Chap 23

Hate You Love You

 

“Betul ni Doktor cakap semuanya okey?” Soal SungJe sambil memandang ke arah G.O yang sedang duduk di atas katil itu.Ketika itu,YongHwa dan rakan-rakan MBLAQ yang lain turut berada di situ.Victoria juga terus setia  menemani lelaki itu di hospital.

“Betullah Hyung.ByungHee tak ada apa-apa.Cuma ada rasa sakit sikit dekat kepala,”kata G.O sambil menunjukkan jarinya ke arah kepalanya yang masih berbalut itu.

“Ni berapa?” Soal SungJe sambil menunjukkan dua jari ke arah G.O.

“Dua.” Jawab G.O.

“Ni?” Soal SungJe lagi sambil menunjukkan 4 jari ke arah G.O.G.O mendengus kasar.

“Yah...Jung SungJe! “

Namun SungJe langsung tidak mempedulikan jerkahan adik lelakinya itu,sebaliknya dia terus mengekalkan jarinya itu di hadapan G.O.

“Empat!” Balas G.O,rimas.SungJe tersenyum puas.

“Ni siapa?” Soal SungJe lagi sambil menunjukkan jarinya ke arah Cheondung.G.O memandang ke arah Cheondung sebelum dia mengeluh perlahan.

“Park Sang Hyun,Yang SeungHo,Lee Chang Sun, Bang Cheol Yong,MBLAQ.Puas?” G.O terus menyebut nama kesemua rakan MBLAQ itu.Jawapannya itu sedikit sebanyak membuatkan rakan-rakannya itu ketawa.Ternyata G.O kelihatan rimas dengan pertanyaan abang sulungnya itu.SungJe tersenyum nakal sebelum dia memaut bahu Victoria dengan erat.

“Yang ni?” Soal SungJe sambil mengangkat kedua-dua keningnya.Ternyata SungJe sengaja mengusik nakal adik lelakinya itu.Victoria terkejut dengan tindakan SungJe itu.

“Oppa?”

“Yah Hyung!Kenapa nak peluk Victoria macam tu?Lepaskan,”marah G.O,tidak puas hati.Dia segera mencapai tangan Victoria sebelum digenggamnya dengan erat.G.O cuba menarik tangan Victoria sebelum dia mengaduh kesakitan apabila dia mula berasa sakit semula pada kepalanya itu.Victoria yang melihat G.O dalam kesakitan itu segera mendekati ke arah lelaki itu.

“ByungHee yah...gwenchana?” Soal Victoria,bimbang.SungJe mencebik,tidak tertipu dengan lakonan adik lelakinya itu.Dia menoleh ke arah Lee Joon.

“Chang Sun ah...”

Lee Joon memandang ke arah SungJe apabila mendengar namanya dipanggil.

“Neh,Hyung?”

“JTC tak latihkah si ByungHee ni cara-cara untuk berlakon dengan betul?Hyung tengok lakonan dia ni teruk betul,”kata SungJe.Kata-kata SungJe itu mengundang tawa semua orang yang berada di situ.Victoria juga turut tidak terkecuali namun dia cuba untuk mengawal tawanya di hadapan G.O.

“Hyung!!!Sampainya hati.ByungHee betul-betul sakit ni,”kata G.O.

“Tak payah nak bermanja dengan Victoria sangatlah.Gelilah Hyung tengok,”kata SungJe.

“Hyung tengoklah lepas ByungHee keluar dari hospital nanti.Jangan ingat Hyung boleh menang dengan mudah ya?”Ugut G.O,sambil memandang ke arah SungJe dengan tajam.

“Uuu takutnya.Okey,Hyung tunggu,”kata SungJe,tidak jemu mengusik G.O.Perbualan mereka terhenti apabila terdengar bunyi pintu bilik itu dibuka dari luar.Kesemua yang berada di situ terkejut apabila melihat Rain yang muncul di situ.G.O yang sedang memegang erat tangan Victoria itu melepaskan tangan gadis itu secara perlahan-lahan.Victoria memandang ke arah G.O sebelum pandangannya dialihkan ke arah Rain.

“Hyung!”

G.O memaniskan riak wajahnya apabila melihat Rain yang sedang berjalan ke arahnya itu.Victoria pula segera beredar menjauhi G.O sebelum dia berdiri di sebelah YongHwa.

“Yah...apa yang dah jadi sebenarnya ni?Hyung baru saja dapat tahu dari staff tadi,” soal Rain sambil memandang ke arah kepala G.O yang masih berbalut.

“Hyung baru balik dari Malaysia? Jadi macam mana dengan konsert Hyung tu?” Soal G.O,sengaja menukar topic perbualan.Sekali sekala matanya akan beralih ke arah Victoria yang sedang berdiri di sebelah YongHwa itu.

“Aish...budak ni.Pandai pula nak tukar topik.Hyung tanya ni..macam mana boleh jadi macam ni?” Soal Rain.

“Em...”

“Sebenarnya...”

Belum sempat Victoria meneruskan kata-katanya,G.O segera memintas kata-katanya.

“Saya terjatuh Hyung.Lepas tu kepala saya terhantuk.Sebab tu kepala saya berbalut ni,”kata G.O sambil menunjukkan kepalanya yang berbalut itu.Sekali sekala dia akan mencuri-curi pandang ke arah Victoria.Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Rain mengetahui punca sebenar kejadian yang menyebabkan dia terlantar di hospital itu.Rain menggelengkan kepalanya sebaik sahaja mendengar jawapan daripada G.O itu.Dia kemudiannya memandang ke arah Victoria.

“Nugu?” Soal Rain.G.O menoleh ke arah Victoria.

“Em...saya Victoria..”

“Dia kawan sekolah kami,”celah Lee Joon pula,tidak menunggu Victoria untuk menghabiskan kata-katanya.

“Betul tu,Hyung.Dialah presiden persatuan pelajar sekolah kami.Kami memang rapat dengan Victoria noona,”kata Mir pula.Kelihatan Rain diam memikirkan sesuatu.G.O memandang ke arahnya dengan perasaan yang berdebar-debar.Bimbang sekiranya hubungannya dengan Victoria diketahui oleh Rain.Seboleh-bolehnya dia mahu merahsiakan hubungan itu untuk sementara waktu.Dia pasti akan memberitahu kepada Rain juga jika tiba waktu yang sesuai suatu hari nanti.

“Jinja?” Soal Rain,inginkan kepastian.

“Betul,Hyung.Ni pula YongHwa,sepupu kepada SungJe Hyung dan ByungHee,”kata SeungHo pula.Ternyata MBLAQ bekerjasama untuk merahsiakan hubungan sebenar antara G.O dan Victoria daripada pengetahuan Rain.YongHwa tersenyum sambil menundukkan sedikit tubuhnya ke arah Rain.

“Annyeonghaseyo.Saya Jung YongHwa,’ucap YongHwa.Rain sekadar mengangguk.

“Jadi awak betul-betul baru balik dari Malaysia?” Soal SungJe,setelah agak lama mendiamkan diri.Rain menoleh ke arahnya sambil mengangguk.

“Ne.Saya terus datang ke sini lepas saya dapat tahu dari staff saya yang mengatakan G.O ditahan di hospital.Nasib baik keadaan dia tak teruk sangat,”kata Rain sambil memandang semula ke arah G.O.G.O pula mengalihkan wajahnya daripada Rain sambil bersiul kecil.SungJe pula sekadar tersenyum.

“Duduk sini sampai betul-betul sihat,arasso?”Soal Rain.

“Ne,Hyung,”akur G.O sambil menganggukkan kepalanya.Rain melepaskan nafas lega apabila melihat keadaan G.O yang beransur pulih itu.Perlahan-lahan,dia menepuk lembut bahu G.O itu sambil tersenyum.

“Hyung balik dulu.Kalau ada masa nanti,Hyung datang lagi,”kata Rain.

“Eh,Hyung tak payahlah...”

“ByungHee!”

G.O terdiam apabila ditegur oleh abangnya itu.Rain sekadar tersenyum.Dia kemudiannya mengalihkan pandangannya ke arah MBLAQ.

“Tengok-tengokkan ByungHee,okey?” Pesannya.MBLAQ mengangguk secara serentak.

“Okey.Hyung balik dulu,”kata Rain.

“Hyung pun nak balik dulu.Ada kerja sikit dekat office.Take care okey,ByungHee?” Pesan SungJe yang turut mahu beredar dari situ.Semua yang berada di situ menundukkan sedikit tubuh mereka sebaik sahaja kedua-dua lelaki itu melangkah keluar dari bilik itu.

 

 

 

G.O memerhatikan Victoria yang sedang sibuk mengemaskan pakaiannya di dalam beg itu.

“Victoria...”

Victoria memandang ke arahnya.

“Ya?Awak nak apa-apakah?”Soal Victoria.G.O tersenyum.

“Duduk sini sekejap,”kata G.O sambil menepuk tangannya pada katilnya itu.

“Awak nak apa? Cakap sajalah,”kata Victoria.

“Duduk sini saya cakap,”kata G.O,tetap berdegil.Victoria kemudiannya terpaksa berjalan ke arahnya sebelum dia berdiri di hadapan G.O.

“Awak nak apa?”Soal Victoria.G.O kemudiannya menarik tangan Victoria dengan lembut sehingga membuatkan gadis itu terduduk d atas katil bersebelahan dengannya.

“Awak tak penatkah,Vic?” Soal G.O dengan lembut.

“Saya tengok awak selalu temankan saya dekat sini.Awak tak penatkah?” Soal G.O.

“Kenapa?Awak tak suka saya ada dekat sini ya?” Soal Victoria pula.G.O tersenyum sambil menggenggam tangan gadis itu dengan erat.

“Saya suka.Cuma saya risau kalau awak penat,”kata G.O.Victoria tersenyum.

“Saya tak kisahlah.Lagipun....sebab saya juga awak ada dekat sinikan,”balas Victoria.

“Janganlah cakap macam tu.Kan saya tak ada apa-apa sekarang ni?Awak ni asyik nak salahkan diri awak saja.Saya tak suka tau,”kata G.O sambil menolak lembut kepala Victoria.Victoria tersenyum hambar.G.O kemudiannya memegang tangan gadis itu dengan erat sekali lagi.Victoria memandang ke arahnya.

“Saya okey.Saya dah boleh mula buat semua sendiri.Awak dah tak perlu risau apa-apa dah,”kata G.O.

“Malam ni...awak dah tak payah temankan saya.Malam ni,awak balik dan berehat,okey?Nanti saya minta tolong YongHwa untuk jemput awak balik,”kata G.O sambil membelai rambut gadis itu.

“Nampaknya awak ni memang betul-betul nak halau saya ya,ByungHee?” Soal Victoria,seraya berseloroh.

“Aniyo...saya Cuma nak awak berehat.Lagipun nanti Su Ji nak datang.Biar dia pula yang buat kerja.Awak balik dan berehat,okey?Nanti awak pula yang sakit,kan susah?” Soal G.O.Victoria tersenyum,senang hati dengan sikap G.O yang prihatin dan bertimbang rasa itu.

“Arasso...bagi saya kemaskan semua barang dulu.Saya balik lepas makan malam dengan awak,okey?”Soal Victoria.G.O tersenyum sambil mengangguk.

“Gomawo,”ucap G.O.

 

 

Sekolah Menengah Tinggi Seoul

 

YongHwa memerhatikan sekeliling kawasan kejadian malang yang berlaku terhadap G.O itu.Dia kemudiannya mendongak ke atas .Hasil pemerhatiannya itu,terdapat pasu bunga pada setiap aras kecuali di tingkat lima.

“Dari situkah?” Soalnya sendiri. Tanpa menunggu lama lagi,YongHwa segera berlari menaiki tangga menuju ke tingkat lima. Sebaik sahaja dia tiba di situ, dia terus memerhatikan sekeliling kawasan itu,mengharapkan dia dapat menjumpai sesuatu yang mungkin boleh dijadikan sebagai bukti.Dia melepaskan keluhan hampa apabila mendapati tiada langsung bahan bukti yang tertinggal di kawasan itu.Dia kemudiannya mulai melangkah beredar dari situ dengan perasaan hampa sehinggalah kakinya terpijak sesuatu di atas lantai.Dia mengangkat kakinya perlahan-lahan untuk melihat sendiri objek yang dipijaknya itu.Dahinya berkerut apabila melihat sebiji butang baju yang berada di atas lantai itu.Butang itu diambilnya sebelum diperhatikannya dengan teliti.

“Butang ni...”

YongHwa memandang ke arah blazer sekolah yang tersarung pada tubuhnya itu.Butang baju yang dipegangnya itu cuba dibandingkan olehnya dengan butang yang terdapat pada lengan blazer sekolahnya itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman sinis.

“I got you...”

 

 

YongHwa berjalan menuju ke arah lokarnya untuk mengambil barangnya yang disimpan di dalam lokar itu.Dia menoleh apabila menyedari seseorang yang baru sahaja tiba di situ.

“Seorang saja?” Soal Ye Jin sambil memandang ke arahnya.YongHwa tidak segera menjawab pertanyaan gadis itu.Malah dia terus menyambung kerjanya itu tanpa mempedulikan kehadiran Ye Jin di situ.

“Saya dengar sepupu awak masuk hospital.Dia dah okeykah?”Soal Ye Jin sambil menyandarkan bahunya pada pintu lokar di sebelah YongHwa itu.YongHwa mengeluh perlahan sambil menutup pintu lokarnya.Wajah Ye Jin itu diperhatikannya.Dia memerhatikan Ye Jin dari atas hingga ke bawah.

“Wae?Kenapa awak pandang saya macam tu?” Soal Ye Jin.YongHwa memandang ke arahnya sambil tersenyum.

“Kalau awak nak tahu sangat keadaan sepupu saya...kenapa awak tak pergi melawatnya sendiri?” Soal YongHwa sambil berpeluk tubuh.

“Saya memang nak pergi melawat dia.Tapi saya tak suka kalau ada orang lain di situ.Saya Cuma nak luangkan masa berdua dengan dia,”kata Ye Jin.

“Oh...macam tu.Awak nak habiskan masa berdua dengan dia...sebab nak privasi...ataupun...”

YongHwa kemudiannya mengangkat tangan Ye Jin sambil menunjukkan butang baju yang berada dalam pegangannya itu.

“...ataupun awak takut kerja jahat awak diketahui oleh orang lain?” Soal YongHwa,sambil memandang tajam ke arah Ye Jin.Ye Jin terkejut apabila melihat butang baju yang sedang dipegang oleh YongHwa itu.YongHwa melihat lengan baju Ye Jin.

“Sepatutnya ada 3 butang kan pada lengan blazer ni?Tapi kenapa butang baju awak ada 2 saja ya? Awak tempah blazer ni dekat tempat lainkah?” Soal YongHwa.Ye Jin tidak segera menjawab.Dia turut memandang tajam ke arah lelaki itu.

“Saya memang dah agak semua ni kerja awak,Ye Jin.”Kata YongHwa,masih lagi memegang lengan  gadis itu.Ye Jin kemudiannya melepaskan tangannya daripada YongHwa.

“Saya tak faham apa yang awak cakapkan ni,YongHwa,”kata Ye Jin.YongHwa tersenyum.

“I knew you...awak memang takkan boleh tipu saya lagi,Ye Jin,”kata YongHwa.Perbualan mereka terganggu apabila telefon bimbit YongHwa berdering.Bibirnya tersenyum lagi apabila melihat nama pemanggil yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

“Ada apa Jung ByungHee?”

YongHwa sengaja menekan suaranya apabila menyebut nama G.O.Ye Jin sekadar memandang.

“Oh...okay.Nanti aku datang.Oh ya,ByungHee...” YongHwa memandang sinis ke arah Ye Jin.

“Kau mesti kenal Ye Jinkan?”

“Dia kirim salam dekat kau,”kata YongHwa.Dia kemudiannya ketawa tidak lama selepas itu.Pasti kerana kata-katanya itu tidak disenangi oleh G.O.

“Okey okey.Suruh Victoria tunggu dekat situ sampai aku datang,”kata YongHwa sebelum dia mematikan panggilan telefon itu.Dia memandang ke arah Ye Jin.

“Terpulanglah pada awak...sama ada awak nak mengaku...atau pun awak nak terus berpura-pura.Tapi awak jangan lupa...saya sentiasa ada untuk mengawasi awak,”kata YongHwa,sebelum dia beredar meninggalkan Ye Jin di situ.Ye Jin menumbuk pintu lokar itu dengan kuat.

“Tak guna!”

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
jongqian #1
Chapter 34: harap author nim tak stop tulis fanfic ni sebab curious gile nak tau apa yg jadi~ update soon :) anw, story ni mmg terbaik sweet sangat. tak sangka ada juga fanfic tomato couple hehehe.
OI_MARIUM_UPDATE #2
Hi~ im a new subbie currently readding your fic and im loving it please update~
vicqian #3
Chapter 25: If this fic is in English I think that would be much reader and subscriber :)
vicqian #4
Chapter 25: Wow, I love this fic, great fic. I just found this fic yesterday and now I've read till chapter 25, update soon :) I've a little worried about Ye Jin and I don't want GO-toria break up just because of Rain. Pls update soon :)
Love_GO87
#5
Chapter 25: sweet sangat...senyum sorang2 la pulak saya baca chapter ni
KaRain #6
Can someone translate this into english please.
ljoe_woohyun
#7
Chapter 6: update please ^^
ljoe_woohyun
#8
Chapter 6: upate please ^^
StrawberryCocoa #9
Waiting for the first update o/