Chap 15

Hate You Love You

 

Agensi JTune Camp

 

“Hujung bulan ni jadual kita penuhlah,”keluh Lee Joon sambil melihat kertas yang sedang dipegangnya itu.Mir dan Cheondung turut mengangguk,bersetuju dengan kata-kata Lee Joon itu.

“Baru ingat nak pergi bercuti hujung bulan ni.Tapi...haih...”Keluh Lee Joon lagi.

“Nak buat macam mana.Redah sajalah,”balas SeungHo yang sedang sibuk menaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya itu.

“Tak bolehkah kalau kita minta cuti hujung bulan ni,Hyung?Sehari dua pun bolehlah.Joon penatlah,Hyung,”rintih Lee Joon sambil menoleh ke arah SeungHo yang masih leka dengan telefon bimbitnya itu.

“Kenapa tanya Hyung?Kalau berani,pergilah tanya Rain Hyung,”balas SeungHo,selamba.Lee Joon memuncungkan mulutnya.Lee Joon kemudiannya menoleh ke arah G.O yang sedang membisu sejak dari tadi itu.Lelaki itu langsung tidak bersuara,seolah-olah tidak berminat untuk menyertai perbualan mereka ketika itu.

“ByungHee Hyung!”Panggil Lee Joon.Namun panggilannya tidak disahut oleh G.O.Kelihatan G.O sedang berada di dalam dunianya sendiri.Sesekali dia akan tersenyum seorang diri sambil menyentuh bibir merahnya itu.Lee Joon mengerutkan dahinya apabila melihat kelakuan G.O yang pelik itu.Lee Joon menyiku lengan SeungHo yang masih asyik dengan telefon bimbitnya itu.

“Hyung...”

“Apa lagi?” SeungHo kelihatan rimas dengan Lee Joon yang sering mengganggu tumpuannya itu.

“Tengoklah ByungHee Hyung tu,”kata Lee Joon.Cheondung dan Mir turut melihat ke arah yang sama.Begitu juga dengan SeungHo.

“Apahal dengan ByungHee Hyung tu?Macam...tak betul saja Joon tengok,”kata Lee Joon,separuh berbisik.Enggan perbualannya itu didengari oleh G.O.Kata-kata Lee Joon itu benar.Kelakuan G.O kelihatan berbeza sekali daripada kebiasaannya.

“A’ahlah,Hyung.Kenapa dengan ByungHee Hyung tu?Seram sejuk pula Mir tengok,”kata Mir,bersetuju dengan Lee Joon.

“Macam orang tengah gila bayang pun ada,”kata Cheondung pula.SeungHo,Lee Joon, dan Mir pantas menoleh ke arah Cheondung sebaik sahaja lelaki itu menghabiskan kata-katanya.Cheondung turut menoleh ke arah mereka dengan penuh tanda tanya.

“Wae?”

“Apa maksud Hyung cakap macam tu?” Soal Mir.

“Betullah orang gila bayang.Cuba tengok cara ByungHee Hyung tu.Sekejap dia gelak seorang...sekejap dia senyum seorang..lepas tu..”Cheondung menunjukkan jarinya ke arah G.O.

“...lepas tu dia asyik sentuh bibir macam tu.Tak rasa macam...”

“Maksudnya...ByungHee Hyung tengah bercinta?!”Soal Mir,tidak percaya.SeungHo dan Lee Joon cepat-cepat menutup mulut maknae itu dengan tangan mereka.

“Jangan cakap kuat-kuat!Kalau Rain Hyung dengar macam mana?”Soal Lee Joon,separuh berbisik.Mir mengangkat tangannya sebagai tanda mengalah.Kedua-dua lelaki itu kemudiannya melepaskan tangan mereka daripada mulut Mir.

“Kalau macam tu...ByungHee Hyung bercinta dengan siapa?”Soal Cheondung.

“Victoria kot,”jawab Lee Joon,selamba.Ketiga-tiga lelaki itu menoleh serentak ke arahnya.

“Huh?”

Lee Joon menoleh ke arah mereka.

“Kenapa?Betullah.Tak perasankah yang mereka tu macam ada sorokkan sesuatu daripada kita?” Soal Lee Joon.

“Sejak kali pertama Victoria cari ByungHee Hyung dekat bilik MBLAQ tu pun,Joon dah mula syak sesuatu.Walaupun ByungHee Hyung tu selalu kena kejar dengan peminat perempuan dia,tapi belum pernah ada seorang pun yang berani datang cari Hyung dekat sini tau.Victoria seorang saja yang pernah buat macam tu,”kata Lee Joon,dengan penuh yakin.

“Sebenarnya Hyung pun rasa macam tu juga,”kata SeungHo,perlahan.SeungHo memandang ke arah G.O yang masih lagi kusyuk dalam dunia ciptaannya sendiri itu.

“Mungkin Hyung silap...tapi Hyung rasa yang Hyung macam pernah nampak Victoria dekat rumah ByungHee,”kata SeungHo.Ternyata kata-katanya itu memberi kejutan besar kepada Lee Joon,Cheondung dan Mir.

“Jinja?!”

“Shh!”SeungHo meletakkan jari pada mulutnya.

“Hyung tak pasti.Tapi Hyung rasa yang Hyung memang macam pernah nampak,”kata SeungHo,separuh berbisik.

“Wah...kalau macam tu...mungkin betullah Hyung bercinta dengan Victoria Noona,”kata Mir.

“Tapi...kita kan tak boleh...”

“Hyung tahu.Tapi...”SeungHo memintas kata-kata Cheondung sebelum dia menoleh ke arah G.O.

“Kita biarkan sajalah.Asalkan perkara tu ganggu MBLAQ,kita patut biarkan saja G.O bercinta.Betul tak?”Kata SeungHo.

“Cuma jangan sampai Rain Hyung tahu.Mungkin ini hanya andaian kita saja.Entah-entah ByungHee dengan Victoria hanya sekadar kawan saja,”kata SeungHo lagi.Lee Joon , Cheondung dan Mir mengangguk.

“Tapi kan Hyung...kalau betullah ByungHee Hyung bercinta dengan Victoria.Joon memang rasa peliklah.Sebab mereka tu berbeza sangat.Tak sangka pula Hyung tu terpikat dengan Victoria yang garang tu,”kata Lee Joon.SeungHo tertawa kecil.

“Mungkin ByungHee nampak apa yang kita tak nampak dekat Victoria tu,”balas SeungHo.Mereka kemudiannya menoleh ke arah G.O yang sedang bersendirian itu.Wajah lelaki itu kelihatan ceria sekali.SeungHo tersenyum sendiri.

 

 

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

 

G.O terus memejamkan matanya sambil mendengar lagu melalui earphonenya tanpa mempedulikan guru yang sedang mengajarnya di hadapan itu.Dia benar-benar tidak sabar menantikan waktu sekolah tamat ketika itu.Entah mengapa dia merasakan waktu berjalan sangat perlahan ketika itu.

“Baiklah.Hari ini kita menerima kedatangan pelajar baru dari Amerika.Sila kenalkan diri kamu,”kata guru lelaki yang sedang berdiri di hadapan itu.G.O pula terus hanyut dengan irama muzik yang sedang dimainkannya itu.

“Annyeonghaseyo.Saya Lee Ye Jin.Gembira dapat berjumpa dengan semua,”kata Ye Jin,memperkenalkan dirinya.Kedengaran sorakan kecil daripada beberapa pelajar lelaki yang teruja melihat Ye Jin yang cantik itu.Sorakan itu membuatkan G.O membukakan matanya,seolah-olah berasa terganggu dengan bunyi bising itu.Matanya terbuka luas sebaik sahaja melihat Ye Jin yang sedang berdiri di hadapannya itu.

“Apa perempuan ni buat dekat sini?” Getus hatinya.

“Awak boleh duduk dekat tempat duduk awak,”kata guru lelaki itu.Ye Jin tersenyum sebelum dia berjalan menuju ke arah tempat duduk di sebelah G.O yang kosong itu.

“Boleh saya duduk sini?” Soal Ye Jin.Cepat-cepat G.O meletakkan kakinya di atas kerusi yang kosong itu.Ye Jin melihat sekeliling kelas itu.

“Tapi tak ada tempat duduk yang kosong lagilah,”kata Ye Jin.

“Yang awak datang sini buat apa?Duduklah atas lantai tu,”kata G.O,selamba.Sejak pertemuan pertama mereka di Jung Sky Tower itu,Ye Jin sering datang berjumpa dengannya walaupun kedatangannya itu amat tidak disenangi oleh G.O.

“Sampai hati awak suruh saya duduk di atas lantai,”kata Ye Jin,memuncungkan mulutnya.G.O mencebik.

“Seonsaengnim!”

Guru lelaki itu menoleh apabila dipanggil oleh Ye Jin.

“Ada apa-apa masalahkah?” Soal guru lelaki itu.

“Saya tak ada tempat duduk,”kata Ye Jin.

“Tempat duduk sebelah G.O tu kan kosong?”Soal guru lelaki itu pula.

“Em...dia tak nak bagi saya duduk,”kata Ye Jin,sebelum menguntum senyuman sinis kepada G.O.G.O pula memandang tajam ke arahnya.

“Jung ByungHee ssi...apa salahnya kalau awak bagi Ye Jin duduk sebelah awak?Mana ada tempat kosong lain lagi dalam kelas ni,”kata guru lelaki itu.G.O mendengus kasar.Dia kemudiannya mengangkat meja sebelah yang kosong itu supaya menjauhi tempat duduknya.Ternyata dia langsung tidak mahu dekat dengan Ye Jin.

“Duduklah,”kata G.O sebelum dia duduk semula di tempat duduknya.Ye Jin mencebik.G.O langsung tidak mengendahkan pandangan tajam Ye Jin terhadapnya itu.

 

“Awak tak nak pergi makankah?” Soal Ye Jin sambil berdiri di hadapan tempat duduk G.O.G.O tidak mengendahkannya,sebaliknya dia lebih selesa menumpukan perhatian terhadap telefon bimbitnya itu.

“Malas,’balas G.O,dingin.

“Jomlah.Sambil-sambil tu awak temanlah saya jalan-jalan dekat sekitar sekolah ni,”kata Ye Jin,cuba memujuk G.O.

“Awak ingat saya ni tour guide awakkah?Pergilah jalan sendiri,”kata G.O,tidak puas hati.

“Tak nak.Saya nak berjalan dengan awak juga.Kalau saya sesat nanti macam mana?” Soal Ye Jin,meminta simpati.

“Baguslah kalau sesat.Senang hati saya tak payah tengok muka awak,”kata G.O,selamba.

“Eee...awak ni memang sajakan.Awak ingat kalau awak bersikap dingin macam ni,saya akan mengalahlah?”Soal Ye Jin.

“Kalau dah tahu,baguslah.Senang kerja saya tak payah nak cakap banyak dekat awak,”kata G.O,sengaja menyakitkan hati gadis itu.

“Awak memang tak kenal saya lagi,Jung ByungHee ssi,’kata Ye Jin.Dia kemudiannya duduk di atas meja G.O sebelum mengambil telefon bimbit lelaki itu daripada pegangannya.

“Yah!”

Ye Jin sekadar tersenyum.Dia kemudiannya menarik tali leher G.O , membuatkan wajah lelaki itu dekat dengannya.

“Apa yang awak nak buat?” Soal G.O,memandang tajam ke arah Ye Jin.Ye Jin tersenyum.Dia kemudiannya meletakkan jarinya pada bibir G.O.

“Shh...awak ni banyak cakaplah,”kata Ye Jin,separuh berbisik.Dia menatap tepat ke arah mata G.O sambil tersenyum.

“Saya tak tahu kenapa hati awak kerasa sangat.Saya ingatkan saya boleh lembutkan hati awak dengan mudah.Tapi saya silap.Saya rasa saya terpaksa bekerja keras untuk pastikan awak akan tunduk juga kepada saya suatu hari nanti,”kata Ye Jin sambil mengusap lembut pipi G.O itu.

“Jangan jadi bodohlah.Awak takkan berjaya.Awak tak payah nak buang masa.Awak cari saja lelaki lain.Sebab saya memang tak berminat langsung dengan awak,”kata G.O.

“Wow...yakinnya awak ni.Saya suka lelaki yang berkeyakinan macam awak,”bisik Ye Jin sambil tersenyum.

“Baik awak lepaskan saya...sebelum saya tolak awak dari meja ni,”kata G.O sebelum dia menguntum senyuman sinis.

“Cubalah...”Cabar Ye Jin,sambil menggenggam erat tali leher yang dipakai oleh G.O itu.

 

 

“Awak tak ajak ByungHee makan dengan awak pula?” Soal YongHwa.

“Awak gila?Mati saya kalau semua orang nampak saya makan dengan dia dekat kafe tu,”balas Victoria sambil membulatkan matanya.YongHwa ketawa.

“Tak apakah kalau saya nak makan dengan awak ni?” Soal YongHwa.

“Em...saya memang tak kisah.Pergi makan saja kan..bukannya buat apa pun,”kata Victoria.

“Betul tu,”kata YongHwa,senang hati.Hubungannya dengan Victoria juga kian akrab dari hari ke hari.Tambahan lagi mereka turut belajar di dalam kelas yang sama.

“Kat depan tu kelas ByungHee kan?” Soal YongHwa,sambil menunjukkan sebuah kelas yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berada itu.

“A’ah.Kenapa?” Soal Victoria.

“Alang-alang kita dah sampai sini,kita ajaklah dia sekali.Tak akan jadi skandal pun kan kalau kita makan bertiga?Lainlah kalau memang awak dan ByungHee berdua saja,”kata YongHwa seraya mengusik.

“Ish...hubungan kami tak macam yang awak fikirkanlah,”kata Victoria sambil menepuk lengan YongHwa.YongHwa pula sekadar ketawa.

 

Mereka berhenti di hadapan kelas G.O,dengan niat untuk mengajak lelaki itu menghabiskan waktu rehat bersama.YongHwa ingin mengetuk pintu kelas itu namun dihalang oleh Victoria.YongHwa menoleh ke arahnya dengan penuh tanda tanya.

“Wae?” Soal YongHwa.

“Em...tak payahlah ajak dia.Dia mungkin ada kerja lain yang nak dibuat,”kata Victoria.

“Tapi...”

“Jom sajalah.Kita dah lambat dah ni,”kata Victoria,segera beredar meninggalkan YongHwa di situ.YongHwa menoleh semula ke arah kelas sepupunya itu.Matanya terbuka luas apabila melihat G.O yang sedang bersama seorang gadis di dalam kelas itu.Kelihatan gadis itu sedang mencium bibir G.O sambil memegang erat tali leher yang dipakai oleh lelaki itu.Dia menoleh semula ke arah Victoria yang kian jauh dengannya itu.

“Victoria!” YongHwa segera mengejar gadis itu dari belakang.

Jeritan YongHwa itu membuatkan G.O menoleh ke arah luar kelas.Dia segera menjauhkan jaraknya daripada Ye Jin.

“Wae?” Ye Jin cuba memeluk tubuhnya namun dihalang oleh G.O.

“Jauhkan diri kau daripada aku,”kata G.O,marah.Dia kemudiannya segera berlari keluar tanpa mempedulikan Ye Jin yang sedang memanggil namanya dari belakang itu.

 

“Mana Victoria?”Soal G.O sebaik sahaja berjaya mendapatkan sepupunya itu.

“Mana Victoria?” Sekali lagi G.O mengulangi soalannya.Kali ini suaranya lebih tinggi daripada biasa.

“Aku pun tak tahu,”jawab YongHwa,sambil memandang tajam ke arah G.O.G.O mendengus kasar.Dia ingin mencari Victoria namun dihalang oleh YongHwa apabila lelaki itu memegang tangannya dengan erat.G.O menoleh ke arah YongHwa.

“Lepaskan aku.Aku mesti cari Victoria sekarang,”kata G.O.YongHwa tersenyum sinis ke arahnya.

“YongHwa?”

“Aku takkan benarkan kau untuk cari dia...setelah apa yang kau dah buat tadi,”kata YongHwa.Mata G.O terbuka luas sebaik sahaja mendengar kata-kata YongHwa itu.

“Apa kau cakap ni?”Soal G.O,tidak memahami.YongHwa tersenyum sinis sebelum dia melepaskan tangan lelaki itu.Dia kemudiannya terus beredar dari situ tanpa langsung menjawab pertanyaan sepupunya itu.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/