Episode 6

Park Shin Hye : 박신혜

hahahha... ini bukanlah seperti yang dirancang oleh authornim.. T^T ToT huhu.. tulah org kta, kita merncang, Allah tentukan.. ^_^ :) kenapa authornim rasa mcm.. erm.. adakah cerita ini sememangnya boring? dan tidak menarik perhatian?? huhu.. xpe2, authornim pun baru je kat sini.. time erm.. hujung tahun lepas.. :P lepasnie nampaknya kena belajar dgn sifu2 yg lain.. :P ahaha.. kay2.. berbalik kepada cerita.. :P 

 


 

Shin Hye berjalan-jalan di kolam ikan yang ada di dalam sekolah itu. Dia buntu. Terlalu banyak masalah yang menimpa dirinya. Terlalu banyak 'kes' yang perlu diselesaikan. Ketika dia melintasi gimnasium, seseorang menariknya dari belakang, lalu menguncinya di dinding.. 

 

 (haha.. just anggap situ gimnasium punya tmpt nk tukaq baju ke apa.. :P ) 

 

"Shin .. Shin masih marah dengan oppa ke?" tanya Luhan lembut. SHin Hye memandangnya tajam sebelum menjawab.. 

 

"Ha'ah!! Memang pun.. Kenapa??!!" balas SHin Hye sedikit kasar. Dia cuba menolak Luhan tetapi malangnya kudrat lelaki lebih kuat dari seorang perempuan.. 

 

"Shin.. mianei.." ucap Luhan tulus. 

 

"Mian?? Ingat dengan ucapan maaf boleh kembalikan first kiss saya??!!" soal Shin Hye kasar. Dia memandang Luhan dengan perasaan marah yang membuak-buak dalam hati.. first kiss?? hhm.. padanlah marah semacam.  

 

"Ye saya tahu tu.. Tapi.. Tak boleh ke kalau Shin maafkan je oppa? Lagipun, tu cuma bobo je kan??" pujuk Luhan lagi. Dia sudah tidak tahan. Dalam kelas tadi , Shin Hye tidak menegurnya langsung. Besar sangat ke bobo tu??

 

"Bobo?? Bobo tak bobo, bagi Shin, oppa dah rampas first Shin.." 

 

"Besar sangat ke kesalahan oppa SHin?" 

 

"Ha'ah!! memang besar pun! Oppa.. Shin savekan first Shin untuk suami Shin, bukan untuk oppa.. Lagipun oppa.. Shin.. Shin dah bertunang.. Shin taknak nanti tunang Shin kata Shin playgirl. Shin.. Shin taknak.. " kedengaran suara esak Shin Hye lancar menuturkan kata.. Dia dapat rasakan cecair hangat mula mengalir dipipinya itu..

 

  

 

Shin Hye terkesima melihat Luhan langsung tidak terkejut dengan berita itu. Sebaliknya dia hanya memandang Shin Hye dengan pandangan yang susah ditafsirkan.. agaknya..dia memang taksuka aku. tuh sebab dia tiada perasaan langsung bila aku sebut tunang. Ingatkan nak mengajuk atau rayu kat aku tinggalkan tunang aku, rupanya tak.. Hampeh.. desis hati Shin Hye lalu membuat muka -_- dalam hati.. 

 

"Oppa. dahlah.. jangan ganggu Shin lagi.. Shin tunang orang. Tak manis orang lain tengok. Just anggap Shin sebagai classmates oppa, tak lebih dari tu, kay?" akhirnya Shin Hye memecahkan kesunyian. Luhan mengalah lalu membiarkan Shin Hye pergi. Kemudian, dia tersenyum sinis.. Seketika kemudian, dia turut meninggalkan perkarangan gimnasium dan masuk kedalam kelas memandangkan waktu rehat sudah habis. 

 

 


 

Hari yang dinanti Chanyeol sudah tiba kerana hari itu, dia ingin mengetahui segalanya.. Dia tidak mahu hidup dalam lakonan lagi.. Shin Hye sudah memaklumkan kepadanya bahawa Luhan dan Jimin akan datang pukul 8.. 3.30.. Chanyeol merasakan waktu ketika itu berjalan dengan lambat.. DIa mengeluh kecil lalu mencebik.. 

 

"Asallah lambat sangat masa bergerak nie?" rungutnya sendirian. Rambutnya diramas-ramaskan. Hari itu, dia balik awal dari pejabat hanya kerana ingin menghadiri satu event paling penting dalam hidupnya. 

 

"Takbaik merungut oppa.. nanti Tuhan marah.." nasihat Shin Hye yang muncul entah dari mana, yang membuatkan Chanyeol terkejut. Sedikit lagi dia hendak melatah dan terjatuh daripada kerusi. Chanyeol mengurut(?) dadanya.. 

 

"Takbaik buat orang terkejut. Kalau ada heart attack macam mana?" sindir CHanyeol, memulangkan paku buah keras. Shin Hye tersenyum, ala-ala comel gitu. 

 

"Ala oppa nie.. gurau pun salah. anyway, Shin nak keluar nie.. beli baju.. oppa nak ikut tak?" soal Shin Hye, teringatkan tujuan utama dia datang situ. Chanyeol menggeleng. Dia rasa terlalu penat untuk itu. Tanpa melengahkan masa, Shin Hye berlalu pergi. Tetapi ketika dia baru sahaja mahu memakai kasut, Chanyeol memanggil. "Pakai lawa-lawa tau malam ni." itulah pesannya.

 


 

 

Jam yang ditunggu Chanyeol tiba. Akhirnya!!  Chanyeol bersorak gembira. Dia mengenakan tuxedo berwarna hitam pada hari itu. Rambut disikat rapi. Dia menukar rancangannya dari makan dirumah ke makan direstoran. Biarlah ada kelas kan? Hensemnya aku!! wahahahaha  Dia turun ke bawah dan menunggu ketibaan Jimin dan Luhan. Juga menunggu Shin Hye untuk bersiap. 8.40, orang yang ditunggu sampai. Terkedu dia melihat muka Jimin. Memang. Macam omma.  

 

"Anyeonghaseyo, naneun Park Jimin imnida. " Jimin menunduk hormat, begitu juga dengan Chanyeol. Tanpa diduga, ketika dia menunduk itu, air matanya jatuh. Segera diseka, supaya tidak dinampak Jimin, mahupun Luhan. 

 

"Yeol, mana SHin?" tanya Luhan tidak sabar. Matanya tidak lepas memandang tangga, menunggu Shin Hye. Chanyeol menampar lembut bahu Luhan. 

 

"Dia tengah bersiap. Tunggulah ke-" kata-kata Chanyeol dipotong Shin Hye. "Oppa." panggilnya lembut. Ketiga-tiga jejaka 'kacak' itu terlopong. Walaupun simple, bagi mereka, Shin Hye tetap nampak cantik. Dibadannya tersarung sehelai gaun paras lutut berwarna krim, dipadankan lagi dengan kulitnya berwarna putih, memang sesuai! Rambutnya pula dibuat sanggul. Solekan nipis diwajahnya, membuatkan dia nampak lagi berseri. 

 

  

 

"Ne oppa?? Hello?? Anyone in the house?" Shin Hye melambai-lambaikan tangannya dihadapan kedua-dua jejaka itu, dan membuatkan mereka tersentak. Luhan dan Chanyeol tersenyum malu, manakala Jimin membatukan dirinya.. ruginya aku..  fikirnya. 

 

"Ah.. jomlah.. Kita gerak sekarang." ujar CHanyeol. Shin Hye memandangnya sedikit pelik. 

 

"Eh? Kata...." 

 

"Tak jadi. Malaslah. Jom makan kat luar. Oppa dah tempah meja dah pun. Kaja!" Chanyeol menarik lengan Shin Hye, meninggalkan Luhan dan Jimin terpinga-pinga dibelakang. 


 

 

"Ehem.." Chanyeol membetulkan suaranya. Hidangan yang tinggal dihadapan hanyalah pencuci mulut yang baru sahaja dibawa oleh pelayan sebentar tadi.  Suasana senyap seketika, memandang Chanyeol penuh serius. "Saya perkenalkan. Park Shin Hye, adik saya." Shin Hye tersenyum kecil. "Luhan. Hyung saya masa disekolah dahulu." Chanyeol berkata-kata lagi, serius. Shin hye dan Jimin terkejut.. padanlah rapat semacam. Hhm..  desis Shin Hye dalam hati. Manakala Jimin pula seperti tidak percaya kerana setahunya, Luhan sama kelas dengan Shin Hye.  "Yang terakhir. Park Jimin.. . adik saya." bagai dipanah petir, Jimin dikhabarkan dengan berita itu. 

 

. Adik saya.. kata-kata itu berlegar-legar didalam kotak fikiran Jimin. Dia tidak tahu apa mahu kata. Selama bertahun.. Dia ditinggalkan. Sekarang. Ada hati mahu mengaku adik?? Kenal pun tidak.. Humph! 

 

"Er.. Maafkan saya Chanyeol hyung. Tapi.. saya tak kenal awak pun. Saya baru je jumpa hari ini." luah Jimin berani. Senyuman sinis terukir dibibir Chanyeol.  

 

"Saya tahu tu.. Tapi.. Hyung dah siasat latar belakang keluarga kamu. Maafkan hyung.. Hyung tak tahu benda ni boleh jadi sampai macam ini." 

 

"Please. Jangan buat lawak kat sini. Hyung dah tahu kan perasaan saya?" kata Jimin dengan tegas. 

 

Jimin masuk kedalam kereta Vellfire itu. Dia duduk disebelah Chanyeol seperti yang dipinta. Fikirnya, dia mahu duduk bersama Shin Hye, tetapi Luhan sudah terlebih dahulu mengambil tempat. 

 

"Hi Jimin." 

 

"Ouh.. Hi erm??" 

 

"CHanyeol.." Chanyeol memperkenalkan diri. Jimin mengangguk. 

 

"Ah.. Chanyeol hyung. Chanyeol abang Shin Hye kan?" soal Jimin. Suaranya diperlahankan. Chanyeol mengangguk pula. Jimin tersenyum gembira. Didekatkan mukanya ditelinga Chanyeol yang persis yoda itu lalu membisikkan sesuatu. Chanyeol terdiam.  Senyumannya mati. 

 

"Bolehkan hyung?" desak Jimin, tapi Chanyeol masih diam. Jimin memandang Chanyeol penuh harapan. Nasib menyebelahi Chanyeol apabila mereka sampai ditempat yang dituju. 

 

"Erm.. Nantilah hyung bagitau keputusan. Kita dah sampai ni. Jom." ucap Chanyeol menukar topik. Jimin menunjukkan riak hampa. SUngguh dia hampa. 

 

"maafkan hyung Jimin.. Hyung tak dapat nak tolong impian kamu itu." sayu Chanyeol berkata. Kepalanya ditundukkan kebawah. Dia tiada daya untuk menatap wajah Jimin lagi. Dia pasti. Jiminlah. Adik kandungnya sebenar.. Bukan manusia yang bernama Lee itu. Dia terlalu rindukan adik kandungnya yang sebenar. 

 

"Kenapa hyung!! Hyung.. Saya fikir hyung dapat restui ..." kata-katanya berhenti disitu. Air mata mula mengalir dengan deras. Shin Hye dan Luhan pula, hanya menjadi pemerhati. Duduk disitu bagaikan tidak wujud. 

 

 

"Hyung.. Hyung ada 2 sebab.. " Chanyeol menarik nafas panjang. "Sebab pertama.. Awak. awak adik kandung hyung.. bermakna.. takboleh kahwin dengan Shin Hye." Jimin terjelopok diatas lantai. Buat malu sahaja! Nasib baik didalam bilik khas, kalau tak. Memang buat malu keluarga Park sahaja! "Kedua.. sebabnya. Shin Hye dah bertunang." sambungnya lagi. Jimin memandang tajam kearah Shin Hye, meminta penjelasan. 

 

"Jangan salahkan Shin Hye. Itu semua rancangan ibubapa kami. bermakna ibubapa awak juga. Dia tak tahu apa-apa pun." terang CHanyeol. Dia perasan Jimin pandang kearah Shin Hye. Jimin mengeluh . 

 

"Ibu bapa? Saya takperlukan ibu bapa yang tak pernah kisah tentang anaknya." terlanjur kata, Jimin sudah pun mengaku dia mempunyai darah daging dengan Shin Hye. Dia menolak sekalipun, takkan boleh ubah apa-apa. 

 

"Awak tak tahu Jimin.. 2tahun. 2 tahun kami mencari awak. Akhirnya, dapat. Mereka kata awak dijaga oleh seorang miskin dihujung bandar Busan. Kami pergi. Kami ambil. Tapi ketika Shin Hye berumur 16, ibu bapa kita pergi ke China bersama 'Jimin' itu. Dan mereka.. kemalangan. Dan hari ini.. Barulah hyung tahu yang awak memanglah Jimin yang sebenarnya. Selepas disiasat, wanita yang mengatakan itu ialah Jimin adik hyung, rupa-rupanya menipu. " terang Chanyeol panjang lebar lagi. Jimin tergamam. DIa tiada apa hendak diperkatakan lagi. 

 

Manakala Luhan pula sudah mencebik-cebik dalam hati. Tetapi dalam masa yang sama dia rasa bersyukur. Kalau tidak, mungkin sahaja CHanyeol akan menyatukan buah pengarang jantung bersama Jimin.. Hhm.. aku kat sini nak jadi apa? Tunggul? Patung Cendana?? Aigoo..  Sungutnya dalam hati. 30 minit menjadi penonton setia.. Menonton drama terus dihadapan mata. 

 

"Takpelah Min.. Hyung akan beri masaa untuk berfikir, buat keputusan. Ambil kad hyung , nanti call ye bila dah sedia? " Chanyeol menghulurkan kadnya. Dengan teragak-agak, Jimin menyambut. 

 


 

Jimin berpindah masuk seminggu kemudian.. Setelah fikir masak-masak, dan mendapat pendapat Woo Bin hyung, dia akhirnya kembali kepangkuan keluarga sebenarnya.Ahli kumpulan BTS pula berasa berat hati untuk meninggalkan Jimin. Dia juga berat hati untuk meninggalkan rumah tersebut, terutamanya penghuni rumah tersebut tetapi.. Dia ingin memberi peluang kedua terhadap CHanyeol. Akhirnya, dia menerima hakikat bahawa dia dan Shin Hye adik beradik. Air dicincang takkan putus.  Jimin menenangkan mereka, mengatakan mereka masih boleh jumpa disekolah.. 

 

Jimin keluar dari perut kereta Vellfire hitam milik keluarga Park. Dia ingin mengangkat sendiri bagasinya, tetapi dihalang Chanyeol. Butler rumah tersebut membawa bagasi dan beg-beg milik JImin yang lain, bawa ke biliknya. Shin Hye yang bertembung dengan Jimin di tangga, tersenyum kearahnya. Jimin yang masih mempunyai sedikit perasaan untuk Shin Hye, memusingkan kepalanya. Dia tidak mahu jatuh cinta untuk kali kedua lagi, dan kemudian sakit sendiri.  Buka sahaja pintu bilik barunya itu, Jimin ternganga . 

 

 

Jimin duduk dikatil. Fuhh!! Selesa!! Dia bergolek-golek diatas katil tersebut. Butler Lee yang melihat hanya menggeleng. Tiba-tiba dia diganggu dengan kehadiran Park Shin Hye.. Jimin bingkas bangun

 

"Erm.. Min.. Oppa panggil.."  Jimin mengangguk.. "Tapi.. oppa kata, mandilah dulu.." sindir Shin Hye, lalu dia tergelak kecil. Jimin menghidu ketiaknya.. Tak busuk pun!! 

 

"Ahh.. okay.." kemudian Shin Hye keluar bersama Butler Lee. Jimin tersenyum. Dia mengambil bathrobe yang sedia ada dan masuk kedalam bilik air. 

 

 


 

Semua mata terpaku melihat kereta vellfire yang baru sahaja masuk kedalam kawasan sekolah. Dan yang mengejutkan mereka, yang keluar dari dalam perut kereta ialah.. 

 

Park Shin Hye.. dan Park Jimin.. 

 

hakikatnya, mereka sudah dapat menerima Shin Hye, tetapi bila lihat Jimin keluar dari perut kereta, membuatkan mereka tertanya-tanya..  Tutup sahaja pintu kereta, kereta mewah itu terus meluncur laju di lebuh raya. Si kembar mengorak langkah kekelas, tidak menghiraukan mereka yang bisik-bisik berbicara tentang mereka. BTS yang nampak adegen tersebut, terus menanya Jimin sebaik sahaja dia masuk kedalam kelas.. 

 

"Weh Min .. tadi aku nampak kau dengan tu.. Shin Hye.." sapa rapmon.. Jimin memasamkan mukanya. "Apa hubungan kau dengan dia?" 

 

"Adik beradik.." jawabnya sepatah. Dia tiada mood untuk berbual mengenai Shin Hye. Cukup sinis kata-kata Shin Hye tempoh hari.. 

 

"Ah.. hyung.. " sapa Jimin. Chanyeol mempersilakan Jimin duduk. 

 

"Jimin.. Hyung nak cakap ni. Mulai hari ini, Jimin mestilah pergi ke sekolah dengan Shin Hye.. ara??" bicara Chanyeol. Kedua Jimin dan Shin Hye kelihatan terkejut.. 

 

"Oppa!! Oppa nie, kenapa terlalu yakin bahawa Jimin adik oppa? Mana tahu dia pun penipu macam lelaki dulu.. " sindir Shin Hye.. Dia sudah serik. Dia dipermainkan orang yang dia suka.. Bukannya dia tidak suka, Chanyeol juga sudah memberi ujian keputusan DNA, tetapi. Jimin itu.. pernah menyakitinya. Itu sahaja. .

 

"SHin!! Kan oppa dah beri keputusan DNA?" Chanyeol menegur adiknya itu. Dia faham perasaan Shin Hye ,tetapi tidak perlulah sampai begitu sekali. 

 

"Hhhm.. Shin takut nanti dia kikis harta oppa pulak." sindir Shin Hye lagi.. Jimin menjeling Shin Hye ditepi.. aku ingatkan baik.. tapi..  

 

"Takpelah hyung.. Jimin.. nanti Jimin pindah balik rumah Woo Bin hyung.." 

 

"Tak perlu.. Ujian DNA menunjukkan Jimin adik hyung.. Hiraukan kata-kata Shin .. Dia memang macamtu.. Lagi-lagi Min pernah permainkan di.. awww.."  Satu cubitan hinggap dillengan Chanyeol. Chanyeol merengek kesakitan. 

 

"Erm.. Hyung, Min naik atas dulu eh?" Jimin meminta diri. CHanyeol mengangguk. DIa dapat rasakan, Jimin terasa dengan kata-kata adiknya. 

 

Jimin menghempaskan badannya diatas katil. Sungguh. Dia tidak pernah menyangka, kalau sekali Shin Hye menyindir.. Hhhmm. Kedengaran cukup pedas di halwa telinganya. Jimin mengeluh kecil.. Dia sudah mula rindui BTS dan Woo Bin hyung.. 

 

"Seriously?? Kau kembar dia??" jerit Jin.. Jimin menekup mulut tiada insurans Jin itu dan menjentik dahinya. 

 

"DIamlah. Malas aku cakap pasal dia. Lantaklah.. APa yang aku tau sekarang, aku kembar dia.. dan lagi satu.. ha!! J-Hope.. kau takboleh lah nak tackle dia.. Dia tunang orang.." ucap Jimin selamba.. Terbuntang mata J-hope mendengar pengakuan dari mulut Jimin.. 

 

"Kau biar betul??" 

 

"Apa yang tak betulnya. Betullah.. Tak caya sudah.. Oppa dia sendiri yang bagitahu.." Jimin membetulkan kedudukannya lalu memandang tepat kearah J-Hope.. 

 

"Melepaslah kau.~" Nyanyi Suga. J-Hope menarik telinga Suga kuat, membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.. 

 

"Cakap lagi! Huh!!" 

 


 

 

maafkan patik, patik dah lama xupdate.. Idea hilang secara tiba-tiba.. GERAM!! 

how's this chapter?? Makin OK or makin DOWN?? 

JIKA OKAY BERITAHU KAWAN, JIKA TAK OKAY BERITAHU SAYA.. 

this story is going to the end.. 

ayla sendiri xtau apa yg ayla tulis.. T^T

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ayla_Qistina
siap!!! sila beritahu pendapat anda.. XD

Comments

You must be logged in to comment
Daewon9397 #1
Chapter 2: omg !! daehyun comeos !!! ❤ *dead
FatinHumairah_
#2
Chapter 7: Aaa~ So sweet luhan~ X dpt ku bygkn chanyeol series cmtu. Kawin ngn dara. >< best la cita "awak" //clap2//
Snooww
#3
Chapter 8: Huhu x sabar nk bce cite awk yg lain2 tu..kecian luhan..x dpt la dye g jakarta..n x dpt tngk dye..
Sya mmg perasan bnyk cite awk watk utama dye Luhan..yela kita kn fans dye ..so, kita utamakn watak tu kat Luhan..haha merepek plk..
Gud luck for ur other story n welcome..^~<
Snooww
#4
Chapter 7: DAEBAKKK!!
Best la cite ni.. Hahah kelakar mmg wajib ade kn.. Heheh ape2 pon congrat.. ^~<
allya_safia #5
Chapter 7: Daebak!Best cite ni!Pandai awak buat cite ye ^^ tpikan part last tu saye nk tanye bkn ke irene ngan j-hope?irene lain ehh?
syadiyah #6
Chapter 7: Yng lain 2x tu sangat bagus10x
LlyshaSyera #7
Chapter 7: best lah cerita ni xD Ahhh Shin Hye n Luhan sweet
SalinaNaiub
#8
Cantik betul gambar poster dia^^♡♡♡hehehe