Chapter 10

Mangkuk Tingkat Itu Suami Aku

Setelah kerja di kedai sudah settle, Woohyun berjumpa dengan auntie Mala untuk membincangkan perihal berhenti kerja. Sebenarnya Woohyun serba salah nak usulkan sebab dia selesa bekerja kat sini. Auntie Mala tu pun dia dah anggap macam mak sendiri. Bila dia kena tinggalkan tempat ni, berat rasanya hati. Segala susah payah semuanya bermula disini. Auntie Mala jugalah jadi tempat dia bergantung harapan bagai. Bercampur baur perasaan Woohyun sekarang. Semuanya cukup rasa.

*tokk..tokk..*

"Masuk." Auntie Mala menjawab tanpa mengangkat muka daripada kerja yang sedang dilakukannya.

Perlahan-lahan Woohyun menutup kembali pintu sebelum mengatur langkah menuju ke meja bosnya yang begitu dihormati.

"Ada apa Woohyun." Auntie Mala tersenyum senang tatkala Woohyun si gerangannya yang hadir menemuinya.

Lambat-lambat Woohyun menghulurkan sekeping sampul surat coklat kepada auntie Mala. Dengan penuh blur-blur tenuknya auntie Mala menyambut sampul tersebut.

"Apa ni?" Berubah air muka auntie Mala melihat isi kandungan tersebut. Cepat-cepat Woohyun mengalihkan pandangan matanya. Dalam pandangan mata achi tu minta jawapan.

"Macam yang tertulis, saya serious auntie." Macam golongan kebuluran je suaranya kedengaran.

"Tapi kenapa? Apa yang awak tak puas dengan layanan kat sini? Atau tentang gaji? Takpe nanti saya naikkan. Jangan risau ea." Bertubi-tubi soalan ditembak kepada Woohyun. Senak ulu hati budak tu dibuatnya. Kering bibir Woohyun nak menjawab setiap soalan maut yang diajukan.

"Takde lah auntie. Semuanya ok. Pasal gaji pon bukan. Kalau  saya nak naik gaji dari dulu lagi saya dah mogok depan auntie." Sempat lagi bertepuk tampar dalam suasana genting macam ni. Bukan apa bagi kurang sikit tension dalam bilik ni.

"Tapi kenapa kalau bukan semua tu?"

"Saya dah nak kahwin 2 minggu lagi. Dan pasal benda ni pun bakal suami saya yang suruh. Dalam bahasa saintifiknya kerana terpaksa aku relakan lah."

Menganga mulut achi tu dengar pengakuan berani mati Woohyun. Mana taknya sepanjang digajinya budak ni tak pernah sekali nampak dia bermesra dengan lelaki jauh sekali nak ada hubungan. Lelaki yang 24jam berkepit dengan dia tu tak lain dan tak bukan si bertuah Sungyeol.

"Cepatnya. Bila awak kenal dia?"

"Kalau auntie nak tau, dia yang tolong saya untuk tebus rumah keluarga tu. Dan sebagai balasannya, saya terpaksa setuju untuk jadi isteri dia." Panjang lebar Woohyun menerangkan.

"So, ala-ala kerana terpaksa aku relakan lah? And tu mamat mana kamu kutip?"

"Mamat yang Kim Corp. haritu. Mamat berlagak tu. Menyampah saya."

"So maknyanya Mr. Arrogant+playboy tu suami awak?"

"Bakal belum rasmi lagi. Sempat lagi kalau nak bunuh diri sekarang."

"Untunglah awak. Memang patutlah dia suruh berhenti sebab mampu sangat nak tanggung awak tujuh keturunan."

"Erk. Achi ni ada juga nanti dia yang aku kahwinkan dengan mangkuk tingkat jelmaan hamster tu.

"Apa pun saya hormati keputusan awak. Saya harap segalanya berjalan lancar. Selamat ye Woohyun. Nanti buat banyak-banyak anak comel-comel macam awak ea?" Tanpa rasa bersalah selamba je ayat puaka niyang rapik tu meluncur laju. Merah muka Woohyun dengar statement minta kaki achi kesayangan dia.

"Sumpah ada juga mati orang tua ni aku goreng. Pandai-pandai fikir jauh sampai situ. Ee.. Seram aku fikir."

 

~~

Lepas makan malam Pn. Kim menarik Sunggyu ke ruang tamu untuk berbincang tentang konsep majlis nanti.

"Kamu nak konsep yang macam mana nanti?" Penuh semangat Pn. Kim bertanya tapi Sunggyu buat pekak je. Dicapai remote tv menukar channel. Haram sepatah orang tua tu membebel tak masuk kepala otak berkarat hamster ni. Bukan kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri ni siap mantul lagi tak masuk.

Agak-agak rasa macam diabaikan anak sendiri Pn. Kim pun melancarkan serangan nekad bantal berpandu kearah Sunggyu.

"Aduh! Sakitlah mummy." Tersenyum puas Pn. Kim melihat anak bujangnya merintih kesakitan. Bukan sakit mana pon dia punya auta sampai macam minta nyawa.

"Padan muka. Lain kali buat dunno lagi mummy cakap. Nasib bukan kat dapur kalau tak cantik pisau daging jadi makhkota kamu."

"Mummy ni.." Slow je bunyinya membebel. Kalau kuat nanti entah apa pula khazanah rahmat kena baling.

"Mummy tanya nak konsep apa majlis nanti. Nanti kalau mummy decide sendiri kamu tak suka bising pula." Setelah keadaan kembali tenang Pn. Kim menyuarakan objektifnya yang tertunda tadi.

"Apa-apa jelah. Mana Gyu tau. Macam mana rupa keadaan bakal memantu mummy pakai baju pengantin pon Gyu tak tengok. Macam mana nak fikir." Kedengaran seperti merajuk. Yelah sebagai bakal suami nak juga Sunggyu tengok rupa bakal isteri dia. Ni tak ada ke patut mummy dia rahsiakan. Bajet hak cipta terpeliharalah sangat.

"Dah tak payah nak merajuk sangat. Nanti hari kejadian kamu sendiri yang berterima kasih. Ni mummy nak tanya kalau buat ala-ala fairytale ok tak?" Sunggyu menoleh kearah Pn. Kim. Pn. Kim menunjukkan contoh gambar-gambar wedding yang menarik kepada Sunggyu. Tanpa banyak soal Sunggyu hanya mengangguk sebelum menyambung semula aktiviti menonton tv yang tergendala sebentar tadi gara-gara mummynya.

"Mummy esok Gyu nak keluar dengan Woohyun tau." Dunia tengah senyap tiba-tiba keluar statement tu. Pelik Pn. Kim memandang anaknya. "Biasanya budak bertuah selagi tak diketuk selagi tu tak bergerak. Ni dah apahal tiba-tiba tak ada angin tak ada ribut."

"Janganlah tengok pelik macam anak mummy ni penghuni asal planet marikh. Orang nak cari cincinlah. Takkan kahwin nanti nak pakai getah tempe gulung-gulung sarung kat jari. Paling-paling cikai pon cincin tikam bolehlah."

"Yelah. Pergilah sana. Jaga dia baik-baik."

 

~~

Pagi-pagi buta lagi sebelum ayam berkokok Sunggyu call Woohyun nak menyatakan hasrat malam tadi.

"Good morning. Rise and shine my love." Gatal sungguh kedengarannya. Kalau orang dengar sumpah nak simbah cuka getah.

 

Woohyun P.O.V

Siapalah manusia tak berpelajaran call aku pagi-pagi buta ni. Kot ye pon tunggulah matahari keluar kejap lagi. Kejam betulah.

Tanpa tengok siapakah pemanggil puaka, aku terus jawab. Mata masih rapat lagi berat nak buka.

"Good morning. Rise and shine my love." Kejap. Kenapa aku macam kenal je suara sumbang ni?

Pantas aku duduk dengan mata yang terbuka luas. Nak apa pula mangkuk tingkat ni?

"Ada apa call?"

"Saja nak dengar morning voice kau. Persediaan dah kahwin nanti."

"Janganlah main-main. Saya ngantuk ni." Sumpah berbulu aku dengar alasan sebelum masihi mangkuk tingkat tu.

"Siap cepat. Pukul 8.00 nanti aku datang. Hari ni satu hari aku book kau. Faham? Dah siap cepat ada lebih kurang sejam lagi. Jangan asyik nak buat taik mata je." Aku tengok jam tepi katil. What! Sekarang 7.07?! Mana sempat.

 

~~

Sunggyu P.O.V

Sementara bertapa tunggu dia siap aku main phone kejap. Dah lama aku tak main game. Semenjak dua menjak ni asyik busy je kat office nak enjoy pon tak dapat.

"Awak tunggu apa lagi." Satu suara menyapa. Segera aku toleh. Dressing dia simple je tapi cukup menggugat keimanan aku. Sebelum aku buat perkara diluar tabii segera aku suruh dia masuk dalam kereta.

Senyap sekejap kereta no sebelum Woohyun memulakan bicara. Sebenarnya aku tengak kawal nafsu ni. Tadi je dah nganga tengok body dia sekarang ni dia seksa aku pula dengan kewangian sensual badannya. Mohon bertahan Sunggyu! Dua minggu je lagi. Lepas tu kau buatlah apa kau nak.

"Apa mimpi awak ajak saya keluar pagi ni."

"Saja nak mengenali hati budi. Tak boleh ke?"

"Taklah. Cuma pelik je. Biasa kerja awak laknat saya tiba-tiba hari ni awak diberi hidayah pula bawa saya keluar." Suci je muka dia mengutuk aku. Apa dia ingat aku takde kerja sangat ke nak melaknat dia hari-hari. Aku pon ada belas kasihan dan simpati jugak lah.

"Dahlah aku buat baik kau sangsi, aku buat jahat kau bising. Apalah salah aku."

 

~skip time~

Lepas breakfast dekat warung berhampiran, Sunggyu meneruskan perjalanan ke Paradise Mall. Tujuannya untuk membeli cincin. Tapi objektif utama ni tak disampaikan kepada Woohyun. Surprise kononnya.

"Apa kita nak buat kat sini?" Tanya Woohyun bila dia sedar Sunggyu menghala ke Paradise Mall. Dipandangnya muka Sunggyu untuk mendapatkan jawapan selayaknya.

"Bukan aku dah cakap aku book kau satu hari ni? So, aku punya sukalah nak buat apa. Kalau aku cakap nak kahwin sekarang pon boleh tau."

Woohyun cuma mencebik dengar jawapan Sunggyu. "Aku tanya serious dia jawab main-main. Kalau betul nak pergi mall, kenapa awal sangat. Baru 9.30a.m, nak tolong buka pintu agaknya."

Seperti dapat mengagak apa yang bermain dalam fikiran Woohyun, Sunggyu menerangkan tujuannya. Barulah terangguk-angguk macam burung belatuk si Woohyun tu.

"Saya ingat awak tak nak bagitau saya pasal cincin tu. Maksudnya awak dengan mummy awak yang beli."

"Apa maksud kau? Kau ingat aku ni romantik sangat ke. Kalau nak rahsia sangat hari kejadian nanti aku sarungkan getah tempe baru tau. Yang nak kahwin tu kita. Apahalnya beli dengan mummy. Habis saiz tu ikut saiz dia. Bajet muat sangat dengan kau." Panjang ceramah perdana berkait dengan soalan kurang cerdik Woohyun tadi.

Setibanya di mall, tanpa membuang masa mereka berkawad ke kedai perhiasan mencari cincin. Woohyun yang sememangnya jalan macam itik pulang petang tertinggal di belakang.

"Kenapalah langkah kau tu kalah siput babi. Cepatlah!" Bebel Sunggyu sementara menunggu Woohyun menghampirinya.

"Sabarlah. Bukannya ada orang pon." Woohyun menjeling malas.

 

 

 

 

 

 

Anyeong! Subscriber saya dah bertambah. Thanks u all. Sorry kalau cerita ni dah bosan. Saya akan cuba sebaik mungkin. Saranghae!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
behindtheworld
Thanks my beloved subscribers.. :)

Comments

You must be logged in to comment
RMLovers19 #1
Author-nim....please update this story...I always miss this story and wait the update despite your busy schedule...please
nerdynamstar #2
Chapter 24: Kita pun malu nak baca /tutup muka dgn selimut/
Yumileenie
#3
Chapter 24: Yeayyy...hehehe..coming soon pregnant Woohyun.. >3>
Lyamelyn
#4
Chapter 24: OMG OMG OMG WAHH GYU SUCH A ERT....HAHAA...YEAY..CANNOT WAIT FOR PREGNANT WOOHYUN.GIRL OR BOY?OH MY GOD I REALLY CANNOT WAIT...HWAITING...IM ALWAYS HERE TO SUPPORT YOU. I DONT KNOW IF YOU CAN MAKE ANOTHER STORY BECAUSE ALL YOUR STORY THAT I HAD READ IS REALLY MAKE ME FALL FOR THEM.IM SURE YOUR NEXT STORY WILL HIT THE WORLD...IF YOU WANT I WILL TRY TO GIVE YOU SOME IDEA...IF YOU WANT..I KNOW I MIGHT BE ASKING FOR TOO MUCH ..SORRY.. IM JUST SO INTERESTED IN YOUR WAY TO MAKE STORY.. ANYWAY HWAITING *WINK*
StrawberryHunny #5
Chapter 24: Ahhhhhh !!!!! *tutup muka*
oggifishy #6
Chapter 24: //blush// Aww
We will get preggy hyun soon
^^
Yumileenie
#7
Chapter 23: Yeayyyyy...x sabar tunggu next chapter..
2nd honeymoon *smirk*
Lyamelyn
#8
Chapter 23: Hahaha...sunggyu stalker yg berjaya..
StrawberryHunny #9
Chapter 23: New reader here !!! Sorry tak comment every chapter cause tak sabar2 nk tekan button next (^v^).. Btw ur humor sense mmg daebak !!! Berdekah gelak sampai senak perut !!! Update soon ya !!!