sikit." pujuk Krystal lagi. Luhan masih tidak memberi sebarang reaksi. Krystal meletakkan gelas air di atas meja sebelah katil itu. Krystal mula buntu. Krystal ingin tahu kenapa Luhan pengsan tadi dan terlintas dalam fikiran Krystal untuk mengorek rahsia Luhan. Lantas, Krystal terus berkata, "Luhan, kenapa awak pengsan tadi? Awak sakit ke?" tanya Krystal. Luhan menggelengkan kepalanya dengan lemah.

 

"Kalau tidak, kenapa awak pengsan tadi?" tanya Krystal lagi. Bahu Luhan semakin terhinjut-hinjut. Sedu tangisan Luhan jelas didengari. Krystal menjadi serba salah. Dia mula terfikir yang tindakannya agak kasar dan biadab bagi seseorang yang tengah bersedih seperti Luhan.

 

"Luhan, kenapa awak menangis ni? Ada sesuatu yang buat awak sedih ke?" Soalan Krystal tadi membuatkan tangisan Luhan bertambah lebat. Dalam tangisan Luhan, kedengaran Luhan berkata,

 

"O...omma..ma..omma.."

 

Krystal mula berasa pelik. Krystal memeluk Luhan untuk menenangkan laranya. Krystal mengusap rambut Luhan dengan perlahan.

 

"Sudahlah tu, Luhan. Jangan menangis." pujuk Krystal.

 

Kemudian, Luhan menolak pelukan Krystal. Air mata Luhan masih mengalir di pipinya. Krystal memegang pipi Luhan. Terasa sangat hangat. Entah kenapa Krystal merapatkan mukanya dengan Luhan. Seseolah tidak dapat dikawal pergerakannya. Krystal terus merapatkan bibirnya dengan bibir Luhan. Luhan seperti tidak merasa apa-apa ketika Krystal menciumnya. Luhan hanya membiarkan Krystal menciumnya.


Sewaktu pulang dari sekolah, muka Luhan masih lagi pucat. Eli dan Kiseop terpaksa menemani Kevin berjalan pulang ke rumahnya. Krystal tidak dapat menemani Luhan pulang kerana atas sebab peribadi. Tidak sempat pula Eli bertanya kenapa. AJ pula kerana terpaksa menghadiri majlis keluarganya. Tiffany pula langsung tidak kelihatan selepas waktu rehat selepas Luhan pengsan. Eli memaut bahu Luhan.

 

"Luhan, kau okey ke ni?" tanya Eli.

 

"Ha'ah la. Kau macam mana sekarang? Okey?" tanya Kiseop pula. Luhan menjawab.

 

"Saya okey la. Cuma pening sikit." kata Luhan. Suaranya kedengaran lemah. Kiseop cepat-cepat mengalihkan topik.

 

"Apa kau buat dengan Krystal kat bilik kesihatan tadi?" tanya Kiseop. Luhan memandang muka Kiseop yang serius kemudian dia ketawa kecil.

 

"Apa awak merepek ni? Tiada apa la." kata Luhan, seperti tidak ingat apa-apa yang berlaku antara dia dan Krystal.

 

"Betul ke? Sebab muka Krystal merah padam tadi masa dia masuk ke kelas dengan kau tadi." kata Eli dengan muka mengejek.

 

"Betul. Tiada apa-apa."  kata Luhan. Sungguh Luhan tidak ingat apa-apa. Setibanya Eli dan Kiseop di depan rumah Luhan. Mereka terpegun.

 

"Wow!" kata Eli dan Kiseop serentak.

 

"Wow!" kata Eli dan Kiseop serentak. Luhan tersenyum melihat muka mereka berdua lalu Luhan menekan loceng rumahnya. Dengan tiba-tiba, pintu pagar besar terbuka dengan perlahan-lahan. Kiseop seperti terkejut beruk melihat pintu pagar terbuka sendiri, memaut lengan Eli. Luhan segera menarik lengan Kiseop dan Eli.

 

"Mari masuk." kata Luhan. Kiseop dan Eli bagai lembu dicucuk hidung hanya menurut sahaja.

 

‘Woah, besar sungguh rumah Luhan. Macam sebesar villa!’ getus Eli dalam hati sambil memerhati kawasan sekeliling. Sangat cantik. Landskapnya sungguh cantik dan menarik perhatian sesiapa yang memandangnya. Luhan mematikan langkah di depan pintu rumahnya. Lantas pintu itu terbuka dan kelihatan seorang perempuan yang berumur 50-an berdiri di situ.

 

"Oh, Luhan dah balik, sayang." kata perempuan itu lalu memeluk Luhan. Luhan membalas pelukannya.

 

"Nae, mak cik. Mak cik, saya ada bawa kawan-kawan saya ke sini." kata Luhan dengan sopan. Perempuan itu mengalihkan pandangannya kepada Eli dan Kiseop.

 

"Oh, kawan kamu datang sekali. Jemput kawan kamu masuk, mak cik nak hidangan makanan kepada kawan kamu." kata perempuan itu dengan sopan.

 

"Jemput masuk." Luhan mempelawa Eli dan Kiseop untuk masuk.

 

"Woah, cantiknya!" kata Kiseop dengan kuat.

 

Eli memukul bahu Kiseop. "Woi, perlahan sikit suara tu! Tak elok cakap kuat-kuat." kata Eli dengan tegas. Kiseop menekup mulutnya.

 

"Okey, okey, saya minta maaf." kata Kiseop sambil menahan ketawa melihat muka Eli berkerut macam pak cik tua di kedai runcit. Luhan tergelak melihat telatah mereka yang asyik mencuit hatinya.

 

"Ha, ha, ha, Kiseop, Eli, mari duduk sini." kata Luhan, menunjukkan tempat duduk dan terus menuju ke dapur. Kiseop dan Eli mengambil tempat duduk di atas sofa. Sekali duduk, terus tenggelam punggung Kiseop dan Eli. Eli pula yang kecoh.

 

"Mak aih! Tenggelam punggung aku duduk atas sofa ni!" kata Eli dengan kuat. Kiseop meledakkan ketawanya apabila melihat Eli dengan kelam-kabut terus bangun dari sofa itu. Luhan yang datang dari dapur terus ketawa apabila tengok muka Eli.

 

"Sesetengah orang akan terkejut apabila mereka duduk atas sofa tu. Jemput makan, semua." kata Luhan dan meletakkan sepinggan oren yang dipotong cantik.

 

Kiseop terus berkata, "Eh, tak payah susah-susah. Luhan, betul ke ini rumah kau?" tanya Kiseop kepada Luhan. Luhan memandang ke arah Kiseop dan mengambil tempat duduk di sebelahnya.

 

"Ya, ini rumah saya. Dulu rumah ni milik..." ayat Luhan tergantung. Air matanya mula mengenang kembali. Eli cuba mengalih topik.

 

"Wei, Luhan, perempuan tadi tu, siapa dia? Mak cik kau ke?" tanya Eli dengan pantas. Luhan mengangguk.

 

"Ya, dia mak cik saya. Saya dah lama tinggal dengannya." jawab Luhan dengan sayu. Eli dan Kiseop mendiamkan diri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............