01

You've Fallen For Me - Hiatus

 

22 Julai 2007, 7.30 pagi

      "Yooyoung nak pergi kelas ke?"

       Yooyoung berhenti mengikat tali kasutnya. Dia menoleh ke arah neneknya. "Ya nek. Kenapa?"

       "Tak payahlah pergi. Tolong jaga nenek boleh?" Neneknya tersenyum memandangnya. Matanya memandang penuh harapan.

       "Tapi nek, hari ni wajib datang. Yooyoung nak ambil keputusan peperiksaan." Yooyoung menunduk. Dia tidak sampai hati memandang neneknya.

       "Takpelah kalau macam tu." Neneknya terus pergi meninggalkannya.

       'Janganlah macam ni nenek.' Yooyoung segera mengambil begnya dan keluar daripada rumah kayu itu.

 

Di sekolah,

       "Lee Yooyoung, tahniah! Kamu mendapat tempat pertama dalam kedudukan tingkatan." Cikgu Kang tersenyum sambil menghulurkan keputusannya.

       "Terima kasih,cikgu." Yooyoung menunduk hormat. "Saya pergi dulu."

 

        "Nenek!!! Nenek!!!" Baru sahaja melintasi pintu pagar rumah, Yooyoung sudah menjerit memanggil neneknya. Dia tidak sabar untuk mengongsi kegembiraannya bersama neneknya.

        "Nenek?" Dia membuka kasutnya. Suasana di dalam rumah sunyi.

        "Kenapa biarkan kipas terbuka?" Dia menutup kipas di ruang tamu dan kembali mencari neneknya.

        "Nenek?" Dia membuka pintu bilik neneknya. "NENEK!!?" Dia segera menerpa ke arah neneknya yang terbaring lesu. "Nenek! Nenek! Bangunlah!" Dia mengoncangkan badan neneknya dengan harapan neneknya akan sedar. Dia meletakkan tangannya di dada kiri neneknya. Tidak berbunyi. Dia gelisah.

         Segera dia berlari ke rumah jiran sebelahnya. "Ahjunma! Ahjunma!" Makcik Jii keluar untuk membuka pintu pagar. "Kenapa kamu ni Yoo? Terjerit-jerit?"

         "Nenek..." 

         "Kenapa?"

         "Nenek pengsan. Jantung dia..."

         "Mari kita pergi!" Makcik Jii cepat menarik tangannya dan pergi memeriksa nenek.

 

Tanah perkuburan

          "Sayang, sudahlah tu." Puan Lee mengusap belakang Yooyoung. "Tak elok kamu meratapi pemergian nenek kamu. Nanti dia sedih." Puan Lee cuba untuk menenangkan Yooyoung.

          "Nenek...semua salah Yooyoung! Kalau Yooyoung jaga nenek...mesti.."

          "Sudah. Tak elok salahkan diri Yooyoung. Ini takdir tuhan."

          "Tapi Ahjunma, semua salah Yooyoung! Yooyoung nak nenek happy tengok result Yooyoung!"

          "Mari kita pergi. Nak hujan ni." Encik Lee bersuara.

           Mereka bertiga meninggalkan kawasan perkuburan itu selepas kilat menyambar. Lagipun, semua orang telah pulang.

           Mata Yooyoung tidak lepas memandang kawasan perkuburan itu. Hujan turun semakin lebat. Langit sungguh gelap. Seolah-olah memahami perasaan Yooyoung.

 

 

30 Julai 2007

            "Sayang, sekarang inilah rumah baru sayang." Yooyoung berdiri menghadap rumah Puan Lee dan suaminya. Dia hanya memandang sekeliling rumah. Terasa asing baginya untuk menetap di bandar. Rumah barunya sekarang berubah 100% daripada rumah lamanya. 

            "Jom masuk." Puan Lee memimpin tangan Yooyoung masuk ke dalam rumahnya. Encik Lee pula, membawa beg pakaiannya. Yooyoung hanya mengikuti pasangan tersebut.

 

           Kini, kehidupannya berubah...bermula di Seoul.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update