Chapter 12

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

"Hey hyung tak story pon nak kahwin. Tau-tau jek nak langsung lusa. Apa cer?" Soal Myungsoo adik kepada Sunggyu. Sebelum ni Myungsoo belajar di luar negara. Dia balik ni pon Pn. Kim beritahu pasal abangnya nak kahwin. Tu pon terkejut beruk Myungsoo dengar, mana taknya abangnya yang tak pasti straight ke gay tiba-tiba je nak kahwin.

"Kau ni! Nasib tak keras aku. Cuba bagi signal sikit." Sunggyu mengurut dada terkejut dengan kemunculan Myungsoo. Dia tak pasti sejak kapan adiknya sudah mendarat dengan selamat ke Korea. Setahunya mummy baru call malam tadi, tengahari ni sepantas kilat dah wujud tanpa diseru.

"Siapa makhluk malang yang terpilih menjadi peneman hidup kau tu?"

"Adalah. Nanti hari kejadian kau taulah."

"Ermm.. ok. Mana hyung kutip makhluk malang lagi tak bersalah tu."

"Salah ke aku nak kahwin? Dulu bukan main mummy dengan kau beriya-iya suruh aku cari pasangan." Sunggyu memandang Myungsoo tak puas hati. Myungsoo cuma tergelak, mana taknya muka hyung dia marah macam hamster kena curi kuaci tapi kadang-kadang marah dia tu serupa musang nak mengawan.

"Takde lah. Nak tau je. Hyung aku ni dah diberi hidayah namanya. Siapa nama dia?

"Woohyun. Nam Woohyun."

"Hyung betul ke cintakan dia?" Myungsoo cuba menguji keihklasan hati Sunggyu. Namun, Myungsoo tau hyungnya tak menipu kerana itu satu sikap Sunggyu. Dia memang susah untuk jatuh cinta tapi sekali hati dah terpaut, dia takkan sia-siakan orang tu.

Sunggyu merenung dalam anak mata adiknya. Menyalurkan segala keikhlasan dan kebenaran perasaannya kepada Myungsoo melalui renungannya.

"Hyung yakin. Walaupun hyung hanya tau nama dia tapi jauh dalam hati, hyung tau dia merupakan pasangan sehidup semati hyung." Myungsoo cuma mengangguk mendengar pengakuan hati Sunggyu. Kedua beradik tersebut kemudian senyap seketika menghayati perasaan masing-masing.

~~

Tengahari tu Pn. Kim bersama-sama Woohyun menghabiskan masa berdua merayap di shopping mall. Alasannya nak lebih mengenali bakal menantunya. Woohyun begitu senang keluar dengan Pn. Kim tak macam haritu dengan Sunggyu muka mencuka macam tertelan cuka. Sesekali dua manusia tu bertepuk tampar bergurau senda sambil shopping tak ingat dunia. Lepas ni Sunggyu dah boleh garu kepala melayan kerenah dua insan kesayangan.

"Sayang jom minum. Mummy penat dah." Pn. Kim mengajak Woohyun melepak untuk menghilangkan kelelahan. Mana tak minta nyawa, dari lepas subuh sampai matahari terpacak dia ekor manusia ni tak ingat dunia tawaf satu mall. Puas semua kedai diaorang masuk, tangan tu tak payah cakap la dua-dua penuh beg bergayut. Entah apa yang diborongnya tak taulah.

"Ok. Woohyun ikut je." Seraya dua makhluk tu berlenggang menapak menuju ke cafe berhampiran.

"Vanilla latte and strawberry smothies." Pn. Kim memberitahu pelayan. Setelah pelayan beredar mereka menyambung semula gosip perdana yang tertunda sebentar tadi.

"Tak sangka hajat mummy nak bermenantukan Hyunnie tercapai. Untung Sunggyu dapat kamu sayang." Tersipu malu Wohyun mendengar ulasan Pn. Kim. Digenggam erat tangan Woohyun sesekali diusap dengan penuh kasih. Tak lama kemudian adegan jejak kasih tertunda dengan kehadiran pesanan mereka.

"Minumlah. My treat. Jangan malu."

"Thanks mummy."

Lama Pn. Kim memandang Woohyun yang suci. Setiap perilakunya diperhati penuh minat. Sesekali tersenyum melihat telatahnya. Orang sekeliling tak payah cakaplah masing-masing ada spekulasi sendiri. Tak kurang juga ada yang komen orang tua ni kurang kasih sayang.

"Kenapa mummy tengok saya macam tu? Ada apa-apa yang tak kena ke?"

"Takde lah. Cuma tak sangka lusa Sunggyu dah kahwin dengan kamu. Cepat betul masa berlalu. Dah besar dia sekarang." Air mata sudah bergenang di matanya. Berat hati seorang ibu mahu melepaskan anaknya bersama orang lain. Namun dia tahu, kalau kita sayangkan sesuatu kadang-kadang kita perlu lepaskan.

 

Woohyun P.O.V

Dah mula dah drama hindustan dia. Takde tempat yang lebih strategik ke selain tempat awam. Malu aku dibuatnya. Kalau ye pon nak syahdu bagai tunggulah kat rumah nanti.

"Sabar ea mummy. Walaupun kami dah kahwin nanti, saya yakin Sunggyu takkan lupakan tanggungjawab dia sebagai seorang anak." Aku genggam erat tangan Pn. Kim.

"Untung Sunggyu dapat kamu. Dahlah comel pastu memahami. Memang cukup pakej." Erkk. Senak ulu hati aku dengar statement tadi. Untung? Dia memang lah untung, sebab yang ruginya aku. Seronoklah hari-hari anak kesayangan dia buli aku. Kalau Pn. Kim tau aku kena buli ni mau mati katak dibuatnya.

"Dahlah mummy jom balik. Ada yang buat laporan kehilangan ibu kejap lagi." Lama-lama kat sini ada nanti mall ni tukar jadi taman tema air percuma. Sebelum keadaan menjadi semakin parah baik aku hentikan sekarang bak kata orang putih prevention is better than cure.

"Woohyun makan malam kat rumah mummy ea. Nanti mummy suru Sunggyu hantar."

"Say-"

"No excuse. Dinner sekali dengan Sunggyu."

Aduh serba salah aku dibuatnya. Sebab dinner dengan anak mangkuk dia lah aku tak ingin. Silap hari bulan dia sumbat julap dalam makanan aku. Tu pon dah cukup baik daripada dia renjis racun sia-sia je hidup aku.

"Baik~"

 

~~

"Hyung, kau tau mana mummy ghaib? Dari aku balik tadi mummy takde. Takkan puaka niyang rapik yang culik? Kerja gila tu." Myungsoo menyoal Sunggyu yang sedang kyusyuk menaip sesuatu di laptop. Sekilas dia memandang adiknya. Berkerut dahi Sunggyu memikirkan logik tuduhan Myungsoo. "Haah. Mana pula mummy tak balik-balik ni. Takkan kena culik?"

"Tak try call?"

"Sebab dah try la aku tanya kau. Kalau aku dah tau apa motifnya. Sengal."

Tak lama lepas tu~

"Mummy dah balik~"

"Panjang umur orang tua tu." Serentak Kim bros menoleh ke arah pintu. Bulat biji mata Sunggyu dan Myungsoo tengok betapa banyaknya beg shopping. Sebagai anak mithali, mereka mendekati Pn. Kim untuk membantu.

"Banyaknya. Lepas gian ke?" Myungsoo hampir jatuh rahang terkejut.

"Anak mummy! Bila sampai?" Segera Pn. Kim memeluk anak bongsunya. Lemas Myungsoo dibuatnya.

"Pukul 9 tadi. Balik tengok takde orang yang ada cuma hyung je."

"Mummy keluar shopping. Saje tak inform Sunggyu."

Tanpa banyak bicara Sunggyu menyambut beg shopping daripada tangan mummynya.

"Ada lagi tak dalam kereta?" Bagai halilintar membelah bumi. "Macam pernah dengar suara ni. Adakah.."

"Woohyun?" Sunggyu dah macam kena sampuk jatuh rahang bila nampak kelibat Woohyun. Habis jatuh beg dipegang bertaburan atas lantai.

"Hari ni Woohyun akan masak makan malam. Menu hari ni tempoyak masak lemak." Pn. Kim mematikan lamunan kedua merpati sejoli.

"So awak ke bakal isteri abang saya?" Soalan cepumas dari mulut longkak Myungsoo berjaya mengubah warna wajah Woohyun. "Apa punya puaka soalan dia ni. Kalau ye pon mukadimah dulu takde? Ni tak terus ke isi utama."

"Haahlah. Ni lah dia calon menantu mummy." Pn. Kim menjawab bagi pihak Woohyun.

"Apa lagi tunggu. Mulalah masak sekarang. Dah lapar." Dingin sahaja suara Sunggyu berbicara. Dengan selambanya Sunggyu meninggalkan tempat kejadian tanpa peduli sekeliling.

~skip time~

"Wahh! Sedapnya kamu masak. Bukan kata pandai gubah bunga, masak pon pandai. Senang kata cukup pakejlah." Melangit pujian diberi oleh Pn. Kim.

 

Sunggyu P.O.V

Sedap betul. Sampai menjilat kaki. Ni kalau hari-hari dia masak mau tak bulat aku jadinya. Boleh hilang body aku.

"Sunggyu komen?"

"Sedap. Masak selalu boleh?" Aku tayang muka suci tersengih menayang gigi putih bersih. Ikhlas ni tak tipu. Aku ingat biasa-biasa je tapi hasilnya memang kaww beb.

"Amboi hyung. Nanti aku jumpa kau balik lepas kahwin badan tu sebijik macam badak bunting." Setan punya adik. Ada dia hina aku sampai macam tu. Dahlah tu ketawa terbahak-bahak tak ubah macam setan berjaya. Kurang ajar betul.

"Lantaklah. Bini aku. Kan sayang?" Aku pandang Woohyun. Macam udang kena bakar mukanya. Hehe.. peluang ni nak dengki. Seronok aku dapat tengok muka comel dia.

"Sayang comot." Aku lap tepi bibirnya ada kesan kuah lemak dengan jari. Kemudiannya aku jilat.

"Ouwhh! So sweet! Tak sangka hyung aku ni romantik juga ea, kan mummy?"

"Kan. Tulah hyung kamu ni dah angau habis dekat Woohyun. Orang kata mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena." Waahh.. makin galak diorang kenakan aku ea. Seronok ea.

 

Woohyun P.O.V

Mangkuk tingkat ni memang sengaja ea cari pasal dengan aku. Tak payah menggatal depan diaorang malu aku dibuatnya. Dah lah tu adik dia sama gedik dengan mummy dia. Geli aku.

"Ermm.. Makan jom." Malu-malu aku redakan keadaan. Aku capai sudu garfu tanpa mengangkat muka. Perkara ni kalau dibiar melarat boleh senak aku dibuatnya.

Entah macam mana boleh pula aku bertentang mata dengan dia. Berdegup laju jantung aku. Aku tak pasti mata aku salah pandang atau apa, aku nampak dia senyum kat aku. Bukan smirking tapi senyuman yang ikhlas lagi menawan. Terasa berhenti seketika jantung ni. Cepat-cepat aku alihkan pandangan mata dari terus melihat dia.

 

~~

"Terima kasih untuk makan malam tadi." Pn. Kim sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada Woohyun.

"Sunggyu hantar Woohyun ea."

"Baik mummy~"

....

"Thanks." Woohyun mengucapkan terima kasih sebelum keluar dari perut kereta.

"Kejap. Kau tinggal something." Pantas Sunggyu menghalang Woohyun. Tercengang Woohyun.

"Apa dia?"

*cup..*

"Dah. Good night sayang." Usai ciuman tersebut, Sunggyu mengusap lembut pipi Woohyun.

Bulat mata Woohyun memandang Sunggyu. Sunggyu cuma tersenyum sebelum menarik Woohyun kedalam pelukan hangatnya.

"Thanks for everything. I really mean it." Bisik Sunggyu lembut ke telinga Woohyun.

 

Woohyun P.O.V

"Thanks for everything. I really mean it." Apa maksud dia?

Aku renung muka dia walaupun dalam kegelapan, aku nampak keihklasan dalam renungannya. Aku tak tau kenapa aku rasa tenang dan selamat dalam pelukannya.

Adakah hati aku sudah mula untuk menerimanya?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!