Episode 3

Park Shin Hye : 박신혜

Chanyeol menatap gambar dia bersama Luhan.. 3 tahun Luhan menghilang begitu sahaja tanpa khabar berita.. Tiba-tiba sahaja muncul dihadapan adiknya. Sungguh fikirannya berserabut ketika itu. Dia teringat lagi kata-kata Luhan 3 tahun lepas sebelum melarikan dirinya itu.. 

 

Flashback

 

"Yeol, kau pujuklah parents kau.. Tolonglah.. Hyung masih muda lagi tau tak? Baru 18 tahun dan adik kau tuh baru 14 tahun.. Hyung betul-betul tak faham dengan aturan family kau.. Kenapa dia nak pasangkan aku dengan adik kau? Ha!! Aku kenal pun tidak..Tolonglah Yeol.. Aku merayu sangat pada kau.." Luhan melutut dihadapan Chanyeol sambil ditemani air mata. 

 

"Tapi hyung.. Aku bukannya taknak halang dorang. Aku pun tahu. Adik aku tu masih muda. Aku taknak memaksa.. " Chanyeol cuba memujuk Luhan agar menerima takdir yang tersurat itu seadanya.. Luhan mengeluh kecil.. 

 

"kau pun tau kan.. Aku suka orang lain.. "

 

"Aku tau tu hyung.. Tapi fikirkan lah kehendak parents kita!" Bentak Chanyeol.. Luhan terkedu melihat Chanyeol menghentak meja itu. 

 

"kehendak apa? Dorang cuma nak satukan kita demi kemajuan syarikat dorang! That's all!" 

 

"Tapi nanti syarikat itu akan jadi milik kita juga kan?" pancing Chanyeol. Luhan yang mendengar itu , memandang keluar tingkap.. 

 

"Aku tau tu..Tapi .. Yeol. Aku tak boleh lah nak accept. Lagipun dia tu masih budak.. Mentah lagi tau tak! "

 

"Aku tau lah! Tapi hyung. Bukannya hyung akan kahwin dengan dia sekarang jugak! Bertunang dulu kan? " ujar Chanyeol, cuba memujuk Luhan lagi. 

 

"Entahlah Yeol.. " Luhan meraup mukanya.. Dia tidak sampai hati melakukan sebegitu kepada adik Chanyeol. Baginya, kedua parents mereka itu sebenarnya gilakan harta sahaja, sampai sanggup menggadaikan nyawa anaknya yang baru umur 14 tahun. Budak tu masih mentah lagi. Apa aje yang dia tahu? 

 

"Macam nie lah hyung. Hyung simpan cincin ni. Bila hyung rasa hyung dah ready, hyung pakailah cincin ini bukti hyung adalah tunang adik aku." akhirnya Chanyeol memberi kata putus selepas melihat Luhan yang tidak mampu memberi jawapan. Dia menghulurkan sebuah kotak baldu berwarna biru kepada Luhan dan kemudian meninggalkan Luhan keseorangan disitu. 

 

Seminggu berlalu, Chanyeol mendapat berita bahawa Luhan sudah pulang ke China. Dia menjerit marah. Dia marah pada semua orang. Ibu bapanya dan Luhan.. Dia cuma ingin melindungi adiknya, inginkan yang terbaik kepada adiknya, tetapi ibu bapanya pula ingin menghancur hidup adiknya. Membuat keputusan tunangkan adiknya dengan Luhan bukanlah sesuatu yang bagus paling-paling lagi adiknya itu masih muda. Semenjak itu, dia tidak lagi dengar khabar berita mengenai Luhan. Fikirnya, mungkin Luhan sudah berkahwin dengan gadis pilihan hatinya itu. Dan semenjak itu, dia cuba melupakan Luhan. 

 

Tetapi ketika umur adiknya itu menginjak ke 16 tahun, parents mereka membawa adik kesayangannya itu ke kedai cincin. Alasannya, hadiah hari lahir Shin Hye.. Shin Hye yang tidak tahu menahu tentang rancangan parentsnya itu hanya mengikut. Dia memilih yang paling simple, hampir serupa dengan cincin yang diberi kepada Luhan setahun yang lepas. 

 

Sebulan selepas rasminya Shin Hye memegang tittle 'tunang' tanpa pengetahuan tuan badan sendiri, ibu bapa Shin Hye bertolak ke China, cuba mencari Luhan. Tetapi malangnya, ketika sampai disana, mereka terlibat dengan kemalangan yang amat sadis. Dan semenjak ibu bapa mereka meninggal dunia, Chanyeol sering sahaja menyalahkan Luhan akan kematian mereka. 

 

" Ni suma salah Luhan hyung tau tak!! Kalau lah dia tak pergi balik China, mesti semua ni takkan terjadi.! "jerit Chanyeol. Dia membaling bantal putih diatas katilnya.. 

 

"Oppa! Oppa tak boleh nak salahkan Luhan oppa atas kejadian ini! Kenapa oppa nak salahkan dia?! Dia tiada kena mengena pun dalam family kita nie! Cuma kawan kepada bestfriends omma dengan appa!" balas Shin Hye cuba menenangkan keadaan. 

 

"Ha! Omma dengan appa pergi China sebab nak cari dia tau tak!! Sebab nak dia..." kata-kata Chanyeol terhenti disitu. Dia tidak boleh membocorkan rahsia besar itu. Walau apapun yang berlaku, Shin Hye adalah tunang orang .. Tunang kawannya sendiri! 

 

"Dah lah oppa.. Benda nak jadi.. Sabar dan redha sahajalah."dengan berhati-hati, Shin Hye mendekati abangnya dan mengusap-usap belakang badan Chanyeol. 

 

Maafkan oppa, Shin.. Oppa tak boleh nak halang keputusan omma dengan appa bila nak tunangkan Shin dengan Luhan hyung.. Maafkan oppa.  Chanyeol menangis didalam hati. Jika dia tidak menghalang parentsnya, benda ini takkan terjadi.. Tetapi, dia juga pernah memujuk Luhan untuk menerima adiknya. Akhirnya, Chanyeol menyuruh Shin Hye keluar dan baring diatas katil yang sudah bersepah itu. Dia mengeluh perlahan.. 

 

End Of Flashback..

 

Agaknya kenapalah Luhan Hyung datang balik Korea selepas  3 tahun? bisik hati Chanyeol. Dia membiarkan jawapan itu tergantung begitu sahaja, dan kemudian tertidur dalam basah.. Dengan linangan air mata mengimbau kembali kenangan pahit manis mereka bersama.


 

Luhan mengeluarkan kotak baldu berwarna biru dari dalam laci. Selama 3 tahun itu, dia menjaga isi kandungan kotak itu dengan baik. Pagi itu, dia telah bertemu dengan seorang lagi gadis yang mampu mencuri hatinya selain crushnya 3 tahun lepas. Tapi apakan daya, parentsnya ingin menyatukan dia dengan anak bestfriend mereka, adik kepada Chanyeol. 

 

Esok dia akan mendaftar ke Seoul High School memandangkan dia 'retake' pelajarannya.  Dan dalam masa yang sama, dia hendak mencari adik Chanyeol, iaitu 'tunang'yang tidak seberapa nak tunang itu. Semenjak berita kematian ibu bapa Chanyeol, dia dihantui perasaan bersalah. Walaupun mereka hanya mahu tunangkan mereka dahulu, tetapi baginya, tidak bolehkah tunggu sehingga adik Chanyeol itu tamat belajar? Tetapi mungkin ketika itu dia sudah berkahwin. Dia kembali ke China, cuba meminta pendapat rakan baiknya. Dan apa yang dibalasnya adalah  "alah Luhan.. Kau ni. Terima jelah.. Tunang je kan? And kalau kau rasa kau dah jumpa orang yang sesuai, putuslah. Apa susah? Takpun, kau terima sahaja seadanya. Pilihan ibu bapa biasanya adalah yang terbaik daripada pilihan sendiri. "

 

"Masalahnya, nama dia pun aku tak tau. Bertemu pun tak pernah. Cuba kau cerita sikit" Luhan masih tidak mahu mengalah. Kawannya itu hanya mampu menggeleng..

 

Luhan meraup mukanya dengan kedua belah tangan. Kemudian dia membasuh muka dan tidur. Apa yang pasti, dia perlu mencari jejak Chanyeol. Seminggu lepas, dia ada pergi ke rumah lama Chanyeol, tetapi jirannya itu mengatakan Chanyeol sudah berpindah ke tempat lain. Sudahlah Chanyeol sudah menukar nombor telefon membuatkan pencariannya itu bertambah susah.. 

 


 

Shin Hye bangun dengan malas. Diikutkan hati, mahu sahaja dia terus minta putus dengan Jimin, tetapi dia tidak mahu terburu-buru. Dia inginkan penjelasan daripada mulut Jimin sendiri.  Sampai disekolah, Shin Hye melihat sekumpulan budak perempuan dihadapan pagar.. Dia mengerutkan dahi. Tidak mahu melengahkan masa, Shin Hye terus ke rooftop. Dilihatnya Jimin sudah pun menunggu.. 

 

"Hai Min."sapa Shin Hye.. Jimin menoleh kearahnya. Lalu tersenyum kelat.. 

 

"Ouh.. Hai Shin.. ada apa tiba-tiba mesej Min semalam kata nak jumpa?" tanya Jimin. Shin Hye menggeleng.. Tiba- tiba dia menangis.. 

 

"huhu.. *sobs* kenapa Min buat macam ni kat Shin? Kenapa Min!!?? Min, jujur Shin cakap, Shin fikirkan Min betul betul ikhlas tahu tak? Min, kenapa Min tak berterus terang sahaja?!!" Shin Hye memukul-mukul dada bidang Jimin. Jimin terkedu. 

 

"Apa yang Shin cakap nie?"tanya Jimin lagi, pura-pura tidak tahu.. Ah!! Mampus! 

 

"Apa yang Shin cakap?? Shin tanya Min, kenapa Min sanggup mainkan perasaan Shin!!??"

 

"Ahaha.. " Jimin tergelak besar. "Shin nak tahu kenapa Min buat macamtu!!?? It's all because of desire you know?! Itu pertaruhan antara aku dengan kawan-kawan aku.. Kau ingat aku hamak sangat dengan kau? Oh please lah Shin Hye..Semua dah terbongkar, aku tak perlu berpura-pura lagi.. Eeeewww.. Tolonglah.. Dengan gaya kau nie.. Tengok!" Jimin menuding kearah baju Shin Hye lalu membuat muka geli.. "Murahan!." Shin Hye tergamam. Tanpa berfikir dua kali, dia menghadiahkan pelempang kepada Jimin.. 

 

"Ingat ni Jimin!! Aku tak kenal kau! Dan kau pun tak kenal aku! Jangan menyesal!!" Shin Hye berlari keluar. Dia menghempas pintu rooftop tersebut. Dalam perjalanan, dia terserempak dengan Luhan..

 

"eh.. Lu oppa.." Luhan menoleh, kemudian dia tersenyum.. Yess!! Haha.. aku dapat jumpa Shin Hye lagi!! Yehet!! ^^ Harap-harap aku sama kelas dengan dia!! Hati Luhan bersorak gembira..  "oppa buat apa kat sini?" tanya Shin Hye.. Dia mengangkat keningnya.. 

 

"Er.. oppa transferee kat sini."balas Luhan.. Shin hye membuntangkan matanya tanda terkejut.. 

 

"Haha.. oppa jangan buat lawak antarabangsa kat sini eh..Oppa kan dah 21 tahun.. " Luhan cepat-cepat menekup mulut Shin Hye.. 

 

"sshh.. pecah lah rahsia oppa !!" Shin Hye tergelak.. Kemudian dia meminta diri untuk pergi ke tandas..

 

Didalam tandas, Shin Hye dikejutkan dengan kehadiran beberapa orang pelajar perempuan, termasuklah Queenka-queenka sekolah. 

 

"You buat apa ha!! Cuba nak rampas hubby I?? Eeww.. Please.." ujar Minah...

 

"Ha?? Hubby you?? Dugu?" tanya Shin Hye bermain kata.. 

 

 

"Luhan lah!!" balas HyunA pula, bagi pihak MinAh, ternyata, Shin Hye tidak terkejut dengan berita itu. .

 

"Hahhaa.. hubby you? Since when?" 

 

"You!! Jangan nak naikkan darah I.. Dahlah.. Perempuan kolot! Tengok gaya you punya pakaian.. Erk.. Takde class betul!" marah MinAh.. Dia menarik rambut Shin Hye lalu mengarahkan gengnya untuk mengambil air.. 

 

"And so?" 

 

"jangan nak rampas dia! Perempuan murahan!"

 

perempuan murahan!!  Shin Hye kehilangan kata-kata.. Hari ini, sudah dua orang menggelarkannya perempuan murahan.. MinAh mencurahkan air epal keatas badan Shin hye.. Dia memandang HyunA pelik bila Shin Hye langsung tidak mengelak.. Lalu, HyunA menjirusnya dengan air paip bagi 'membersihkan' air epal itu.. Kemudian, mereka ketawa terbahak-bahak sambil menangkap gambar Shin Hye yang sudah basah itu.. 

 

"Hhaha.. apa kata kalau I upload gambar you dekat internet?"duga salah seorang geng MinAh.. kata-katanya disambut dengan gelak tawa.

 

"Apa korang buat dekat Shin Hye ha??!!"tempik Luhan.. Mereka yang tergelak terbahak bahak itu berhenti ketawa.. 

 

"Ah oppa.. kitorang takde buat apa-apa pun.. " rengek HyunA.. dia mendekati Luhan lalu memeluk lengan lelaki itu, tetapi segera ditepisnya.. 

 

"Ingat aku tak tau?? " Luhan segera mendapatkan Shin Hye yang sudah terduduk itu.. Dia menyelimuti Shin Hye dengan kotnya lalu memandang HyunA dan MinAh .. "Don't you ever lay your finger on her!! Aracchi!!??" gertak Luhan.. Mereka menunduk memandang lantai lalu perlahan-lahan menganggukkan kepala..  Luhan mencempung Shin Hye lalu membawanya ke bilik rawatan sebelum kembali ke kelas, mendapatkan guru kelasnya.. Ketika dia kembali mendapatkan Shin Hye dibilik rawatan, didapatinya Shin Hye sudah terjaga, membuatkan Luhan berasa lega.. 

 

"Ah, oppa.. Mian.." ucap Shin Hye sebaik sahaja dia menyedari Luhan berdiri di muka pintu.. 

 

"Shin.. tak ada apalah..Yang penting Shin selamat, betul tak?" 

 

"Gomawo oppa.." ujar Shin hye lagi.. Luhan menganggukkan kepalanya..  Kemudian dia meminta diri untuk kembali ke kelas.. Janjinya, dia akan datang menjenguk selepas habis sekolah.. 

 

Masa yang berlalu sungguh pantas untuk Shin Hye.. Pejam celik je sudah tamat waktu sekolah. Dia mengambil kot Luhan lalu membuka pintu bilik rawatan tersebut.. Buka sahaja pintu, Luhan sudah tercongok didepan pintu. Dia kemudian menghadiahkan senyuman kepada Shin Hye dan menghulurkan tangannya.. Shin Hye mengangkat kening tanda tidak tahu.. 

 

" Jom.. " tanpa sempat berkata apa-apa, Luhan mencapai tangan Shin Hye lalu dipegangnya erat. Disepanjang jalan, Shin Hye hanya menundukkan mukanya sahaja kerana dia takut fans Luhan menyerangnya lagi.. Luhan membukakan pintu kereta Lexus merahnya untuk Shin Hye.. Beberapa minit kemudian, kereta itu meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah..

 

 

Shin Hye mengucapkan terima kasih sebaik sahaja kereta Luhan selamat sampai dihadapan rumahnya.. Masuk sahaja kedalam rumah, abangnya, Chanyeol segera mendapatkannya.. 

 

" Shin Hye, tadi Luhan kan?" Chanyeol memulakan sesi soal siasat.. Perlahan-lahan, Shin Hye menganggukkan kepalanya.. Chanyeol mengeluh.. Dia meraup mukanya, kemudian memandang semula kearah Shin Hye.. 

 

"Dengar sini Shin Hye, jangan rapat dengan dia, faham??!!" Shin Hye membuntangkan matanya.. Biar betik? Kesian Luhan.. bisik hatinya, syahdu.. 

 

" Waeyo oppa?" 

 

" Hhhmm.. Shin Hye tak ingat ke?? Dia Luhan!! Luhan yang menyebabkan parents kita meninggal!! " ujar Chanyeol.. kata-kata Chanyeol itu membuatkan Shin Hye terkejut, lalu dia teringat Luhan yang selalu berkunjung kerumah lamanya kerana mahu bermain dengan Chanyeol.

 

" Tapi oppa.. Omma dengan appa meninggal sebab accident! Takde kena mengena dengan Luhan!!" 

 

" Sebab omma appa nak cari dialah merekaa meninggal!!" kata Chanyeol tegas.. 

 

" Tapi oppa.. Orang yang langgar parents kita dah kena tangkap kan? " tanya Shin Hye , masih mempertahankan Luhan.. Chanyeol mendengus.. Dia memandang tepat ke anak mata adiknya.. 

 

"Okay Shin.. dengar sini.. Adik boleh kawan dengan dia.. Tapi.." kata-kata Chanyeol terhenti disitu, bila dia teringatkan bahawa mereka sudah pun bertunang, walaupun nampak seperti tidak sah.. " Tapi apa??" tanya Shin Hye curiga.. Chanyeol menggelengkan kepalanya.. " Takde apelah.. Dah, pergi naik atas.. Mandi.. Pastu turun, makan.. Kay?" Shin Hye mengangguk lalu segera naik kebiliknya.. 


 

 

Shin Hye membuka telefon pintarnya.. Dirinya hanya bertuala sahaja, memandangkan dia baru sahaja lepas mandi.. berendam didalam jakuzi selama setengah jam, membersihkan segala sisa-sisa bau jus epal .. 

 

Shin Hye membuka senarai mesejnya. Terdapat 5 mesej dari Luhan.. Sungguh dia tidak dengar satu pun bunyi dari henfonnya memandangkan dia menukar mode kepada silent.. 

 

today at 2.20

 Shin Hye!! Oppa baru je sampai rumah. Shin Hye, nanti mandi bersih-bersih tau, bagi hilang bau epal tadi.. ^^

 

today at 2.30

 Hello Shin Hye?? Kenapa tak balas? Lamanya Shin mandi. :( Oppa dah selamat mandi dah.. Tadi rasanya oppa hantar Shin pukul 2.15 kan? Sekarang dah                     pukul 2.30.. 

 

today at 2.40

 Shin.. oppa rindulah.. jom dinner malam nie!! nanti oppa jemput pukul 8 malam ye??

 

today at 2.45

 Shin!! Huhu.. mana Shin nie?? Shin dah makan?? Anyway malam nie jangan lupa!!! Hehe..

 

today at 2.50

 Shin.. okay.. kalau Shin masih jaga, balas mesej nie eh.. Ke Shin dah.. lupakan oppa?? hurm.. takpelah.. mungkin Shin tak berapa nak sihat lepas kena                  'toce' dengan dorang pagi tadi.. Shin demam ke?? Hhuhu.. kalau demam, malam nie tak jadilah.. 

 

Shin Hye tersenyum membaca mesej-mesej daripada Luhan itu.. Dia mengerling jam didinding.. 3.10 petang.Dia terus mendail nombor Luhan.. 

 

" Yoboseyo oppa?" tanya Shin Hye dengan nada lemah .. Dia tertawa dalam hati.. 

 

" Shin!! My baby.. okay tak??" 

 

"Oppa.. cancel lah ye malam nie.. Shin.. uhuk.. " Shin Hye berpura-pura batuk.. Luhan disana sudah menggelabah

 

" Shin!! Shin!! Okay, okay.. cancel.. " ujar Luhan, walaupun sebenarnya dia sudah menempah meja untuk mereka berdua.. Shin Hye yang mengesan suara Luhan berubah, terus tertawa.. 

 

" hahahahah.. Oppa, Shin okaylah.. gurau je.. Sory, tadi Shin rendam lama sangat.. Lepas tuh, Shin er.. haha..Sory sory.. okay, malam nie , pukul 8 malam ye.. eh, oppa.. Abang Shin dah panggillah.. nak makan.. bye!!" 

 

Shin Hye mematikan telefon.. Dia kemudian ketawa sorang-sorang didalam biliknya itu, sambil berguling-guling diatas katil.. Tiba-tiba pintu biliknya dibuka..

 

" Shin Hye, apa nak jadi dengan budak nie.. Shin Hye!! sedarlah diri mu tuh bertuala, dok berguling-guling.. Cepat turun! Oppa nak pergi syarikat nie.. Bye!" kata Chanyeol, Shin Hye tersentak, dia tersenyum malu.. 

 

" Eh oppa!" belum sempat Shin Hye menyambung kata-katanya, Chanyeol sudah menutup pintu dan berlalu.. Dia menunggu dibawah, memandangkan dia tahu Shin Hye hendak memberitahunya sesuatu. Shin Hye bingkas bangun lalu menuju kearah almari pakaiannya dan mengambil sehelai baju dan jeans.. Dia mengambil keputusan untuk keluar membeli baju untuk malam itu.. 

 

" Oppa! Shin nak mintak izin nak shopping boleh?" tanya Shin Hye sebaik sahaja dia sampai di ruang makan.. Chanyeol memandangnya dengan muka pelik.. 

 

" Wae? Bukan haritu dah shopping ke?" 

 

" Alah.. Nie shopping lain.. Malam nie Shin nak pergi dinner.. boleh kan oppa?? " pujuk Shin Hye lagi.. 

 

" Dinner dengan siapa?? " soal Chanyeol lagi. Shin Hye tersenyum.. 

 

" Hehe.. Dengan Luhan oppa.." Chanyeol yang sedang minum air itu tersedak.. Shin Hye berlari mendapatkan abangnya lalu menepuk-nepuk belakang abangnya.. tak boleh nie.. Luhan? Tunang dia?? Aish.. eottokhe?? Biarlah.. fikir CHanyeol.. 

 

" Hhm.. pergilah.. lagipun malam nie oppa nak pergi main futsal dengan Kris and the geng yang lain.. " kata Chanyeol, member kata putus.. Shin Hye tersenyum lebar lalu memeluk Chanyeol gembira.. " Gomawo oppa!! " Chanyeol menggeleng lalu mengambil briefcasenya dan keluar.. Shin Hye pula, makan dengan teruja, memikirkan 'first date'nya bersama Luhan.. 

 


Shin Hye memilih banyak lagi baju memandangkan haritu dia tidak sempat membeli banyak.. Balik itu, Shin Hye memilih baju mini dress berwarna hijau lembut untuk makan malamnya.. 

Puas dengan penampilannya, Shin Hye menunggu Luhan diluar. 5 minit menunggu, Luhan sampai.. Dengan gentlenya, dia membukakan pintu untuk Shin Hye.. 

 

" Ah gomawo.." ucap Shin Hye.. Luhan tersenyum.. Cair hatinya melihat penampilan Shin Hye. Luhan, kau tunang orang!! Ah.. Tapi aku tak pakai pun cincin tunang, so for what?? hati jahatnya berbisik..Luhan membawa Shin Hye ke restaurant termuka diKorea.. Sesampainya mereka disitu, mereka disambut oleh pelayan tetamu lalu dibawa ke meja yang sudah ditempah... 

 

" Er, bagi saya Gae Hwa Oak, goraebul.jung sik dang, jinju jip, dan......................" pesan Luhan.. Ternganga Shin Hye mendengar makanan yang dipesan Luhan.. banyaknya!! Siap ada western food lagi!! bisik hatinya...Beberapa minit kemudian, makanan yang dipesan tiba.. Penuh meja mereka dengan makanan.. 

 

"banyaknya oppa.. " rungut Shin Hye.. 

 

" Ah.. Sikit jelah nie... Shin  nampak cantik sangat harini.. Hampir tak kenal oppa dibuatnya.." puji Luhan.. Shin Hye tersenyum malu.. 

 

" Hehe. takdelah .. er, anyway thanks.." selesai makan, Luhan mengajaknya jalan-jalan.. Dan dia membawa Shin Hye kesuatu tempat.. Dimana kita boleh lihat bandar Seoul yang dihiasi lampu neon itu.. 

 

" Ah oppa.. bestnya sini!! Rasa macam lagi best dari 63 building.." Shin Hye menepuk-nepuk tangan.. Luhan tersenyum.. 

 

" Shin Hye, saranghaeyo.. " ucap Luhan.. dia mendekatkan mukanya ke muka Shin Hye.. 

 

" Er.. na-" belum habis dia menjawab, Luhan terlebih dahulu mengucupnya.. " Er oppa.. jomlah balik.. dah pukul 10 malam nie.." Shin Hye berjalan dengan laju, kerana malu.. Luhan dibelakang tertawa kecil.. 

 

"Shin!! Sinilah kereta!" laung Luhan.. Shin Hye berpaling kebelakang lalu segera masuk kedalam kereta.. Dia hanya mendiamkan diri kerana terlalu malu.. Luhan pula dari tadi tidak habis-habis ketawa..

 

ahh..what a happy day.. bisik hati Shin Hye.. 

 


 

 

ey yoo!! annyeong!! hehe.. so, amacam?? okay? hehe.. ^^ sekolah esok!! Huhu.. that's the most thing I hate.. Everybody say no!! Hey!! Before leave, can you please leave a comment?? Gomawo.. ^^ 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayla_Qistina
siap!!! sila beritahu pendapat anda.. XD

Comments

You must be logged in to comment
Daewon9397 #1
Chapter 2: omg !! daehyun comeos !!! ❤ *dead
FatinHumairah_
#2
Chapter 7: Aaa~ So sweet luhan~ X dpt ku bygkn chanyeol series cmtu. Kawin ngn dara. >< best la cita "awak" //clap2//
Snooww
#3
Chapter 8: Huhu x sabar nk bce cite awk yg lain2 tu..kecian luhan..x dpt la dye g jakarta..n x dpt tngk dye..
Sya mmg perasan bnyk cite awk watk utama dye Luhan..yela kita kn fans dye ..so, kita utamakn watak tu kat Luhan..haha merepek plk..
Gud luck for ur other story n welcome..^~<
Snooww
#4
Chapter 7: DAEBAKKK!!
Best la cite ni.. Hahah kelakar mmg wajib ade kn.. Heheh ape2 pon congrat.. ^~<
allya_safia #5
Chapter 7: Daebak!Best cite ni!Pandai awak buat cite ye ^^ tpikan part last tu saye nk tanye bkn ke irene ngan j-hope?irene lain ehh?
syadiyah #6
Chapter 7: Yng lain 2x tu sangat bagus10x
LlyshaSyera #7
Chapter 7: best lah cerita ni xD Ahhh Shin Hye n Luhan sweet
SalinaNaiub
#8
Cantik betul gambar poster dia^^♡♡♡hehehe