Chapter 11

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

Bukan main khusyuk lagi tawaduk Woohyun menilik satu persatu cincin yang dipamerkan. Nak dekat satu jam jugaklah diorang dah berkampung kat situ. Kalau Woohyun tengah berhempas pulas memilih apa pulak yang Sunggyu buat? Macam biasalah duduk kat tepi macam patung cendana eksklusif tak peduli alam semestar. Bertuah betul.

"Alahai serious sangat la pula dia ni cari. Aku cuma nak tau saiz je pon." Ngumpat Sunggyu dalam hati. Apa yang diumpatkan tu betullah. Sebenarnya Sunggyu dah tempah cincinnya cuma tak tau saiz je. Bodoh dan ego punya pasal sanggup derma lagi duit untuk sepasang cincin. Sunggyu ni pulak jenis yang susah mengekspresikan perasaan dia, so tu yang orang lain tak kenal mangkuk tingkat no nampak dia macam biawak komodo mintak tapak selipar jepun.

"Awak yang ini ok tak?" Woohyun menunjukkan sepasang cincin kepada Sunggyu. Sunggyu hanya memandang sekilas sebelum mengangguk. "Janganlah seksa nafsu aku muncung-muncung bagai. Ada juga nanti aku rasmi sekarang." Kedengaran jeritan batin Sunggyu melihat Woohyun memuncungkan bibirnya kerana kesal apabila tidak dilayan tadi.

 

Woohyun P.O.V

Dia nikan aku tanya dia buat bodoh je. Nanti bila aku pilih yang bukan-bukan bising 7 keturunan tak habis. Menyampah betullah. Kalau ye pon tak rela dengan aku anggap aku ni manusia tak boleh ke. Susah sangat ke?

"Cik kami amik yang itu. Lagi dua hari nanti kami tuntut." Aku dengar suaranya memberi arahan kepada jurujual tersebut. Malas aku nak pandang bisa sentap tadi tak habis lagi. Melalui ekor mata, aku nampak dia pandang aku dengan pandangan yang sukar dimengerti. Tapi aku buat tak kisah je.

"Dah jom. Kita window shopping pulak." Aku cuma follow je step dia. Dari gaya bahasa dan hukum tatabahasa yang disabitkan kedengarannya macam bersalah. Lantaklah apa pon. Lambat-lambat aku ikut belakang dia sambil merungut.

 

~skip time~

Sunggyu P.O.V

Sepanjang hari ni walaupun dia ada dengan aku tapi aku tak rasa roh dia sekali. Aku tengok sejak tinggalkan kedai emas tadi sampai sekarang muka dia macam tempoyak. Aku ada salah cakap ke huh?

"Kita da sampai." Aku berhenti dihadapan rumah dia. Aku pandang muka yang macam kena baling taik kucing. Risau aku dibuatnya. Aku dah separuh mati nak tengok dia senyum macam selalu tapi sekarang tak.

"Thanks." Perlahan je suaranya. Sebelum dia melangkah keluar, aku tahan tangannya. Terhenti seketika sebelum berpaling menghadap aku.

 

Woohyun P.O.V

Dah apa pula mamat ni pegang aku. Takkan nak angkut aku balik rumah dia. Memang kirim salamlah kalau tu yang berlegar dalam otak hamster dia tu.

"Apa dia." Aku paling semula. Pandangan mata dia susah untuk aku duga. Bukan apa aku tak pasti dia buka ke tak matanya tu.

"Awak happy tak harini?"

"..." Apa punya soalan roda impianlah dia kutip. Dah terang-teranglah aku tak happy kalau muka ni dah keruh macam teh tarik lagi nak tanya.

"Dengar tak?"

"Happy kalau saya dilayan macam orang." Tanpa menunggu balasan mangkuk tingkat tu terus aku keluar tak toleh belakang.

 

~~

Sunggyu hanya memandang Woohyun meninggalkannya. Terkulat-kulat dia menghadam apa yang diucapkan sebentar tadi. Sesungguhnya tak ada niat Sunggyu nak laknat Woohyun, mungkin faktor tak pernah bercinta membuatkan Sunggyu kekok untuk menzahirkan perasaannya. Realitinya, Sunggyu seorang putera raja idaman dunia. Tadi pon dia sebenarnya dah beli cincin. Cincin tu dia sendiri yang design.

"Apa maksud dia dengan layan macam manusia? Aku rasa tak pernah aku anggap dia macam arnab walaupun muka dia melambangkan binatang tu. Lantaklah. Malas aku nak layan."

Sunggyu meninggalkan rumah Woohyun. Tanpa Sunggyu tahu, Woohyun setia memerhatikan disebalik langsir biliknya. Setitis mutiara jernih mengalir dari mata cantiknya.

"Tolonglah anggap aku macam manusia nanti kalau kita dah kahwin kalau taknak anggap aku macam isteri kau. Aku mohon Sunggyu."

 

~skip time~

"So how anak mummy punya date semalam?" Pn. Kim menegur Sunggyu yang melabuhkan punggung bersarapan sekali. Sunggyu cuma menjeling bagi menjawab soalan tu. "Busybody betullah mummy ni. Good morning pon takde."

"Ok." Jawab Sunggyu pendek. Tangannya lincah menyumbat mulut dengan nasi goreng buatan Pn. Kim. Tengok fizikal dia sekarang tak ubah macam hamster.

"Ok jek?"

"Habis?"

"Lain-lain takde?"

"Apa yang lainnya?" Sunggyu memandang Pn. Kim dengan penuh tanda tanya. "Ni kalau dibiarkan makin parah. Baik aku tarik diri sekarang sebelum keadaan makin memburuk."

"Ok lah mummy. Gyu pergi office dulu ea. Dah lambat ni nanti takut jammed." Segera Sunggyu mencipta alasan mengelak serangan hendap mummnya. Dicapai briefcase disisi lalu mencium Pn. Kim sebelum meninggalkan Villa Kim.

Disisi lain, Woohyun tengah tergolek lagi atas katil. Jangan cepat mencipta konklusi, dia dah bangun cuma malas je nak keluar dari sarang. Khusyuk sangat main phone sampai lupa nak mandi. Apa punya manusia lah.

"Hmm.. Berdasarkan pengiraan aku, tinggal lagi 3 hari je sebelum aku bertukar title dengan rasmi." Woohyun membelek calender phone sambil membebel. Berguling-guling atas katil cuba untuk menafikan realiti. Tak lama lepas tu menjerit pula. Nasib Sungyeol dah lama ghaib kalau tak mesti dia dah call Tanjung Rambutan.

"Dah sedia ke aku nak galas tanggungjawab? Walaupun dia nafikan kedudukan aku, aku tetap kena jalankan tanggungjawab aku kan?" Woohyun bermonolog sambil termenung memandang kosong siling. Semenjak kes haritu, Woohyun banyak memikirkan nasib dia kelak. Bukan apa dia takut dilayan macam orang gaji.

*ding dong*

Woohyun terhenti dari lamunannya mendengar loceng rumah dibunyikan. Senget-senget mulut budak tu membebel. Tengok dari jauh macam pemegang kad OKU pun ada. Lambat-lambat dia menapak ke pintu. "Sapelah pagi-pagi buta dah berkunjung ni. Apa dia ingat aku buat open house ke."


Woohyun P.O.V

Sapelah yang datang ni. Ni lah satu masalah masyarakat dunia apa diorang ingat semua orang bangun sebelum ayam berkokok ke? Diaorang lupa wujud golongan yang bangun lepas matahari terpacak. Aishh masalah betul.

Aikk. Mana orangnya? Puas aku pandang kiri kanan mencari gerangan si pelaku tetapi menemui kegagalan. Dah puas menyumpah aku tutup semula pintu tapi sebelum tu aku nampak bunga kat depan pintu ni.

Berkerut aku fikir siapakah pengirimnya. Ada kadlah.

Sorry

-Your Hubby-

~~

Sebenarnya Sunggyu keluar awal tadi nak bagi bunga kat Woohyun sebagai tanda maaf semalam. Nak bagi hand to hand awkward so terpaksalah tinggal depan pintu.

Woohyun pula tanpa disedari diluar kawalan diri tersenyum-senyum melihat kad ucapan. Habis dipeluk ciumnya bunga tu. Nasib tak mati.

Segala perlakuan diluar kawalan Woohyun tadi diperhatikan dengan jelas oleh Sunggyu. Sunggyu tersenyum melihat refleks Woohyun yang dianggap comel melampau (tersengih dengan rambut macam kena tiup taufan-comel ke?). Setelah Woohyun menutup pintu barulah Sunggyu bergerak meninggalkan perumahan tersebut.

*beep bep*

Thanks.

Satu mesej tu dah cukup menjadikan Sunggyu model iklan Colgate yang disegani. Hati kedua makhluk ni berbunga riang mengingatkan kejadian tadi. Adakah ini merupakan petanda akan menampakan kejernihan dalam perhubungan mereka ataupun permulaan Sunggyu melaknat Woohyun? Sama-sama kita nantikan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!