04

You've Fallen For Me - Hiatus

 

Sebenarnya, saya nak cepatkan cerita ni, sorry ok? Korang dah tahu kan yang Sehun tu ambil laporan Yooyoung, maka dengan ini disahkan oleh saya bahawa mereka menjadi musuh ahak xD tapi, kai & chanyeol masih kawan dengan dia. While, Ara mungkin jarang ada sebab dia penolong pengawas dan ofc busy lol. So, kira kawan Yooyoung sekarang Chaekyung, kai dan chanyeol ops sehun (error 404). Sekarang dah masuk dua bulan yooyoung sekolah kat situ then dia menjadi sangat popular (tak da la sangat) dan diminati oleh namja-namja kerana muka dia yang cun + dia baik + pandai lol. tamat sahaja bebelan saya, so teruskan membaca k?~~

__________________________________________________________________________________________________________________________________

(dah malas nak buat tarikh ._.) sape suruh gedik

 

Pelajar-pelajar masih lagi berkeliaran di koridor sekolah. Sesi persekolahan masih belum dimulakan. Kelihatan dua pelajar perempuan sedang bergosip sambil bersandar di loker.

(Saya labelkan diorang A dan B ok?)

"Weh A, kau tahu tak yang Yooyoung sekarang rapat dengan geng crush kau?" B menukar topik.

A yang sedang mengemas lokarnya lantas berpaling ke B. "What?"

B mencebik. "Huh dia tu, rapat dengan Kai aku! Eiiii!" B sudah menghentak-hentakkan kakinya.

A tersenyum sinis. "Kau dah tahu Jongin tu playboy, yang kau pergi couple dengan dia kenapa? Entah kau ni girlfriend ke berapa tah!" A memerli.

"Better kau diam!" B sudah mencebik.

"Kau tengok aku. Aku minat si Sehun tu. Dia tak macam Kai. Murah! Bukan senang nak rapat dengan perempuan." A siap menepuk dadanya tanda bangga.

"Eleh! Sehun tu macam tak minat perempuan aku tengok! Ke dia gay? Dengan Chanyeol kot?" B mengurut dagunya ala ala inspektor.

A mencubit lengan B sekuat hatinya. 

"Auch! Wei sakitlah! Eh aku tengok Sehun tu, macam syok je dekat Yooyoung tu."

"Taklah!" A menafikan. 

"Yeke? Kau ni! Takkan perasan kot. Sehun suka sakat si Yooyoung tu! Kau satu kelas pun tak tahu ka?" B menunjal dahi kawannya.

"Hmmm..." A mengingati kejadian yang mana Sehun suka mengambil barang Yooyoung dan selalu mendengar Yooyoung melenting memarahi Sehun. Dia juga perasan. Siap jelous lagi!

"Huh! Betullah tu!" B tersengih nakal apabila melihat A yang sedang termenung seolah-olah memikirkannya apa yang dia katakan tadi.

"Alah! Jongang kau pun sama!" A cuba menidakkan apa yang dikatakan B tadi.

B menjelir lidahnya. "Weeeeeek!"

Pergaduhan mereka terhenti apabila mata mereka menangkap sekumpulan manusia yang baru melalui kawasan mereka.

Yooyoung sedang menjeling Sehun manakala Sehun dengan muka pokernya dan Kai tersengih-sengih. Dan juga Chanyeol yang sedang memerhatikan mereka bertiga menggelengkan kepalanya tidak lupa juga Chaekyung yang turut mengikut Chanyeol menggelengkan kepala.

"Dah la tu! Tak habis nak gaduh." Chanyeol cuba meleraikan pergaduhan mereka bertiga.

"No way! Kau tahu tak yang dia ambil buku rujukan aku sampai aku tak boleh siapkan homework!" Yooyoung menuding jarinya ke tepat di hidung Sehun.

Sehun yang agak terkejut dengan tindakan Yooyoung menjentik jari Yooyoung.

Kai ketawa kecil melihat Yooyoung mengusap jarinya yang dijentik oleh Sehun itu. Sakitlah tu!

Chanyeol mengeluh. "Tapi kerja sekolah kau siapkan?"

"Memang! Tapi aku nak balik buku aku!!!" Yooyoung sudah menghentak-hentakkan kakinya.

Perbuatannya mencuri perhatian pelajar lain.

"Oik Sehun! Baik kau bagi balik buku dia!" Chaekyung sudah merenung Sehun yang tidak merasa bersalah.

"Kau ada bukti ke yang aku ambil buku kau?" Kening Sehun sudah terangkat-angkat memandang Yooyoung.

"Tapi kau selalu ambil barang aku tanpa kebenaran! Siapa lagi???!!!" 

"Ala boleh je peminat kau ambil? Sasaeng fan ke?" Kai menyampuk.

"Baik kau diam!!"

"Yela yela." Kai mengangkat tangan tanda mengalah.

"Yooyoung, nanti aku teman kau cari buku kau ok? Mana tahu kau tertinggal ke? Ok?" Chanyeol memujuk Yooyoung sambil mengusap kepalanya.

Yooyoung hanya menjeling Sehun. 

"Dah jom..." Chanyeol menarik bahu Yooyoung agar dia berjalan di sebelahnya dan menjauhi Sehun kerana dia bimbang kalau-kalau Yooyoung bertindak ganas.

Chanyeol, Yooyoung dan Chaekyung berjalan di hadapan Kai dan Sehun.

Tanpa sesiapa sedari, Sehun tersenyum nakal.

Oopss...namun dua orang manusia perasan akan senyuman Sehun itu.....

"Takkanlah..Sehun suka Yooyoung." A menutup mulut seolah-olah tidak percaya. 

Mereka berdua dengar perbualan mereka berlima tadi. 

B memeluk bahu A dan senyum kepadanya dengan tujuan agar A bertenang.

'Tak boleh jadi ni...' 

 

Di dalam kelas 3-2,

Muka Sehun sudah merah. Cepat-cepat digoyangkan bahu Kai yang sedang bermain dengan telefonnya. 

"Apa?" Kai memandang pelik.

"Aku nak pergi toilet. Bagi tahu Chunji."

"EEhhh! Aku nak ikutttt" Kai sudah mengejar Sehun yang berlari pecut ke tandas.

Chanyeol perasan yang Sehun dan Kai tergesa-gesa meninggalkan kelas turut mengikuti mereka.

Yooyoung yang perasan akan mereka bertiga sudah mengeluarkan tanduk. 'Siaplah kau,' 

 

Kelas Puan Shin,

"Baiklah semua sila hantar kerja rumah yang saya beri semalam."

Semua pelajar sudah bergerak ke meja guru untuk menghantar buku latihan mesing-masing. Kecuali.Oh.Sehun.

Sehun kalut tidak menjumpai buku latihannya. Kai di sebelahnya memandang dengan pelik.

"Kau asal?"

"Buku aku...takde"

"Kau tak bawa ke?"

"Adalah! Dari malam tadi aku dah letak dalam beg aku."

Kai pun membantunya mencari buku latihan itu. 

"Baiklah, semua berdiri. Saya nak tengok siapa yang tidak hantar buku latihan dia." Puan Shin sudah memegang buku-buku mereka. Sehun cuak.

"Saya sebut nama kamu, boleh duduk."

"Kang Mirae." 

"Park Jimin."

"Kim Taehyung."

"Park Chanyeol."

"Soo Hyesun."

"Yoo Seoyeon."

Kaki Sehun sudah menggeletar.

"Kim Jongin."

"Lee Seungyoon."

"Lee Chunji."

"Cha Chaekyung."

"Go Ara."

"Lee Yooyoung."

Sehingga nama kedua terakhir..

"Oh Sehun."

"Dan yang terakhir , Yang Jiyul."

Puan Shin meletakkan semula buku-buku tersebut. "Bagus semua hantar. Ok, kita sambung pelajaran kita yang seterusnya."

Sehun sudah menghela nafas lega. Fuuuuh nasib. Kemudiannya dia memandang Kai. "Wei kau hantar ke?"

"Mana ada!"

"Chanyeol kot. Nak kena dia dia." Sehun sudah menggenggam tangannya ala ala penumbuk dan memerhatikan Chanyeol yang duduk di hadapan.

 

 

 

Habis sesi persekolahan,

"Hoi Chanyeol!" Sehun menahan Chanyeol daripada keluar kelas dengan tangannya.

"Kau kenapa?"

"Kau ambil buku aku kan? Then, kau pergi hantar kat Puan Shin kasi aku cuak!" Sehun menunjal dahi Chanyeol berkali-kali.

Kai disebelahnya mengangguk berkali-kali mengiyakan apa yang dikatakan oleh Sehun seperti belatuk.

"Hutuk mu! Mana ada!" Chanyeol menangkap jari Sehun yang sedang menunjal dahinya dan digenggam sekuatnya. Biar sakit!

"Mengaku jela!" Sehun cuba melepaskan jarinya. Waduh! Sakit sia~!

"Aku cakap MANA ADA, MANA ADAlah!" Chanyeol sudah memandang Sehun seperti mahu memakannya dan matanya bulat sehingga biji matanya boleh terkeluar. Genggamannya juga semakin kuat.

Kai yang macam belatuk terus berhenti kerana tekedu melihat mata bulat Chanyeol yang menyeramkan. Kadang-kadang mata bulat Chanyeol boleh menjadi sangat menyeramkan. Uuuuuuuuuuu~

"Wo wo wo~ rilek ah brader." Kai cuba menenangkan Chanyeol.

"Ok ok! Aku percaya! Dah lepaskan jari aku!" Sehun sudah tersengih sambil cuba melepaskan jarinya dari genggam Chanyeol yang semakin kuat dan sakit.

"Ok!" Chanyeol melepaskan dan membuat 'peace' dengan muka comelnya.

Sehun dengan awkwardnya ketawa "ahahaha sorry, Aku tuduh kau ahaha." Sehun senyum sehingga sepet matanya.

"Errr..aku hauslah. Nak pergi beli air. Errr..bye." Sehun melambai tangannya sebelum memecut laju meninggalkan Chanyeol dan Kai.

"Dah jom balik!" Chanyeol menarik tangan Kai dan berlari seperti kanak-kanak tadika yang baru mendengar bunyi loceng balik.

 

 

 

Sehun berjalan menuju ke blok lain. Dia berasa malu kerana tuduh Chanyeol bukan-bukan. Habis meletop Chanyeol dibuatnya. Bukan senang nak tengok Chanyeol marah macam tu. Dia tu asyik happy 24 jam saja. Mujur itu baru stage 1 Chanyeol marah. Fuuuhh~

Dia pergi ke mesin air sudah tentu untuk membeli air tin bukan hendak menanam padi. Ketika dia hendak memasukkan duit, telinganya mengesan bunyi tapak kaki yang sedang menuju ke sini. Automatik, dia memandang arah tapak kaki itu.

 

Lee Yooyoung on the way ke sini.

 

Sehun pun mengekalkan muka pokernya dan memasukkan duit tanpa menghiraukan yeoja itu. Yooyoung perasan yang itu Sehun dan dia pun selamba buat-buat tidak tahu. 

Apabila Yooyoung betul-betul di belakang Sehun, dia bersuara.

"Kesian orang tu, tercari-cari buku macam hilang anak. Last-last, ada kat tangan cikgu. Ahahahahaha."

Yooyoung ketawa seperti Kak Ros di dalam Upin&Ipin episod yang tidak dikenalpasti. Ketawa macam pontianak. Sudahlah sekarang lewat petang.

Telinga Sehun hampir berdarah mendengar Yooyoung ketawa yang baginya macam pontianak mengilai. Namun, dia masih mengekalkan poker facenya dan membuka tin minuman itu tanpa menghiraukan Yooyoung.

Yooyoung sudah pun jauh ke hadapan dan masih meneruskan ketawanya yang menjengkelkan.

 

 

 

Yooyoung ketawa kekek-kekek apabila mengingati muka Sehun yang bengang tadi.

Tiba-tiba dia terserempak dengan Suho, ketua pengawas.

"Hai Suho!" 

"Oh hai! Awak tak balik lagi?" Naik hairan Yooyoung melihat muka Suho yang agak sedikit pucat itu.

"Errr...saya nak baliklah ni. Awak ok tak? Pucat semacam ni?" 

"Awak dari mana?" Bukan jawapan yang diterima, sebaliknya soalan daripada Suho.

"Dari tingkat tiga. Kenapa?" 

"Awak dengar sesuatu tak?"

"Dengar apa?" Dahi Yooyoung semakin berkerut.

"Tadi saya turun tangga lalu tingkat tiga, saya dengar bunyi mengilai."

Erk! Sentap pula Yooyoung dibuat. Itu bukan mengilai sebenarnya! Itu ketawanya sendiri. Aduh!

"Erk...hahahaha tak hahahah awak salah dengar kot." Yooyoung menggaru lehernya dan ketawa.

"Fuh! Baguslah kalau macam tu. Saya takut awak kena apa-apa tadi. Lagipun dah lewat petang ni. Sunyi pula tu, awak tu perempuan. Dahla jalan sorang-sorang." Suho memberikan senyuman manis kepada Yooyoung. Lahai, caringnya. Boleh melting Yooyoung dibuatnya.

Yooyoung hanya tersengih.

"Dahlah, awak nak balikkan? Jom jalan dengan saya. Saya pun nak balik. Nanti awak kena apa-apa, macam mana?" Sekali lagi Suho menunjukkan sikap prihatinnya. Patutlah ramai yeoja sukakannya walaupun dia garang. 

"Err...ok..ehehe."

Yooyoung masih lagi terkesan dengan mengilai itu. Sentap makkk!!

Entah kenapa hati Suho berdebar-debar apabila berjalan dengan Yooyoung. Selalu dia jalan dengan yeoja,tak macam ni.

Manakala, Yooyoung hanya selamba sambil menyanyi dalam hatinya.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update