Goodbye

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Aku menekan butang merah berulang kali. Sesaat kemudian, lelaki yang aku panggil muncul di hadapanku. Seperti biasa mukanya tidak pernah senyum apabila berada denganku. Aku sudah berjangkit dengannya untuk tidak senyum.

 

   “Sedih je muka kau? Selalunya senyum macam orang gila. Kau ada masalah, ke?” Soal Kris sambil duduk di birai katil. Aku sekarang berada di rumah Taeyeon dan masih berada di dalam badannya. Setelah aku terserempak dengan Baekhyun, aku terus pulang. Aku tidak ada kekuatan langsung semalam. Ditambah lagi dengan kegedikkan abangku yang selalu sahaja muncul apabila aku berjumpa dengan Baekhyun. Haish, sibuk nak mengurat Taeyeon.

 

   “Kris, boleh tak awak luangkan masa dengan saya hari ni?” Aku memandangnya dengan pandangan sayu.

 

   “Eh, mana boleh. Kau tak selesaikan lagi misi kau tu. Hari ni hari last, tau tak? Kau tak nak hidup dalam jasad kau semula, ke?” Pertanyaannya membuatku sebak.

 

   “Nak tu memanglah, tapi saya dah tak ada kekuatan untuk teruskan lagi. Saya rasa… Baik saya pergi je. Macam mana saya buat orang yang saya sayang sedar? Dia pun dah tak nak jumpa dengan saya. Kenapa badan Taeyeon yang mesti saya pinjam? Kenapa pilih orang yang nak musnahkan saya?” Aku menekup mukaku apabila air mata mula membasahi pipi. Aku sudah tidak ada keyakinan untuk aku hidup semula dengan normal.

 

   “Takkan kau nak menyerah macam tu je? Selama aku kenal kau ni, kau tak pernah berputus asa macam ni. Aku dah angap kau macam adik aku, tau?” Kris menepuk bahuku. Baru aku rasa kasih sayang daripada seorang abang sepanjang aku menjadi roh. Aku mula rindu saat abangku memujukku. Aku memandang muka Kris sambil mengesat air mata.

 

   “Nantilah saya fikir balik. Kris, teman saya makan, jom?” Aku meminta dan dia mengangguk. Pertama kali dia bersetuju dengan apa yang aku minta. Aku pun bersiap sedia untuk keluar. Aku mengunci semua pintu dan tingkap rumah Taeyeon. Sekurang-kurangnya aku masih lagi mempunyai hati yang baik. Kris menyuruh aku menaiki motornya tetapi aku menolak. Aku mengajaknya untuk berjalan kaki sahaja. Yalah, hari ini hari terakhir aku akan dapat berjalan dengan orang yang aku kenal, walaupun tidak berapa.

 

Beberapa minit kemudian, kami berdua sampai di sebuah restoran yang selalu menjadi tempat makan Kris. Seperti biasa, Kris akan memesan beberapa ketulan ayam berserta soju dan aku hanya memesan makanan kegemaran aku, daging lembu dan air berkarbonat. Kami berbual kosong mengenai perkara yang berlaku di dunia ini ketika kami masih berada dikehidupan yang normal.

 

   “Kris, macam mana awak boleh jadi macam ni? Hari tu awak ada cakap yang patutnya awak ambil roh abang saya, kan? Kenapa?” Soalku kepadanya.

 

   “Huh, sebenarnya aku memang kena ambil roh abang kau sebab aku nak selesaikan misi aku. Kau nak tau misi aku apa? Misi aku adalah kena buat Sehun berjumpa dengan adik angkat aku. Tapi, aku pun tak tau siapa adik angkat aku tu…” Kris melepaskan keluhan yang berat. Jadi, tugasnya ialah menjodohkan adik angkatnya dengan Sehun?

 

   “Ha, baru aku ingat. Sebelum mati, aku ada berjanji dengan mak bapak angkat aku yang mana aku akan jodohkan anak perempuan dia dengan Oh Sehun. Apa sebabnya pun aku tak tahu. Lepas tu, aku kena langgar dengan kereta then mati… So, tak sempatlah aku selesaikan tugasku. Sebab tulah roh aku tak aman.” Terang Kris lagi dan makanan kami pun sudah sampai.

 

   “Sena, kenapa kau tak minum soju?” Pertanyaan Kris membuatku tersedak.

 

   “Gila? Ayah saya melarang sama sekali untuk saya mengambil minuman keras…” Jawabku.

 

   “Ah, poyolah kau...” Katanya. Aku hanya buat-buat pekak. Walaupun ayahku tidak nampak, namun aku tetap akan menunggu umurku sehingga 24, barulah aku boleh minum. Ituah yang ayahku pesan.

 

Sehun P.O.V

Lamanya aku tak nampak minah tu. Selalunya, kalau aku pergi mana-mana, ada sahaja minah tu muncul… Adakah aku dah jatuh cinta dekat dia? Haha, skema betul ayat aku. Kim Taeyeon. Sedap nama tu. Kalau dia kawan Sena, lebih senanglah kerja aku untuk mendapatkan dia. Tetapi, kalau Sena tidak sedar, macam mana? Sena… Tolonglah abangmu ini! Aku meraup mukaku apabila teringat akan adikku, Sena. Lamanya aku tidak bergurau dengannya. Mestilah aku rindu dekat dia… Selalunya kalau dia ada, pasti ada sahaja perkara yang akan membuatkan kami bergaduh. Itulah yang menyebabkan hubungan kami semakin erat.

 

Sedang aku berjalan, aku ternampak seseorang yang agak aku kenali. Taeyeon? Tetapi, dia dengan siapa tu? Lelaki? Teman lelaki diakah? Baik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^