It's not your fault

One More Chance
Please Subscribe to read the full chapter

Aku pulang ke wad hospital yang menempatkan jasadku. Aku mengambil tempat duduk di atas kerusi dan mengerling ke arah jam. Tepat pada angka 9.45 malam. Penat aku masih tidak hilang. Yalah, daripada petang tadi aku mengikut Kris berjalan-jalan. Entah ke mana tujuannya aku pun tidak tahu. Selepas aku tahu bahawa aku akan meminjam badan kawanku, Taeyeon, aku terus mengajukan semua soalan yang berlegar di dalam mindaku termasuklah tentang Sehun.

 

Tetapi, sia-sia sahaja aku membazirkan air liurku kerana dia tidak menjawab soalan aku walau satu pun, huh! Dia juga ada memberitahuku serba sedikit tentangnya seperti siapa dia yang sebenarnya. Kris atau nama penuhnya Kris Wu juga merupakan orang seperti aku, roh. Tetapi aku hairan, mengapa dia boleh menyentuh sesuatu dan barang dan aku pula sebaliknya? Tidak adil betullah!

 

Aku kembali melihat ke arah jasadku yang terbaring seperti aku sedang tidur. Berapa lama aku ingin menjadi sepert ini? Aku memejamkan mataku dan mula air mataku mengalir apabila aku teringat akan Baekhyun. Aku masih lagi tidak mendapat jawapan tentang apa yang terjadi di Lotte World Ice Rink. Mengapa dia sanggup melakukan perkara itu? Jika difikirkan semula, bukan ke tidak logik sekiranya perkara itu terjadi secara tiba-tiba? Tidak mungkin Yubi akan bertindak sebegitu, kalau ya pun, mestilah dia akan memilih tempat yang strategik untuk cuba menggoda Baekhyun.

 

Aku mesti cari jalan untuk menyiasat perkara ini. Ya! Baru aku ingat bahawa aku boleh meminjam tubuh badan Taeyeon mulai esok. Jadi, aku mungkin berpeluang untuk berjumpa dengan Baekhyun dan Yubi untuk meminta kepastiannya. Tidak sabar pula aku ingin bertemu dengannya pada hari esok. Setelah beberapa minit, lampu siling dipadamkan kerana sudah sampai waktu untuk tidur. Awalnya hospital ini buat waktu tidur!

 

Aku melentokkan kepalaku di atas tilam bersebelahan dengan jasadku lalu cuba untuk tidur. Di dalam tidur, aku banyak memikirkan tentang ibu, ayah, abang, rakan-rakanku serta Byun Baekhyun yang sudah aku rindui. Ini semua salah aku, kalau aku dengar dulu penjelasan daripadanya, sudah tentu aku tidak akan berada di sini. Walau apapun, aku harus menunggu hari esok jika mahu mengetahui segala jawapan kepada semua persoalanku.

 

Satu suara mengejutkanku daripada tidur. Aku mengangkat mukaku untuk melihat siapakah yang datang pada awal pagi begini. Ibu dan ayah. Aku tersenyum melihat mereka berdua datang melawatku walaupun aku tahu, hari ini merupakan hari kerja bagi mereka. Kelihatan wajah ibuku suram tidak seperti pagi-pagi yang lain, ceria sahaja. Aku turut sedih melihat keadaan ibu dan ayahku yang nampak seperti tidak bermaya.  Aku melihat ayahku yang sedang meletakkan sejambak bunga ros berwarna merah jambu di atas meja. Sememangnya itu adalah warna kegemaranku. Ibu pula sedang mengambil kain yang direndam dan diperah lalu membersihkan wajahku. Sungguh aku terharu apabila melihat orang yang aku sayang masih menjagaku walaupun aku tidak menyedarkan diri.

 

Kemudian, baru aku teringat bahawa hari ini adalah hari aku akan ‘dihidupkan’ semula. Aku pantas meregangkan badanku lalu mencium kedua belah pipi ibu bapaku sebelum aku pergi mencari Kris. Aku tahu ciuman tersebut tidak akan dapat dirasai oleh mereka, tetapi itu sahaja yang mampu aku buat.

 

Setibanya aku di luar hospital, aku terus menekan butang merah pemberian Kris pada hari semalam sebelum aku pulang ke hospital. Butang ini berfungsi untuk memanggil Kris jika memerlukannya. Tekan sekali, dia tidak datang. Kali kedua pun sama. Akhirnya aku menekan-nekan butang tersebut berulang kali pada kelajuan maksimum.

 

   “Ya! Ya! Ya! Tekan sekali dahlah. Buat pekak telinga aku jelah kau ni.” Muncullah Kris di hadapanku secara tiba-tiba sambil menutup kedua belah telinganya. Aku hanya tersengih sambil meminta maaf padanya.

 

   “Ada apa kau panggil aku n

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ShiningStar99
final chapter~

Comments

You must be logged in to comment
misz_dina #1
Chapter 10: Daebak!akhirnya baek dan sena bersaMa..
Ayien_yen #2
Chapter 10: Bestlaa ff awk...
Heart_love
#3
Chapter 10: Happy ending..good job
exol_kkaebsong #4
Chapter 10: hoho...daebak :)
pxstellxx
#5
Chapter 10: ending yg bgos~~
baekielover #6
Chapter 10: ending yg best....
baekielover #7
Chapter 10: hoho...mmmg daebak...^^
lissahara9
#8
Chapter 10: Yah! aku tengok tiga manusia tu sentiasa ada...
siapa mereka bertiga??
Tahniah izz... semoga kau menang!! aku doakan yg terbaik... ^^