Bab 5

Kita Akan Berjumpa Lagi (Currently Editing)

Tiffany yang terdengar jeritan Kiseop tadi terus berlari menuju ke arah suara jeritan Kiseop. Sampai sahaja di situ, Tiffany ternampak sebahagian muka Luhan dipenuhi dengan darah. Eli dengan segera membuka kot uniformnya dan menekup pipi Luhan yang dipenuhi darah. Luhan menangis tersedu-sedu. Tiffany berasa pelik dengan tangisan Luhan. Luhan menangis bukan sebab sakit tetapi sebab takut. Kiseop tidak dapat mengawal perasaannya.

 

"Kita kena bawa dia ke hospital. Dia mungkin sudah hilang banyak darah." kata Kiseop dengan cemas. Tiffany cuba memegang muka Luhan. Luhan ternampak gelang itu terus terkejut. Matanya membulat, bahunya semakin terhinjut-hinjut dan sedunya semakin hebat. Luhan seseolah tidak dapat mengawal dirinya. Luhan menjerit seperti terkena histeria dan terus pengsan. Tiffany terkejut. Yang lain di situ juga terkejut. AJ memandang ke arah Tiffany.

 

"Tif, apa awak buat kepada Luhan sampai Luhan jadi macam ni?" soal AJ. Tiffany tidak menjawab sebaliknya terus melarikan diri.

 

"Kenapa dengan dia tu?" tanya Krystal.

 

"Entah la.Yang penting sekarang, kita kena bawa Luhan ke hospital sekarang." kata Eli sebagai kata putus.

 

Kiseop memberitahu mak cik Luhan yang Luhan cedera dan pengsan di sekolah. Berita itu mengejutkan mak cik Luhan dan mak cik Luhan terus bersiap dan bergegas untuk ke hospital. Di hospital, Eli, AJ dan Krystal menunggu mak cik Luhan tiba. Sekali-sekala, AJ memandang Luhan yang ketakutan. Luhan asyik mengulangi perkataan yang sama iaitu omma.

 

‘Apa yang Tiffany buat pada mak Luhan sampai Luhan jadi trauma macam ni?’ getus AJ dalam hati. Setibanya mak cik Luhan sampai, mak ciknya segera memeluk Luhan. Mak ciknya terus menangis ketika memeluknya. Luhan kaku seseolah macam patung.

 

"Luhan...kenapa Luhan jadi macam ni? Jangan buat mak cik risau." Sayu suara mak cik Luhan. Luhan tidak memberi sebarang reaksi. Hanya perkataan 'omma' yang keluar dari mulut Luhan. Mak cik Luhan terus pelik. Mak ciknya memegang muka Luhan.

 

"Luhan, sayang. Kenapa ni? Kenapa cakap pasal omma?" Pandangan mata Luhan kosong. Luhan terus merebahkan dirinya. Mak ciknya terkejut.

 

"Luhan, kenapa ni?!" kata mak cik Luhan dengan cemas. Eli cuba menenangkan perasaan mak cik Luhan.

 

"Mak cik, bawa bertenang. Mungkin Luhan perlu berehat." kata Eli, memujuk. Sepanjang Luhan tidak sedarkan diri, suasana dalam wad itu sunyi. Hanya kedengaran bunyi kipas di atas siling. Tiba-tiba mak cik Luhan bersuara. "Kamu semua, mak cik ada benda nak bagitau kamu semua."

 

"Ada apa mak cik nak bagitau kami di luar wad ni?" tanya Eli, dengan penuh perasaan tanda tanya. Mak cik Luhan memandang tepat pada muka Eli dengan serius.

 

"Siapa yang buat Luhan macam ni?" tanya mak cik Luhan.

 

AJ menjawab. "Tiffany, mak cik tapi apa salah Tiffany, mak cik?" tanya AJ pula.

 

"Apa yang Luhan nampak pada Tiffany?" tanya mak cik Luhan sekali lagi.

 

"Ah, gelang Tiffany. Lepas Luhan nampak gelang tu, Luhan terus jadi takut dan pengsan. Gelang tu ada lambang kepala harimau, mak cik." kata Kiseop dengan panjang lebar.

 

Mak cik Luhan terkejut mendengar kata-kata Kiseop tadi. "Kamu cakap lambang kepala harimau?" tanya mak cik Luhan kepada Kiseop. Kiseop mengangguk.

 

"Kenapa, mak cik?" tanya Krystal.

 

Mak cik Kevin menjadi takut. "Lambang harimau tulah yang membunuh mak Luhan." kata mak cik Luhan. Eli, AJ dan Krystal terperanjat besar. Lambang harimau yang membunuh mak Luhan?

 

"Mak cik, mak cik ni biar betul?!" tanya Eli dengan perasaan terkejut.

 

"Mak cik tak tipu. Luhan sangat trauma dengan lambang itu dan darah." kata mak cik Luhan lagi. Kiseop seakan-akan tidak percaya dengan cerita mak cik Luhan tadi. Kiseop menjenguk ke dalam wad Luhan. Kiseop terkejut.

 

"Korang! Luhan dah hilang." jerit Kiseop.

 

Semua orang terkejut."Apa?!!"


Luhan berjalan menuju ke taman hospital. Luhan memeluk tubuhnya. Luhan berjalan dan terus berjalan. Luhan mula mengimbas kembali masa lampaunya. Waktu itu, Luhan masih kecil. Luhan bermain-main di ruang tamu. Ibunya datang ke arah Luhan.

 

"Luhan, sayang. Sayang tengah main apa?" tanya ibunya lembut.

 

"Luhan main dengan robot!" kata Luhan dengan girang.

 

Ibunya mengusap rambut Luhan. "Sayang main kat sini ya? Ibu mahu buat kek untuk Luhan, anak omma yang manja ni." kata ibunya terus berjalan ke dapur. Luhan melihat ibunya berjalan menuju ke dapur. Luhan tidak pernah menyangka bahawa itu kali terakhir dia bercakap dengan ibunya. Semasa Luhan sedang leka bermain, dengan tiba-tiba, Luhan terdengar bunyi tembakan dari arah dapur.

 

"Argghhh!!" Kedengaran suara ibunya menjerit. Luhan berlari ke sudut dinding yang berhampiran dengan dapur. Luhan mengintai dari situ. Luhan ternampak seorang lelaki melemparkan sepucuk pistol kepada emaknya.

 

"Kenapa, Reumi? Kenapa kau tak nak kahwin dengan aku?!!" tempik lelaki itu. Ibu Luhan cuba mengagahkan dirinya untuk bangun. Darah dari bahunya terus mengalir keluar.

 

"Tidak, aku tak sukakan kau! Kau jahat!" kata ibu Luhan.

 

"Ohh, kau kata aku jahat? Kau pun sama!!" tempik lelaki itu. Lelaki itu terus mencapai sebilah pisau. Ibu Luhan mengundurkan diri ke belakang sampai tersandar pada dinding.

 

"K…kau nak buat apa?" kata ibu Luhan, ketakutan.

 

"Aku akan tamatkan riwayat kau!!" kata lelaki terus menikam ibu Luhan.

 

"Arrggghhh!!!"

 

Ibu Luhan menjerit kesakitan. Lelaki itu seseolah tidak mempedulikan jeritan ibu Luhan. Lelaki itu terus menikam ibu Luhan bertubi-tubi.

 

*Cak!*Cak!*Cak!* Darah terus memancut keluar dan terkena pada muka Luhan. Luhan tidak dapat mengawal kesedihannya terus menjerit dan meluru ke arah ibunya.

 

"Ommmaaaa!!" jerit Luhan. Luhan terpandang pada rantai yang dipakai oleh lelaki itu. Lambang kepala harimau. Lelaki itu terus melarikan diri sebaik sahaja ternampak Luhan. Luhan memeluk tubuh ibunya yang dibasahi dengan darah.

 

"Omma, omma...bangun..." Luhan mengoncang tubuh ibunya. Ibunya mengusap muka Luhan.

 

"Ma…maaf…kan...om…ma...sa-sa…yang..." Dengan ayat itu, ibu Luhan menghembuskan nafas terakhirnya. Luhan terus menangis teresak-esak.

 

"Omm…ma...omma...jangan tinggalkan Luhan...omma, omma, omma..." kata Luhan dalam tangisannya. Muka Luhan dipenuhi dengan darah ibunya. Ibunya meninggalkannya di depan matanya.

 

Air mata terus mengalir menitis ke pipinya. Luhan terduduk di kawasan taman itu. Perasaan sedihnya tidak mampu dibendung lagi. Luhan terus menangis tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Ibunya mati di depan matanya sendiri. Luhan tidak mampu menyelamatkan ibunya.

 

"Maafkan Luhan, omma...maafkan Luhan..." kata Luhan dengan perasaan sayu. Hujan terus turun membasahi permukaan bumi. Luhan masih lagi duduk di situ. Eli yang ternampak Luhan dalam hujan terus berlari mendapatkannya. Eli membuka jaketnya dan meletakkannya di atas kepala Luhan.

 

"Luhan, kau okey tak? Kitorang risau sangat sebab kau keluar dari wad tadi."

 

AJ, Krystal dan mak cik Luhan datang bersama dengan payung. Luhan memandang sekeliling dan memandang ke arah Eli.

 

"Bawa saya masuk ke dalam." kata Luhan, perlahan.

 

Eli tanpa membantah terus mengangkat Luhan. Luhan terus tertidur di belakang Eli. AJ merapati mak cik Luhan.

 

"Mak cik, apa yang berlaku sebenarnya?" tanya AJ. Mak cik Luhan mendiamkan diri.

 

"Mak cik..." tanya AJ lagi.

 

"Kamu tanyalah Luhan nanti bila fikirannya sudah stabil nanti." kata mak cik Luhan dan terus mengikuti Eli dari belakang. AJ memandang ke arah Krystal. Krystal terbatuk-batuk kecil. AJ hanya mengagak. ‘Mungkin batuk biasa je, tak seteruk mana.’ getus AJ dalam hati. Krystal memandang ke arah sapu tangannya waktu dia menekup mulutnya tadi.

 

'Darah..lagi?' kata Krystal dalam hati.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
reyhannalee #1
Chapter 2: wow............