Chapter 16

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

"Nanti tinggal je fail tu kat satu tempat. Balik nanti hyung sign tapi sebelum tu details kan dulu then inform pada PA hyung. So, how company? Is everything ok?" Sunggyu berbual dengan Myungsoo di balcony luar. Walaupun tengah cuti honeymoon tapi kerja tetap masuk macam biasa. Almaklumlah CEO kan. Waktu-waktu privasi pun kena ganggu, busy mengalahkan doctor on-call. Lama jugaklah diorang bergayut sakan tak ingat dunia. Dari pukul 3 tadi sampai lah sekarang dah pukul 6.15 tak sudah-sudah lagi. Apa tak panas ke telinga dia cakap lama-lama? Kesian Woohyun menunggu. Tadi kata nak pergi pantai, habis sekarang ni apa cerita bro! Janji palsu betul.

Duduklah Woohyun menyusur tepi katil menunggu Sunggyu habis call. Penat menunggu main phone, puas main phone beralih pulak dia ke bergayut pada lengan Sunggyu tiba-tiba. Dari tengak khusyuk cakap berhenti terus Sunggyu dibuatnya merenung aksi luar kawalan isterinya yang comel ni.

"Hyung.. hyung.. dengar tak? Kenapa senyap? Line tak clear ke?" Kedengaran suara cemas Myungsoo di hujung talian. 

"Em. Takde papelah. Bye. Nanti ada apa cerita call ok. Cakap kat mummy I Love You. Bye." Sunggyu mematikan talian tanpa menunggu maklum balas positif daripada adiknya. Usai memasukkan phone kedalam poket seluarnya, Sunggyu menarik Woohyun kedalam pelukannya. Woohyun membiarkan sahaja dirinya diperlakukan begitu oleh suaminya.

"Kenapa ni hmm. Dah pandai sekarang ea. Semalam bukan main malu-malu kucing lagi." Tanya Sunggyu sambil mencium pipi gebu lagi mulus pipi Woohyun. Woohyun cuma terkekeh geli menolak muka suaminya menjauhi muka precious dia.

Woohyun membalikkan badannya menghadap Sunggyu. Tapi muka tak angkat, duduklah menatap dada orang tu. Muka dah merah tu. Baru tengok dada dah merah kalau tengok muka tak taulah jadi apa nanti.

"Awak dah lupa ke?" Tanya Woohyun sambil bermain dengan jarinya sendiri. Mendengar soalan Woohyun, Sunggyu berfikir sejenak. "Janji apa aku buat dengan dia?  Takkan janji nak buat 'benda' tu kot. Aishh.. takkanlah kan..?"

"Janji apa sayang? Saya lupalah. Sorry sangat. Tadi lepas cakap pasal company terus lupa benda lain. Hehe.." Sunggyu memasang sengihan duta Colgate tanpa sekelumit rasa bersalah. Woohyun mendengus perlahan mendengar jawapan bodoh Sunggyu. "Mamat ni karang ada makan tapak selipar nanti. Bukan main manis lagi berjanji dengan aku tadi. Last-last amnesia lepas cakap dengan adik dia. Agak-agaknya aku pun dia boleh lupa nanti. Malang sungguh nasib diriku ini."

"Kata nak teman saya jalan-jalan dekat pantai. Janji bukan main manis lagi. Menyampah betul."

"Haah lah! Baru ingat. Jom sayang dah pukul 6.30. Alang-alang tu tengok sunset romantik sikit kan?" Sunggyu cuba memujuk Woohyun yang dah mula tarik muncung itik sepanjang tembok besar china. Buat tak layan je Woohyun apa yang Sunggyu cakap. Nampak dah cacing kepanasan Sunggyu tu.

"Janganlah merajuk. Dah tak cantik dah. Cuba senyum sikit barulah cantik macam pari-pari fairy tale tu. Ke nak saya cium bibir tu?" Pantas Woohyun menutup mulutnya lalu meninggalkan Sunggyu. Apabila menyedari ketiadaan Sunggyu dibelakang Woohyun menoleh.

"Cepatlah! Nanti saya pergi sorang awak marah." Sunggyu hanya tersenyum melihat wajah Woohyun yang kemerah-merahan. Segera dia mendekati Woohyun merangkul pinggang beliau sebelum meninggalkan bilik menuju ke pantai.

 

.............................................................................

Suasana petang tu sangat romantik bagi pasangan yang baru sahaja melangsungkan hari bahagia mereka. Bayu laut yang bertiup lembut menampar pipi. Mentari yang bersembunyi di sebalik awan malu-malu memancarkan sinarannya. Memang romantik sangatlah suasana tu. Pasangan Woogyu berjalan berpimpinan tangan menelusuri persisir pantai. Sekali sekala terdengar tawa mereka tak kurang juga muka Woohyun yang merah hasil kerja jahat Sunggyu. 

Setelah agak lama berjalan, tiba-tiba Woohyun berhenti menghadap laut. Perbuatan Woohyun tersebut mengundang rasa hairan pada Sunggyu.

"Cantikkan laut waktu macam ni?" Woohyun tersenyum bahagia sambil menuturkan ayat tersebut. Mata beliau tak pernah lepas memandang pemandangan dihadapannya. Sunggyu hanya mematungkan diri terkesima melihat pantulan cahaya matahari mengenai Woohyun menghasilkan satu potret yang sangat sulit untuk digambarkan keindahannya.

 

Sunggyu P.O.V

Dah kenapa pula dia ni stop. Tadi bukan main seronok lagi menapak tak pasal sekarang tarik handbreak tiba-tiba pulak.

"Cantikkan laut waktu macam ni?" Soalan dia tu membuat aku memandang dirinya. Tapi pandangan pelik aku sebentar tadi pantas ditukar kepada pandangan yang penuh rasa kagum dan terkesima. Mana taknya, bukan kata laut je cantik, dengan dia sekali cantik lebih dari bidadari. Kelu lidah aku nak berbicara. Tak berkelip mata aku pandang dia.

"Awak dengar tak saya cakap apa?" Soalan dia berjaya mematikan lamunan aku. Aku tanya balik pada dia apa yang dia cakap sepanjang aku khayal tadi dibuai kecantikan dirinya.Aku ingat dia nak marah, tapi dengan penuh senyuman dia ulang balik pertanyaan tadi.

"Tak saya tanya, cantikkan pemandangan sekarang ni?"

"Tak. Ada yang lagi cantik daripada sunset ni."

"Apa dia?"

"Yang berada di hadapan saya." Aku pandang terus kedalam mata dia dengan penuh serious. Sayang aku cepat-cepat mengalihkan pandangan mata daripada terus menatap aku. 

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Sebab..." Aku mendekatkan dahi kami bersentuhan. Pinggannya yang ramping tersebut aku rangkul dengan kemas, dagunya yang runcing aku pegang sebelum melengkapkan ayat aku yang tergantung.

"Sebab esok masih ada lagi pemandangan yang sama macam ni kalau kita terlepas hari ni. Tapi kalau saya terlepas pemandangan yang ada depan saya pada hari ini, tak mungkin saya ada peluang untuk memilikinya pada esok hari. Betul tak?" Aku usap lembut pipinya tanpa pernah lepas dari terus menatap sepasang mata yang indah membuatkan aku terus lemas dalam pandangan beliau.

"Awak memang ikhlas cintakan saya ke?"

"Saya tak pernah rasa bahagia dilamun cinta sebelum ni. Kalau saya nampak perempuan pun, saya tak pernah peduli. Tak pernah sikit pun hati ni terbuka. Tapi semua tu hilang sama sekali lepas saya pertama kalinya bertentang mata dengan sayang. Dan waktu tu jugaklah saya yakin dan pastinya sayang adalah cinta saya." Aku nampak dah pipi dia tu dah merah semacam. Dah bukan merah matahari lagi. Tapi aku nak dia dengar luahan hati suami dia. Aku nak dia yakin tanpa ada ragu-ragu walaupun sedikit yang aku, Kim Sunggyu suami dia yang sah terlalu amat mencintai dia lebih dari dirinya. Aku nak dia cuba untuk terima aku dan buang jauh-jauh rasa kekok ke takut-takut dia tu pada diri aku. Aku cuma nak bina satu keluarga yang aku idam-idamkan bersama yang aku cintai sehinggalah kami menutup mata.

"Tapi kenapa cepat sangat? Kan boleh kalau kita kawan dulu."

"Memang betul. Tapi macam yang saya cakap tadi. Saya tak sanggup untuk melepaskan peluang yang ada. Dan yang paling penting sekali, saya tak pandai nak ekspresikan perasaan saya, tu yang saya terus ikat saya jadi isteri saya. Kan senang macam tu, betul tak?" Statement panjang lebar aku dibalas dengan anggukan daripada Woohyun. Tangannya merangkul leher aku sebelum membenamkan mukanya pada dada aku.

"Tolong saya untuk jadi Kim Woohyun." Tersenyum aku mendengar permintaan dia. Dengan penuh kasih sayang aku usap rambutnya sesekali aku cium kepalanya.

"Jangan risau saya akan tolong. Sayang jangan paksa diri sayang untuk berubah secara drastik dan menyeluruh. Saya akan tunggu sayang untuk proses semua ni sebelum sayang betul-betul yakin untuk jadi Kim Woohyun sepenuhnya tanpa sebarang tekanan dan paksaan dari mana-mana pihak." Aku angkat mukanya lalu menghadiahkan satu ciuman lembut pada bibirnya. Hanya satu ciuman lembut tanpa nafsu yang menguasai diri. Aku pandang kedua manik coklatnya sebelum menarik Woohyun kedalam pelukan aku.

"Saranghae, Kim Woohyun."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"Nado Saranghae, Kim Sunggyu."

 

 

 

------------------------------------------------

Ok tak chappy ni. Sorry 

kalau tak best >.<

 

Teruskan sokongan anda kepada saya, thank you... ♥

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!