03

You've Fallen For Me - Hiatus

 

8 Ogos 2007

Yooyoung keluar menuju ke halaman rumahnya. Pagi itu sungguh indah baginya. Dia duduk di pondok kecil di halaman itu. Angin bertiup lembut dan nyaman. Dia menutup matanya sambil menikmati angin yang bertiup lembut di pipinya.

"Oik! Buat apa tu?" Suara sumbang datang mengganggunya. 

Yooyoung membuka mata dan melihat suara siapakah yang mengganggunya. Seorang lelaki yang tinggi bagaikan galah pokok rambutan sedang membuat 'peace' sambil menayang muka comel. Yooyoung menjeling.

"Tengah pancing ikan. Kenapa?"

"Amboi, pandai loyar buruk ek!" Lelaki itu tersengih.

"Dah kenapa kacau orang pagi buat ni?" 

"Saje, tegur jiran. Tak boleh ke?" Lelaki itu kemudian berjalan ke arah pagar yang memisahkan mereka berdua.

"Aku Chanyeol. Kau Yooyoung kan?" 

"Macam maa.."

"Kau kan satu kelas dengan aku. Tak ingat ke? Sampai hati !"

Yooyoung cuba mengingati di manakah dia berjumpa dengan lelaki itu. Aha! Lelaki yang datang lewat itu!

"Awak yang datang lambat tu kan?" Yooyoung kemudiannya berjalan mendekati lelaki yang bernama Chanyeol itu.

Chanyeol mengangguk. Mukanya merah padam. Malulah tu.

"Sorry, saya tak ingat sangat."

"Tak sangka kau jiran aku rupanya."

"Hurm, kalau saya tahu, dah lama saya duduk kat rumah hantu."

"Ala, janganlah."

"Gurau jela." Yooyoung menayang muka pokernya.

"Takpe. Eh, kau anak Aunty Lee ke?" Chanyeol terjenguk-jenguk memandang rumah Puan Lee.

Yooyoung tersenyum. "Tak la. Saya anak saudara je. Say tinggal dengan dia."

Chanyeol memandangnya semula. "Owh..."

"Aku ingat kau anak aunty. Yela, dah lama anak dia hilang. Kesian aunty."

Yooyoung hanya tersenyum.

"Oik! Jom kawan." Chanyeol menghulurkan tangannya.

"Erk... tak hingin!"

"Jual mahal konon."

"Awak nakal!"

"Aku baiklah!"

Yooyoung ketawa. 

"Yela.. kita kawan." Yooyoung menyambut.

Nampaknya berkawan dengan Chanyeol merupakan silap besar bagi Yooyoung....

 

 

 

Keesokan harinya,

"Sayang! Ahjunma minta maaf sebab tak boleh hantarkan yoyo pergi sekolah." 

Tangan Yooyoung berhenti mengikat tali kasutnya. "What? Habis tu Yoyo nak pergi sekolah macam mana?" Dia memandang Puan Lee yang baru sahaja habis menjawab panggilan telefon.

Kebetulan, Chanyeol anak jiran sebelah baru keluar daripada rumahnya.

"Hah! Chanyeol~! Ooo Chanyeol!" Puan Lee melambai-lambai tangannya agar Chanyeol nampak.

"Ye?" Chanyeol yang sedang menutup pintu rumahnya memandang Puan Lee dengan hairan.

"Mari sini kejap." Puan Lee menyuruhnya datang ke kawasan rumahnya.

"Apa dia aunty?" Chanyeol menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.

"Aunty minta tolong temankan Yoyo pergi sekolah boleh tak?"

Mata Yooyoung terbeliak mendengar permintaan Puan Lee.

"Yoyo?" Dahi Chanyeol berkerut seribu. 

"Tu..." Puan Lee menuding jarinya kearah Yooyoung. Yooyoung pula menepuk dahinya. 'Asal mention nickname aku depan diaaaaaa'

"Owh... boleh!" Chanyeol mengangguk tanda faham.

"Terima kasih ye. Hah, Yoyo kamu pergilah sekolah jalan kaki dengan Chanyeol! Jangan risau, dia baik. Ahjunma ada meeting kejap lagi. Sorry." Puan Lee menepuk bahu Yooyoung yang terkedu.

"Er...o-ok. Bye ahjunma" 

"Byee~" Puan Lee mencium pipi Yooyoung. "And you too Chan! Bye~" 

Chanyeol hanya tersengih sambil melambai tangannya.

Setelah kereta Puan Lee hilang dari pandangan mereka, suasana menjadi sangat awkward. 

"Apa termenung lagi? Jom!" Chanyeol menarik beg yang sedang dipakai oleh Yooyoung menyebabkan dia juga tertarik sekali.

 

 

 

Dalam perjalanan, yooyoung pov,

"Aunty panggil awak apa tadi? Yoyo? Ahahahaha"

Aku memandang Chanyeol dengan ekor mataku. Amboi, ketawa tak ingat dunia. Siap tekan perut lagi. Kang aku smackdown perut kau baru tahu.

Tanpa aku sedar, tangan aku dah mula gatal nak tumbuk orang.

Baru saja aku terfikir nak tumbuk galah tinggi ni tiba-tiba ada manusia tegur kami.

"Yo wassup man! Awek baru ke?" Serentak aku dan Chanyeol pandang manusia tu.

"Ehh budak baru rupanya. Wei Chan, bukan nak bagitahu aku dooo!" Manusia yang agak hitam tu membuat muka terkejutnya. Aku ni alien ke?

Manakala, budak di sebelahnya yang agak sepet masam je memanjang. Tak reti senyum kot.

Chanyeol pula tersengih-sengih macam kerang basi. Ni yang buat aku makin nak tumbuk dia.

"Mana ada. Eheheheee ni jiran sebelah aku la. Aku teman dia je." Chanyeol menggaru kepala dia yang entah gatal ke tidak.

"Fuuuuuuyoo~ jiran rupanya." Manusia hitam tu berlari mendekati kami dan berjalan di antara aku dan Chanyeol. Budak sepet yang tak reti senyum tu ditinggalkannya. Apa punya kawan.

"Hai, saya Kai! Yang kat belakang tu Sehun." Manusia hitam itu memperkenalkan dirinya. Aku hanya mengangguk. 

"Oik Sehun! Awat hang duk sorang-sorang? Merajuk ke?" Chanyeol memandang Sehun yang agak ketinggalan di belakang.

Sehun dengan muka pokernya mempercepatkan langkahnya. "Puas hati?" Keningnya terangkat macam memerli Chanyeol (ayat apakah ini)

"Dah toksoh majuk! Jom jalan!" Chanyeol yang macam kanak-kanak ribena bersemangat melangkah ke sekolah -.-

Sepanjang perjalanan, aku tak habis-habis dihujani pelbagai soalan daripada Chanyeol dan Kai dan juga diusik oleh budak hitam ni. Urgh annoying sungguh.

Sehun seperti biasa tidak hiraukan kami, berjalan dengan muka pokernya.

 

Sekarang kawan aku makin bertambah~ 

 

 

 

Di sekolah,

Sebaik sahaja kaki aku jejak kawasan sekolah, aku menerima seribu jelingan daripada pelajar yeoja. Waeyo? Ada yang pelik ke dekat aku? Aku memandang tiga sekawan di belakangku. Muka mereka selamba saja. Jelingan yang diberikan semakin bertambah. Aku cepat-cepat pecut ke loker tanpa berkata apa-apa dekat mereka.

Sampai saja dekat loker, aku terasa ada seseorang mencengkam bahuku. Cepat-cepat aku bertindak cengkam pergelangan tangan dia. Dan aku pusingkan tangan dia bagi sakit.

"Arghh! Sakitlah woi!" Aku tersentak tengok Chaekyung meronta-ronta nak lepaskan diri.

"Mian! Aku tak sengaja!" Automatik aku lepaskan tangannya.

Dia mengurut pergelangan tangannya yang sudah merah itu sambil merenung ku. Aku menayang muka innocent.

"Kuat gila kau! Merah habis tangan aku!" Dia masih mengurut tangannya. Aku hanya tersengih.

"Sakit ke? Nak ubat?"

"Tak payahlah. Dah ok!" Dia membuat 'peace'.

Fuh! Nasib takda apa-apa. Anak dara orang habis aku kerjakan.

"Kau kenapa cengkam bahu aku?" Aku menyoal dia.

"Ish kau ni! Tadi kau pergi sekolah dengan siapa?" Si Chaekyung pula yang soal aku.

"Er..dengan Chanyeol. Kenapa?"

"Kecoh satu sekolah kau tahu! Dah jom masuk kelas!"

   

 

 

"Weh dengar cerita, budak baru tu datang sekolah dengan Chanyeol and the gang!"

"Seriously?! Kau rasa diaorang ada apa-apa ke?"

"Entah. Classmate je kot."

"Janganlah diaorang couple! Aigoo my Channie oppa!"

Suho berhenti secara tiba-tiba apabila mendengar gosip itu. Baekhyun di sebelahnya tidak dihiraukan.

"Oik Suho! Asal kau ni? Brek mengejut!"

"Takdelah! Ehehehe sorry Baek. Apa yang kau cakap tadi?"

"Ish kau ni kan!" Baekhyun memukul belakang Suho.

"Kau ni!" Suho menepis tangan Baekhyun.

Entah kenapa dia berasa pelik apabila mendengar gosip tentang Yooyoung dengan Chanyeol dan rakan-rakannya. Dia yakin mereka sedang bercerita tentang Yooyoung, habis tu siapa lagi budak baru di kelas Park Chanyeol.

'Kenapa aku rasa bengang?'

Kemudiannya, dia ternampak Yooyoung bersama Chaekyung berjalan memasuki kelas mereka. Tanpa Suho sedari, bibirnya menguntum senyuman.

 

 

 

Chunji masuk ke kelas lalu menyerbu Yooyoung. "Yooyoung! Cikgu nak laporan sains nanti balik!"

"Ai ai captain!" Yooyoung membuat tabik hormat membuat satu kelas ketawa. Kecuali Sehun si sepet yang tidak reti senyum.

Tanpa disedari oleh sesiapa, Sehun tersengih seorang diri..... (eh reti senyum rupanya)

 

 

 

Habis sesi persekolahan,

Loceng berbunyi menandakan sudah tamat waktu persekolahan. Semua pelajar di dalam kelas mengemas barang masing-masing dan melangkah keluar dari kelas. Yooyoung pula sibuk mengemas barangnya. Ara sudah pun menghilangkan diri menghadiri perjumpaan pengawas. Chaekyung pula menghantar buku ke bilik guru. Tinggal dia dan beberapa pelajar lagi termasuk Sehun, Kai dan Chanyeol.

"Wei Chan, aku pergi dulu ek." Sehun menggalas begnya dan melangkah keluar dengan segera tanpa memandang kawan-kawannya.

"Kenapa dengan dia tu?" Kai hairan dengan perangai Sehun.

Chanyeol yang sedang mengemas bukunya hanya mengangkat bahunya. "Entah. Ada perjumpaan kot. Jomlah balik."

Kemudiannya, dia terpandang Yooyoung yang seperti ibu kucing mencari anaknya yang hilang.

"Yooyoung, kau kenapa?"

"Erk...tak de apa-apalah!" Yooyoung yang sibuk mencari sesuatu mengalihkan pandangannya kearah Chanyeol.

"Aku balik dulu. Bye." 

"Baliklah! Aku tak kisah pun." Yooyoung menyambung pencariannya tidak pedulikan Chanyeol dan Kai.

"Alah, aku takut kau rindu kitaorang je nanti. Ekekekeke." Kai mengusiknya sebelum menghilangkan diri.

"Tak hingin aku."

 

10 minit kemudian,

"Mana laporan aku ni? Takkan dah ghaib kot. Rasanya aku letak dalam laci je tadi." Yooyoung menyelongkar barangnya di dalam laci meja, kemudiannya dia menggaru kepalanya yang tak gatal.

"Hurm, baik aku jumpa cikgu." Dia mengemas semula barangnya dan pergi ke bilik guru dengan pantas kerana pintu pagar sekolah akan tutup tak lama lagi.

 

"Hah Yooyoung! Kenapa tak balik lagi ni? Dah lewat ni." Cikgu Min berkata.

"Erk, saya nak cakap sesuatu, cikgu." Yooyoung menunduk.

"Kenapa?" Cikgu Min sudah hairan.

"Laporan saya hilang, cikgu. Saya minta maaf. Kalau cikgu baik, malam ni saya siapkan juga dan hantar esok pagi."

"Laa, apa kamu merepek ni Yooyoung. Laporan kamu cikgu dah dapat tadi. Sehun bagi cikgu lepas habis sekolah. Dia tak bagitahu kamu kot. Ke kamu yang lupa." Cikgu Min menggeleng kepalanya.

Yooyoung mengangkat mukanya. "Erkk...oh mungkin dia tak beritahu kot yang dia nak hantar... ehehe minta maaf cikgu! Saya balik dulu." Yooyoung menunduk hormat dan berjalan dengan segera kerana malu dengan Cikgu Min.

Sehun? Siapakah? Yooyoung cuba mengingati manusia bernama Sehun itu. Aha!

Matanya terbeliak. Oh Sehun si mata sepet tak reti senyum itu!

Oh Sehun, siaplah kau. Permainan bermula!

Yooyoung memandang jam tanganya. Omo! Dah lewat! Cepat-cepat dia berlari keluar dari bangunan sekolah.

Tanpa disedari oleh Yooyoung, seseorang sedang memerhatikannya.

Syok juga kacau budak ni

___________________________________________________________________________________________________________________________________

Hello guysss!

Sorry sangat lambat update ! >w<

btw macam mana sekarang cerita ni? Bagi komen skit :DDDD

Sorry, komedinya tak muncul lagi. Saya tarak ada mood nak buat + idea pun urgh

Dulu bukan main tak sabar nak tulis T_________T

Homework ada lagi yang tak siap. uwaaaaaaa~! (nasib KL tak banjir)

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Naih1412
#1
Chapter 11: Hafal thanawi y3ah
Naih1412
#2
Chapter 7: Wei bile mase skola kite ade basketball
jongcrong
#3
Chapter 3: bila baca lama 2 lawak sgt2 cerita you nih but cian my kai (dia xdelah hitam mana)
jongcrong
#4
lwk authornim nih. i like your fanfiction.saranghae
hanbin03 #5
Chapter 9: Update soon !!!! Palli ...... x sabar ni .
sunlight_ #6
Chapter 8: Update soon ✌♡
Mrs_Sacak #7
Chapter 6: waahaha . new subbies. srius saya gelak macam org gila baca chapter ni. My fav chapter. hhahaha . love ur story authornim !Fighting !
shizuka_arumi
#8
Chapter 5: Ok ...walaupon banyak kesalahan...x sbr nk tengk yoyo tu buat apa dalm bilik persalinan..(*-*)
Naih1412
#9
Chapter 4: Woi cawani-san apesal banyak sgt error mistake
AleenaHyuna #10
Chapter 4: Cepat update