08

You've Fallen For Me - Hiatus

 

Setelah dua minggu Yooyoung masuk kelab bola keranjang, rutin hariannya semakin sibuk.

Kini, dia selalu menghadiri latihan pada waktu petang dan pulang bersama Chanyeol. hohoho.

Mujur dia tidak berlatih bersama Sehun kerana lelaki dan perempuan diasingkan.

Yooyoung selalu dipuji oleh jurulatih mahupun pemain yang lain kerana ketangkasannya ketika bermain.

Pada suatu hari, 

"Yo yoyo!" 

Yooyoung memaling ke belakang, mencari siapakah yang memanggilnya tadi.

Chunji sedang berlari ke arahnya sambil melambai-lambaikan tangan.

"Kenapa?" Kening Yooyoung terangkat.

Chunji mengambil nafas sebentar setelah berlari untuk mendapatkan Yooyoung.

"Aku nak minta tolong!"

"Apa dia?"

"Pengerusi ada pertukaran pelajar selama dua bulan. So, team lelaki takde pengerusi. Kitaorang dah sepakat nak lantik kau jadi pengerusi."

"HAH?!"

"Please~" Chunji memandangnya seperti kucing dalam cerita Shrek.

Yooyoung menepuk dahinya. "Why must me?!"

"Sebab bagi aku, kau paling layak. Kau seorang yang bertanggungjawab, baik, rajin, ..."

Sebelum Chunji membodeknya lagi, Yooyoung memotong terlebih dahulu. "Takde orang lain ke?"

"Kenapa mesti perempuan? Ahli lelaki tak ada ke? Tu si Sehun tu, ambillah dia!"

"Waduh kalau dia jadi, mesti hancussss!"

"Pahal?"

"Dia mana caring pasal orang lain."

Yooyoung me'roll eyes'

'Memang sesuai dengan perangai dia.'

"Pleeeeeasee~" Chunji masih merayu.

"Hmm...yela." Yooyoung mengeluh.

Chunji tersenyum lebar lalu melompat seperti kanak-kanak yang mendapat aiskrim percuma.

"Thanks! Aku tahu kau memang boleh diharap!" Chunji memeluk bahu Yooyoung dan menggoncang-goncangkan sehingga Yooyoung pening.

"Wei..stop..jebal.." 

"Sorry sorry!"

"Apa kerja pengerusi?"

"Well, tak susah pun. Kau cuma datang tengok kitaorang main dan tengok keadaan kitaorang. Kalau ada yang sakit, kau kena tolong. Kau kena bawa makanan dan minuman."

"Oik! Tu dah macam mak aku tengok!" Yooyoung hampir-hampir melepuk kepala Chunji.

"Eh eh kau belum tengok lagi! Baru dengar."

"Eiiiiiiii!"

"Ok bye bye! Aku nak balik." Chunji cepat-cepat pergi sebelum Yooyoung mengamuk.

Yooyoung terkedu melihat Chunji telah pun hilang. "Lahai, teruk gila!"

Dia memandang jam tangannya. Sudah menunjukkan pukul 6:50 petang. Pasti Chanyeol telah menunggunya.

Sambil berjalan, dia memikirkan kata-kata Chunji tadi.

"Kena tengok diorang berlatih, then bagi makanan. Hmm..tak susah pun"

"Kenapa kena bagi makanan? Aku bukan mak diorang!"

"Lahai pengerusi ni. Aku tak pernah tengok kau."

"Mesti penat hmmm..."

Sedar-sedar je, dia dah sampai di pagar sekolah.

"Mana Chan.."

"WARGHHHHHH!"

"Arghh!"

Menjerit bukan main lagi Yooyoung apabila disergah oleh manusia gergasi itu.

"Kurang ajar kau!" Yooyoung mengetuk kepala Chanyeol.

"Adoi! Sakitlah!" Chanyeol mengusap kepalanya. 

"Siapa suruh terkejutkan orang macam tu!"

"Ala dah sifat semulajadi aku."

"Eiii! Nasib aku tak lari tadi. Kalau tak, baliklah sorang-sorang."

"Eleh takutlah tu."

"Huh!"

Mereka pun berjalan pulang ke rumah.

"Kau kenapa cakap sorang-sorang tadi?"

"Eh?"

"Yela tadi aku tengok kau dari jauh, macam orang gila pula. Ish ish ish." Chanyeol menggeleng kepalanya kononnya simpati.

"Entahlah."

"Kau okay ke?"

"Penat kot."

"Owh, biasalah."

"Wei, Chan."

"Pe?"

"Susah tak jadi pengerusi?"

"Kau jadi pengerusi ke?" Mata Chanyeol yang sedia bulat itu semakin membulat membuatkan Yooyoung menjadi seram.

"Ha'ah"

"Wow! Tahniah bro!" 

"Hmm..."

"Eh, Yura pergi mana sampai kau kena gantikan dia?" (Yura, pengerusi kelab bola keranjang team yeoja)

"Bukan aku gantikan Yura..."

"Habis tu, kau jadi pengerusi apa? Pengerusi permainan teng-teng?"

"Hotak kau!" Nah, ambil kau! Sekali lagi Yooyoung mengetuk kepala Chanyeol.

"Dah tu?"

"Aku.kena.gantikan.pengerusi.untuk.team.lelaki!" Yooyoung menyebut satu persatu.

"What! Are you serious?"

"Kenapa?"

"Hahahahahahaha kesian gila!"

"Huh! Tak boleh diharap langsung!"

"Bwahahahaha nanti kau kena ngadap Sehun hahahahaha."

Mata Yooyoung terbeliak. Ya! Oh Sehun! 

"Mati aku." kata Yooyoung perlahan.

"Dah! Jom balik! Sampai malam pun takkan habis!" Yooyoung menarik tangan Chanyeol yang masih lagi ketawa terbahak-bahak.

 

 

Malam itu, Yooyoung dan Chanyeol menyiapkan kerja sekolah mereka di balkoni rumah Yooyoung. Yooyoung tidak berani membawa Chanyeol masuk ke dalam biliknya. Takut Ahjunma Lee tahu. Lagipun, ahjunma tidak tahu yang Chanyeol berada di kawasan rumahnya.

Chanyeol pula, Yooyoung sendiri tak pasti yang mak dia tahu ke tidak. Ah, lantaklah! Pandai-pandailah Chanyeol jawab.

Setelah selesai menyiapkan kerja mereka, mereka berdua bersandar di sliding door sambil memerhatikan bintang-bintang di langit. 

"Wei, cantikkan langit malam ni?" Chanyeol menyoal tanpa memandang Yooyoung.

Yooyoung mengangguk. Dia terpukau melihat gugusan bintang di langit.

"Chan, tengok tu!"

"Kau nampak tak lima bintang yang bersinar tu?"

"Kenapa?"

"Yang tu ayah aku, sebelah tu mak aku dengan abang aku. Yang dua tu aku dengan halmoni." Yooyoung menunjuk bintang-bintang yang dikatanya.

"Kau ada abang?" Chanyeol memandang Yooyoung.

Yooyoung hanya mengangguk. Matanya ralit melihat lima bintang itu.

"Kitaorang kembar..."

"Orang cakap abang aku handsome, hahahaha."

"Hurm..Yoyo, macam mana...mak ayah kau pergi?"

"Pergi?" Akhirnya, Yoyo memandang Chanyeol.

"Maksud aku, macam mana diorang boleh meninggal. And...mana abang kau sekarang?"

"Ohh..."

"Sebenarnya, abang aku meninggal dengan mak ayah aku. Diorang accident." Yoyo berhenti. Cuba menguatkan diri untuk bercerita tentang kisah silamnya.

"Time tu, aku masih kecil. Malam waktu mak ayah aku accident, diorang pergi majlis bos ayah aku dengan abang aku. Aku tak ikut sebab tertidur, so aku duduk dengan halmoni."

"Waktu diorang kat sana, aku tersedar. Aku menangis sebab aku kena tinggal. Halmoni cuba pujuk aku tapi aku tak nak. Aku nak mak ayah aku."

"Then, halmoni pun call mak ayah aku suruh balik."

"Kitaorang tunggu diorang balik, tapi diorang tak sampai-sampai lagi. Dah tengah malam time tu. Halmoni tak sedap hati."

"Tiba-tiba, telefon berbunyi. Halmoni angkat. Dia dengar mak aku cakap, "Tolong jaga Yooyoung elok-elok."

"Lepastu?" Chanyeol menyampuk.

"Halmoni dengar bunyi dentuman yang dahsyat. Lepastu, mak terus putus talian."

"Halmoni tak sedap hati... pukul dua macam tu, kitaorang dapat call yang mak ayah dengan abang aku accident."

"Sampai je dekat hospital, ayah aku... dia dah meninggal. Abang aku pun. Mak aku masih hidup tapi kejap je."

"Aku sempat jumpa dia , dia cakap, diorang semua sayangkan aku. Dia suruh aku kuat. Lepas dia cakap macam tu, dia dah takde."

Chanyeol memandang gadis disebelahnya. Yooyoung menunduk. Chanyeol nampak dengan jelas air mata Yooyoung sedang mengalir sekarang.

Dia memeluk Yooyoung dan mengusap belakangnya. "Aku minta maaf..." "Aku minta maaf sebab suruh kau cerita." bisik Chanyeol.

Yooyoung melepaskan pelukan mereka. "Takpe" Dia mengesat air matanya. "Aku...dah biasa cuma...dah lama tak terkenang."

Akhirnya, Yooyoung senyum. Membuatkan Chanyeol merasa tenang.

"Tapi, kau ada ahjunma kan?"

"Memang, tapi sekarang dia busy sangat. Tak macam dulu. Kalau dulu, dia ada masa nak layan aku. Sekarang...hmmm.."

"Takpe. Kau boleh anggap mak aku tu mak kau. Family aku , family kau." Chanyeol memeluk bahu Yooyoung.

"Seriously?" Yooyoung memandangnya seperti tidak percaya.

Chanyeol mengangguk. "Kalau kau nak, aku boleh jadi abang kau. Walaupun kita beza sebulan je."

Yooyoung memeluk Chanyeol. Pelukannya membuatkan Chanyeol terkejut.

Namun,akhirnya dia tersenyum.

"Terima kasih, Chan."

"Anything for you, sister"

 

 

Lorong yang sunyi dilalui oleh seseorang.

Dia cuba mengingati semula apa yang dilihatnya tadi.

"Chanyeol...dengan Yooyoung?"

"Diorang bercinta ke?"

Sehun menyepak tin yang berada di tepinya.

Dia menyepak sehingga tin itu termasuk ke dalam longkang.

Sehun menghela nafasnya. Berat.

"Kenapa diorang peluk. Dalam gelap pula tu..."

Pelbagai soalan bermain di fikirannya.

Sehun memegang dadanya.

Jantungnya berdegup laju.

"Oh Sehun, kau cemburu ke?"

 

 

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Adakah saya silap taip? Sehun cemburu? hohoho!

Saya teramat bosan, maka saya meletak gambar pelik-pelik dalam chapter ni~

#PRAYFORPANTAITIMUR :')

Kesian mereka nak sekolah nanti :(

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update