Chapter 17

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

*kringg..kringg...*

Jam loceng Woohyun berbunyi perlahan. Sengaja Woohyun buat perlahan takut Sunggyu terganggu, kesin pulak nanti.

Woohyun mencapai handphonenya diletakkan di bawah bantal lalu menutup jam locengnya daripada terus melontarkan vokal yang padu memecah keheningan pagi.  Terpisat-pisat Woohyun membaca angka yang tertera.

"6.30 dah. Pukul 8 nanti Sunggyu masuk office." Bingkas Woohyun bangun meninggalkan kehangatan pelukan suaminya melangkah ke bilik air mempersiapkan diri sebelum menyediakan sarapan untuk suaminya. Sunggyu lain pula ceritanya. Bukan main lena dia bergumpal atas katil tak sedar diri. Manusia ni selagi tak dikejut selagi tu lah keras atas katil. Lega Pn. Kim tugas tersebut tidak lagi digalas dirinya setelah dipindahkan rutin 'bahagia' itu kepada Woohyun.

Lepas 15 minit membersihkan diri, Woohyun menuju ke alamari pakaian untuk membalut tubuh bersihnya. Kemudian Woohyun memilih suit  Sunggyu untuk digosok sebelum disarung ke tubuh maskulin suaminya. 

"Nak masak apa pagi ni? Mana aku tau dia pagi prefer makan apa. Nanti aku masak kalau dia tak makan tak membazir namanya." Woohyun mengomel sendiri sambil menuruni tangga kemudian menuju ke dapur. Puas ke hulur ke hilir cari ilham akhirnya menyala juga mentol kat kepala otak manusia tu.

"Kenapalah tak terfikir dari awal. Mummy kan ada. Call je la." Woohyun menyeluk saku seluarnya mengambil handphone.

"Hello.."

"Hello mummy. Woohyun ni. Mummy belum bangun ke?"

"Oh kamu hyunie. Ada apa call mummy pagi-pagi?"

"Erm.. Nak tanya Sunggyu breakfast makan apa?" Lambat-lambat Woohyun mengutarakan objektif utama beliau. Habis dinding diraba memindahkan rasa malu yang tidak dapat dibendung.

"Tu je ke. Sunggyu tak kisah apa pun tapi susu mesti kena ada. Yang payahnya dia tu selalu skip lunch. Nanti kamu tengok-tengokkan sikit dia tu."

"Oh ye ke? Tak pe mummy nanti saya tengok-tengokkan. Sorry mummy ganggu. Bye."

"Baiklah. Bye." Woohyun mematikan talian dan mula menyinsing lengan baju nak bersilat di dapur. Setelah berfikir semasak-masaknya, Wohyun bercadang untuk menyediakan nasi goreng sahaja cepat sikit memandangkan jarum jam sudah menghampiri angka 7. Selesai memasak, Woohyun naik semula ke bilik untuk mengejutkan Sunggyu. Tapi sebelum itu, Woohyun menyediakan mandiandan juga persalinan suaminya sebelum mengejutkan beliau.

 

Woohyun P.O.V

Dah nak pukul 7 ni, dia masih tak menyedarkan diri lagi nanti lambat macam mana? Aku juga yang kena.

Aku tolak perlahan-lahan daun pintu tak nak bikin kecoh pagi ni. Comforter tebal yang mengkafankan keseluruhan badannya aku slowly aku tarik and.... chakk! Comelnya muka dia dengan rambut sarang burung. Tenang je macam budak muka dia rasa macam bersalah je nak kejutkan. Tapi kalau tak kejut tak boleh. CEO kena tunjukkan tauladan yang baik pada anak buahnya.

Aku goncang bahunya dengan perlahan. "Awak, bangun."

Badannya bergerak sedikit mengeliat. Aku beralih sedikit memberi ruang dan peluang untuk dia bergerak. Yang menjadi permasalahan sekarang ni, aku tak pasti mata dia dah buka ke belum. Biasa kalau orang dah gosok mata tu tandanya dia dah bangunkan? Tapi untuk kes terpencil macam ni aku tak dapat nak kenalpasti jawapannya.

"Awak dah pukul 7 ni. Bangunlah pergi mandi. Saya dah siapkan."

"Sayang sini kejap." Sunggyu panggil aku untuk mendekatinya. Pantas dan segera dia melabuhkan kepalanya di atas ribaku tanpa ada perasaan bersalah. Gatal tak habis mamat sekor ni.

"Bangunlah. Nanti awak lambat."

 

"Tak nak. Saya nak tidur lagi. Tak nak masuk office. Tak puas honeymoon dah kena masuk office semula. Bosan tau tak." Tersengih aku dengar jawapan tadika manusia ni. Rambut dia yang lembut aku usap dengan penuh kasih sayang. Apa aku nak jawab pada mummy nanti kalau anak kesayangan dia ni tak masuk office hari ni.

 

"Bangun." Sunggyu menggelengkan kepalanya di perut aku. Terkekeh-kekeh aku ketawa kegelian bila dia buat macam tu. Aku pegang kepala dia sebelum katil tu basah dengan air kencing aku.

"Sayang nak kiss."

"Jangan nak mengada. Mandi pun belum nak suruh saya cium. Dah cepat mandi sana." 

"Cium ke mandi dengan saya? Pilih antara dua. Takde talian hayat okay." Amboi demand nampak. Sesuka hati dia je buli aku macam ni. Kesian aku. Nak taknak terpaksalah aku cium bibir dia. Sesiapa yang tanya kenapa aku cium bibir dia, jawapannya kalau aku cium tempat lain still aku kena cium dia kan? So untuk menyelamatkan diri baik aku buat kat situ.

 

*cupp..*

 

"Dah pergi mandi." Woohyun menolak manja badan Sunggyu menjauhi dirinya. Ceh, padahal nak cover malu tu.

"I love you, sayang." Woohyun hanya mampu menggeleng melihat telatah suaminya. Terlompat-lompat dah macam beruk kena belacan rupanya. Dua kali tengok macam orang gila pon ada. "Berapalah umur suami aku agaknya? Macam budak-budak."

Woohyun mengemas tempat beradu mereka yang berantakan sekali. But no naughty imagination please. Tak ada apa-apa yang 'pelik' berlaku malam tadi. Usai mengemas, Woohyun meletakkan persalinan Sunggyu di atas katil sebelum keluar untuk menyiapkan sarapan.

 

 

Sunggyu P.O.V

Senyap je bilik. Sayang dah keluar ke? Apa-apa jelah. Segar betul mandi pagi ni. Walaupun hari-hari mandi air yang sama, tapi hari ni rasa dia lagi syok sebab disediakan oleh yang tersayang. Bahagia betul hidup ni rupanya.

Aku pandang katil and pufff.. pakaian aku pun dah disediakan. Ya ampun memang tak rugi aku kahwin dengan dia. Sah memang sayang aku ni isteri mithali. Rasa macam nak menempel satu hari dengan dia tak nak pergi kerja. Indahnya dunia~!

Tanpa membuang lebih banyak masa aku terus menyarung baju yang disediakan dengan hati berbunga riang. Betullah orang cakap kalau dah kahwin nanti seronok sebab isteri manjakan. Hipotesis diterima.

 

No one P.O.V

"Manalah Sunggyu ni. Dah pukul 7.20 ni. Takkan tertidur dalam toilet kot?" Bebel Woohyun sendiri. Sesekali matanya melirik jam dinding menanti Sunggyu masih belum kunjung tiba.

"Ishh.. penatlah aku macam ni hari-hari nak kena turun naik check dia. Ni belum ada anak lagi kalau dah ada anak nanti entah hidup ke tidak aku." Sambil Woohyun membebel dia memanjat tangga menuju ke bilik mereka nak check masih bernyawa lagi ke tidak encik suami kesayangan dia tu.

*tokk..tokk*

"Masuk." 

"Lama lagi ke? Nanti sejuk makanan tu."

"Sayang sini kejap." Perasaan pelik mula menyelubungi diri. Mana taknya muka Sunggyu malu-malu kucing mana pernah dibuat orang. Macam ada hajat yang cuba disampaikan. Woohyun mendekati suaminya dengan penuh hati-hati. Yelah mana tau tiba-tiba kot nafsu dia naik, tak ke parah namanya tu.

"Ikatkan tie." Sunggyu menghulurkan tangannya dengan kepala tertunduk. Pipi kasi pakai blusher sikit. Woohyun gelak sakan tengok kecomelan Sunggyu. "Alahai comelnya hubby aku ni. Dah besar panjang pun tak reti ikat tie."

"Janganlah gelak. Saya seriuslah." Sumpah Woohyun nak berguling. First time in history Woohyun nampak muka Sunggyu merah gila biasa muka Woohyun je jadi mangsanya. Apabila dah reda tawa, barulah Woohyun mengambil tie di tangan Sunggyu dan berdiri menghadap Sunggyu.

"Manjanya dia. Selama ni siapa yang ikatkan? Mummy? Ke Myungsoo?" Tangan Woohyun lincah menari-nari di dada Sunggyu walaupun mulutnya sama lincah mengutarakan soalan.

Sunggyu mencubit perlahan hidung mancung isterinya. "Pandai ea sekarang. Sebelum ni Myungsoo yang ikat siap-siap tinggal pakai je. Tapi sekarang Myungsoo kan takde." Sunggyu memeluk erat pinggang Woohyun melekat pada dirinya.

"Dah siap. Jom turun. Nanti awak lambat pula." Woohyun menarik Sunggyu sebelum suaminya yang terlebih hormon gatal mencium pipi gebunya.

 

 

 

"Saya masak nasi goreng, awak makan tak?" Soal Woohyun sambil menyenduk nasi kedalam pinggan Sunggyu. Diambil segelas susu segar diletakkan pula di hadapan Sunggyu.

 

 

"Makan je. Sebab kalau sayang masak, batu dengan kayu pun saya telan takde complain."

 

"Malam nanti saya buat betul-betul karang jangan marah ea."

 

"Janganlah macam tu. Ni mana sayang tau saya suka susu?" Turn Sunggyu pula menyoal.

 

"Mummy." Woohyun menjawab setelah melabuhkan punggung di kerusi. Pinggan dia pula diisi dengan nasi.

 

"Dah jangan nak banyak tanya sangat. Makan cepat nanti lambat."

 

 

 

 

"Saya pergi dulu ea. Take care." Sunggyu mencium ubun-ubun isterinya.

 

"Tengahari nanti awak balik lunch tak?"

 

"Tak rasanya. Sebab hari ni saya busy sikit. Saya makan kat luar jelah."

 

 

"Okay. Makan tau jangan skip lunch walau busy macam mana pun. Dah pergi nanti lambat. Bye." Woohyun menolak Sunggyu keluar. Kalau tak buat macam ni sampai esok pun Sunggyu tak keluar lagi.

 

"Bye, sayang." Sunggyu melambai dari dalam kereta sebulum keretanya meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

 

 

~~~~~~~~~

Setibanya Sunggyu di office semua pekerja mengucapkan tahniah atas perkahwinannya baru-baru ni.

 

"Amboi bos, baru kahwin dah naik kerja semula ke? Tak rindu Mrs. Kim kat rumah?" Ada je modal pekerja-pekerja Kim Corp. nak mengusik bos kesayangan mereka.

 

 

"Dah. Sambung kerja cepat. Penat muka saya tahan malu ni." Sunggyu tersenyum membalas usikan para pekerjanya.

 

"Selamat pagi En. Kim. Selamat bekerja semula." Maria, setiausaha yang cukup berwibawa dan dipercayai Sunggyu turut tak terlepas dari mengusik bosnya.

 

 

"Selamat pagi. Nanti masuk bilik saya briefing schedule hari ni. Dah-dahlah usik saya. Merah dah muka ni."

 

Sunggyu melabuhkan punggung di kerusi kemudian terus mencapai fail yang tersusun di tengah mejanya. Diselak satu-satu butirannya sebelum ada makhluk perosak datang mengganggu.

 

 

"Yo, hyung! How's your life?" Myungsoo datang melawat abangnya selepas meninggalkan jawatan tersebut semalam. Lega Myungsoo rasa bila lepaskan jawatan hyungnya. Mana tak penat gilerrr kot. Nak bernafas pun tak sempat.

 

"Ni takde kerja ke?" Soal Sunggyu tanpa memandang adiknya. Matanya melekat pada fail yang disemak.

 

"Takde. Tu yang melepak kat sini. Pandanglah aku. Mentang-mentang dah ada Woohyun adik sendiri lupa. Takpe nanti kalau aku pun dah kahwin, taknak layan hyung juga."

 

 

"Alahai merajuk pulak dia ni. Meh sini dekat hyung. Buruk tau tak muka muncung macam tu. Dah rupa selipar jepun aku tengok." Myungsoo apa lagi teruslah dia melompat atas riba hyungnya. Melekat dak macam koala kat Sunggyu. Maklumlah manjakan so tak peliklah. Sunggyu mencium pipi adiknya dalam-dalam. Dia pun rindu juga adik dia yang terlebih suka skinship ni.

 

 

"Adik hyung ni dah kurus. Diet ke?" Berkerut dahi Sunggyu nampak pipi Myungsoo semakin cengkung tambah pula badannya semakin ringan.

 

"Diet hyung cakap?! Kerja hyung tulah yang menggunung. Bersengkang mata aku buat tau. Hasilnya? Hah ni kurus. Dah macam program pelangsingaan badan tau tak. Baru 1 minggu lebih kalau lebih lagi tak taulah jadi apa."

 

 

"Ok-ok sorry. Lunch ni hyung belanja. Dah pergi sambung kerja sana. Aku nak kerja ni." Sunggyu mengangkat Myungsoo dari ribanya.

 

"Ok. Bye hyung."

 

"Maria, awak boleh masuk." Sunggyu memberitahu setiausahanya menerusi interkom yaang disambung ke telefon PAnya.

 

*tokk..tokk*

 

"Masuk." Maria melangkah masuk lalu berhenti dihadapan Sunggyu bersama dengan buku nota.

 

"Baiklah. Saya akan mulakan sekarang." Maka dengan itulah Maria menyenaraikan jadual Sunggyu untuk hari ini. Panjang dia tu macam untuk seminggu.

 

"That's all."

 

"Ok. Thanks. You may leave."

 

 

 

 

 

~~~~~~~~~

Sepanjang hari tu takde siapa pun nampak Sunggyu keluar dari biliknya melainkan lunch sebab dia dah janji dengan adik dia kan. Bertungkus lumus encik CEO kita menyiapkan tugasan yang ada. Alasan dia kalau ditangguh, makin bertimbunlah jawabnya. Sikap Sunggyu yang macam nilah membuat Kim Corp. terus berdiri megah di dunia perniagaan tanpa goyah.

 

Sunggyu bersandar di kerusi melegakan saraf-sarafnya yang kepenatan. Jam tangan direnung melihat angka yang dipamerkan. "Dah 6.30. Kesian Woohyun tunggu."

 

 

Sunggyu mengemas peralatannya sebelum keluar. Sebelum itu, Sunggyu memandang sekilas ruangan kerjanya memastikan tiada apa yang tertinggal.

 

 

"Maria, awak tak balik lagi ke?" Sunggyu hairan melihat SUnya masih setia menaip sesuatu di komputer. 

 

 

"Kejap lagi. Nak habiskan ni dulu. Bos dah nak balik ke?"

 

"Haah. Saya balik dulu ea. Jangan balik lambat sangat ok. Bye."

 

 

~~~~~~~~~~~~

 

 

"Mana Sunggyu ni. Rasa dah lewat ni. Jammed ke?" Woohyun tak senang duduk di rumah. Kejap-kejap jam direnung. Kejap-kejap leher panjang tengok keluar kot-kot nampak kelibat kereta hubby dia.

 

 

Panjang umur Sunggyu. Dengar deruman kereta memasuki perkarangan. Bergegas Woohyun menyambut Sunggyu.

 

"Banyak kerja ke? Penat je saya tengok." Risau Woohyun tengok muka suaminya yang kepenatan. Woohyun menyambut briefcase dari tangan Sunggyu. Sunggyu berlalu melepasi Woohyun menuju ke sofa di ruang tamu.

 

"Boleh tahanlah banyak dia. Tu pun saya tinggalkan sebab rindukan sayang saya ni." Sunggyu menarik Woohyun ke atas ribanya lalu membenamkan mukanya di dada Woohyun.

 

Woohyun tersenyum mendengar. Kepala Sunggyu diusap lembut kemudian mendudukkan dirinya di sebelah Sunggyu. Bahu Sunggyu diraih lalu memulakan urutan lembut di bahagian-bahagian yang tensed. 

 

"Awak nak makan dulu ke mandi? Woohyun menyoal apabila melihat mata Sunggyu semakin tertutup (walau realitinya memang tak pernah terbuka). Tersentak Sunggyu dibuatnya.

 

"Mandilah nanti segar sikit." 

 

"Kejap saya sediakan air panas. Jom naik bilik."

 

 

 

 

 

Woohyun menggerakkan Sunggyu yang terlena di atas katil. "Kesiannya Sunggyu. Penat betul dia. Tapi dia kena mandi untuk segarkan balik badan."

 

"Awak, air dah siap. Pergilah mandi." Sunggyu membuka sedikit matanya sebelum bangkit dari pembaringan.

 

"Sayang masak apa?"

 

"Sup ayam dengan sayur goreng. Awak nak makan ke? Kalau nak saya tunggu kat bawah."

 

 

"Boleh juga."

 

 

 

 

"Sedapnya bau~" Sunggyu bersorak riang saat melangkah ke dapur. 

 

"Duduklah. Dah siap dah." Sunggyu terus duduk di kerusi memulakan santapan beliau.

 

"Sinilah makan sekali. Tinggallah dulu semua tu." 

 

"Kejap."

 

 

 

Sambil makan, Sunggyu bercerita perihal kerjanya kepada Woohyun. Sebagai isteri, Woohyun tadah jelah telinga mendengar setiap butiran yang disampaikan.

 

 

"Sayang nanti teman saya tengok tv ea?"

 

 

 

 

 

 

 

"Sini duduk sebelah saya." Woohyun hanya menurut sahaja permintaan Sunggyu.

 

"Sayang tak penat ke?"

 

"Penat? Takdelah. Apa je yang saya buat kat rumah. Layan awak je kan?"

 

"Takdelah. Saya ingat saya nak pasang maid untuk sayang. Takut sayang penat kemas rumah, layan saya pastu kalau dah ada anak nak jaga anak lagi."

 

 

"Tak perlu. Lagipun saya tak nak orang lain jaga suami dengan anak saya, faham. Biarlah saya penat pun asalkan semua urusan keluarga saya uruskan bukannnya orang luar."

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!