The accident

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Dua tahun sudah berlalu dan hari ini merupakan hari ulang tahun yang kedua untuk aku dengan seorang lelaki yang bernama Byun Baekhyun sebagai pasangan kekasih. Kami mula berkenalan sejak dia menumpangkan aku keretanya untuk pulang ke rumah pada waktu hujan. Daripada hari tersebut, kami mula mengenali diri masing-masing.

 

Nampaknya cita-cita aku tercapai untuk berkenalan dengannya. Baru aku tahu bahawa Chen dan Baekhyun merupakan teman rapat sejak daripada bangku sekolah lagi. Ya, aku masih lagi bekerja di kafé milik Minseok, tetapi sebagai penolong pengurus. Aku tidak lagi bekerja sebagai pekerja biasa, begitu juga dengan Chen dan Suho, mereka berdua kini telah menjadi ahli usahawan yang berjaya.

 

   “Sena, termenungkan apa tu? Baek dah tunggu dekat bawah…” Bahuku dipegang sekali gus mematikan lamunanku. Aku memandang ke belakang dan melihat tuan punya suara yang menegur tadi.

 

   “Dia dah sampai? Kalau macam tu, Sena pergi dulu ya, omma.” Aku mencium kedua pipi ibuku lalu terus menuruni anak tangga ke bawah dengan pakaian yang cantik dan sedikit senyuman.

 

Kelihatan Baekhyun sedang rancak berbual dengan abangku. Haish, kalau dia berbual dengan Oh Sehun, pasti ada sahaja perkara yang membuatkan aku bengang. Kemudian, aku cepat-cepat menarik Baekhyun ke luar dan melambai ke arah ibuku yang sudah berada di pintu setelah aku dan Baekhyun masuk ke dalam kereta.

 

   “Kita nak pergi mana?” Soalku apabila kereta yang dipandu Baekhyun mula bergerak. Baekhyun tidak menjawab. Aku pun tidak berniat untuk bertanya dengan lebih lagi. Biarlah Baekhyun fokus kepada pemanduannya.

 

Setelah hampir setengah jam aku terlelap di dalam kereta dan dikejutkan oleh Baekhyun. Aku menggosok-gosokkan mataku lalu memandang sekeliling. Macam kenal je tempat ni…

 

Lotte World Ice Rink?

 

Aku memandangnya dengan muka yang sudah segar. Dia mengangguk lalu tersenyum ke arahku. Aku segera memeluknya dengan erat di dalam kereta. Akhirnya sampai juga aku di tempat yang ingin aku jejakkan kaki.

 

   “Yeah, you’re welcome.” Aku tidak mengucapkan terima kasih lagi kepadanya tetapi dia sudah menjawab. Dia menepuk-nepuk badanku lalu kami meleraikan pelukan dan segera keluar daripada kereta.

 

Aku memandang bangunan Lotte World Ice Rink yang tersergam indah di hadapan mataku. Keterujaan di dalam diriku semakin melonjak-lonjak. Beakhyun datang lalu memaut kemas pinggangku. Aku tersenyum ke arahnya.

 

Dia mengajakku masuk ke dalam.Akhirnya, tempat yang menjadi idamanku, aku jejaki. Mataku tidak lepas daripada memandang di setiap sudut kawasan tersebut. Sungguh luas dan cantik. Kelihatan ramai pelancong sedang berseronok bermain ice skating samada bersama dengan ahli keluarga, rakan, pasangan ataupun seorang diri.

 

   “Kalau ada luck, dapatlah kita jumpa Kim Yuna, kan?” Aku memandang Baekhyun yang sedang memakai kasut yang dikhaskan untuk bermain ice skating. Aku berharap aku dapat berjumpa dengan Kim Yuna, pemain skat yang terkenal di Korea. Dia memandangku lalu tersenyum dan aku membalas senyumannya.

 

Selepas siap memakai segala peralatan yang diperlukan, kami bergerak ke atas ice skating sambil berpegang tangan.

 

Pertama kali aku menapak di sini, terasa berdebar pula hatiku. Bukan apa, cuma takut terjatuh je… Kemudian, aku dan Baekhyun mula meluncur dengan perlahan-lahan. Mahir juga aku tengok Baekhyun meluncur.

 

Tiba-tiba, dia melepaskan pegangan tanganku dan apa lagi… Aku pun jatuh terduduk.

 

   “Yah! Kenapa lepaskan?” Aku memandang tajam ke arah Baekhyun. Sakit punggung aku dibuatnya. Dia ketawa melihat aku yang sedang terduduk.

 

   “Ingat lawak?” Sambungku sambil menyambut tangan yang dihulurnya. Aku menjelingnya lalu membetulkan kasutku yang hampir terbuka. Dia meminta maaf terhadapku dengan membuat puppy eyes. Nasib baik comel, kalau tak memang aku tak akan maafkan!

 

Kami berdua meluncur ke bahagian tengah dan dia memegang kedua belah tangannku lalu berpusing. Aku dapat rasakan kelajuan kami berpusing semakin meningkat. Sudah banyak kali aku menyuruh Baekhyun berhenti, tetapi dia tak mahu. Katanya dia suka melihat aku takut. Comel katanya, bangga sekejap apabila dipuji, haha!

 

Setelah beberapa saat kami berkeadaan sebegitu, akhirnya dia ber

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^