The truth

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Aku merebahkan diri di atas katil. Ya, bersebelahan dengan jasadku. Selepas aku berjumpa Kris tadi, aku terus ke sini. Otakku masih ligat berfikir tentang Taeyeon. Mengapa dia yang menjadi punca? Bukankah Yubi yang sepatutnya? Argh! Serabut kepalaku. Tiba- tiba perutku berbunyi. Laparnya… Sudah berapa lama aku tidak makan? Aku mengeluarkan sebuah alat yang diberi oleh Kris untuk aku mencari Taeyeon.

 

Setelah aku sudah pasti dia berada di mana, aku terus menuju ke tempat itu. Aku mengambil masa yang agak lama untuk pergi ke tempat itu walaupun tidak jauh dari hospital. Yalah, aku inikan roh, agak sukar untuk aku menyelinap keluar dengan bantuan orang lain. Hampir sepuluh minit aku tunggu di pintu wad menunggu pintu dibuka oleh seseorang. Akhirnya ada juga seorang jururawat yang membuka pintu tersebut dan aku mengambil kesempatan untuk keluar dari situ.

 

Tercungap-cungap aku dibuatnya setelah sampai ke tempat Taeyeon berada. Mana tidaknya, aku berlari dari hospital ke sini. Perutku sudah lapar lagi menambahkan kepenatan di dalam diri ini. Dengan tidak membuang masa lagi, aku terus masuk ke dalam badan Taeyeon.

 

   “Ahjumma! Beri saya sepinggang lagi daging lembu, ya?” Aku memesan kepada seorang wanita yang berkerja di situ. Ya, sekarang aku berada di dalam sebuah restoran. Tidak sabar rasanya untuk memenuhkan perut kosongku ini. Taeyeon, aku pinjam badan kau sebentar, ya? Satu senyuman terukir di bibirku apabila daging yang kupesan sudah sedia terhidang di hadapan mataku.

 

Aku terus mencapai daging tersebut lalu membalutnya dengan salad hijau. Aku menyuapkannya ke dalam mulutku sambil memejamkan mataku. Aku menikmati daging tersebut di dalam mulutku. Sedapnya! Aku membuka mataku lalu mencapai daging itu sekali lagi dan melakukan perkara yang sama berulang kali sehingga perutku kenyang. Aku abaikan pandangan orang lain yang melihatku dengan pelik. Mereka mana tahu bahawa aku sudah lama tidak makan? Minuman berkarbonat di sebelah kucapai lalu meneguknya dengan rakus.

 

   “Kenyang juga perutku. Terima kasih, Taeyeon!” aku terus pergi ke kaunter untuk membayar dan beredar dari restoran itu. Aku mencapai telefon pintar Taeyeon yang berada di dalam beg sandangnya yang berwarna oren. Aku mencari nama Yubi di senarai kenalan dan menekan butang hijau untuk membuat panggilan. Mengapa dia tidak angkat panggilan? Aku membuat keputusan untuk menghantar mesej kepadanya.

 

Sementara menunggu mesej balas dari Yubi, aku menyinggah sebentar di kedai bubble tea. Setelah bubble tea yang aku pesan sudah siap, aku mencari duit di dalam beg Taeyeon untuk membuat bayaran. Apabila aku ingin membayar, aku lihat bubble tea yang berada di hadapanku sudah tiada. Aku memandang ke sebelah kiriku dan mendapati seorang lelaki telah mencuri bubble tea tersebut.

 

   “Yah! Ini saya punyalah!” Aku memandang tajam ke arahnya. Aku tersentak apabila lelaki itu berpusing menghadapku. Oh Sehun?

 

   “Saya yang bayar dulu, jadi sayalah yang ambil dulu…” Katanya sambil tersenyum sinis ke arahku. Baruku tahu bahawa abangku ini seorang yang kejam, bukan sahaja terhadapku, malah terhadap orang lain juga. Ikut perangai siapakah dia ni? Ibu dan ayah? Tidak, jauh sekali! Baru aku sedar bahawa abangku

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^