02

You've Fallen For Me - Hiatus

 

1 Ogos 2007

"Yooyoung?" Puan Lee memanggilnya.

"Yooyoung?" Namun Yooyoung masih lagi termenung.

"Lee Yooyoung." Kini suaranya agak sedikit kuat.

Yooyoung tersentak. "Yaa..ya ahjunma?"

"Ahjunma minta maaf. Ahjunma ada meeting, so tak boleh temankan Yooyoung pergi daftar sekolah. Yooyoung boleh tak pergi sendiri?"

"Er..b-boleh." Dia memandang semula bangunan sekolah di tepinya. 

"Sorry ye. Pejabat sekolah ada di blok A, tingkat 2." 

"O-okay. Yooyoung pergi dulu." Dia segera membuka pintu kereta dan berlalu begitu saja tanpa menunggu Puan Lee berkata apa-apa.

Puan Lee hanya menggeleng melihat tindakannya.

 

Yooyoung berjalan perlahan-lahan menuju pintu pagar sekolah yang besar itu. Sekali imbas, seperti penjara. Bunyi loceng sekolah berbunyi.

Yooyoung masih berjalan selamba walaupun pelajar lain disekelilingnya bergegas masuk ke kawasan sekolah.

"Yah! Kamu cepat sikit berjalan! Sudah lewat masih jalan macam lenggang-kangkung." Dia diherdik oleh seseorang. Mungkin pengawas yang menjaga pagar. 

Dia mempercepatkan langkahnya, takut dimarahi lagi padahal dalam hatinya sudah menyumpah habis orang yang mengherdiknya tadi.

Masuk sahaja kawasan sekolah, kaki Yooyoung terhenti. Dia mendongak sedikit untuk melihat bangunan sekolah tersebut. Nampak moden. Besar dan cantik.

Mata dia melilau mencari blok A yang dikatakan oleh Puan Lee. Bibirnya tersenyum apabila matanya terpandang papan bertulis A di sebuah bangunan yang tidak jauh yang menandakan bahawa itu blok A. Segera dia berjalan menuju ke blok tersebut.

Dia menaiki tangga sehingga dia terlihat papan tanda yang menunjukkan dia di tingkat 2. Dia berjalan sepanjang koridor sambil matanya meliar mencari pejabat.  Tiba-tiba dia terasa dia terlanggar seseorang. Segera matanya memandang ke depan.

"Er..er..aw..awak ok?" Tangannya menggeletar apabila melihat seseorang terjatuh di hadapannya. Dia takut jika orang yang dilanggarnya itu seorang yang panas baran. Tak pasal-pasal diherdiknya lagi. Maklumlah, budak bandar.

Segera dia menghulurkan tangan. Tangannya disambut erat oleh orang itu. Orang itu bangun dan menepuk-nepuk uniform sekolahnya. Kemudian, dia memandang Yooyoung.

Yooyoung masih kaku memandang orang itu. Dia melihat tag nama yang tersemat di uniformnya, Kim Joonmyeon.

"Saya ok. Kenapa awak masih disini? Tidak masuk kelas? Sakit ke? Maaf saya terlanggar awak sebab saya jalan tak pandang depan tadi."

Dia tergamam. Bukan aku ke langgar dia tadi? Biarlah! 

"S-saya pelajar baru. Saya s-sedang mencari pejabat. A-awak tahu dekat mana." Yooyoung tergagap-gagap, di dalam hatinya dia menyumpah dirinya sendiri.

"Owh! Patutlah macam tak pernah nampak. Boleh, mari ikut saya." Manusia yang bernama Kim Joonmyeon itu memberikan laluan agar Yooyoung dapat berjalan bersebelahannya. "Nama saya Kim Joonmyeon. Awak?" Dia memulakan perbualan.

"Nama saya Lee Yooyoung. 18 tahun."

"Owh, kita sebaya." Selepas itu, mereka tidak lagi bersuara.

Sampai sahaja dikaunter pejabat, Joonmyeon memberhentikan langkahnya. "Kita sudah sampai."

"Oh, terima kasih." Yooyoung menunduk 30 darjah.

"Sama-sama. Harap kita berjumpa lagi." Joonmyeon pergi meninggalkannya di hadapan pejabat.

 

"Jadi awak pelajar baru." Kerani itu masih lagi menyelak fail-fail butiran Yooyoung.

"Y-ya."

"Awak ditempatkan di kelas 3-2. Kelas tu bersebelahan di blok ni. Tingkat 3. Kalau tak tahu, boleh tanya orang disekeliling. Ok? Maaf saya ada mesyuarat. Awak boleh pergi sendiri kan?" Kerani itu memandangnya dengan muka bersalah.

Yooyoung mengangguk dan memberikan senyuman manis kepada kerani itu.

"Ambil ini, dan berikan kepada guru di dalam kelas kamu. Selamat mencari."

"Baiklah."

 

Kelas 3-2 bising dengan suara pelajar-pelajar yang sedang bermain, berborak @ gosip, dan macam-macam lagi. Semua berubah 100% apabila Cikgu Shin masuk ke dalam kelas.

"Selamat pagi semua."

"Selamat pagi cikgu."

"Kamu semua boleh duduk."

Bunyi kerusi ditarik menguasai suasana kelas. 

"Baiklah, kamu semua buka buku teks muka surat 30 dannn.." Mata Cikgu Shin memerhati setiap kawasan kelas. Matanya terhenti melilau apabila dia melihat tiga tempat kosong masih tidak diduduki.

"Ada lagi yang tak masuk kelas?" Suasana kelas menjadi tegang.

"Park Chanyeol galah, Oh Sehun dan Kim Jongang Hitam, cikgu!" dengan serentak pelajar di dalam kelas itu menjawab

"Buat hilang mood saja." Cikgu Shin mengeluh. Tiba-tiba, pintu diketuk. "Mereka kot. Takpe hari ni kamu akan dapat balasan."

"Buka!" dia mengarah. Pintu dibuka dan Cikgu Shin sudah bersuara. "KENAPA KAMU LEWAT LAGI! APA LAGI ALASAN KAMU KALI INI HAH?!" mata cikgu Shin terbeliak apabila melihat orang di pintu tersebut. Jangkaannya meleset. Muka pelajar perempuan yang diherdiknya tadi pucat. Hampir semua pelajar 3-2 menahan ketawa melihat reaksi cikgu Shin.

"M-maafkan saya...a-awak nak apa?" Cikgu Shin bertanya.

 

 

''Baiklah pelajar semua, hari ini kita ada kawan baru. Kenalkan diri kamu." Cikgu Shin memandang Yooyong. Yooyoung memandang sekilas cikgu tersebut.

'Apalah nasib aku kene herdik sepanjang hari ni, haih' bebelnya dalam hati

"Nama saya Lee Yooyoung. Tinggal di Busan. Pindah ke sini kerana menetap dengan makcik dan pakcik. Sila tunjuk ajar." Kemudian, dia menunduk hormat.

"Baiklah Yooyoung..kamu.." Pintu diketuk. Tanpa disuruh, seseorang telah membukanya. Kelihatan tiga orang pelajar lelaki masih tercegat di hadapan pintu.

Muka cikgu Shin berubah. Yooyoung masih blur manakala, pelajar yang lain sudah kecut perut memandang cikgu Shin.

"Cikgu, kami..."

"APA LAGI ALASAN KAMU SEMUA KALI INI? KERETA SEHUN HABIS MINYAK? KAI TERTINGGAL LIPBALM? CHANYEOL LUPA BAWA SPET?"

Terkejut Yooyoung dengan cikgu tersebut. Dia memandang semula pelajar-pelajar lelaki itu.

"Err...memang pun." Seorang lelaki yang tinggi lampai berkata perlahan namun dapat didengarinya.

"Sebagai denda, kamu semua ambil meja dan kerusi untuk budak baru ini di stor lama!" kini intonasi cikgu itu kurang tegas berbanding tadi.

"Baiklah,cikgu" Mereka bertiga memandang sekilas ke arah Yooyoung sebelum menghilangkan diri.

 

Yooyoung pov

Habis sahaja kelas cikgu Shin, kelas bertukar menjadi bising semula. Aku mula mengemas buku-buku di dalam laci. Elok-elok, aku mengangkat kepalaku, tiba-tiba aku diserang hampir separuh daripada kelas serbu ke arah meja ku. Aku menjadi bingung.

"Hai! Nama saya Hyera. Selamat berkenalan." Seorang perempuan yang cantik rupanya menghulur tangan. Aku menyambutnya dengan mesra. "Saya Yooyoung, selamat berkenalan."

"Aku Chunji. Ketua kelas ni." Seorang lelaki pula menghulur tangannya. Aku menyambutnya.

"Aku Youngjae!"

"Saya Jimin."

"Kita Mirae."

"Aku Jaebum."

"Saya Hanbin."

Kini aku diesak dengan banyak salam perkenalan di dalam kelas. Aku seperti biasa, hanya menyambutnya.

"Saya nak tanya soalan, boleh?" seorang perempuan bermata bulat memandangku. "B-boleh."

"Kenapa duduk dengan makcik?"

"Birthday bila?" lagi soalan diajukan oleh orang lain.

"Ada boyfriend tak?"

"Awak suka makan apa?"

"Jom rehat sama-sama?"

"Err-r...." aku bingung. "'Dahlah tu kacau dia. Tengok muka dia dah pelik dah. Korang serbu dia macam paparazzi (betul ke eja?) asal?" Suara itu menegur mereka. Fuhh, nasib dia tolong aku. Aku menoleh mencari suara itu.

"Kau diam ah Kai! Dah la hitam!"

"Tah! Boooooooo~"

"BOOOOOOOOOO~" kini suara mereka bergema. Adoi! bingit betul!

"Eleh! Tahulah aku handsome." Aku dapat melihat tuan punya suara itu. Salah satu daripada pelajar yang lewat tadi. Dia duduk di belakang sambil merenung ke arahku. 

Aku tak tahu kenapa bibir aku tersenyum melihat dia. Dia yang terperasan pun senyum balik. Aduh!

"Awak! Jawablah!" Nak tak nak kena juga aku jawab.

"Ok ok satu-satu dulu." Lumrah budak baru biasalah.

 

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah bermula. Semua pelajar sedikit demi sedikit meninggalkan kelas. Aku hanya terperuk di dalam kelas. Menunggu seseorang mempelawaku rehat bersama.

Akhirnya, hajatku tercapai apabila dua orang perempuan berjalan kearahku.

"Hai! Awak tak pergi rehat ke?" Seorang gadis kecil mempunyai suara kartun menegurku.

Aku tersenyum. "Takde kawan." Itu je jawapanku.

"Jom rehat sekali." Kini seorang gadis tinggi lampai mengajak.

Aku bangun dan mengangguk. "Boleh."

"Nama saya Chaekyung, Cha.Chae.Kyung." Gadis bersuara kartun itu menyebut satu persatu namanya dan menghulurkan tangan. Aku menyambutnya. "Ingat nak ajak tadi, tapi ramai serbu awak. hihihihi."

"Nama saya Ara...Go Ara." Rakan disebelahnya pula memperkenalkan diri.

"Owh nama saya.." belum sempat aku menyebut namaku.. "Lee Yooyoung!" Mereka sudah memotong.

Aku ketawa kecil melihat gelagat mereka.

"Oik budak! Meh sini!" Suara garau tiba-tiba mencelah.

Kami bertiga memandang kearah suara itu. Mencari pemilik suara itu. Rupanya, mereka bertiga yang lewat tadi.

"APA?!" Chaekyung sudah meninggikan suaranya.

"Tolong belikan kami makanan." Lelaki yang bermata sepet pula bersuara.

"Yela yela!" suara Chaekyung kedengaran malas dan terpaksa. Aku memandangnya kemudian memandang pelajar lelaki tersebut.

"Siapa diorang tu?" Aku bertanya.

"Oh, Yang tinggi tu Park Chanyeol, yang sepet tu Oh Sehun dan yang HITAM tu Kim Jongin." Ara sengaja menekan perkataan HITAM itu agar mamat tiga sekawan itu boleh mendengarnya.

"Macam aku tak dengar apa yang kau cakap Ara!" Aku melihat Kim Jongin menjeling Ara.

"Biarkan mereka Yooyoung. Mereka tu budak nakal dalam kelas ni." Chaekyung menarik tanganku sambil menjelir lidahnya kepada mereka tiga sekawan itu.

Aku hanya mengikutinya manakala mereka tiga sekawan itu merenung kami seperti mahu menelan kami.

 

'Nampaknya budak bandar takdelah sombong mana'

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update