My second body

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

   “Sena! Sena! Bangun..” Aku terdengar suara beberapa orang di seklilingku. Perlahan-lahan aku membuka mata dan mendapati rakan-rakanku termasuk Baekhyun dan Yubi sedang mengerumuni diriku. Aku menukar posisiku kepada duduk daripada baring. Aku melihat dan meraba-raba badanku. Tiada kecelakaan langsung.

 

   “Hey, aku okeylah…” Aku mengukirkan senyuman sambil memandang mereka. Tetapi, seorang pun tidak memandangku. Apa yang mereka pandang adalah di belakangku. Aku segera memalingkan mukaku ke belakang dan mendapati… Jasadku?

 

   “Apa yang sedang berlaku?” Aku menyoal mereka yang berada di situ dan satu jawapan pun aku tidak dapat.  Aku cuba menyentuh badan Baekhyun tetapi tidak dapat dan aku mula mengalirkan air mata. Adakah ini bermakna aku sudah tiada di Bumi ini? Ah, tidak mungkin! Aku terus berdiri daripada tempat aku dibaringkan.

 

   “Chen, aku dekat sinilah!” Aku menepuk badan Chen tetapi tanganku juga menembusi badannya. Aku sudah tidak tahu apa yang patut aku buat. Aku terduduk di atas lantai sambil memeluk lututku. Aku membiarkan air mata jatuh membasahi pipi.

 

Aku memandang ke tempat jasadku berada. Kelihatan Baekhyun sedang mencuba untuk membuatku sedar. Kepala jasadku sudah berbalut dengan kain putih. Baru aku ingat, sebentar tadi aku telah dilanggar dengan sebuah kereta.

 

Aku memandang kosong ke arah mereka semua sambil air mataku masih tidak berhenti mengalir. Aku mula rasa bersalah setelah mendengar Baekhyun memanggil namaku dengan kuat. Patutnya aku tidak meninggalkannya begitu sahaja tanpa mendengar penjelasan daripadanya.

 

Mungkin dia dengan Yubi ada sesuatu yang bukan seperti aku fikirkan. Aku dan Yubi merupakan kawan rapat, jadi tidak mungkinlah dia sanggup membuat sesuatu yang tidak baik dibelakangku. Cakap mengenai Yubi, di mana dia dan Taeyeon berada?

 

 Tidak kelihatan pula mereka berdua di mana-mana. Aku memandang sekali lagi ke arah Baekhyun, sedih aku melihatnya.

 

   “Baekhyun, maafkan saya… Saya patutnya dengar penjelasan awak dulu,” aku duduk bersebelahan dengannya dan juga jasadku yang tidak bernyawa. Sungguh aku tiada idea apa yang patut aku lakukan sekarang. Pada saat itu, mataku terpandang seorang lelaki yang juga sedang memandangku. Mengapa dia memandangku dengan muka tanpa perasaan? Adakah dia boleh melihatku? Aku terus menuju ke arahnya dengan segera.

 

   “Maafkan saya, encik boleh nampak saya ke?” Aku melambai-lambaikan tanganku dihadapan mukanya. Kemudian, tanganku dipegang oleh lelaki itu sambil dia merenung tepat pada wajahnya.

 

   “Kau ni Oh Sehun ke?” Dia menyoalku. Oh Sehun? Itu nama abangku, bagaimana dia boleh tahu pula? Aku menggeleng-gelengkan kepalaku lalu memperkenalkan namaku yang sebenar. Dia mengeluh kecil memalingkan mukanya setelah mendengar namaku .

 

   “Kau pasti kau bukan Oh Sehun?” Dia kembali memandangku lalu menyoal lagi perkara yang sama. Sudah aku kata, aku ni Oh Sena bukan Oh Sehun yang menjengkelkan itu. Susah sangatkah nak bezakan? Aku ni perempuan, Sehun tu lelaki.

 

   “Encik, saya ni Sena. Oh sehun tu oppa saya, faham?” Kali ini aku bercakap dengan perlahan supaya lelaki di hadapanku ini mudah faham dengan apa yang aku katakan sebentar tadi. Selepas beberapa minit, dia menarik tanganku ke suatu tempat yang aku sendiri tidak pernah tahu bahawa tempat itu wujud di dunia ini.

 

   “Noona, kenapa saya kena jemput dia dan bukan Sehun?” Lelaki yang menarik tanganku tadi bertanya kepada seorang wanita yang kelihatan lebi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^