The clue

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Baekhyun P.O.V

Kepalaku pening apabila teringat akan kata-kata Yubi tempoh hari. Betulkah apa yang dia beritahu kepadaku? Jadi, kejadian yang terjadi dekat kafe Lotte world itu semua berpunca daripada Taeyeon? Tetapi, mengapa dia? Mengapa bukan dia sahaja yang lakukan? Mengapa dia mengugut Yubi? Argh! Boleh pecah otakku hanya kerana memikirkan perkara ini. Lima hari lepas, aku diberitahu supaya aku pergi ke tempat yang selalu aku pergi dengan Sena. Tapi aku tak pergi pun. Buat apa? Bukan Sena yang suruh, tetapi Taeyeon.

 

Tidak ingin aku berjumpa dengannya. Semua panggilan daripadanya tidak aku jawab. Yubi pula sudah hilang entah ke mana. Aku ingin meminta kepastian daripadanya, tetapi sejak belakangan ini, dia hilang begitu sahaja tanpa ada berita. Chen dan Suho juga tidak mendapt apa-apa maklumat tentang Yubi. Chanyeol? Hmm, tidak boleh diharap langsung.

 

Walau apapun, hari ini aku akan berjumpa dengan mereka bertiga kerana mereka memberitahuku bahwa ada benda penting yang ingin disampaikan. Aku mencapai jaketku yang tergantung di belakang pintu dan terus pergi ke kafe yang terletak di Hongdae Street.

 

   “Perkara apa yang mustahak sangat nak beritahu aku, ni?” Soalku kepada mereka bertiga setelah aku mengambil tempat duduk di meja bulat.

 

   “Baek, kau tak rasa ke Taeyeon tu macam lain sikit sejak akhir-akhir ni?” Tanya Suho. Aku hanya menggeleng. Kalau nak berbual tentang Taeyeon, baik tak payah panggil aku.

 

   “Apa yang peliknya?” Terpaksalah aku menyoalnya kembali apabila mereka hanya merenungku tanpa sepatah kata.

 

   “Aku rasa macam ada something wrong dekat dialah. Perkara ni bermula sejak kitorang melawat Sena dengan dia. Pagi tu dia macam biasa, lepas tu balik dari hospital dia ajak kitorang breakfast sekali lagi.Padahal sebelum pergi tu kitorang dah breakfast dulu. Then, masa dekat kafe dia order Americano. Dia mana boleh minum kopi tu, kan?” Suho bersuara dengan muka seriusnya.

 

   “Biarlah dia nak minum apapun. Kalau dia sakit ke apa ke, nasib dialah…” Kataku sambil menyandarkan badanku. Mereka tidak ingatkah bahawa Taeyeon yang menjadi punca Sena koma? Masih lagi nak menyibuk tentang hal dia tu kenapa? Pelik betullah kawan aku bertiga ni.

 

   “Lagi satu, dia tak bagi orang sentuh dia masa dia berperwatakan lain. Maksud aku, ada sekali tu aku nak bersihkan tangan dia, tapi dia cepat-cepat elak then keluar kafe macam tu je. Korang ingat tak?” Kali ini Chanyeol menyoal Suho dan Chen. Mereka berdua hanya mengangguk. “Lepas tu, dia asik bawa kitorang dekat tempat yang selalu kita dengan Sena lepak. Well, Taeyeon dengan Yubi tak pernah tahu pun tempat tu.” Sambungnya lagi.

 

   “Jadi kau nak kata yang Taeyeon tu Sena?” Soalku dengan nada sindiran. Kemudian, mereka bertiga mengangguk. Apa? Gila ke mereka ini? Mana mungkin Sena yang koma tu masuk dalam badan orang yang nak hancurkan dia? Aku mengerutkan mukaku.

 

   “Ada orang bagitahu aku,

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^