Chapter 14

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

Wah! Subscribers saya semakin bertambah. Tak kurang juga yang aupport saya, so sebagai balasannya saya berjaya curi masa untuk update cerita. Thank you^^

..........................................................."Aku masih tak percaya dia sekarang dah jadi milik aku yang sah. Aku rasa macam baru semalam je aku pandang mata dia." Bisik hati Sunggyu. Sungguh dia sendiri tak percaya. Dahlah kenal pon tak sampai sebulan pastu dah kahwin, memang gelojoh betul Sunggyu ni. Sepanjang majlis tu tak pernah sekalipun Sunggyu melepaskan rangkulannya di pinggang Woohyun. Makin disuruh lepas, makin erat dipeluknya adalah, sampai naik biru muka bininya nasib aje tak duda dibuatnya.

Sunggyu membawa Woohyun untuk berkenalan dengan kaum kerabatnya dari yang paling berusia sehinggalah yang paling muda. Jenuh kepala otak si Woohyun nak save semua info terkini lagi mutakhir tu, mana taknya baru nak ingat yang satu dah masuk yang kedua tu belum campur lagi geng-geng bisnes dia lagi senak Woohyun dibuatnya.

"Okay yang ini pul-" Belum sempat lagi Sunggyu menghabiskan ayatnya sepantas kilat Woohyun memotong.

"Awak rest sekejap boleh tak? Saya penat lah. Dah lah pakai heels ni. Kaki saya sakit." Woohyun cuba memberikan alasan. Walaupun realitinya kaki tu rasa macam nak tercabut. Bayanglah dari lepas bersanding tadi dalam pukul 4 sampailah sekarang dah pukul 6.15, Sunggyu masih seronok lagi bawa Woohyun tawaf satu dewan kenalkan pada semua orang. Mana tak separuh nyawa manusia tu dibuatnya.

"Penat? Ok. Jom kita duduk dekat mummy sana." Sunggyu memimpin tangan Woohyun berjalan beriringan menuju ke meja Pn. Kim dan angkatannya siapa lagi kalau bukan Myungsoo dengan Sungyeol. Tiga makhluk ni kalau bersatu memang haru dunia dibuatnya.

"Eh, pengantin baru buat apa kat sini. Pergilah berbual dengan tetamu sana. Kitaorang ni esok-esok pon boleh." Pn. Kim menegur manis pasangan Woogyu. Sungyeol dan Myungsoo ikut menoleh apabila mendengar suara Pn. Kim.

"Tak naklah lagipun Woohyun dah penat. Tu yang nak merempat kat sini."

"So macam mana sekarang. Seronok dah ada bini?" Myungsoo memulakan perbualan. Soalannya tadi hanya dibalas dengan sengihan Sunggyu.

"Mana tak seronoknya. Malam ni dia ada orang baru nak peluk. Kalau tak selama ni budak pekung tu dipeluknya tiap-tiap malam. Dah melekat macam gam gajah." Selamba je Pn. Kim memberi komen tanpa menapis isi kandungannya terlebih dahulu. Merah muka Woohyun dengar. "Orang tua nikan memang straight to the point betullah. Tapis-tapis lah dulu kalau ye pun. Aku masih wujud lagi kat sini. Saje lah tu nak suruh muka aku macam udang kena bakar."

Sunggyu dan Myungsoo mendengar komen tak berasas daripada Pn. Kim hanya menayangkan sebaris gigi putih yang kemas tersusun. Masing-masing mengutuk dalam hati sebab mummy buka pekung anak sendiri, nasib baik dia tak buat press conference sata dunia lagi tebal muka beb!

"Oh ya! Sebelum aku lupa. Habis je majlis ni pukul 8 nanti, korang terus fly ke Malaysia for honeymoon dekat Langkawi island. Ni kira macam hadiah dari aku lah lebih kurang." Sungyeol bersuara setelah Pn. Kim semakin reda melontarkan vokalnya yang padu. Dah lama dah hajat dia nak buat benda ni, cuma tunggu je saatnya tak sangka pulak secepat ni. Nasib awal-awal lagi dia dah prepare.

Serentak tu terbeliak biji mata Woogyu dengar pengunguman tak rasmi Sungyeol. Terkejut. Parah lagi Woohyun macam nak pengsan rasanya.

 

Woohyun P.O.V

What?! Honeymoon right after this?! Oh my.. Mati aku dibuatnya. Dah lah minta nyawa sekarang ni lepas tu tambah lagi seksa aku. Ada juga nanti masuk papers pengantin mati kepenatan di hari bahagia. Aduhaii.. Nasib lah badan.

"Esok tak boleh ke?" Aku cuba untuk mengelak. Bukan apa sumpah aku penat gila ni nak bangun pon tak larat.

3 pasang mata memandang aku tajam. Sunggyu perasaan saat tegang ni cuba untuk memulihkan keadaan.

"Betul juga tu. Tiket esok takde ke. Kesian pulak Woohyun ni. Rupanya pun dah tak berapa nak manusia sekarang ni." Sesedap pati nor je dia kata aku tak rupa manusia. Kalau tak rupa manusia yang kahwin dengan aku apehal!

"Ee. Sedap hati je kata saya tak rupa manusia. Kalau bukan manusia saya apa?" Aku cubit perutnya. Tergeliat manusia tu kena sepit dengan ketam aku. Padan muka, cari pasallah lagi dengan aku.

"Sakitlah sayang." Mummy, Sungyeol and Myungsoo dah merah padam muka gelak besar tengok muka Sunggyu macam dah nak mati sebab kena cubit dengan aku. Err.. sakit sangat ke?

"Kahh..kahh.. Sumpah lawak muka Gyu. Tegang usus mummy." Pn. Kim masih dapat berbicara dengan sisa ketawa yang masih belum berkurangan.

"Habis hyung kalau bukan manusia, Woohyun hyung tu apa?" Myungsoo menyoal Sunggyu setelah keadaannya semula menjadi normal.

Aku pandang muka Sunggyu untuk mendengar jawapannya. Tapi hati aku jadi tak sedap bila nampak dia tersengih-sengih macam kambing Pak Seman tengah meragut. Entah apalah yang difikirkannya tu.

"Angel." Macam halilintar membelah bumi bila aku dengar jawapan puaka mangkuk tingkat ni. Terasa semua haba berpusu-pusu bergerak menuju ke pipi aku. Malu aku dibuatnya. Dah lah tu cakap pandang muka aku pulak tu. Bajet romantik la sangat. Macam sengal adalah.

"Waah! Romantiknya laki kau! Jealous aku. Tak gitu auntie?" Sungyeol menyakat aku. Dah confirm punya dua lagi pengikut setia tu support Sungyeol 100%.

"Dah lah tu mengusik. Kesian Woohyun dah macam kena bakar muka dia." Ouwhh.. Thanks God. Masih ada lagi insan yang prihatin dengan nasib aku. Sayang mummy..

 

~skip time~

Pn. Kim, Sungyeol dan Myungsoo menghantar pasangan pengatin baru ke airport untuk terbang ke destinasi bulan madu selepas ini. Sepanjang perjalanan ke airport, kereta yang dipandu Myungsoo tak pernah yang tenteram, ada je modal nak mengusik si Woohyun.

"Dah lah tu. Kesian bini orang mummy. Kalau macam ni selalu boleh rentung muka dia." Sunggyu cuba menjadi hero setiap kali Woohyun diusik. Tapi setiap kali tu jugaklah dia bahagia sebab dapat tengok muka Woihyun blushing. Sebab pada dia comel sangat macam nak cium-cium.

"Dah. Mohon bertenang semua jangan bertendang. Kita dah sampai. Minta kerjasama saat melangkah keluar dari kereta ni anda semua bersikap seperti manusia normal selayaknya." Myungsoo memberi aamaran sambil menarik handbreak sebelum mematikan enjin.

Kesemua mereka melangkah masuk kedalam. Semua mata memerhati mereka. Bukan sebab macam beruk terlepas kandang, tapi dua manusia yang masih lagi dalam pakaian pengantin menjadi titik tumpu masyarakat sejagat.

"Awak malulah orang tengok. Kan saya dah cakap tukar dulu. Tengok.." Woohyun memeluk lengan Sunggyu apabila terasa semakin banyak mata yang memerhati. Sunggyu yang posesif, terus memeluk pinggang Woohyun merapati dirinya.

"Cakaplah dengan kawan kesayangan awak tu. Dah lah semua mata tu tengok isteri saya yang cantik ni. Mana boleh diaorang tengok badan awak, badan awak hanya untuk tontonan saya bukan diaorang." Panjang ceramah kesedaran Sunggyu sampaikan. Berbuku hati Woohyun dengar. Lain yang diharapkan lain yang dia dapat.

"Jangan blushing sangatlah. Nanti saya cium kat sini baru tau."

*pakk..*

"Sakitlah! Awak ingat saya punching bag ke?"

"Padan muka siapa suruh gatal sangat. Ada yang keras saya kerjakan."

~~

"Hati-hati ea sayang sekalian. Semoga selamat sampai ke destinasi." Pn. Kim mengucup lembut ubun-ubun Sunggyu sebelum berpindah ke Woohyun. Giliran Sungyeol dan Myungsoo pula memberikan ucapan selamat sebelum kedua pasangan ini berangkat menaiki pesawat.

"Hyung ingat pesan aku tau. Kau dah jadi suami orang. So, banyak-banyak kanlah tunjukkan perasaan kau tu. Jangan jadi macam patung pameran dekat mall tu. Keras je." Myungsoo memeluk erat Sunggyu macam tak nak lepas. Basah dah tuxedo Sunggyu dengan air mata adiknya. Pn. Kim terpaksa masuk campur sebelum Myungsoo buat drama korea kat situ.

"And kau Woohyun, pesanan ikhlas dari sahabat sejati kau ni. Dengar baik-baik tau. Bila dah tukar title ni, jalankanlah tanggungjawab kau selyaknya. Selagi kau masih sah dengan dia, dia berkuasa penuh keatas kau. Kitaorang kat sini just support je. Good luck and tahniah friend." Sungyeol memeluk Woohyun. Air mata yang ditahan-tahan tadi akhirnya dilepaskan juga Woohyun bila dipeluk Sungyeol. Perasaannya sekarang kalah macam nak pergi perang. Semuanya cukup rasa.

"Dah lah. Pergi sekarang. Pesan mummy satu je. Masing-masing mesti tau tanggungjawab sendiri. And Gyu, kalau dah tak sayang jagan seksa Woohyun tapi lepaskanlah dia dengan cara yang baik. Mummy doakan kamu berdua bahagia hingga ke akhirnya."

~~

Perjalan yang memakan masa lebih dari 10jam tu amat meletihkan Woogyu. Woohyun yang naik je flight terus beradu macam kat rumah sendiri. Kesian tengok Woohyun yang dah macam ayam patuk jagung, Sunggyu melentokkan kepala Woohyun ke bahunya. Kemudian kedua makhluk ni pun lena dibuai mimpi-mimpi indah.

"Sila pakai tali pinggang kerana pesawat bakal mendarat sebentar lagi." Sunggyu tersedar saat pramugari memberikan pengunguman. Dipandangnya wajah Woohyun yang masih setia buat air liur dibahunya. Rambutnya diselak sedikit bagi memberi pemandangan yang lebih menarik.

"Sayang bangun dah nak sampai. Pakai belt dulu." Sunggyu bisik ketelinga Woohyun. Terpisat-pisat Woohyun membuka mata scan sekeliling. Namun blushing dibuatnya apabila menyedari jarak antara muka dia dan Sunggyu kurang dari 2cm.

*cupp..*

Mata mereka bertentangan seketika apabila Sunggyu melepaskan tautan ciumannya. Adalah dalam lebih kurang 3minit dieorang keras macam tu.

"Maaf, tapi boleh tolong pakai seatbelt tak." Masing-masing kelam kabut kembali ke posisi asal setelah ditegur pramugari yang bertugas. Malu woi!

 

Akhirnya pasangan bahagia ni sampai juga ke bumi Langkawi yang indah. Bertolaknya malam sampainya pon malam juga. Keras punggung duduk dalam flight lama-lama. Mereka terus menaiki teksi yang disediakan menuju ke hotel yang telah Sungyeol book.

"Awak lepas ni ada nak pergi mana-mana tak?" Woohyun bertanya kepada Sunggyu yang sedang khusyuk main phone. Sunggyu mengangkat mukanya sebelum menggeleng.

"Tak nak makan ke?" Giliran Sunggyu menyoal. Pelik la jugak sebab Woohyun tak makan apa-apa sejak semalam. Kerjanya tidur aje.

"Tak. Kenapa? Kalau awak nak makan boleh tak kat hotel je? Saya penatlah nak tidur. Hehe.." Woohyun tersengih suci. Sunggyu mencubit perlahan hidung Woohyun kerana kenakalannya.

"Apa-apa je. Saya ok je."

"Sorry to interupt but we had arrived." Pemandu teksi memberitahu mereka berdua apabila sudah sampai dihadapan Lavender Hotel.

"Thank you uncle. Here the money."

"Thank you young man. Hope you and your partner enjoy your honeymoon in Langkawi island." Merah muka dua-dua. Pakcik driver tu pun tersengih-sengih tanpa ada rasa bersalah. Double meaning betul statement dia tu.

 

"Excuse me, I would like to check in under reservation by Lee Sungyeol." Sunggyu bertanya kepada receptionist yang bertugas.

"Wait for a while. Let me check first."

"Okay."

"Mr. Lee reserved a newleyd for 5 days. And here is your key, sir. Thank you and enjoy your days here."

Sunggyu cuma senyum membalas dialog pekerja hotel yang ramah tersebut. "Banyak pulak cakap dia ni. Aku dah kepenatan dah ni. Kesian Woohyun dah lentok kat kerusi tu."

 

 

Sunggyu P.O.V

"Sir let me carry your luggage while you can carry your wife." Erkk.. baik punya ayat dia bagi aku. Panas kejap muka aku ni. Lantaklah dah orang nak tolong takkan nak tolak.

"Here is your room."

"Thank you. Here is your tips." Aku menghulurkan sekeping not Rm50 kepada pekerja hotel tersebut. Kemudian aku meletakkan Woohyun perlahan-lahan di atas katil tanpa mengejutkan dia. Aku tanggalkan tuxedo sebelum masuk kedalam bilik air untuk membersihkan diri.

 

Woohyun P.O.V

Kat mana aku ni? Macam pelik je? Atas katil? Dah sampai ke? Tapi mana Sunggyu?

Aku bangun dari katil untuk mencari kelibat Sunggyu di seluruh bilik. Baru je nak melangkah tepat-tepat tu jugak lah Sunggyu keluar dari bilik air tanpa memakai apa-apa selain tuala yang membalut pinggangnya. Sumpah pemandangan dihadapan aku ni cukup untuk membesarkan mata aku dua kali ganda.

"Dah bangun? Nak mandi air panas ada lagi tu." Selamba badak je di cakap. Dia tak tau aku ni dah malu besar kat sini. Cubalah pakai baju tu dulu.

"Lapar." Aku mengadu nasib. Dia cuma tergelak dengar. Dia nikan sekali aku bagi memang sedap tau. Aku serius ni kelaparan dia boleh sedap ketawa. Apa punya suamilah.

"Pergilah mandi dulu. Saya dah order tadi. Kejap lagi sampai lah tu."

~~

No One P.O.V

Dalam lebih 1jam Woohyun bertapa dalam toilet tu akhirnya jumpa juga jalan keluar. Ingatkan dah sesat tadi.

"Lamanya. Ingatkan nak tidur dalam tu tadi." Sedap Sunggyu menyindir Woohyun.

"Makanan dah sampai? Kenapa tak makan dulu?" Woohyun bertanya sebelum melabuhkan punggung disebelah Sunggyu.

"Saja tunggu sayang. Buat apa lama sangat dalam toilet tu? Risau saya."

Woohyun garu kepala nak jawab soalan Sunggyu.

"Ermm.. Saya berhempas pulas nak buka dress, tu yang lama. Hehe.."

"Kenapa tak panggil je?"

"Malu?"

"Apa nak malu. Kan kita dah kahwin so takde maknanya nak malu-malu kucing." Jawapan Sunggyu tadi cukup untuk buat Woohyun blushing.

"Dahlah. Jom makan. Sejuk makanan ni tunggu sayang."

"Aku masih tak biasa lagi dia bahasakan aku sayang. Kadang-kadang malu pun ada. Tapi sweet juga dia tu. Kalau dari dulu dia gentleman macam ni kan bagus. Ni tak macam musang jantan nak mengawan, takut aku dibuatnya."

 

Sunggyu mengemaskan bekas-bekas makanan mereka selepas Woohyun pergi ke toilet untuk gosok gigi. Mereka berselisih di depan toilet sebelum masing-masing membawa haluan sendiri.

"Alamak! Tiba-tiba tak nak tidur. Apa aku nak buat ni sebab ni kan first night kitaorang. Tapi aku tak ready lagi, tapi aku kan isteri dia, tapi..tapi.." Woohyun membebel dalam hati duduk terpacak tepi katil memikirkan permasalahan dunia yang dihadapinya.

Sunggyu mematikan semua lampu yang tinggal lampu meja. Suasana dia memang romantik ala-ala macam mukadimah untuk first night lah. Tengok suasana ni cukup untuk mendirikan bulu roma Woohyun tambah pula Sunggyu dah tukar kepada singlet lagilah scary.

 

Sunggyu P.O.V

Macam seronok je ni. Muka bini aku dah macam ayam kena kejar dengan musang. Berpeluh semacam ni mesti kes fikir first night ni. Hehe.. Sel-sel otak jahat aku dah bersambung dengan sempurna dan jayanya. Sini aku laknat sikit.

First of all, tukar baju jadi seksi sikit. Then jalan ala-ala macam model boxer tak laku ke katil dengan muka penuh maskulin.

Aku nampak muka dia dah cuak. Bau maskulin kat badan aku ni jadi penambah perisa plan jahat aku. Slowly aku mendekati dan membaringkan dia perlahan-lahan, mengusap lembut pipinya kemudian menghadiahkan satu kucupan di dahinya.

"Aa..awak nak bb..buat apa ni?" Terketar-ketar suara bertanya. Dalam hati dah gelak setan aku ketawakan dia. Sumpah lawak beb tengok muka dia.

"Macam yang selalu pengantin buat." Aku rendahkan suara serendah dan seseksi yang boleh bonus dengan renungan yang menggoda. Aku rapatkan lagi tubuh aku ke tubuhnya perlahan-lahan tanpa mengalihkan pandangan.

"Bb..buat apa?" Hehe.. Peluh dia tu tak payah cakap lah. Kalau perah satu baldi boleh dapat siap extra siram pokok lagi. Air mata tu dah macam empangan nak pecah. Seronok pulak aku laknat dia. Apa punya suami lah aku ni.

"Tidur."

 

 

Woohyun P.O.V

"Tidur." Tidur? Tu je? Habis apa motif dia seksa aku tadi? Aku ingat dia nak 'paksa' aku. Baru ingat nak jerit bagi gegar satu Malaysia ni kalau dia 'paksa'. Aku cuba untuk bangun dari katil tapi dihalang.

"Nak pergi mana?"

"Tidur kat sofalah. Sebab awak dah tidur atas katil."

"Apalah punya nak mengutuk diri. Dah lupa syarat perjanjian? Mulai dari malam ni tempat tidur awak disisi saya, faham." Terkulat-kulat aku dengar perintah dia. Sebenarnya aku takut, takut diapa-apakan waktu aku tidur tanpa kerelaan hati.

Perlahan-lahan aku mendaki katil sebelum baring disebelah Sunggyu. Sepantas kilat tu jugaklah dia peluk aku. Terkejut aku dibuatnya.

"Tak salahkan suami peluk isteri dia."

"Tak. Saya tak kisah."

"Janganlah tension sangat. Saya takkan paksa kalau awak tak sedia." Lembut je tutur katanya. Selamat aku berada dalam pelukannya tambah-tambah lagi dengar degupan jantungnya umpama irama yang menenangkan bagi aku.

"Maaf." Itu sahaja yang aku mampu katakan. Aku sendiri rasa bersalah sebab tak jalankan tanggungjawab aku. Tapi aku belum bersedia lagi untuk jadi Mrs. Kim.

"Takpe. Take your time. I won't force you." Dia mengeratkan lagi pelukannya sebelum kami berdua hanyut dibuai mimpi.

Bermula dari malam ini bermulalah episode baru dalam diari hidupku. Adakah aku berjaya menempatkan dirinya di tempat istimewa dalam hati aku kelak?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!