The End

Park Shin Hye : 박신혜

Masa berlalu dengan cepat. Pejam celik pejam celik, Shin Hye sudah habis belajar. Luhan pula, dia sudah lama meninggalkan sekolah itu, seminggu selepas Jimin berpindah masuk kedalam rumah agam milik keluarga Park. J-Hope pula, dia mula terima hakikat bahawa Shin Hye bukanlah jodohnya. Akhirnya, dia bertemu dengan 'cinta sejati' nya, Irene. Perginya Luhan dari sekolah itu membuatkan Shin Hye berfikir, Luhan hanyalah sekadar sunbaenya. Perasaan suka itu tidak akan wujud buat dirinya dalam hati Luhan.

 

Kesibukkan Shin Hye belajar membuatkan dia hampir lupa akan pertunangannya. Dia lupa segalanya. Apa yang dia fikir, hanyalah belajar. Sehinggalah Chanyeol mengingatinya untuk bersiap sedia sempena majlis perkahwinannya yang akan diadakan 2 minggu dari sekarang. Shin Hye gundah gulana. Dia tidak bersedia untuk menjadi isteri dalam usia semuda itu. 

 

Dalam 2 minggu itu, kerja Shin Hye keluar masuk rumah mencari barang untuk perkahwinan. Baju, kasut, tukang solek dan lain-lain lagi. Dia risau. Baikkah bakal suaminya? Hensemkah dia? Tua sangat ke dia? Jika tua yang melampau, dia sanggup tidak hadir ke majlisnya sendiri. 

 

Hari penuh bersejarah buatnya tiba. Majlis akan dimulakan jam 8 malam di hotel Lotte Seoul yang bertaraf 5 bintang itu, jadi sebagai pengantin, dia dikehendaki sampai 3 jam awal memandangkan dia perlu disolekkan dan sebagainya.. 

 

'mampukah aku menjadi isteri yang terbaik? bersediakah aku? kenapa Luhan oppa membawa hatiku lari bersamanya? Kenapa Luhan oppa tinggalkan aku? adakah dia sudah mempunyai pilihan tersendiri? Atau.. Mungkinkah dia perlu berkahwin atas dasar keluarga, jadi kerana itu dia meninggalkan aku?'  Shin Hye bermonolog sendiri. Dia buntu. Beberapa hari selepas perginya Luhan, dia seperti cacing kepanasan. Dia rindukan lelaki itu. 

 

"Waaa.. Lawanya adik aku seorang ini.." puji Jimin sebaik sahaja dia masuk kedalam bilik menunggu, diiringi kawan-kawannya yang lain. Mereka semua ternganga melihat Shin Hye yang didandan lawa , dipadankan dengan gaunnya yang berwarna putih itu. 

"Ah.. takdelah oppa.. biasa-biasa saje." Shin Hye merendah diri. Suga yang melihat dari jauh mengeluh kecil. Kalaulah aku dapat tackle dia dulu. Mesti aku yang jadi groom  keluhnya dalam hati. V yang perasan akan suasana yang tegang itu, cuma mengalihkan topik. 

 

"Korang! untuk kenangan, jom kita tangkap gambar dengan pengantin perempuan." perkataan pengantin itu ditekankannya. Pipi Shin Hye bertukar menjadi pink kerana malu. Mereka pun merakam beberapa gambar untuk dijadikan kenangan. 

 

"Nanti dah kahwin, dah ada anak, jangan lupakan kitorang pulak!" gurau J-Hope. Shin Hye tersenyum, membuatkan J-Hope hendak pengsan. 

 

"Ne.. arasseo.." lalu, mereka bertujuh pun keluar dari bilik persalinan itu. 

 

"Pengantin perempuan dah siap?" soal Chanyeol. Shin Hye mengangguk. "Okey. Jom! Majlis dah nak mula tu." Shin Hye bangun dengan berhati-hati lalu memaut lengan Chanyeol. Mereka berdua jalan dengan berhati-hati diatas karpet merah, diiringi 2 orang flower girl, membaling bunga kebelakang. Jantung Shin Hye berdegup kencang melihat susuk tubuh yang membelakanginya itu. Kalaulah Luhan yang jadi groom. Kan best..  fikir Shin Hye. 

 

Chanyeol meleraikan pautan Shin Hye. Tangan milik adiknya itu dihulurkan kepada pengantin lelaki. Tatkala sipengantin berpaling, Shin Hye hampir sahaja pengsan melihat wajah yang amat dirinduinya itu..Dia terkebil-kebil tidak percaya. Betulke ini Lu Oppa? Bukan khayalan? Luhan menyambut tangan Shin Hye dan menghadap paderi. 

 

"Jaga Shin Hye baik baik. Jangan sakiti dia. Kalau tak, siap hyung! " pesan Chanyeol . Luhan mengangguk, matanya masih lagi menatap Shin Hye. 

 

"Adakah kamu, Lu Han menerima Park Shin Hye sebagai isteri kamu, sehidup semati dengannya? Susah senang bersama?" 

 

Luhan mengangguk. "Yes, I do." aigoo.. senangnya dia lafazkan tu. Aku tengah gementar ni! ujar Shin Hye dalam hati. Tangannya menggigil, tetapi dapat dirasai Luhan memandangkan dia memegang erat tangan Shin Hye. 

 

"Ehemm.. Adakah kamu Park Shin Hye menerima Lu Han sebagai suami kamu? Sehidup semati dengannya? Susah senang bersama?" 

 

Shin Hye terkaku. "Er.. Y.Yes.." tepukan gemuruh bergema didalam dewan itu. Chanyeol yang duduk sebagai pemerhati, menghela nafas lega. Dia fikirkan Shin Hye akan menjawab tidak. Nampaknya, nalurinya itu betul. 

 


"I announced, Mr and Mrs Lu!! Now, you can kiss the bride." Ceh. Siap speaking sangat. Aigoo.. cebik Shin Hye. Luhan dan dia menghadap antara satu sama lain. Veil milik Shin Hye diangkat . Perlahan-lahan, bibirnya mendarat dibibir mungil milik Shin Hye itu. Lagi sekali, tepukan diberikan oleh tetamu. Shin Hye yang menutup mata itu terkesima. Luhan menarik bibirnya semula lalu menghadap tetamu . Dia menyiku perlahan lengan Shin Hye. Shin Hye terkejut lalu memaut lengan Luhan. Luhan tersenyum kemenangan. You're mine, Park Shin Hye. Akhirnya! 


 

Shin Hye duduk diatas katil dengan perasaan tidak percaya. Dia-sudah-berkahwin-dan-suaminya-adalah-Luhan. Luhan yang baru keluar dari bilik air memandang Shin Hye pelik. 

 

"Eh? Taknak mandi ke?" soal Luhan. Shin Hye yang sedang mengelamun itu terkejut. Dia memandang Luhan. Pipinya kemerahan apabila dia lihat Luhan hanya memakai tuala, dengan sixpack nya lagi. Shin Hye menelan air liur kesat.. 

 

"Er.. N.nak mandilah ni. " Shin Hye segera mencapai tuala dan masuk kedalam bilik air. Seminit kemudian, dia keluar dan mengambil bajunya. 

 

"Ceet.. tukar kat sini pun takpelah Shin." ujar Luhan dengan penuh menggoda. Shin Hye menjelingnya tajam.Selesai sahaja mandi, dia dapati Luhan tengah menyikat rambutnya itu. Dengan bajunya yang lawa. Haruman minyak wangi yang dipakainya lagi. Tiba-tiba hati Shin Hye diserbu perasaan cemburu. Dia nak jumpa awek lah tu rungutnya dalam hati. Luhan berpaling. Dia tertawa kecil melihat muka cemberut Shin Hye itu. 

 

"Shin." panggil Luhan. Shin Hye tidak melayan, geram dengan Luhan. Nak jumpa awek, tapi kau sibuk panggil-panggil nama aku.. pahal?  "Shin.. Shin?" panggil Luhan lagi, berkali-kali. Tetapi Shin Hye hanya buat tidak endah, sehinggalah Luhan datang dan memeluknya dari belakang. Shin Hye terpempam. 

 

"Apa?" soalnya kasar. Luhan mengukir senyuman dibibir. 

 

"Kenapa oppa panggil Shin, Shin tak jawab? " Shin Hye memusingkan biji matanya. 

 

"Hhm.. Oppa nak keluarkan? Pergi jelah. Shin ngantuk ni." 

 

"Shin cemburu eh?" Luhan serkap jarang. Riak wajah Shin Hye berubah. aigoo.. dia ni tau tau jelah..  

 

"mana ada!" nafi Shin Hye. Kepala dipusingkan kearah lain tatkala Luhan berdiri dihadapannya. 

 

"Alah, Shin ni. Oppa nak ajak Shin makan malam lah.. Bukannya nak makan dengan awek macam Shin fikir tu.." sindir Luhan. Dia ingin sahaja gelak disitu, tetapi memandangkan SHin Hye tengah merajuk, niatnya dibatalkan. "Dah.. pergi siap cepat." Shin Hye mencebik. Dia menukar pijamanya kepada baju lengan pendek bersama skinny jeans. Baru sahaja mereka hendak melangkah keluar dari bilik, Chanyeol terlebih dahulu membuka pintu bilik tersebut. 

 

"Shin. Ni.. " Chanyeol menghulurkan beg kertas kepada Shin Hye. Beg kertas itu beralih tangan. Shin Hye menjenguk isi kandungannya. Matanya membulat melihat lingerie kuasa empat (tiru ayat The Wedding Breaker kejap) didalam beg itu. "Nak ngorat husband, kena pakai lawa-lawa. Menggoda." Chanyeol mengenyitkan matanya. Belum sempat SHin Hye hendak memukul abangnya, Chanyeol terlebih dahulu pergi. Beg kertas dicampak diatas katil. 

 

"Apa tuh sayang?" tanya Luhan . Dia pelik melihat muka SHin Hye yang berwarna merah itu. Shin Hye memandangnya tajam lalu menghempas pintu bilik. Luhan yang masih didalam bilik terkebil kebil. 

 


 

"Sayang.." panggil Luhan manja. Shin Hye yang sedang menyapu losyen ditangannya terhenti. 

 

"Oppa. Kenapa oppa tak bagitahu yang oppa tunang Shin? Oppa.. Oppa memang saja jekan? Oppa tahu tak, Shin hampir nak batalkan majlis perkahwinan ni. Sampai hati oppa. " air mata mula merembes keluar. Tadi ketika direstaurant, Luhan sudah menceritakan segalanya. Dan tika itu juga, dia terasa hendak bunuh sahaja Luhan itu. 

 

"Bukannya taknak bagitahu. Oppa. Nak buat suprise. Tuje." balas Luhan sayu. "Lagipun.. Dulu.. 3 tahun lepas, oppa tidak setuju akan pertunangan ini. Kemudian, masa oppa balik tahun nie, oppa jumpa Shin. Oppa mula jatuh hati. Oppa pergi rumah Shin, and tiba-tiba teringat Chanyeol. Oppa baru sahaja terfikir hendak putuskan pertunangan. Tapi lepas oppa tahu, Shin lah tunang oppa, oppa terus cakap dengan Chanyeol, oppa nak teruskan seperti yang dirancang. Oppa minta maaf Shin...." tiada lagi panggilan sayang. baginya, biarlah dia memanggil Shin Hye sayang tatkala tuan empunya badan menerima cintanya.

"Oppa.. Oppa suruh Chanyeol cakap kat Shin, yang Shin dah bertunang, sebab oppa taknak Shin dengan orang lain.. Shin marah oppa sebab curi first kiss Shin, Shin kata itu untuk husband Shin. Oppa gembira sangat bila Shin cakap macam tu. Oppa tak terkejut bila Shin cakap, Shin dah bertunang. Sebab oppa tau siapa tunang Shin. Oppa taknak kongsi Shin dengan orang-" kata-kata Luhan tergantung disitu tatkala bibir Shin Hye mendarat dibibir Luhan, menghentikan segala percakapannya. 

 

"Sudah oppa. Yang penting sekarang, Shin milik oppa kan?" Luhan memandang Shin Hye manja. Dan akhirnya, mereka melaksanakan perkara yang pengantin baru biasanya buat, dengan rela hati. Bukan kerana terpaksa, tetapi dengan rela hati


 

Cahaya matahari yang masuk kedalam bilik itu membuatkan Luhan tersedar. Dia lihat Shin Hye tiada disitu. Rasa seperti hendak menjerit pun ada. "sampai hati Shin tinggalkan oppa." rungutnya. 

 

"Siapa tinggalkan oppa? " soal Shin Hye tiba-tiba. Luhan mengurut dadanya, terkejut dengan kehadiran Shin Hye itu. Shin Hye tertawa kecil..

 

"Oppa ingatkan sayang nak tinggalkan oppa.." balas Luhan. Shin Hye ditarik duduk diatas katil. Shin Hye tersenyum tatkala telinganya menangkap perkataan sayang itu. Mata Luhan melekat pada leher Shin Hye yang putih itu. Shin Hye yang perasan arah mata Luhan, membetulkan rambutnya, menutup kesan tersebut. 

 

"Takdelah. Shin mandi tadi. tuje." 

 

"Mesti sayang wangi sangat kan? Nak bau sikit boleh?" tanya Luhan, dengan niat yang lain. Shin Hye yang seakan-akn faham dengan kata-kata Luhan itu menjauhkan diri. 

 

"Taknaklah! Oppa pergi mandi dulu." Shin Hye bangun dan mengutip pakaian diatas lantai. Luhan tersedar akan keadaannya menyusup masuk kedalam bilik air. Jika semalam dia mengenakan Shin Hye, hari ini dia sendiri terkena. 

 

Luhan melihat sekeliling. Tiada Shin Hye. Dia mencebik. Melepas! Baju segera dipakai. DIa lihat katil yang masih belum dikemas, segera dikemas. Matanya tertancap pada satu benda diatas cadar putih itu. Senyuman lebar diukirkan. Kaki segera dihayun ke ruang tamu. Dia lihat ahli keluarga Park menunggunya, membuatkan dia sedikit terharu.. 

 

"Apa yang hyung buat dkat adik saya?" tanya Jimin. Luhan memandang Jimin pelik. Kerusi ditarik disebelah Shin Hye. 

 

"Buat apa?" soal Luhan balik. Jimin menunjuk kearah leher Shin Hye, lalu dia tersenyum. 

 

"erk.. Rahsia!! Hehe. Min dah kahwin nanti, baru Min tau.." 

 

"Eleh. Ingat orang kuno sangat tak tau apa tuh?" sindir Jimin, lalu keempat-empat mereka tertawa . 

 

"Dah. Makan-makan. lapar ni." Shin Hye menukar topik. Itu semua salah Chanyeol kerana dia yang menyuruh Shin Hye menolak rambutnya kebelakang. Nasi disendukkan dipinggan Luhan, diikuti pinggannya. Baru sahaja dia hendak menyuap nasi kedalam mulut, satu tangan gatal melingkar dipinggangnya, membuatkan dia geli. 

 

"Eh eh eh pengantin baru ni. Nak pun, tunggulah malam. Dalam bilik. Jangan kat sini!" ujar Chanyeol yang perasan tangan Luhan ditempat lain itu. Luhan tersentak. Tangan ditarik semula. 

 

"Hehe. Mianhae." 

 

"Takperlu honeymoon lah macamnie kan? dah honeymoon dulu semalam?" usik Chanyeol lagi. Luhan menggeleng. 

 

"Nonono.. Semalam lain. Honeymoon lain." ujar Luhan gatal. Pantas tangan Shin Hye mencubit perut Luhan itu, membuatkan dia mengadu sakit



 

3 tahun kemudian

 

Luhan dan Shin Hye bergegas ke Incehon airport. Kedua-dua anaknya didukung cermat. Kini, Jimin akan pulang selepas 2 tahun belajar diluar negara. CHanyeol terlebih dahulu sampai di lapangan terbang tersebut.Chanyeol melihat mereka berdua pelik. Dengan tercungap-cungap bagai. 

 

"Korang nie kenapa ? kena kejar hantu eh?" soal Chanyeol. Luhan menggeleng. "Habis tu?" 

 

"Nak jemput Jimin lah. Kejap lagi kan dia sampai." jawab Shin Hye. Luhan mengiakan kata-kata Shin Hye itu dengan anggukkan.

 

"LAh.. 1 jam lagilah.. " Pasangan itu menepuk dahi mereka. Barulah .Shin Hye teringat, dia mempercepatkan 1 jam di jam dirumah. 

 

"Ouh yeke? Kalau macamtu, eonni, boleh tolong pegangkan Hanri tak? Shin nak pergi tandas" Shin Hye menghulurkan bayi berusia 1 tahun itu kepada kakak iparnya, Sandara .  Bayi bertukar tangan.Luhan memandang Chanyeol lalu tersenyum. 

 

"Kalau macamtu, wahai abang iparku a.k.a hooba, tolong pegangkan Shaoran? Nak pergi beli makanan pulak. Lapar." tanpa menunggu jawapan daripada mulut Chanyeol, Luhan terlebih dahulu menghulurkan bayi tersebut kepada Chanyeol dan beredar. Kini,Sandara Park atau dikenali sebagai Dara telah menjadi isteri kepada Chanyeol, dan mempunyai seorang cahaya mata berusia 2 tahun. Manakala seorang lagi didalam perut. Jimin pula,dikhabarkan akan membawa balik calon isterinya bernama Sarah. Sebab itulah, mereka berempat tidak sabar menunggu kepulangan Jimin.


 

 

the end.. macam mana?? okey?? k.o? jujur!! Ayla tak tahu apa yang Ayla tulis untuk chapter 6.. huhu.. T^T haha. Ayla main tulis..and the end.. Nie pun, Ayla macam blank sikit.. huhu.. Bukan seperti yang dirancang.. Belit belit. T^T Short Ending.. :( 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayla_Qistina
siap!!! sila beritahu pendapat anda.. XD

Comments

You must be logged in to comment
Daewon9397 #1
Chapter 2: omg !! daehyun comeos !!! ❤ *dead
FatinHumairah_
#2
Chapter 7: Aaa~ So sweet luhan~ X dpt ku bygkn chanyeol series cmtu. Kawin ngn dara. >< best la cita "awak" //clap2//
Snooww
#3
Chapter 8: Huhu x sabar nk bce cite awk yg lain2 tu..kecian luhan..x dpt la dye g jakarta..n x dpt tngk dye..
Sya mmg perasan bnyk cite awk watk utama dye Luhan..yela kita kn fans dye ..so, kita utamakn watak tu kat Luhan..haha merepek plk..
Gud luck for ur other story n welcome..^~<
Snooww
#4
Chapter 7: DAEBAKKK!!
Best la cite ni.. Hahah kelakar mmg wajib ade kn.. Heheh ape2 pon congrat.. ^~<
allya_safia #5
Chapter 7: Daebak!Best cite ni!Pandai awak buat cite ye ^^ tpikan part last tu saye nk tanye bkn ke irene ngan j-hope?irene lain ehh?
syadiyah #6
Chapter 7: Yng lain 2x tu sangat bagus10x
LlyshaSyera #7
Chapter 7: best lah cerita ni xD Ahhh Shin Hye n Luhan sweet
SalinaNaiub
#8
Cantik betul gambar poster dia^^♡♡♡hehehe