First day of the mission

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Berjaya juga aku masuk ke dalam wad. Aku melihat sekeliling untuk mencari kelibat Baekhyun. Tidak nampak pun batang hidungnya… Sudah pergi ke? Baru sahaja aku ingin duduk, Baekhyun pun muncul dari bilik air yang berdekatan sambil membawa sebaldi kecil air berserta dengan tuala.

 

Dia duduk di kerusi dan meletakkan baldi tersebut di atas meja lalu mengelap mukaku dengan tuala yang baru sahaja diperahnya. Aku tersenyum sedikit melihat kebaikannya terhadapku walaupun aku tidak menyedarkan diri. Aku memandang wajahnya dengan meletakkan mukaku beralasakan lenganku.

 

    “Kau boleh hidup dalam badan kau semula…”

 

    “Syaratnya, kau mesti buat orang yang kau sayang, selain keluarga kau, sedar bahawa kau masih lagi ada di atas muka Bumi ni tanpa kau bagitahu kepada mereka, faham? Kau ada masa sehingga matahari kali ke-tujuh terbit, kalau kau tak sempat, ucapkan selamat tinggal kepada Bumi ini..."
 

Teringat kembali apa yang dikatakan oleh Kris. Macam mana aku ingin membuat Baekhyun sedar bahawa aku masih ada? Susah juga kalau aku tidak boleh untuk memberitahunya sendiri. Lagi susah kalau aku nak pinjam badan Taeyeon. Masih mahu lagikah Baekhyun berjumpa dengannya setelah dia sudah tahu segalanya? Aku melepaskan keluhan kecil.

 

 

Aku meregangkan badanku setelah aku terjaga daripada tidur. Hari ini merupakan hari pertama untuk aku menjalankan misiku agar aku dapat hidup semula dalam jasadku. Seperti biasa, ibu dan bapaku tidak pernah tidak melawatku setiap pagi. Ada sahaja buah tangan yang dibawa mereka. Tetapi, hari ini mereka datang dengan membawa rakan-rakanku sekali kecuali Baekhyun dan Yubi. Aku menjeling Taeyeon yang juga datang melawatku.

 

Kalaulah mereka tahu bahawa Taeyeon adalah penyebab semua ini, sudah tentu dia tidak berani menunjukkan mukanya lagi di hadapan semua. Kau tunggu sahajalah Taeyeon… Ah, bagaimana aku hendak masuk ke dalam badanya kalau aku berasa marah terhadapanya? Terpaksalah aku menolak egoku dahulu. Lagi pun, ini semua adalah untuk kebaikanku juga, kan? Mereka pun beredar setelah 30 minit.

 

   “Korang, jom teman aku breakfast dekat kafe bawah…” Aku memandang mereka Chen, Suho dan Chnayeol yang baru sahaja keluar dari wad. Sekarang aku berada di dalam badan Taeyeon.

 

   “Eh, bukan tadi kita dah breakfast, ke?” Chen memandang aku dengan pelik. Alamak! Manalah aku tahu…

 

   “Erm, tadi tu lain cerita… Dah, jomlah.” Aku terus pergi ke kafe supaya mereka tidak menanyakan soalan kepadaku lagi. Nafas lega dihembus. Nampaknya mereka bertiga pun tidak berniat untuk bertanya lagi. Kami hanya berbual kosong sepanjang perjalanan menuju ke kafe di tingkat bawah. Setelah sampai, aku memesan roti bakar dan Americano sebagai alas perutku pada pagi ini.

 

   “Taeyeon, kau okey tak sekarang? Lain je aku tengok kau ni…” Chanyeol memandangku atas bawah. Sudah kenapa pula mamat ni tenung aku macam tu? Haih… Aku menggelengkan kepalaku sambil berkerut.

 

   “Mana ada, biasa jelah…” Aku menjawab lalu menundukkan kepalaku kepada pelayan yang menghantar makanan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^