Chap 3

Hate You Love You

“Kenapa nampak letih saja hari ni?” Soal Yi Young,sambil memandang ke arah Victoria yang kelihatan tidak bermaya itu.Victoria melepaskan keluhan kecil sambil memandang ke arah gurunya yang sedang mengajar di hadapan itu.

“Tak ada apa-apa,Yi Young.Saya Cuma tertidur lewat semalam,”kata Victoria,perlahan.

“Tapi muka awak nampak pucat.Awak betul-betul okeykah ni?” Soal Yi Young,bimbang.Victoria tersenyum ke arahnya sambil mengangguk.

“Nanti saya mungkin tak ikut awak ke kafe kot.Saya nak berehat dalam bilik persatuan pelajar sekejap.Boleh kan?” Soal Victoria.Yi Young angguk,memahami.

 

Victoria meletakkan kepalanya di atas meja sebaik sahaja dia sudah berada di dalam bilik persatuan pelajar itu.Dia ingin menghabiskan masa rehatnya di situ sebelum kelas bermula.Entah mengapa kepalanya berasa sangat sakit.Mungkin kerana tabiatnya yang sering tidur lewat sejak dia mula bekerja di Monalisa Night Club itu.Masalahnya menjadi semakin berat sejak rahsianya itu turut diketahui oleh G.O.Demi memastikan rahsianya itu tidak diketahui oleh orang lain,dia terpaksa bersetuju untuk menjadi orang suruhan kepada G.O sejak seminggu yang lalu.

“Sakitnya kepala ni...”Keluhnya sambil memejamkan matanya.

“Eee...bila aku fikirkan buaya darat tu...lagi sakit kepala aku...”Ngomelnya lagi.

“Sakitnya kepala ni...”

 

Kedengaran jeritan sekumpulan pelajar perempuan sebaik sahaja kelibat G.O muncul di pintu masuk kelas Victoria itu.Kelihatan seperti dia sedang mencari-cari seseorang di dalam kelas itu.Salah seorang daripada pelajar perempuan di dalam kelas itu segera berjalan menuju ke arah G.O sebelum lelaki itu beredar dari kelas itu.

“G.O yah~~~”

G.O menoleh ke arah pelajar perempuan itu sambil mengukir senyuman paksa.

“Kenapa datang sini?G.O nak cari apa?” Soal pelajar perempuan itu sambil membetul-betulkan rambutnya di hadapan G.O.

“Em...tak ada apa-apa.”G.O segera beredar dari situ sebelum dirinya dikerumuni oleh pelajar-pelajar perempuan di kelas itu.Dia hanya ingin berjumpa dengan Victoria dan dia tahu di mana gadis itu berada sekiranya kelibatnya tidak kelihatan di dalam kelas.

 

G.O melepaskan keluhan kecil apabila melihat Victoria yang sedang tidur di dalam bilik persatuan pelajar itu.Perlahan-lahan,dia menutup pintu bilik itu sebelum dia berjalan menuju ke arah gadis itu.Dia menarik kerusi dengan perlahan sebelum dia duduk berhadapan dengan Victoria yang sedang tidur itu.Wajah Victoria kelihatan pucat sekali,seolah-olah dia langsung tidak mendapat rehat yang cukup.G.O melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria sambil menongkat dagu.Wajah Victoria yang pucat dan tidak bermaya itu ditatapnya dengan jarak yang begitu dekat.Perlahan-lahan,dia menyentuh rambut yang menutup sebahagian daripada wajah Victoria itu.Dia tersenyum apabila gadis itu langsung tidak menyedari akan sentuhan lembutnya itu.

 

Saya terpaksa buat macam ni...disebabkan oleh masalah kewangan..”

 

Senyuman G.O mengendur apabila teringatkan kembali kata-kata Victoria tempoh hari.Dia terus memandang ke arah Victoria yang sedang tidur itu.

“Awak mesti benci dengan saya kan,Vic?” Soal G.O sambil memandang ke arah Victoria yang sedang tidur itu.

“Kalau awak tak cakap pun...saya boleh nampak betapa bencinya awak kepada saya.Dalam ramai-ramai pelajar perempuan di sekolah ni yang begitu sukakan saya...hanya awak saja satu-satunya yang bencikan saya,”kata G.O sambil tersenyum.

“Sebab tu saya berminat untuk mengenali awak,Victoria,”kata G.O,separuh berbisik.Sekali lagi dia menyentuh rambut Victoria dengan lembut.

 

 

Perlahan-lahan,Victoria membuka matanya sebaik sahaja merasakan kesakitan pada kepalanya kian berkurang.Dia mengangkat kepalanya dari meja itu sambil menggosok-gosok matanya.Namun,kelakuannya terhenti apabila melihat G.O yang sedang duduk di hadapannya sambil membaca buku itu.

“Awak dah bangun?” Soal G.O,masih meneruskan bacaannya tanpa memandang ke arah Victoria.

“Awak!Apa awak buat dekat sini?” Soal Victoria,terkejut dengan kehadiran G.O di dalam bilik persatuan pelajar itu.Dia segera membetulkan rambutnya yang kelihatan sedikit kurang kemas itu.

“Sekarang ni pukul berapa?” Soal Victoria,sambil melihat jam tangannya.Matanya terbuka luas apabila melihat jarum jam menunjukkan pukul 5 petang.Bermakna waktu kelas sudah lama berakhir.

“Yah!Kenapa awak tak kejut saya?!”Marah Victoria.G.O meletakkan bukunya di atas meja sambil memandang ke arah Victoria.

“Awak tak suruh saya kejut pun.Kenapa pula saya nak kejut awak dari tidur?” Soal G.O pula.

“Aish..jinja!Eeeee...boleh tak kalau awak tak buat saya marah walaupun untuk sehari?!Eeee...geramnya saya dengan awak ni G.O!” Victoria melepaskan kemarahannya kepada G.O.Manakala G.O pula sekadar memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Kenapa awak senyum-senyum macam kerang busuk pula ni?” Soal Victoria,tidak puas hati.

“Awak patut tengok rupa awak dekat cermin,”kata G.O,selamba.

“Kenapa pula?”Soal Victoria.G.O kemudiannya bangun dari tempat duduknya sebelum dia menarik tangan gadis itu menuju ke arah cermin.Victoria memerhatikan dirinya pada cermin.Dia terkejut melihat penampilannya yang kelihatan berserabut itu.G.O yang sedang berdiri di belakangnya itu sekadar tersenyum.

“Biarlah.Nanti saya akan tukar juga baju ni sebelum pergi kerja,”kata Victoria,cuba menyembunyikan perasaan malunya itu.G.O memandang ke arahnya.

“Awak patut ambil cuti hari ni.Awak nampak tak sihat hari ni,”kata G.O,perlahan.Victoria memandang ke arahnya.Kelihatan lelaki itu memandangnya dengan raut wajah yang serius.Victoria kemudiannya mengalihkan pandangannya daripada lelaki itu.

“Tak boleh.Saya kena pergi kerja juga hari ni.Lagipun saya masih baru bekerja di situ.Awak pun mesti tak suka kalau pekerja awak ambil cuti sesuka hati dia kan?” Soal Victoria.

“Saya tahu.Tapi kali ni,saya yang izinkan awak untuk ambil cuti.Jadi awak patut ikut cakap saya kan?” Balas G.O pula.

“Setahu saya...tuan kepada Monalisa Night Club tu adalah Jung JiHoon.Bukannya awak.Jadi,saya tak sepatutnya ikut cakap awak,”kata Victoria.G.O mengeluh perlahan apabila melihat Victoria yang mulai melangkah keluar dari bilik itu.Cepat-cepat dia mendail nombor telefon sepupunya itu.

“Hyung...G.O nak minta tolong ni.”

“Boleh tak Hyung bagi cuti sehari untuk Victoria?Dia tak sihatlah hari ni,”kata G.O sambil memandang ke arah Victoria.Victoria yang terdengar perbualan G.O itu segera menoleh ke arah lelaki itu.Kelihatan G.O menguntum senyuman puas hati.

“Ne,gomawo Hyung.” G.O segera mematikan panggilan telefonnya sambil tersenyum ke arah Victoria.

“Apa awak buat ni,G.O?Saya okeylah.” Kata Victoria,tidak puas hati dengan tindakan G.O itu.

“Muka awak pucat lagi.Awak patut berehat saja.Jangan risau.Saya dah cakap dengan Ji Hoon Hyung supaya beri awak cuti bergaji.Puas hati?” Kata G.O.Victoria terdiam.Satu keluhan berat dilepaskannya.Mereka terdiam untuk seketika.

“Memang saya bersetuju untuk menjadi orang suruhan awak sebagai syarat awak takkan bongkarkan rahsia saya kepada orang lain.Tapi...itu bukan bermakna saya bersetuju untuk membenarkan awak masuk campur dalam kehidupan peribadi saya.”Kata Victoria,memandang tajam ke arah G.O yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Saya sihat...atau saya sakit..itu bukan urusan awak.Saya yang tentukan kehidupan saya bukannya awak.Awak faham kan?”Soal Victoria.G.O sekadar memandang ke arahnya tanpa langsung bersuara.

“Saya akan tetap pergi ke Monalisa.Awak tak perlu nak sibuk hal saya lagi,”kata Victoria,terus beredar meninggalkan G.O di situ.

 

 

Monalisa Night Club

 

 

Victoria bekerja keras menghantarkan minuman dan makanan yang dipesan oleh pelanggan-pelanggan di kelab itu tanpa langsung berhenti untuk berehat.Kepalanya yang sedikit pening itu cuba diabaikannya.

“Victoria,are you okay?” Soal Soo Jung,bimbang melihat wajah Victoria yang pucat itu.Victoria tersenyum ke arahnya sambil menggeleng.

“Saya okey.Awak jangan risau,”kata Victoria,berbohong.

“Victoria!” Kedengaran suara seorang lelaki memanggil namanya dari jauh.Victoria menoleh ke arah lelaki tersebut.

“Bilik 5 ! “ Laung lelaki itu.Tanpa menunggu lama lagi,Victoria segera berjalan menuju ke arah bilik VIP yang disebut oleh pekerja lelaki itu sebentar tadi.Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik itu,Victoria segera menguntum senyuman manis ke arah dua orang pelanggan lelaki yang berada di dalam bilik itu.

“Ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Soal Victoria,ramah.Kelihatan dua orang lelaki itu tersenyum sesama sendiri.

“Boleh awak betulkan sikit TV tu?Kami tak dapat nak berkaraokelah sebab TV tu macam tak betul sikit,”kata salah seorang daripada dua orang lelaki tersebut.

“Okey,”kata Victoria,sambil berjalan menuju ke arah TV itu.Tanpa dia sedari,tubuhnya dipeluk dengan erat dari belakang sehingga membuatkan dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada pelukan itu.

“Encik,apa encik buat ni?!Lepaskan saya!” Jerit Victoria.Kedengaran lelaki itu ketawa besar.

“Kami dah lama nantikan saat ni,Victoria ssi.Awak sepatutnya menjadi pelayan VIP kelab ni..bukannya sebagai penghantar makanan macam ni,”kata salah seorang daripada dua orang lelaki tersebut sebelum dia mencium leher Victoria dengan kasar.

“Lepaskan saya!” Jerit Victoria.Kepalanya yang masih sakit itu membuatkan tubuhnya menjadi lemah.Semuanya berlaku dengan pantas.Kali ini tubuhnya sudah pun berada di atas sofa hitam yang panjang itu.Kelihatan lelaki itu sudah pun berada di atas tubuhnya sebelum dia mencium bibir Victoria dengan kasar.Victoria cuba menolak tubuh lelaki itu namun tidak berjaya.

“Lepaskan saya!”

 

 

“Apa kau buat ni?!”

Kedengaran jeritan seorang lelaki bergema di dalam bilik VIP itu.Victoria yang mulai tidak sedarkan diri itu tidak dapat melihat dengan jelas situasi yang sedang berlaku di dalam bilik itu.Dia hanya mampu mendengar bunyi bising seperti sedang berlaku pergaduhan di dalam bilik itu.Victoria mengecilkan matanya cuba untuk melihat dengan jelas.

“G.O?”

Perlahan-lahan,pandangannya menjadi gelap.

 

 

“Dia okey ke?” Soal Ji Hoon sambil memandang ke arah Victoria yang sedang terbaring lemah itu.G.O melepaskan keluhan berat.

“G.O dah pesan dah dekat dia jangan datang kerja.Tapi dia degil juga.Geram betullah dengan dia ni,”keluh G.O sambil memandang ke arah Victoria yang masih belum sedarkan diri itu.Perlahan-lahan dia mengusap lembut kepala Victoria itu.Ji Hoon yang melihat gelagat G.O itu sekadar tersenyum.

“Dah lama Hyung tak tengok G.O macam ni.Hyung rasa...kalau tak silap Hyunglah..kali terakhir Hyung tengok G.O macam ni...dalam 3 tahun yang lepas?”Soal Ji Hoon.G.O tidak membalas kata-kata sepupunya itu.Ji Hoon tersenyum lagi.

“G.O sukakan Victoria,kan?” Soal Ji Hoon.G.O tertawa kecil.

“Mengarutlah,Hyung ni.Dia kan kawan G.O.Takkan G.O nak jaga kawan sendiri pun tak boleh?” Soal G.O pula.Ji Hoon mencebik.

“Yeh yeh yeh...whatever.Dah terang lagi bersuluhlah,G.O.Tak payah nak berdalih lagi,”kata Ji Hoon.G.O sekadar tersenyum.

“Hyung,”panggil G.O.Ji Hoon memandang ke arah sepupunya itu.

“G.O nak minta tolong ni...”Kata G.O,sambil memandang ke arah Victoria yang masih belum sedarkan diri itu.

“Apa dia,G.O?”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/