Chap 25

Hate You Love You

G.O menolak perlahan pintu biliknya sebelum dia melihat ke arah Victoria yang sedang mengemas barangnya di dalam bilik itu.Dia sekadar memerhatikan kelakuan gadis itu tanpa langsung berganjak dari pintu biliknya itu.

 

Imbas kembali:

“Aku tak tahu kalau aku patut cakap pasal hal ini dengan kau atau tidak,”kata YongHwa,perlahan.G.O menoleh ke arahnya.YongHwa melihat ke arah sekeliling,memastikan Victoria tidak berada di situ.

“Pasal apa?” Soal G.O,ingin tahu.YongHwa memandang tepat ke arah G.O.

“Pasal kemalangan kau dekat sekolah 2 minggu lepas,” kata YongHwa.

G.O terdiam seketika sebaik sahaja YongHwa menghabiskan kata-katanya.Dia berdehem beberapa kali sebelum dia menundukkan wajahnya.

“Apa yang kau tahu?” Soal G.O.Kedengaran YongHwa menarik nafas panjang sebelum dilepaskannya secara perlahan.

“Sebelum tu…aku nak tanya kau dulu,”kata YongHwa.G.O masih tidak mengalihkan pandangannya.

“Hubungan kau dengan Victoria…kau pasti hubungan kamu berdua masih lagi belum diketahui ramai?” Soal YongHwa,inginkan kepastian.Kedengaran G.O mengeluh kecil.

“Kalau orang lain nak tahu pun…itu bukannya masalah kami.Salahkah kalau kami nak bercinta?”Soal G.O semula.

“Mereka hanya tahu yang kami selalu berjumpa atas sesuatu urusan…bukannya bercinta,”kata G.O lagi.YongHwa memandang ke arah sepupunya itu.Dia memahami dengan tekanan yang dialami oleh sepupunya itu.Kerana popularitinya sebagai salah seorang daripada anggota MBLAQ itu,menyebabkan kehidupan peribadinya sering diintai oleh masyarakat sekeliling.

“Jadi…apa kaitannya kemalangan aku dengan soalan kau ni?” Soal G.O.

“Aku Cuma nak kau berhati-hati.Memang tak salah kalau kau nak bercinta dengan sesiapa pun.Sebab aku tahu..aku tak ada hak nak masuk campur dalam hal peribadi kau.Tapi kau kena tahu…tak semua perbuatan kau disenangi orang lain.Mungkin kau tak sedar yang kau dan Victoria sedang diperhatikan oleh kawan-kawan kita di sekolah tu,terutamanya peminat fanatik kau,”kata YongHwa.G.O mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar kata-kata YongHwa itu.

“Maksud kau…kemalangan yang terjadi ke atas aku ni…dirancang?” Soal G.O.

“Victoria….sepatutnya dia yang terlibat dalam kemalangan tu kalau kau tak selamatkan dia,”kata YongHwa.G.O memejamkan matanya sambil mengeluh berat.

“G.O yah…”YongHwa dilanda perasaan bimbang apabila melihat kegelisahan G.O yang terpancar jelas pada wajahnya itu.

“Aku…aku sakit kepala….aku naik dulu,”kata G.O,enggan mahu mendengar kata-kata YongHwa dengan lebih lanjut.YongHwa mengeluh perlahan.Timbul rasa bersalah dalam benaknya apabila membangkitkan hal kemalangan itu kepada G.O.Apatah lagi dalam keadaan G.O yang baru sahaja sembuh dari kecederaannya itu.

“G.O yah…miane…”Ucap YongHwa.G.O menoleh ke arahnya sambil tersenyum kelat.Dia kemudiannya melangkah dari situ dengan perasaan bercampur baur.

 

 

G.O terus termenung di situ tanpa menyedari Victoria yang sedang berjalan ke arahnya itu.Lamunannya terhenti apabila merasakan lengannya disentuh oleh Victoria.Perlahan-lahan,dia menoleh ke arah gadis itu.

“Kenapa ni?Macam jauh saja termenung,”kata Victoria,lembut.G.O menguntum senyuman manis ke arahnya sambil menggelengkan kepalanya.

“Tak ada apa-apa.Saya saja tengok awak buat kerja,”kata G.O,cuba menyembunyikan perasaan bimbangnya daripada Victoria.

“Yelah tu…saya datang dekat awak pun,awak tak perasan,”balas Victoria.G.O tersenyum lagi.Victoria kemudiannya meletakkan tangannya pada dahi G.O,membuatkan lelaki itu tergamam untuk seketika.

“Kepala awak sakit lagikah?”Soal Victoria.

“Taklah.Saya okey.Cuma…mungkin letih ,”kata G.O,mengalihkan tangan Victoria daripada dahinya.

“Kalau macam tu,awak rehatlah dulu.Awak kan baru keluar hospital tadi,”kata Victoria.Perlahan-lahan,dia memegang lengan G.O sebelum dia menarik lembut lengan lelaki itu menuju ke arah katil.G.O sekadar menurut sebelum dia melabuhkan punggung di atas tilamnya yang empuk itu.

“Awak temankan saya sekejap,boleh?” Soal G.O sambil memegang erat tangan gadis itu.Victoria sekadar tersenyum sambil mengambil tempat di sebelah teman lelakinya itu.G.O memandang ke arahnya sebelum dia merangkul tubuh gadis itu dengan erat.

“ByungHee yah…gwenchana?” Soal Victoria,mulai bimbang.Sedikit hairan dengan perubahan tingkah laku lelaki itu.Baru sebentar tadi,lelaki itu kelihatan ceria sejak mereka pulang dari hospital.Namun kali ini,lelaki itu kelihatan sedikit sugul seperti ada sesuatu yang sedang menganggu fikirannya.G.O sekadar tersenyum tanpa menjawab pertanyaan gadis itu. Dia meletakkan dagunya pada bahu Victoria sambil memperkemaskan pelukannya terhadap gadis itu.

“Victoria…”

Victoria menoleh ke arahnya sebaik sahaja mendengar namanya disebut oleh lelaki itu.

“Apa yang awak rasa selama hampir sebulan awak jadi teman wanita saya?”Soal G.O,tanpa memandang ke arah Victoria.

“Kenapa tiba-tiba awak tanya?” Soal Victoria,hairan.

“Saya saja nak tahu,”balas G.O ,sambil menoleh ke arahnya sebelum dia menguntum senyuman nipis ke arah gadis itu.

“Apa yang saya rasa ya….”Victoria mengalihkan pandangannya daripada G.O.Kelihatan dia sedang memikirkan jawapan yang sesuai untuk menjawab pertanyaan lelaki itu.G.O pula masih lagi memandang ke arahnya.

“Saya rasa…. pelik…? ” Jawab Victoria.Kening G.O terangkat sebaik sahaja mendengar jawapan daripada gadis itu.

“Kenapa awak cakap macam tu?” Soal G.O sambil tersenyum.Victoria turut tersenyum mendengar jawapannya sendiri.

“Peliklah…sebab…saya boleh jatuh cinta dengan lelaki yang paling saya benci dekat sekolah tu.Tak sangka budak lelaki yang gila glamor dekat sekolah tu akhirnya jadi boyfriend saya,”kata Victoria,sambil memandang ke arah G.O.G.O turut memandang ke arahnya.

“Jadi sampai sekarang awak masih rasa pelik dengan hubungan kita?” Soal G.O,ingin tahu.Victoria tidak segera menjawab pertanyaan lelaki itu sebaliknya dia terus memandang tepat ke arah mata G.O yang redup itu.

“Awak pula?” Soal Victoria.

“Saya rasa gembira,”jawab G.O sambil tersenyum.Victoria memandang ke arahnya.Kelihatan senyuman manis terukir pada bibir lelaki itu.

“Saya rasa gembira sebab cinta saya tak bertepuk sebelah tangan,”kata G.O lagi sambil memegang erat tangan Victoria.

“Maksud awak?” Soal Victoria.G.O tersenyum lagi.

“Saya dah lama pendam perasaan saya terhadap awak sejak kali pertama awak tengking saya dekat sekolah dulu,”kata G.O,berterus terang.Mata Victoria terbuka luas sebaik sahaja mendengar pengakuan G.O itu.

“Bwo?Jinjayo?” Soal Victoria,tidak percaya.

“Betullah.Kenapa?Awak tak percaya?” Soal G.O,geli hati melihat reaksi wajah Victoria itu.Wajah Victoria kemudiannya berubah merah secara perlahan-lahan.

“Kenapa muka merah ni?” Soal G.O,sengaja mengusik.Victoria mengalihkan wajahnya daripada G.O,namun G.O memegang dagunya supaya Victoria kembali memandang ke arahnya.

“Saya memang dah lama cintakan awak…Cuma awak yang tak tahu,”kata G.O lagi.

“Kenapa awak tak pernah cakap dekat saya dari awal?” Soal Victoria,masih lagi tidak percaya dengan pengakuan G.O itu.

“Saya takut,”jawab G.O.

“Eh?Kenapa?” Soal Victoria,hairan.

“Saya takut kena pukul dengan awak.Awak garang sangat,”kata G.O.Victoria kemudiannya mencubit lengan G.O yang sedang merangkul tubuhnya.G.O mengaduh kesakitan.

“Tengok tu.Macam manalah saya boleh terjatuh cinta dengan gadis yang garang macam awak ni,”kata G.O,mengeluh.

“Oh sekarang ni awak nak mengeluh lah?Fine..kita break,”kata Victoria,cuba melepaskan dirinya daripada G.O,namun tidak berjaya apabila G.O mengeratkan pelukannya terhadap Victoria.

“Aniya…saya bergurau saja.Awak garang macam singa pun…saya seorang saja yang sayang awak macam ni tahu tak?” Kata G.O.Victoria masih lagi memasamkan riak wajahnya.G.O kemudiannya mencium pipi Victoria sehingga membuatkan Victoria terkejut dengan tindakannya itu.

“Tak sangka awak ni manja rupanya.Kuat merajuk,”usik G.O sambil tersenyum.Perlahan-lahan,Victoria menguntum senyuman malu.

“Dahlah..ByungHee.Awak ni memang suka mengusik saya kan?” Soal Victoria,tidak puas hati.

“Sebab awak nampak comel bila saya usik awak macam ni,”balas G.O.Victoria kemudiannya memandang ke arah tangannya yang berada dalam genggaman G.O itu.Begitu juga dengan G.O.

“Awak tak menyesalkah dengan hubungan kita?” Soal G.O,sambil meramas lembut tangan Victoria yang digenggamnya itu.

“Sepatutnya saya yang tanya soalan tu dekat awak,ByungHee,”balas Victoria,perlahan.G.O memandang ke arahnya.

“Kenapa pula?” Soal G.O,tidak memahami.Victoria memandang ke arahnya.

 

“Walau apa pun terjadi,dia tetap akan pastikan impiannya untuk menjadi bintang terkenal tercapai.Dia mahu buktikan kepada ayah dia yang boleh berjaya dengan usaha dan bakat dia sendiri.Dia tak mahu hidupnya dikawal seperti yang berlaku terhadap abangnya,SungJe.Awak mesti tahu pasal tu kan?”

 

“Yelah….awak sendiri cakap yang saya ni garang.Awak tak menyesalkah dapat girlfriend yang garam macam singa ni?” Soal Victoria sambil tersenyum.G.O tertawa kecil.

“Baguslah awak garang.Nanti tak adalah lelaki lain datang kacau awak. Senang hati saya,”balas G.O.Victoria kemudiannya tertawa kecil sebaik sahaja G.O menghabiskan kata-katanya.Kedengaran G.O menarik nafas panjang sebelum dilepaskannya secara perlahan-lahan.

“Saya tak pernah menyesal dengan hubungan kita,Vic.Saya ikhlas cintakan awak.Saya tahu saya nampak seperti seorang lelaki yang suka mempermainkan perasaan wanita.Tapi saya betul-betul serius dengan hubungan kita.Walaupun hubungan kita masih baru….tapi saya akan cuba pertahankannya sampai bila-bila.Sebab saya betul-betul sayangkan awak,Victoria,”kata G.O,perlahan.Victoria pula terus membisu.Hatinya tersentuh mendengar kata-kata G.O yang benar-benar kedengaran ikhlas padanya itu.

“Saya tahu…saya tak sempurna.Saya tak macam MBLAQ G.O yang orang sangkakan.Tapi saya berjanji…yang saya akan pastikan…yang awak sentiasa berasa selamat dengan saya.Saya akan pastikan yang awak selesa bersama saya.Dan saya nak awak tahu…walaupun kerjaya saya membuatkan saya dikelilingi dengan ramai wanita…hati saya hanya ada awak saja,”kata G.O sambil mencuit hidung Victoria.Victoria menahan dirinya daripada tersenyum.G.O pula terus memerhatikan reaksi Victoria yang berada di hadapannya itu.

“Kenapa tiba-tiba awak cakap macam ni?” Soal Victoria.

“Sebab saya takut kehilangan awak…”

Victoria tergamam apabila mendengar kata-kata G.O itu.

“ByungHee yah…”

“Saya tahu bunyinya macam pentingkan diri sendiri.Tapi…saya betul-betul tak nak kehilangan awak,Victoria.Tolong…tolong jangan tinggalkan saya…”

“ByungHee…” Victoria cuba untuk mencelah namun G.O lebih pantas.

“Saya Cuma takut yang awak tak selesa bersama saya sebab saya MBLAQ G.O…bukan Jung ByungHee.”

Victoria terdiam.Pautan tangan G.O terhadap tangannya kian erat.

“Saya tak nak kehilangan awak…begitu juga dengan cita-cita saya.Kedua-duanya sama penting untuk saya.Dan…sebab tu….saya harap awak faham yang saya sayangkan awak…dan sayangkan cita-cita saya.Dan saya perlukan awak untuk mencapai impian yang saya idamkan selama ni,”kata G.O,separuh berbisik.Mereka berpandangan antara satu sama lain.

“Kalau saya tak ada…apa yang akan terjadi terhadap awak?” Soal Victoria,sengaja ingin tahu.G.O tersenyum.

“Mati?”

Victoria menepuk lengan G.O,tidak menyenangi jawapan yang terpacul pada mulut lelaki itu.

“Yah!Kenapa awak cakap macam tu?” Soal Victoria,tidak puas hati.

“Dah awak tanya macam tu,saya jawablah apa yang saya rasa,”kata G.O.

“Tapi tak perlulah sebut perkataan tu,”kata Victoria,mengalihkan wajahnya daripada G.O.Tidak suka dengan gurauan G.O yang agak kasar itu.

“Awak marahkah?” Soal G.O,mendekatkan wajahnya ke arah Victoria namun Victoria terus membisu.

“Arasso…arasso…saya Cuma bergurau okey?Okey?” G.O cuba memujuk Victoria.Victoria kemudiannya menoleh ke arah G.O.

“Jangan cakap macam tu lagi.Saya tak suka,”kata Victoria.G.O tersenyum.

“Awak sayangkan saya kan?”Soal G.O,sengaja menguji.Sekali lagi Victoria mengalihkan wajahnya daripada G.O.

“Sayanglah…sebab tu saya tak suka awak cakap macam tu,”kata Victoria,cuba menyembunyikan wajahnya yang mulai merah itu.G.O tersenyum lagi.

“Apa dia? Saya tak dengarlah,”kata G.O,sengaja mengusik.Victoria mengeluh perlahan.Ternyata sikap G.O berubah dengan cepat.

“Lepaslah ByungHee…awak kata awak nak saya temankan awak sekejap kan?” Soal Victoria,cuba melepaskan dirinya daripada pelukan G.O.

“Ani…kalau awak tak ulang balik apa yang awak cakap tadi,saya tak nak lepaskan awak,”kata G.O,terus berdegil.

“Apa dia,ByungHee?” Soal Victoria,mulai rimas dengan usikan G.O yang tidak berkesudahan itu.

“Yang awak cakap tadi tu…” Balas G.O,sengaja tidak mengendahkan Victoria yang mulai rimas dengan usikannya itu.Victoria melepaskan keluhan berat.Dia menoleh ke arah G.O sebelum dia menyentuh kedua-dua pipi lelaki itu.G.O memandang ke arahnya.

“I L.O.V.E Y.O.U.”

Victoria kemudiannya mengucup bibir G.O tanpa lelaki itu jangkakan.G.O tergamam dengan tindakan Victoria yang tiba-tiba itu.Pelukan G.O terhadap Victoria itu kian longgar.Victoria tersenyum melihat G.O yang masih lagi kelihatan terkejut itu.

“Awak dah cakap banyak hari ni.Sekarang awak berehat okey?”Kata Victoria sebelum dia menolak lembut tubuh G.O ,supaya membuatkan lelaki itu terbaring di atas katil.

“Dan satu lagi…” Kata Victoria.

“Awak tak perlu takut apa-apa.Walau apa pun terjadi, saya akan sentiasa berada di sisi awak.Saya janji…” Kata Victoria sebelum dia  menghadiahkan kucupan pada bibir lelaki itu sekali lagi.Dia kemudiannya beredar meninggalkan G.O berseorangan di dalam bilik itu.G.O kemudiannya bangun semula dari pembaringannya sambil memandang ke arah kelibat Victoria yang kian menghilang itu.Bibirnya menguntum senyuman manis.

“Dan saya pula berjanji yang saya akan sentiasa melindungi awak,Victoria…”

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/