Chap 17

Hate You Love You

G.O membuka matanya perlahan-lahan.Dia menolak rambutnya yang menutupi dahi itu ke belakang sambil melepaskan nafas panjang.Dia mengerdipkan matanya berkali-kali,cuba mengenal pasti tempat yang dia berada ketika itu.Dahinya berkerut seribu.

“Kat mana ni?” Getus hatinya.

G.O mengesat mata dengan tangannya.Dia seperti pernah melihat suasana di tempat itu namun dia tidak pasti di mana.Dia cuba untuk bangun dari pembaringannya sambil memicit kepalanya yang masih terasa pening itu.

“Hyung!”

G.O menoleh.Kelihatan Aron sedang berdiri di hadapannya sambil tersenyum.G.O mengecilkan matanya,cuba untuk mengecam Aron yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Siapa awak?” Soal G.O.

“Aish..ni Aronlah.Hyung tak ingatkah?” Soal Aron.G.O terdiam seketika.Apa yang sudah terjadi sebenarnya?

“Noona!G.O Hyung dah bangun,”kata Aron,sambil memanggil kakaknya.Victoria yang sedang menyediakan sarapan pagi itu segera melangkah keluar dari dapur.G.O menoleh ke arahnya.Victoria turut menoleh ke arahnya.

“Saya dekat mana ni?”Soal G.O,separuh sedar.

“Hyung ada dekat rumah kami.Semalam Hyung tak sedar lepas balik dari kelab.Sebab tu kami biarkan saya Hyung bermalam di sini,”kata Aron.

“Jinja?” Soal G.O,tidak percaya.Dia memandang semula ke arah Victoria sebelum matanya terbuka luas.Benarkah dia berada di rumah gadis itu tanpa dia sedari?Sebaik sahaja dia benar-benar menyedari apa yang terjadi sebelum itu,G.O segera bangun dari sofa itu namun dia terjatuh tidak lama selepas itu.

“Hyung,gwenchana?” Soal Aron,sambil cuba membantu lelaki itu untuk berdiri.

“Awak mesti pening lagi.Awak pergilah cuci muka dulu.Saya dah buatkan sarapan,”kata Victoria.G.O menoleh ke arahnya.

“Hyung pergilah mandi.Nak pinjam baju saya dulu pun tak apa,”kata Aron sambil tersenyum.Victoria sekadar tersenyum nipis sebelum dia melangkah masuk semula ke arah dapur.

 

 

G.O melangkah masuk ke dalam dapur sebaik sahaja selesai membersihkan dirinya sebentar tadi.Kelihatan Victoria masih lagi sedang sibuk menyediakan sarapan pagi ketika itu.

“Vic...”

Victoria menoleh ke arahnya.Perlahan-lahan,dia menguntum senyuman manis kepada lelaki tersebut.

“Duduklah dulu.Sarapan dah nak siap dah,”kata Victoria,sebelum dia menyambung semula kerjanya yang masih berbaki itu.G.O patuh.Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi sebelum dia menongkat dahi dengan tangannya itu.Kepalanya masih lagi terasa pening.Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.Victoria kemudiannya meletakkan hidangan yang disediakannya itu di atas meja.G.O pula masih lagi dalam keadaan seperti tadi.

“Gwenchana?” Soal Victoria,sambil memandang ke arah lelaki itu.

“Pening sikit,”balas G.O,perlahan.

“Awak mungkin minum banyak sangat semalam.Nah,saya dah siapkan sup untuk awak,”kata Victoria sambil menghulurkan sup kepada G.O.

“Gomawo,”ucap G.O,sambil tersenyum.Wajahnya kelihatan pucat tidak bermaya,membuatkan Victoria berasa bimbang melihat keadaannya.

“Awak betul-betul okeykah ni?”Soal Victoria,bimbang.

“Okey.Cuma pening,”kata G.O,perlahan.

Victoria terus memerhatikan G.O yang sedang menikmati hidangannya itu.

“Mana Aron?” Soal G.O,sebaik sahaja menyedari ketiadaan Aron di situ.

“Dia keluar.Awak nak apa-apa lagi?Saya ambilkan,”kata Victoria.G.O menggeleng sambil tersenyum hambar.

“Tak apa.Ini pun dah cukup,”balas G.O.Victoria terus memerhatikan lelaki itu.G.O memandang ke arahnya sebaik sahaja menyedari Victoria yang tidak turut serta bersarapan dengannya itu.

“Awak tak makan sekali?” Soal G.O.

“Saya nak makanlah ni,”kata Victoria.

 

Mereka terus membisu antara satu sama lain.Sesekali Victoria akan memandang ke arah G.O yang sedang duduk di hadapannya itu.

“Dia ni memang tak ingat apa-apakah ?”Getus hatinya.

“Vic..”

Victoria tersentak apabila lelaki itu memanggil namanya.

“Ya?”

G.O menundukkan wajahnya untuk seketika.

“Saya...saya minta maaf,”kata G.O,perlahan.Victoria terus mendengar.

“Saya mungkin dah susahkan awak malam semalam.Miane...”Ucap G.O lagi.Victoria tersenyum nipis.

“Saya...saya ada buat apa-apa yang pelikkah semalam?”Soal G.O pula,inginkan kepastian.Victoria memandang ke arahnya.

“Em...”Kelihatan Victoria sedang memikirkan sesuatu.Perlukah dia katakana perkara yang sebenarnya kepada lelaki itu?

“Em...tak.”Jawab Victoria,lemah.

“Tak ada,”ulangnya lagi.

“Jinja?” G.O inginkan kepastian.Victoria tersenyum sambil angguk.

“Saya ingatkan saya ada buat benda pelik semalam,”kata G.O,sebelum dia melepaskan nafas lega.Victoria tersenyum hambar.G.O memandang ke arahnya.

“Vic...”

Victoria memandang ke arahnya.

“Pasal...pasal semalam tu...”G.O memandang ke arahnya.

“...Tak macam yang awak fikirkan.Em...saya tak ada apa-apa hubungan dengan perempuan tu,”kata G.O.Victoria terdiam seketika.Kelihatan G.O menggosok-gosok lehernya sebelum dia berdehem beberapa kali.

“Tak adalah.Saya Cuma tak nak awak salah faham.Awak pun tahukan yang saya tak boleh bercinta selagi saya masih terikat dengan kontrak.Dan...saya tak naklah awak denda saya sebab...buat macam tu dalam kelas.Saya Cuma tak nak awak salah faham saja,”kata G.O,sebelum dia mengetap bibirnya.

“Tu saja?”Soal Victoria.Kening G.O terangkat.

“Kenapa?Alasan saya tak cukup kukuhkah?” Soal G.O.Victoria tersenyum.

“Tak adalah.Saja tanya,”kata Victoria.Kelihatan wajahnya hampa dengan jawapan yang diberikan oleh lelaki itu.

“Dahlah.Awak makanlah.Nanti sup tu sejuk,tak sedap,”kata Victoria,enggan mahu menyambung perbualannya dengan G.O.Ternyata lelaki itu langsung tidak mengingati insiden yang berlaku pada malam itu.

 

G.O membantu Victoria mengemas semula meja setelah selesai bersarapan walaupun tindakannya itu ditegah oleh Victoria.Sekali lagi mereka tidak berbual antara satu sama lain.Sesekali G.O akan memerhatikan Victoria yang sedang leka melakukan kerjanya itu.Wajah gadis itu kelihatan muram sekali.

“Aku ada buat salahkah?”Soal hatinya sambil memandang ke arah Victoria.

G.O kemudiannya berjalan ke arah Victoria sebelum dia berdiri di sebelah Victoria yang sedang sibuk membasuh pinggan di sinki itu.Victoria langsung tidak mengendahkan kehadirannya di situ manakala G.O pula memandang ke arahnya.Tanpa menunggu lama lagi,dia terus memercikkan air yang mengalir dari pili paip itu.Victoria terkejut dengan tindakan lelaki itu.Dia menoleh ke arah G.O.G.O pula terus memandangnya dengan pandangan kosong.

Sekali lagi G.O mengulangi perbuatannya sehingga membuatkan wajah Victoria basah dek dibasahi air.

“Yah Jung ByungHee...”

Tanpa mempedulikan Victoria yang mulai marah itu,G.O memercikkan air itu sekali lagi ke arah Victoria.

“G.O!”

G.O terus memercikkan air itu ke arah Victoria sehingga habis basah kuyup gadis itu dibuatnya.Mulut Victoria ternganga apabila meneydari tubuhnya yang basah kuyup itu.Dia memandang ke arah G.O.G.O pula terus mengekalkan wajahnya yang langsung tidak berperasaan itu.

“Awak ni memang sajakan,”kata Victoria.Dia kemudiannya membalas perbuatan lelaki itu dengan lebih kasar.Victoria tertawa apabila melihat G.O yang sudah basah kuyup itu.G.O sekadar tersenyum apabila melihat Victoria yang sedang ketawa itu.

“Kan seronok tengoj awak ketawa macam ni.Waktu awak senyap tadi...rasa kosong saja tempat ni.Saya ingatkan saya duduk sini seorang tadi,”kata G.O.Victoria menghentikan tawanya apabila mendapati G.O berjalan ke arahnya.Perlahan-lahan,G.O mencapai tangannya sebelum diusapnya dengan lembut.

“Saya mesti ada buat awak marahkan?” Soal G.O dengan lembut.Victoria mengalihkan wajahnya daripada lelaki itu.G.O memegang dagu Victoria supaya gadis itu memandang tepat ke arahnya.

“Beritahu saya,Victoria.Saya tak nak tengok awak diam macam ni.Saya tak suka,’kata G.O.Wajahnya kelihatan serius.Victoria menelan air liur.Perlahan-lahan,dia mengalihkan tangan G.O daripada menyentuh wajahnya.

“Kan saya cakap tadi...tak ada apa-apa,”jawab Victoria,perlahan.Entah mengapa,matanya mulai berkaca saat dia menuturkan kata-kata itu.

“Vic...”G.O mengeratkan genggaman tangannya.Perlahan-lahan dia memegang dagu gadis itu sekali lagi bagi membolehkannya menatap wajah gadis itu.Victoria enggan bertentang mata dengan lelaki itu.

“Kalau tak ada apa-apa,kenapa awak menangis?Hm?”Soal G.O.

Perlahan-lahan,air mata gadis itu mengalir.G.O melepaskan keluhan kecil.

“Vic...please...jangan diam macam ni.Awak pun tahukan saya tak senang hati kalau tengok awak menangis macam ni,”kata G.O,cuba memujuk gadis itu untuk berterus terang dengannya.Dia menyeka air mata Victoria dengan ibu jarinya.

“Saya tak ada apa-apa.Betul...”Balas Victoria.G.O memandang ke arahnya.

“Betul ni.Saya memang tak ada apa-apa,”kata Victoria sambil melepaskan tangannya daripada G.O.G.O sekadar membiarkannya apabila Victoria berpaling daripadanya.

“Kalau awak dah tak ada apa-apa...awak boleh balik.Abang awak risau cari awak semalam,”kata Victoria,cuba berlagak seperti biasa.Dia masih lagi menyeka air matanya yang masih bersisa itu.Victoria tergamam apabila tubuhnya dirangkul dari belakang oleh G.O.G.O pula terus memeluk tubuhnya dengan erat.

“G.O...”

“Jebal...”Rayu G.O,separuh berbisik.

“Beritahu saya...apa yang saya dah buat sampai buat awak dingin dengan saya macam ni,”pinta G.O,bersungguh-sungguh.

“G.O...saya dah cakap kan...yang saya tak ada apa-apa.Awak tak buat salah apa-apa pun,”kata Victoria,sambil meletakkan tangannya pada tangan G.O yang sedang merangkul pinggangnya itu.

“Tipu...habis tu kenapa awak menangis?” Soal G.O.

“Saya menangis...sebab...”Victoria cuba mencari alasannya sendiri.

“Sebab awak basahkan baju saya.Awak tahu tak ni baju saya yang paling mahal?”Kata Victoria sambil memukul lengan G.O itu.G.O mengaduh kesakitan namun dia masih enggan untuk melepaskan pelukannya itu.

“Arasso.Saya terima alasan awak...walaupun saya tahu awak saja reka-reka cerita tu dekat saya,”kata G.O.

“Betul.Kenapa pula saya nak tipu awak?Awak ni...”Balas Victoria sebelum dia memuncungkan mulutnya.G.O tersenyum sebelum dia memperkemaskan pelukannya terhadap Victoria itu.Dia meletakkan dagunya di atas bahu gadis itu.Victoria pula terus membiarkan pelukan lelaki itu.

‘Victoria...”

“Hm?”

“Tak ada apa-apa.Saja nak sebut nama awak,”kata G.O sambil tersenyum.Victoria mencebik.

“Mengada-ngadanya awak ni,”kata Victoria.Dia turut tersenyum.G.O ketawa kecil.

“Awak maafkan saya?” Soal G.O,lembut.

“Kalau saya tak nak maafkan pun,awak akan pujuk saya jugakan?” Balas Victoria.G.O tersenyum.

“Tahu tak apa.Saya akan peluk awak macam ni kuat-kuat sampai awak maafkan saya,”kata G.O.

“So?Awak nak maafkan saya ataupun nak saya peluk awak rapat-rapat macam ni?” Soal G.O pula.Victoria terdiam untuk seketika.

“Saya Cuma nak awak katakan apa yang awak ucapkan kepada saya semalam.”

Hati Victoria berbisik.Dia menguntum senyuman hambar.

“Saya maafkan awak,”kata Victoria.Kedengaran keluhan kecil daripada lelaki itu.

“Tak seronoklah awak ni.Saya ingatkan awak nak saya peluk awak kuat-kuat tadi,”kata G.O,tidak puas hati.

“Dahlah lepas.Saya nak tukar baju.Habis basah,”kata Victoria,cuba melepaskan dirinya namun dihalang oleh G.O.

“Ala..sekejaplah.Sekejap saja...okay?” Soal G.O,sambil memperkemaskan pelukannya.

“Sekejap saja,”balas Victoria,malas untuk berbalah dengan lelaki itu.G.O tersenyum lebar.

“Gomawo...” Ucap G.O.

Victoria sekadar menggeleng sambil tersenyum.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/