Chap 20

Hate You Love You

G.O memberhentikan keretanya di hadapan rumah Victoria sebaik sahaja majlis hari jadi Lee Joon dan Victoria di agensi Jtune tamat.Dia menoleh ke arah Victoria yang sedang tidur di tempat duduk sebelahnya itu.Bibirnya menguntum senyuman manis apabila teringatkan kejadian yang berlaku di agensi sebentar tadi.Tanpa menunggu lama lagi,G.O melangkah keluar dari keretanya sebelum dia menuju ke tempat duduk Victoria.Perlahan-lahan,dia cuba mengejutkan gadis itu dari lena.Ternyata pengaruh alcohol yang kuat itu membuatkan Victoria langsung tidak menyedari suasana yang berlaku di sekelilingnya itu.Melihat Victoria yang tidak terjaga dari lenanya itu,G.O cuba mencari sesuatu dari dalam beg gadis itu.Bibirnya tersenyum lega apabila menemui kunci rumah gadis itu.Perlahan-lahan,dia mendukung gadis itu menuju ke rumah yang didiami oleh Victoria itu.

 

Sebaik sahaja tiba di bilik tidur Victoria,G.O membaringkan Victoria secara perlahan-lahan di atas katil.Dia memandang ke arah Victoria yang sedang tidur lena di atas lengannya itu.Bibirnya menguntum senyuman manis sebelum dia menghadiahkan kucupan pada dahi gadis itu.Niatnya mahu mengalihkan lengannya daripada kepala Victoria tertangguh apabila menyedari kepala gadis itu bergerak.Sekali lagi,G.O memandang ke arahnya.Sebaik sahaja melihat Victoria yang kembali lena itu,sekali lagi dia cuba mengalihkan lengannya daripada Victoria.Kelakuan G.O menjadi kaku apabila Victoria yang sedang tidur itu memeluk lehernya secara perlahan-lahan.Mata G.O terbeliak luas apabila Victoria yang masih lagi tidur itu mengucup bibirnya dengan lembut.G.O mengerdipkan matanya berkali-kali,seolah-olah sukar untuk percaya dengan tindakan Victoria terhadapnya itu.Lelaki itu kemudiannya menjauhkan wajahnya daripada Victoria sebaik sahaja melihat Victoria membuka matanya.

 

“Nappeun namja...”

G.O memandang ke arah Victoria yang sedang memandang tepat ke arahnya itu.

“Victoria...saya...”

“Shh...”

Victoria meletakkan jari telunjuknya pada bibir G.O.G.O terdiam.Victoria tersenyum sebelum dia mengusap lembut pipi lelaki itu.

“Awak tak patut bercakap apabila berada dalam mimpi orang lain,”kata Victoria,separuh sedar.G.O terus memandang ke arahnya tanpa bersuara.Victoria memperkemaskan pelukannya terhadap G.O sambil memandang tepat ke arah lelaki itu.

“Na neun...ne ga...shil-uh...”

Victoria tersenyum lagi sambil menyentuh pipi G.O.

“Walaupun dalam mimpi...saya tetap bencikan awak,”kata Victoria lagi.G.O terus membisu,membiarkan gadis itu berkata-kata.

“Saya bencikan awak sejak pertama kali kita berjumpa...dulu saya sangat bencikan awak...sebab awak...nappeun namja...saya tak suka,”kata Victoria.

“Awak ingat...hanya kerana awak G.O...semua orang sukakan awak?”Soal Victoria.

“Saya langsung tak sukakan awak...lebih lebih lagi bila awak suka buli saya...hanya kerana rahsia saya ada dalam tangan awak,”kata Victoria,yang masih lagi dalam keadaan separuh sedar itu.

“Saya tak kisah kalau itu bayaran yang saya harus bayar kepada awak demi rahsia saya yang awak simpan selama ni.Tapi...”Victoria terdiam seketika.Dia terus memandang ke arah G.O.

“Layanan awak terhadap saya...kadang-kadang buat saya keliru...kadang-kadang awak buat saya marah...kadang-kadang awak buat saya gembira...”Katanya lagi.G.O terus mendengar.

“Saya cuba ingatkan diri saya...bahawa saya bencikan awak...dan saya akan pastikan perasaan tu tak akan berubah.Tapi...”Kedengaran gadia itu melepaskan keluhan kecil.

“Wae?Kenapa awak buat saya macam ni?”Soal Victoria.

“Malam tu...awak cakap yang awak cintakan saya...”

G.O tergamam apabila mendengar kata-kata Victoria itu.Benarkah?Malam itu?Tak mungkin...

“...tapi kenapa awak tak pernah nak berterus terang dengan saya?Saya marah...sebab awak langsung tak ingat apa yang katakan pada saya sebelum ni...”

“Saya ingatkan awak hanya sengaja mempermainkan perasaan saya...”

Matanya bergenang.

“Victoria...”

“Saya bencikan awak...”

G.O terdiam semula.

“Saya cintakan awak,Jung ByungHee.”

G.O terkejut.

“Saya tak kisah...kalau awak hanya sekadar nak mainkan perasaan saya...tapi saya dah jatuh cinta dengan awak,ByungHee...”

Perlahan-lahan,Victoria mengucup bibir G.O.G.O masih lagi terkejut dengan kata-kata Victoria sebentar tadi.

“Kyeopta...”

Victoria tersenyum melihat wajah G.O yang masih lagi terkejut itu.Perlahan-lahan,dia mengeratkan pelukannya terhadap G.O sebelum dia memejamkan matanya dengan rapat.

“Saya sejuk...”Bisiknya.G.O menelan air liurnya.Dia mengangkat wajahnya sebelum dia melihat Victoria yang kembali lena itu.

 

“Saya cintakan awak,Jung ByungHee...”

 

Perlahan-lahan,dia mengalihkan rambut yang menutupi dahi Victoria itu sambil tersenyum.

“Saya tak pernah terfikir pun nak mainkan perasaan awak,Vic...”Bisik G.O.Perlahan-lahan Victoria membuka semula matanya.

“Kenapa awak kata yang saya tak berterus terang dengan awak pula?”Soal G.O sambil tersenyum.Victoria terus memandang ke arahnya.

“Kan saya pernah cakap...yang awak milik saya.Dan saya betul-betul maksudkannya,”kata G.O.

“Saya cintakan awak...Victoria...”

Ucap G.O sebelum dia mengucup bibir Victoria sambil membalas pelukan Victoria dengan erat.

 

 

 

Victoria membuka matanya perlahan-lahan setelah mengalami tidur yang begitu lena sekali.Dia tersenyum sendiri apabila teringatkan kembali mimpi indah yang dialaminya pada malam itu.

 

“Saya cintakan awak...Victoria...”

 

Namun senyumannya mengendur apabila merasakan seseorang memeluknya dari belakang dengan erat.Matanya mulai terbuka dengan luas.Dia menelan air liur.

“Awak dah bangun?”

Victoria terkejut apabila merasakan seseorang mencium lehernya dengan lembut.Perlahan-lahan,dia menoleh ke belakang.Kelihatan G.O sedang memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“G...G.O?”

“Hm?” Balas G.O sambil mengusap lembut pipi gebu gadis itu.

“Apa...apa...apa awak buat dekat sini?” Soal Victoria,terkejut dengan kehadiran G.O di situ.G.O tersenyum geli hati melihat telatah Victoria yang kelihatan lucu padanya itu.Ternyata gadis itu langsung tidak mengingati kejadian yang berlaku pada malam itu.

“Tidurlah.Macam yang awak nampak,”kata G.O,sengaja mengusik.

“Bwo?Awak...awak tidur sini?”Soal Victoria,tidak percaya.Victoria segera menarik selimut menutupi seluruh tubuhnya sehingga pada paras hidungnya.G.O sekadar memandang ke arahnya.

“Apa yang awak buat dekat saya?Cakap!”

G.O tersenyum.Dia kemudiannya cuba menarik Victoria ke dalam pelukannya semula.

“Saya mengantuk lagi.Jom kita sambung tidur lagi,”kata G.O.Victoria enggan membiarkan dirinya dipeluk oleh G.O.

“Yah!Macam mana awak boleh buat dekat sini?Dan...apa yang awak dah buat dengan saya?” Soal Victoria.

“Awak nak tahu apa yang saya buat dekat awak?” Soal G.O,mulai bangun dari pembaringannya.Victoria menelan air liur apabila melihat G.O yang bergerak menghampirinya itu.

“Yah...jangan datang dekat...”

Tanpa mempedulikan kata-kata Victoria,G.O segera menolak tubuh Victoria sehingga membuatkan gadis itu terbaring semula di atas katil.Tangan gadis itu dipegangnya dengan erat.

“Yah Jung ByungHee....”

G.O meletakkan jarinya pada bibir Victoria.Victoria terdiam.G.O tersenyum ke arahnya.

“Awak tak ingatkah?”Soal G.O,separuh berbisik.Victoria memandang ke arahnya.

“Cuba awak ingat betul-betul...em...”

Dahi Victoria berkerut mendengar kata-kata G.O itu.G.O tersenyum lebar melihat wajah Victoria yang keliru itu.

“Apa ya yang awak katakan kepada saya semalam?Hm...apa ya...”

“Ah.... Awak tak patut bercakap apabila berada dalam mimpi orang lain..?”Soal G.O.Wajah Victoria terasa hangat.

“Tapi...tapi...itukan mimpi saya semalam..macam mana awak...”

Victoria membeliakkan matanya sebelum sempat dia menghabiskan kata-katanya.G.O pula masih lagi tersenyum.Wajah Victoria berubah merah.

 

“Saya bencikan awak...”

“Saya cintakan awak,Jung ByungHee...”

 

“Kenapa diam ni?Hm?”Soal G.O separuh berbisik.Victoria masih lagi dalam keadaan terkejut.Sungguh dia sukar untuk percaya.

“Saya suka dengan mimpi awak...”Bisik G.O lagi sebelum dia mencium pipi gadis itu.

“G...G..O..”

“Panggil saya ByungHee...”

G.O memintas kata-kata Victoria.Victoria memandang ke arahnya.Perlahan-lahan,G.O mengusap wajah gadis itu.

“Gomawo...”Ucap G.O.Victoria pula masih lagi terdiam.

“Sebab awak cintakan saya...”kata G.O lagi.Lidah Victoria menjadi kelu untuk berkata-kata.

“Sekurang-kurangnya saya taklah bertepuk sebelah tangan...”sambungnya lagi.

“Sebab saya pun cintakan awak...Victoria,”ucap G.O sebelum dia mencium bibir gadis itu.Perlahan-lahan air mata Victoria mengalir.G.O tersenyum sambil menyeka air mata gadis itu.

“Wae?” Soal G.O.Victoria tidak menjawab,malah air matanya mengalir semakin laju.

“Kenapa ni?”Soal G.O lagi.Victoria mengalihkan wajahnya daripada G.O.G.O pula terus menyeka air mata Victoria yang terus mengalir itu.

“Vic...wae?Awak marah dengan sayakah?” Soal G.O.Victoria menggeleng sambil memejamkan matanya.

“Tak...saya tak marah..”kata Victoria,masih tidak memandang ke arah lelaki itu.G.O tersenyum.

“Habis tu?”Soal G.O.

“Saya...saya Cuma malu...”Balas Victoria,perlahan.G.O tertawa kecil.Dia kemudiannya memegang dagu Victoria bagi membolehkan mereka berpandangan antara satu sama lain.Victoria memberanikan diri untuk memandang ke arah lelaki itu.

“Awak tak nak cakapkah?Saya dah katakan apa yang nak dengar selama ni,”kata G.O.

“Kalau awak tak nak cakap macam dalam mimpi awak tu...saya akan selalu datang dalam mimpi awak setiap malam sampai awak cakap.Awak nak?Saya tak kisah,”kata G.O sambil tersenyum nakal.Victoria menepuk lengannya.G.O ketawa lagi.

“Saya benci awak,”kata Victoria.G.O memandang ke arahnya.

“Lagi?” Soal G.O.Victoria tersenyum ke arahnya.

“Saya cintakan awak...Jung ByungHee...”Sambung Victoria lagi.Senyuman G.O kian lebar.Perlahan-lahan,dia memeluk gadis itu dengan erat.Victoria turut tersenyum.

 

Victoria kemudiannya melepaskan pelukannya.Dia memandang ke arah G.O.

“Betul ni awak tak buat apa-apa dekat saya semalam?” Soal Victoria,inginkan kepastian.

“Bukan saya yang buat apa-apa dekat awak.Awak yang mulakan dulu.Kalau tak saya tak ada dekat sini,”kata G.O,selamba.Victoria terus mencubit lengan lelaki itu dengan kuat.

“Sakitlah!”G.O mengaduh kesakitan.

“Padan muka!Suka sangat mengusik saya,”balas Victoria,puas hati.

“Ish...garangnya girlfriend saya ni.Kalau macam nilah...tiap-tiap harilah saya kena cubit macam ni,”kata G.O sambil menggosok lengannya yang dicubit itu.

“Oh sekarang ni awak nak menyesallah.Fine...saya tarik balik balik kata-kata saya tadi,”kata Victoria.G.O segera mencapai tangannya.

“Andwae!Awak tak boleh tarik balik kata-kata awak tadi.Arasso?” Soal G.O.Victoria tersenyum kemenangan.

“YongHwa tu baik juga.Dia lagi baik kalau nak dibandingkan dengan awak.Sekurang-kurangnya dia tak buli saya macam yang selalu buat,”kata Victoria,sengaja mengusik lelaki itu.Victoria terkejut apabila G.O mencium bibirnya.

“Jangan berani nak lari dekat YongHwa...arasso?”Kata G.O.

“Kalau saya buat juga?”Soal Victoria sengaja mencabar.G.O tersenyum nakal sebelum dia mencium bibir Victoria sekali lagi.

“Awak takkan berani...sebab saya akan pastikan yang awak milik saya.Hanya milik saya,”bisik G.O.Victoria tertawa kecil.

“Awak memang nakal,ByungHee...”Kata Victoria.

“Sayakan boyfriend awak,”kata G.O,sambil tersenyum sambi memegang erat tangan Victoria.Victoria turut tersenyum sambil memandang ke arah tangannya yang berada dalam genggaman lelaki itu.

"Vic..."

Victoria memandang ke arahnya.

"Tutup mata,"kata G.O.

"Wae?" Soal Victoria,hairan.

"Tutup sajalah.Banyak tanyalah awak ni,"kata G.O.Victoria menjeling ke arahnya sebelum dia menutup kedua-dua matanya.G.O kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya sebelum dia memakaikannya pada leher Victoria.Dia memandang ke arah Victoria yang sedang memejamkan matanya itu.Perlahan-lahan,dia tersenyum nakal sebelum dia mencium bibir Victoria sehingga membuatkan Victoria membuka matanya semula.

"ByungHee..."

"Cantik...tak sangka saya ni pandai pilih rantai untuk awak,"kata G.O,tersenyum melihat rantai pemberiannya yang tergantung kemas pada leher Victoria itu.Victoria menyentuh rantai yang tergantung kemas pada lehernya itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman manis apabila melihat rantai yang diberikan oleh G.O itu.

"Untuk saya?" Soal Victoria,tidak percaya.G.O mengangguk.

"Saegil chukahamnida..."Ucap G.O.Victoria tersenyum lagi.

"Birthday saya dah lepaslah,ByungHee.Semalam kan birthday Lee Joon,"kata Victoria.

"Apa salahnya..."Balas G.O.

"Birthday awak pula bila?" Soal Victoria,sambil memeluk leher lelaki itu.

"Lambat lagi...bulan November,"kata G.O sambil memeluk pinggang gadis itu.

"Oh...rupanya awak lagi muda dari saya..."Balas Victoria.

"So?Awak nak saya panggil awak,Noona?" Soal G.O,sengaja mengusik.

"Ani.Sepatutnya saya yang buli awak memandangkan saya lagi tua dari awak,"kata Victoria sambil mengusap lembut kening G.O yang lebat itu.G.O tersenyum.

"Wah...takutnya saya..."Balas G.O.Victoria tersenyum sebelum dia menghadiahkan kucupan pada bibir lelaki itu.

"Gomawo..ByungHee,"ucap Victoria.

"No problem,Noona..."

"Yah!"

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/