Mission?

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Aku termenung ke luar jendela di dalam wad. Untuk sementara ini, aku hanya menetap di wad hospital memandangkan agak sukar untuk aku pulang ke rumahku. Jam sudah menunjukkan tepat pada angka tiga petang. Aku dapat rasakan bahawa mataku ini sudah lebam akibat menangis daripada tadi mengingatkan tentang perbualan Taeyeon dan Yubi.

 

Mengapa kau lakukan semua ini, Taeyeon? Apa salah aku terhadap kau? Adakah disebabkan perasaan cemburu terhadap kau terhadap aku dan Baekhyun? Tetapi, mengapa harus Baekhyun yang kau inginkan? Rasa bersalah terhadap Yubi mula menular di dalam diriku. Maafkan aku Yubi kerana membenci kau atas kesalahan yang bukan kau lakukan. Aku tahu kau dipaksa oleh Taeyeon, tetapi mengapa kau tetap lakukan juga? Lebih lama aku seperti ini, lebih banyak persoalan yang timbul di benak fikiranku.

 

Aku berpaling ke belakang apabila aku terdengar derapan kaki seseorang. Yubi. Dia mengambil tempat duduk bersebelahan dengan jasadku. Aku dapat melihat daripada wajahnya bahawa dia baru sahaja menangis. Aku lantas duduk berhadapan dengannya.

 

   “Sena, maafkan aku. Sebab aku, kau jadi macam ni. Aku buat perkara tu sebab aku diugut dengan Taeyeon… Aku pon tak tahu kenapa aku sanggup bertindak sebegitu,” kata Yubi dengan suara yang serak. Dia terus membenamkan kepalanya di katil sambil menangis. Air mataku juga turut membasahi pipi. Makin lama Yubi menangis, makin lama diriku rasa bersalah. Apa yang patut aku buat sekarang?

 

   “Yubi, sudahlah tu… Jangan menangis lagi, cuba bagitahu aku, dia ugut apa?” Bijaknya kau, Sena. Manalah Yubi dapat mendengar percakapan kau. Aku mengeluh kecil. Baru sahaja aku berdiri, Baekhyun sudah pun tiba di sini. Serta-merta langkahnya terhenti apabila matanya terlihat Yubi. Mukanya juga sudah berubah riak.

 

   “B-Baekhyun…” Yubi mengangkat kepalanya dan memandang Baekhyun di belakang. Jelas kelihatan pada muka Yubi, mata dan hidungnya merah.

 

   “Kau buat apa datang sini? Kaulah penyebab Sena koma, tau? Pergi kau sekarang, aku tak nak tengok muka kau lagi!” Baekhyun menolak Yubi dengan kasar sehinggakan Yubi jatuh terduduk di atas lantai. Aku pantas pergi ke arah Yubi yang sedang kesakitan. Kalaulah aku boleh dilihat, sudah tentu aku menghalang Baekhyun daripada menyakiti Yubi.

 

   “Baek, maafkan aku. Perkara itu terjadi sebab aku terpaksa. Aku di-diugut…” Yubi cuba untuk bangun dengan memegang kerusi. Baekhyun tidak memandang Yubi sedikit pun mahupun menolongnya.

 

   “Taeyeon ugut aku. Dia yang suruh aku buat macam tu dekat kau, kalau tak dia akan bongkarkan rahsia aku pada Suho… Sumpah! Aku tak terfikir langsung tentang Sena pun pada masa tu sebab aku hanya fikir tentang diri aku je. Aku tak nak… Suho tahu, apa yang pernah aku cuba… Lakukan terhapanya,” Yubi menundukkan kepalanya sesudah dia berterus terang dengan Baekhyun.

 

Baekhyun terus memandangnya dengan muka yang pelik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^