05

You've Fallen For Me - Hiatus

Loceng berbunyi menandakan sudah masuk waktu kelima. Pelajar-pelajar kelas 3-2 sedang bersiap sedia mengambil baju sukan untuk mata pelajaran sukan sebentar lagi. Mereka pergi ke bilik persalinan untuk menukar baju.

 

Namun tidak bagi Yooyoung.

 

Yooyoung panik kerana baju sukannya yang dibawanya pagi tadi hilang.

 

Diselongkar begnya sehingga bersepah mejanya. 

 

Chaekyung dan Ara tidak perasan yang Yooyoung sedang menghadapi masalah terus ke bilik persalinan kerana menganggap Yooyoung telah pun pergi ke sana.

 

Perbuatan Yooyoung itu telah membuat seseorang tersenyum sinis... siapakah???

 

 

 

***********************************************************************************

 

 

Padang,

 

"Wei Chae, mana Yoyo?" Ara cuba berbisik kepada Chaekyung.

 

Chaekyung memandang sekelilingnya. Kemudian, dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

 

"Takkan dia tak bawa baju sukan..." Ara tercari-cari di manakah Yooyoung.

 

"Baiklah semua, saya nak pelajar perempuan main bola tampar hari ini!" Cikgu Kang memberi arahan.

 

"Lelaki pula main ragbi!"

 

"Baik cikgu!" Semua pelajar pergi ke gelanggang permainan yang ditetapkan.

 

Ara dan Chaekyung masih mencari Yooyoung. 'Takkan dia ponteng pula?'

 

Sebaik sahaja mereka berdua sampai di gelanggang bola tampar, Mirae sudah bercekak pinggang.

 

"Ok, aku nak korang buat dua team!"

 

Chaekyung sudah membuat muka menyampah. "Ish! mentang-mentang dia atlet bola tampar. Nak arah-arah kita pula!"

 

Ara hanya mampu mengeluh.

 

Pelajar perempuan 3-2 terkedek-kedek hendak membuat kumpulan. Elok-elok mereka tengah membuat kumpulan, tiba-tiba kedengaran herdikan cikgu Kang yang sedia garang itu.

 

Semua memandang cikgu Kang untuk melihat siapakah manusia yang terkena herdikan beliau.

 

"SAYA TAK TERIMA ALASAN AWAK. SEKARANG SAYA NAK AWAK LARI SATU PADANG 30 PUSINGAN DENGAN UNIFORM SEKOLAH AWAK TU!"

 

"Wei! Tu ...bukan Yooyoung ke?" Chaekyung menuding jarinya ke Yooyoung yang menunduk dihadapan cikgu Kang.

 

Kesian Yooyoung. Hanya kerana tidak membawa baju sukan, habis disuruh oleh cikgu Kang untuk berlari sebanyak 30 pusingan. Padang sekolah bukan sekangkang kera. Seluas stadium bukit jalil adalah! (xD) Entah si Yooyoung tu larat ke tidak hendak berlari.

 

Lagi memalukan, dia kena berlari di tempat pelajar lelaki sedang bermain ragbi. Yaaaaah! Siapa tak malu wei!

 

Yooyoung mengangguk lemah selepas mendapat denda daripada cikgu Kang. Bukan dia sengaja tidak mahu membawa baju sukan. Dia dah bawa tapi HILANG!!!

 

Dia berjalan laju ke padang di mana pelajar lelaki sedang bermain ragbi. Kalau jalan lambat-lambat, mahu diherdik lagi oleh cikgu tua tu.

 

Dia berjalan sambil diperhatikan oleh semua pelajar di dalam kelasnya.

 

Kai memandang simpati terhadap Yooyoung. Walaupun dia ber'musuh' dengan Yooyoung, namun dia masih menganggap Yooyoung sebagai kawannya.

 

Begitu juga dengan pelajar yang lain. Kecuali...

 

Oh Sehun.

 

Dia menyeringai kemenangan.

 

 

*******************************************************************

 

 

Waktu sukan telah habis. Sekarang waktu rehat bermula. Pelajar 3-2 sibuk menukar baju mereka semula. Namun tidak bagi Yooyoung. Yooyoung berjalan seperti zombie menuju ke kelasnya. Dia tidak menghiraukan sesiapa sekarang. Chaekyung dan Ara pula tidak menukar baju seperti kawan mereka yang lain. Malah sedang membuat parodi awan nano mengejar Yooyoung yang berjalan seperti zombie. Walaupun Yooyoung berjalan macam zombie tapi, dia jalan macam kilat.

 

Sampai sahaja di hadapan kelas, Yooyoung terkedu. omeji kenapakah???

 

Chaekyung dan Ara pun baru sampai. Dengan serentak mereka menepuk kuat bahu Yooyoung. 

 

"Hoi! huh... bukan...huh...nak tunggu huh..orang." Ara memarahinya dengan nafas tercungap-cungap. Nasib tak ada asma.

 

"Kau tengok tu..." Yooyoung menuding jarinya ke arah beg rilakkuma di atas mejanya.

 

"Apa ko benda tu? Hadiah dari peminat kau ke?" Chaekyung menyoal.

 

Yooyoung dengan geramnya pergi ke mejanya dan merembat beg berwarna kuning itu dan melihat isinya.

 

"BAJU SUKAN AKU LAAAAH!!!"

 

"WHAT?!" Mata Chaekyung dan Ara terbeliak bagaikan hendak terkeluar.

 

"Kau biar betik?"

 

"Ke kau salah letak tadi?"

 

"Salah tengok kot?"

 

Pelbagai soalan yang diberikan oleh dua manusia itu.

 

"Aku rasa...aku tahu siapa yang buat ni." Dibawa beg itu dan keluar dari kelas ala-ala Korea gengster.

 

 

 

Yooyoung berjalan sepanjang koridor, mencari-cari tempat yang ingin diserbunya.

"Mana ni?'

Akhirnya, dia terdengar bunyi bising dari sebuah bilik. Dan dia tersenyum.

Terus dia menyerbu bilik itu ...

BILIK PERSALINAN LELAKI.

"Warrrghhhh! Yooyoung apa yang kau buat kat sini?!"

"Hoi perempuan kat tempat lainlah!"

"Argh! Ada penceroboh!"

 

____________________________________________________________________________________________________________________________________

Nak buat double chappie hari ni   \(^0^)/

Petang nanti ok?

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update