06

You've Fallen For Me - Hiatus

Bilik persalinan lelaki,

Yooyoung pov

Sebaik sahaja aku buka pintu bilik, semua memandang aku dengan mulut terlopong. Aku dapat lihat ada yang tak pakai baju, ada yang tak pakai seluar, yang pakai seluar dalam saja pun ada. 

Muka aku dah merah menahan malu tapi digagahkan juga untuk mencari mangsa.

Aku mencari di manakah manusia tersebut.

"Hoi apa yang terjerit-jerit ni?!" Chunji muncul di sebalik lokar dengan tidak berbaju. Dia memandang aku dan terkedu.

"Apa yang kau buat kat sini?" Dia dengan cepatnya menutup badannya dengan tangan.

Aku tidak pedulikannya dan berani melangkah masuk untuk mencari manusia yang mencari nahas denganku.

 

"Oik asal si Yoyo tu masuk sini?" Kai bertanya.

Chanyeol menggelengkan kepalanya manakala Sehun hanya memerhatikan Yooyoung.

"Berani betul dia masuk sini. Budak laki pun, bukan nak halau. Lari adalah. Kalau dia buat macam tu, aku pun nak buatlah." Kai mengomel.

"Buat apa?" soal Chanyeol.

"Ekekekeke serbu bilik persalinan perempuan." Kai ketawa jahat.

Pang! Sudahnya dia mendapat tamparan kasih sayang daripada Chanyeol. "ert!"

"Eh, kenapa dia datang sini?" Chanyeol hairan melihat Yooyoung seperti mahu ke tempat mereka.

"Ha'ahlah."

Yooyoung selamba datang ke mereka dan menarik tangan Sehun yang sedang memakai stokin. Nasib si Sehun memakai baju. Wakaka.

"Eh eh kau dah kenapa?" Sehun bengang apabila Yooyoung selamba menariknya keluar.

Yooyoung tidak pedulikan Sehun terus menarik tangannya keluar dari bilik tersebut.

Chanyeol dan Kai mengikut mereka dari belakang untuk melihat nasib Sehun seterusnya.

 

"Eii kau dah kenapa?" 

Keluar saja dari bilik persalinan, Yooyoung melepaskan tangan Sehun dengan kasar.

"Kau curi baju aku kan!" Yooyoung mencampak beg rilakkumanya kepada Sehun. Pap! Tepat kena muka Sehun!

Sehun mengambil beg itu dan membukanya. Baju sukan Yooyoung ada di dalam.

"Kau dah kenapa tuduh aku?"

"Siapa lagi yang suka ambil barang aku kalau bukan kau!" Yooyoung menunjal hidung Sehun dengan jarinya.

"Kau ada bukti ke?"

"Memang aku takda. Tapi aku tahu manusia tu kau!"

"Bukan akulah."

"Kau memang sengaja buat macam ni sebab nak bagi aku kena denda dengan cikgu, kan?"

"Kau dah kenapa?"

"Lelaki dayus!"

"Eh, sedap mulut kau je panggil aku dayus! Aku cakap bukan aku, BUKAN AKULAH!!!" Jerkahan Sehun membuatkan Yooyoung terkedu.

Mata Yooyoung terkebil-kebil apabila dijerkah sebegitu.

Chanyeol dan Kai cepat-cepat keluar dari tempat persembunyian mereka lalu menggosok belakang Sehun, cuba menenangkan dia.

Chanyeol dan Kai menyorok di belakang pintu cuba mengintai Sehun dan Yooyoung. Takut-takut kalau Yooyoung ternampak, habis mereka.

"Wei rilek wei."

Dada Sehun naik turun akibat menahan geramnya terhadap Yooyoung. Dia merenung Yooyoung dengan tajam mengalahkan mata pedang.

"Oik Yooyoung! Sesuka hati kau je tuduh si Sehun ni! Dia ni tengok je macam pembunuh bersiri tapi dalam hati ada taman tau!" Kai membebel macam makcik Joyah di kedai runcit.

Kai mendapat tumbukan yang hebat daripada Yooyoung.

"Kau diamlah Joyah!" Yooyoung merampas begnya daripada Sehun dan berjalan meninggalkan tiga sekawan itu.

"Waduh! Dia panggil aku Joyah." Kai mengusap-usap perutnya yang sakit akibat ditumbuk oleh gadis itu.

"Sedapkan?" Sehun tersengih

"Kalah mak aku!" Kai juga tersengih memandang Sehun.

"Dah dah! Wei Sehun, betul ke kau ambil baju sukan dia?" Chanyeol bertanya.

"Mana ada! Kalau aku ambil, dah lama aku mengaku." Sehun cuba menafikan.

"Wah, hebat juga kau jerkah dia tadi. Pucat gila muka dia hahahahaha macam adik aku kena marah dengan bapak aku." 

"Ni Sehunlah." Sehun mendabik dada tanda bangga. puih.

"Berani juga dia tu masuk bilik lelaki." 

"Tu namanya tak malu." Selamba Sehun berkata sebegitu.

 

Yooyoung duduk di tempatnya setelah selesai menghabiskan mangsanya. Terkejut dia dibuatnya dengan jerkahan Sehun tadi. Ini kali pertama dia melihat Sehun marah. Wow memang dahsyat!

Ara dan Chaekyung datang bertenggek di tempatnya.

"Kau pergi mana tadi?" tanya Ara

"Entah puas kitaorang cari dekat kantin tadi!" Chaekyung pula menyampuk.

"Aku pergi tangkap pencuri tadi." Jawab Yooyoung.

"Hah?! Siapa?" 

"Sehunlah siapa lagi."

"Er...wei aku nak bagi sesuatu." Ara memberikan sehelai nota kepada Yooyoung.

-Unnie, mianhae! Sebenarnya, unnie tertinggal beg unnie dekat tangga pagi tadi. Saya pun hantarlah masa rehat tapi bila kat kantin saya dengar unnie kena denda dengan cikgu Kang, saya rasa bersalah sangat!!! Mianhae!-

Terbeliak mata Yooyoung membaca nota itu.

"Seriously! Aku tertinggal?!" 

"Tu la kau. Main tuduh je orang. Kesian Sehun. Apalah yang kau buat kat dia tadi." Ara menepuk bahu Yooyoung.

Yooyoung mengeluh. "Kira aku kena minta maaflah dekat dia.  Haih."

"Kau ni, kalau kau takde baju sukan, mintalah kat aku. Aku ada lebih!" 

"Korang bukan nak cakap kat aku."

"Dah kau tak bagitau kat kitaorang."

Sehun dan kawan-kawannya masuk ke dalam kelas. Mata Sehun dan Yooyoung bertentangan . Sehun menjelingnya, manakala Yooyoung memandang dengan rasa bersalah'

'Perlu ke aku minta maaf kat dia? Tapi macam mana?'

Sekali lagi Yooyoung mengeluh.

 

***********************************************************************

Seorang pelajar perempuan berjalan ke belakang bangunan. 

Seorang gadis telah pun menunggunya dari tadi.

"Unnie, saya dah buat apa yang unnie suruh tadi." Pelajar perempuan itu bersuara.

Gadis itu tersenyum. Dia menghulur sampul surat berwarna coklat kepada pelajar itu.

"Nah upah kau. Thanks." 

Pelajar itu menunduk hormat dan pergi dari situ.

"Kesian kau Yooyoung. Mesti penatkan lari 30 pusingan tadi." 

Gadis itu meninggalkan kawasan itu dengan segera.

 

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Hallo hallo~

Korang tengok tak SBS gayo daejun semalam?

Wakakakaka banyak idol yang saya minat ada semalam omeji!

Siapa yang baru subcribe tu, Hello~ saya ucapkan 

Oh ya yang error mistake tu saya ada betulkan /wink

Terima kasih Aliya sebab tegur aku. Wakakaka lama tak buat karangan BM xD

k anyeong~~~~

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update