Why her?

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Selepas aku dan Baekhyun berjumpa, dia mengajakku untuk melawat aku di hospital. Aku berasa agak janggal apabila berbual dengannya berkenaan dengan diriku sendiri. Apabila aku menyentuh sahaja tentang diriku, pasti mukanya akan berubah sedih. Huh, menderitanya aku melihat dia sebegitu. Ingin sahaja aku memeluknya dan memberitahu kepadanya bahawa ini adalah aku. Ha! Mengapa aku tidak terfikir langsung untuk memberitahu hal sebenar kepadanya terus?

 

   “Baekhyun…” Eh, sekejap! Kalau aku memberitahunya tentang diriku, bagaimana aku hendak menyiasat tentang perkara yang berlaku tempoh hari? Haih, maknanya aku tidak boleh memberitahunya lagi buat masa ini.

 

   “Hmm, ada apa Taeyeon?” Baekhyun bersuara tanpa menoleh ke arahku. Tangannya sibuk membelai rambut pada jasadku yang terbaring lemah.

 

   “Kenapa Sena lari dari kafe tempoh hari? Apa yang kau buat?” Baekhyun terus memandangku sekaligus memberhentikan tangannya daripada membelai rambutku.

 

   “Aku pun tak tahu macam mana perkara tu jadi masa Sena nampak aku. Aku tak tahu kenapa Yubi tiba-tiba peluk aku waktu aku nak ambil hadiah untuk Sena. Aku dah suruh dia lepaskan, tapi dia tak nak dan pada masa itulah Sena muncul… A-aku tak tahu nak buat apa. Bila aku keluar je, aku nampak di-dia dah kena langgar…” Baekhyun tertunduk. Jatuh air matanya ke lantai. Adakah dia menangis?

 

   “Baekhyun…” Aku cuba menggagahkan diriku supaya tidak menitikkan air mataku. Aku memegang bahunya supaya dia memandangku. Tiba-tiba, badanku rasa lain. Aku memejamkan mata apabila aku terasa seperti ada sesuatu yang menarik badanku keluar daripada jasad Taeyeon. Aku membuka mataku perlahan dan mendapati aku… Sudah keluar daripada badannya?

 

   “Taeyeon, kau okey tak?” Baekhyun menahan badan Taeyeon daripada rebah. Dia sudah tidak sedarkan diri membuatkan Baekhyun resah dan memanggil doktor yang bertugas. Setelah beberapa minit, doktor serta beberapa orang jururawat tiba dan membawa Taeyeon ke tempat lain diikuti dengan Baekhyun. Kenapa aku terkeluar daripada badannya? Aku memandang diriku yang berdiri berhadapan dengan jasadku. Kemudian, aku mengeluarkan butang merah dari dalam poket bajuku.

 

Kris P.O.V

Lampu yang berwarna-warni menyinari di segenap ruangan tempat ini. Lagu yang dipasang juga turut memeriahkan lagi suasana. Ya, sekarang aku berada di dalam kelab. Kelihatan semua orang yang berada di sini memakai pakaian yang bermacam jenis. Ada yang menari, ada yang minum dan ada juga yang sedang mencuba nasib untuk memikat hati orang lain.

 

Aku pula hanya duduk di sebuah kerusia sambil menyaksikan segala aktivi yang berlangsung di dalam itu. Sesaat kemudian, aku terdengar satu bunyi tembakan, perkara ini membuatkan lagu terhenti dan mereka yang menari juga berhenti. Aku berdiri dan menuju ke arah bunyi tembakan tersebut. Pada masa yang sama, semua sudah melarikan diri sambil terjerit. Huh, memekakkan telingaku sahaja. Larikan diri dengan senyap tidak boleh ke?

 

Kelihatan seorang lelaki yang sudah terbaring di atas lantai dengan berlumuran darah. Seketika kemudian, pihak polis menerjah masuk ke dalam kelab ini sambil mengacukan pistol mereka. Namun, tiada sesiapa pun yang berada di dalam kelab selain

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^